Saturday, June 30, 2012

tentang hati dan perasaan


“The greatest wealth is Health.”  ~Unknown




amaran: mungkin akan lari tajuk
.
.
.
sebab seriously tak tahu nak letak tajuk apa.

kebelakangan ini angin bertiup semakin kencang di dunedin. kencangnya sehingga membangunkan saya daripada alam mimpi. kencangnya sampai terbang penyidai baju yani sedangkan penyidai baju saya masih kukuh berdiri. kencangnya sampai berbunyi aneh-aneh di luar rumah.

angin.

angin adalah makhluk yang saya sangat kagumi. teringat kisah sayyidina Umar r.a yang ketika sedang dalam perjalanan, menghadapi suasana berangin. Lalu beliau meminta sahabat-sahabatnya quote hadith nabi yang ada menyebut tentang angin. namun tak ada seorang yang ingat apa-apa tentang hadith nabi berkaitan angin. khabar ini sampai kepada Abu Hurairah lalu Abu Hurairah dengan penuh keterujaan berjumpa dengan sayyidina Umar dan quote hadith nabi berkaitan angin yang berbunyi "angin itu adalah roh daripada Allah. ia membawa rahmat dan ia membawa siksaan. maka janganlah engkau mengutuknya sebaliknya mintalah daripada Allah manfaat/kebaikan daripadanya dan mintalah perlindungan Allah/keselamatan daripada terkena musibahnya."<---saya jumpa hadith ini dalam bahasa inggeris maka aseef kalau terjemahannya berbunyi aneh.

angin seperti perasaan. tak ke?

perasaan itu kita tak boleh nampak, tapi kita boleh rasa. perasaan juga boleh datang dalam bentuk yang boleh kita lihat melalui kesannya kepada pihak lain. contoh, kalau orang marah, orang baling-baling periuk belanga. itu, kita boleh nampak. marahnya. kalau orang sedih, dia nangis-nangis mendayu-dayu. itu, kita boleh nampak. sedihnya. kalau A sayang B, dia berkorban masanya. itu kita boleh nampak. sayangnya sampai tak boleh berenggang sikit pun haih *lap peluh*.

angin?

angin tak boleh nampak juga. tapi boleh rasa. dan kalau cukup kuat, kita boleh nampak kesannya. angin yang sangat kencang boleh tumbangkan pokok. angin yang sangat kencang boleh mambawa ombak besar tsunami. itu kita boleh nampak. angin yang sepoi-sepoi bahasa boleh mendamaikan perasaan. itu kita boleh rasa. boleh nampak jugak melalui daun-daun yang melambai-lambai *heh, i feel creepy here*


angin dan perasaan juga sama dari segi dinamiknya. ke kinetik? atau inertia? momentum? dadada~ jawapannya semua sekali hoho.

maksud saya, perasaan dan angin adalah unsur yang boleh bergerak. perasaan bergerak? mestilah. pernah ke manusia tu hidup dengan satu perasaan je? sedangkan pesakit mental pun hidup dalam kepelbagaian perasaan (memanglah. sebab dia sakit mental, bukan sakit perasaan. apelah dhuha, bagi contoh tak kena konteks)

angin mudah berubah ikut musim. musim monsun timur lautlah, monsun barat dayalah, musim gales lah, south westerly lah, polar blast lah etc. etc. etc. perasaan juga berubah ikut musim. musim exam, musim PMS, musim percintaan, musim kematian, musim durian dan musim rambutan. eh?

nyum!!

maka wajarlah saya mensimpulkan angin itu adalah perasaan dan perasaan itu adalah angin. Hah, kalau nak bina rumah, stabil tak kalau buat atas angin?



hai, kalau gitu kejap anda berumah di new zealand, kejap lagi berumah di india, tak lama lagi berumah di atas gunung kemudian tenggelam di laut. silap haribulan angin hilang, rumah pun tak sempat nak berhijrah, sudah terhempas hancur berkecai.



maka janganlah membina rumah tangga hanya atas dasar perasaan ye adik kakok sekalian :) -pesanan penaja sempena musim kahwin.

ok habis tajuk satu.

pembaca: hah? ada banyak tajuk lagi ke?

yelah, ini namanya cost effective. menjimatkan masa dan tenaga serta jimat mukasurat. sudah seminggu tak tulis, ada banyak lagi nak sampaikan ni.

pulang-pulang je saya dari Gisborne, saya dihidangkan dengan pelbagai rancangan bualbicara tentang isu semasa di malaysia. to be spesific, isu politiklah *pandangan mula berpinar-pinar*



ada 3 rancangan bualbicara yang saya dah tonton.

1. tak ingat tajuk
2. tak ingat tajuk
3. tak ingat tajuk

-,-" baik tak yah tulis dhuha, buang dakwat je.

kenapa saya tak ingat? sebab isinya lebih kurang sama je. mari saya panggil ketiga-tiganya 'korang nak undi PAS ke UMNO? BN ke PKR? baik pilih sekarang!"

hah, sebab ketiga-tiganya melibatkan wakil setiap parti politik. membincangkan tentang percaturan pilihanraya umum ke-13, tentang kuasa ketiga, tentang slogan dan manifesto parti dan yang berkenaan dan bersangkutan dengannya.

kenapa sekarang baru saya tulis? sebab saya tak rasa nak tulis pun asalnya sebab saya rasa tak perlulah saya memberi pandangan, bukannya orang dengar pun. siapalah saya. saya juga takut tersilap sebut nanti wat malu diri sendiri atau wat malu ibubapa, penaja mahupun organisasi sahaja. dan paling saya takut, karang tertabur fitnah pula. lebih bahaya daripada tertabur ajinomoto.

tidak sihat. boleh membunuh secara perlahan-lahan. tapi fitnah membunuh secara laju. 

so kenapa nak tulis pula ni?

saya tak ada apa nak komen atau ulas pasal perbincangan tersebut. biarlah saya terus mendengar dan mendengar dengan saksama daripada semua pihak. perbincangan dibuat dengan orang yang seronok dibincangkan je.

saya cuma nak bagi nasihat dan peringatan sahajalah. mungkinlah tak seberapa pun tapi layan jelah. zaaass!


  1. janganlah taksub kepada sesuatu pihak dan bersedia untuk mendengar dengan saksama apa yang hendak di kata. walaupun kita tak suka orang tu tapi cuba kita dengar apa yang orang tu nak kata. kalau tak bermanfaat langsung pun buat kita, at least kita dah tunaikan hak dia untuk didengari. lebih-lebih lagi saudara seislam kita. dan pada saya setiap orang ada point tersendiri dan mesti ada yang boleh kita kutip buat jadi pedoman hidup. contohnya, saya tak suka ustaz fathul bari. namun pada perbincangan tersebut, saya tiada masalah nak dengar point dia dan saya dapati ada benarnya juga kata-kata beliau. dan pandai juga beliau uruskan audience yang emosional bersama perasaannya yang tenang itu. 
  2. tahniah kerajaan kelantan sebab bagi peluang rakyat kelantan serta seluruh rakyat malaysia untuk dengar arguments daripada pelbagai pihak terutama parti lawan. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan kelantan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyatnya secara berilmiah dan seimbang (walaupun masih banyak lagi aspek yang boleh diperbaiki). saya rasa pihak kerajaan pusat juga perlulah bersikap terbuka seperti ini dengan membenarkan suara-suara selainnya berkumandang di radio mahupun di media-media utama yang lain. berikan rakyat peluang untuk menilai sendiri. tak ada apa yang perlu disorok jika kita berada di pihak yang benar. daripada 'menidurkan' rakyat dengan rancangan-rancangan dan projek-projek hiburan, perbincangan sebegini sepatutnya diperbanyakkan lagi biar rakyat rasa pening macam saya..ohoho tapi pening in a good way, yakni cuba berfikir dan memproses maklumat dengan lebih berkesan.
  3. wahai rakan seakidahku, jagalah akhlak. lebih-lebih lagi jika kita bernaung di bawah parti/organisasi islam. apalah nak di 'boo'kan sesama saudara sendiri. buat apa menyakitkan tekak sendiri dengan meninggikan suara sesama saudara. pakcik ah seng dan pakcik mutusami pasti tergelak sinis memandang kita nanti. haish malulah. satu dunia tengok ni. macam ni ke akhlak muslim? kalau Rasulullah masih bersama kita, agak-agak baginda sedih tak tengok panorama begini? ish tak sanggup nak bagi Rasulullah sedih.
  4. teman seislamku, biar kita berbeza jalan tapi jangan kita berbeza matlamat. biarpun jalan kita berbeza, tak seharusnya kita saling memburukkan dan menyalahkan. biarpun kita berbeza jalan, itu bukan passport untuk kita bertekak. ingatlah, tak sempurna iman seorang muslim itu jika dia tidak menyayangi saudaranya melebihi dirinya. kita berbeza pendapat, ya. tapi kita mesti saling sayang menyayangi ok :)
  5. bila kita yakin dengan jalan yang kita ambil, teruskan bekerja di dalamnya dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa menunjukkan kita jalan yang lurus dan menjernihkan hati kita agar boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. usah mendabik dada merasakan kita sahaja yang betul dan orang lain yang salah, orang lain tak cukup ilmu, orang lain masih mentah. sedangkan kebenaran dan pengetahuan hanya milik Allah. berusahalah, sesungguhnya usaha itu yang dipandang Allah, bukanlah natijahnya. usah buang masa berdebat tentang yang mana salah atau yang mana betul sampaikan kita tidak punya masa yang banyak lagi untuk bekerja. 
  6. Allah memang jadikan manusia ini lain-lain, sambutlah perbezaan itu dan fokuskan kepada apa yang kita yakin berdasarkan petunjuk Allah. perbezaan pendapat dicipta supaya manusia menjadi lebih matang dan banyak lagi hikmahnya. jangan sampai perbezaan antara kita ini dijadikan peluang oleh pihak musuh untuk mengalahkan kita. belajar daripada sejarah ok? *heh ingat lagi ke pun sejarah tuuu?*
  7. usahlah rigid sangat dalam membuat dan menyediakan pilihan. bagus kita fikir undi mana yang datangkan pahala tapi rasanya pahala undi itu bukan terhad kepada parti politik sahaja tapi niat yang tersemat di hati. luruskan niat ketika mengundi bahawa kita benar-benar mengundi untuk memenangkan islam, menegakkan islam, menyokong perjuangan islam, menyelamatkan islam dan segala niat-niat yang murni dan tulus ikhlas kerana islam. janganlah pulak mengundi kerana nak harta duniawi/material. contohnya "aku ngundi si polan si polan ni/ parti ni sebab aku nak royalti minyak, aku nak subsidi, aku nak hub hiburan bertaraf antarabangsa, aku nak dapat banyak bonus, aku takut kena buang kerja dadidaadidaa~" ingat, pahala itu Allah yang bagi dan berdasarkan niat dan amalan kita yang parallel. "Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota tapi dua2 pun penting" (Usul 20_asas ke-17)
  8. jangan terlalu cepat melompat kepada konklusi dengan hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja atau dengan hanya mendengar slogan sahaja. dalam usul 20 kan imam hasan al-banna dah pernah berpesan "mesti mengukur hakikat sesuatu benda dan bukanlah kepada nama/slogan yang diberikan" (Usul 20_ asas ke-16)
  9. jangan cepat melenting. bak kata dalam caption gambar:


serendah-rendah ukhuwwah itu kan berlapang dada :)

ok itu sahaja yang boleh difikir dan diingat buat masa ni. wallahu'alam. yang baik datang daripada Allah, yang tak baik tu, yang salah, buruk dan cacat tu daripada diri saya sendiri. 

apa yang penting? kerjaaasama! usah berpecah saudaraku sekalian. orang tua bergaduh, anak-anak yang terkena tempiasnya. sama juga, pemimpin bertekak, tengoklah apa jadi kepada rakyat hari ini, keliru dan celaru. hilang minat terus nak ambil tahu soal negara dan politik negara kerana muak dengan 'kisah cerai-berai rumahtangga porak-peranda ini', maka kuranglah peratusan yang keluar mengundi. bukan anak-anak muda je, abah i pun tak suka nak mengundi hokkay. katanya baru sekali dua je dia mengundi sepanjang usianya kwis kwis kwis.

please see: ini hanyalah luahan hati rakyat marhaen sahaja. dalam hati rakyat marhaen ini alhamdulillah so far masih bersih daripada kemelut dan caca marba politik negara. rakyat marhaen ini bukan makhluk biru mahupun hijau, dacing mahupun roket dan bulan-bulan. rakyat marhaen ini makhluk pink. pink is healthy. healthy brain, healthy heart, healthy gums :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~