Monday, June 18, 2012

dengarkanlah!






"Sesungguhnya mahluk bergerak yang bernyawa yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (Al-Anfal [8]: 22-23)


hari ni kami belajar tentang resolusi konflik atau dalam bahasa indahnya "negosiasi hasil". ahhh apekah yang gue terjemah ini.

conflict resolution or negotiating outcomes.

penyelesaian konflik atau merundingkan hasil haha masih gagal menterjemah negotiating outcomes.

pendek cerita itulah tajuk perbincangan kami. iaitu bila berdepan dengan konflik, kenapa timbul konflik?apa kena buat? macam mana nak buat?

menarik tajuk ini sebab konflik adalah benda yang kita hadapi hari-hari. macam juga cornflake yang kita makan hari-hari cumanya cornflake itu sedap dan konflik itu tak berapa sedap (contoh analogi yang gagal)

kenapa timbul konflik?

kerana manusia diciptakan rambut sama hitam, hati lain-lain warna (teringat zaman SPM, tak sah karangan kalau tak tak letak peribahasa kat setiap perenggan. sebab itulah jadi pelajar terbaik BM ;p)






Penting untuk kita sentiasa sedar hakikat ini. Kita tak boleh nak harapkan semua orang sama macam kita, semua orang fikir macam kita, semua orang suka dengan pemikiran kita dan semua orang ada kemampuan yang sama macam kita. Kalau macam itulah kita fikir, mari kita namakan planet ini dengan nama sendiri. Katakan selamat tinggal kepada nama bumi. Ini planet dhuha. Semua makhluk adalah dhuha.

Maka setiap perbezaan yang timbul itu selalunya menghadirkan konflik yang tegang antara kedua pihak akibat tidak mampu untuk menyambut baik peribahasa 'rambut sama hitam, hati warna pelangi'.

warna-warna pelangi personaliti

Warna hati yang bermacam-macam itu juga dipengaruhi latar belakang hidup masing-masing. Setiap orang didedahkan dengan suasana kehidupan yang berbeza yang mempengaruhi personaliti masing-masing. Orang yang hidup susah biasanya lebih kuat dan cekal. Orang yang membesar dengan hanya "petik jari semua dapat" biasanya manja. Orang yang hidupnya asyik dibuli biasanya ada masalah rendah diri yang kritikal. Orang yang sering ditekan dan ditindas biasanya akan jadi penggarang etcetera etcetera. Tu belum masuk faktor dia anak ke berapa dalam keluarga. Hah, kompleksnya manusia itu. Shopping complex pun tidak sekompleks itu.

hi pavi! i miss your foodcourt!

Dalam budaya kerja antara berbeza professional (interprofessional) pula, setiap orang ada falsafah atau pemikiran atau prinsip tersendiri. Doktor mungkin lebih kritis soal penyakit, jururawat mungkin lebih cenderung tentang pesakit, doktor gigi pula dengan gigi-giginya, ahli farmasi dengan ubat-ubatnya dadidaa..maka wajiblah akan berlaku konflik di situ dalam memberikan yang terbaik buat pesakit dan diri sendiri.kwiskwiskwis..


Ok ok kemudian? Nak buat camne kat si konflik ni?

Kita makan dia! Om nom nom. Eh serius ni. Ingat tak saya cerita pasal pakcik Patch Adams tu? Dalam cerita tu saya tekankan tentang falsafah 4 jari. Jangan memfokuskan 4 jari tapi lihatlah melangkaui itu. Anda akan nampak 8 jari. Tadi Dr. Patrick starfish pun ada cakap, "what you pay attention to grows stronger!"

Anda bagi tumpuan kat masalah, masalah jadi lebih besar. Anda bagi tumpuan kat penyelesaian, maka masalah pun jadi kecik. Eh, nampak tak perkataan 'kecik' tu? Tak nampak? Baguslah, dah sampai tak nampak dah masalah. *tepuk tepuk tepuk*


 Selain itu kena kenalah memahami. Pada setiap perlakuan itu ada perasaan dibawahnya. Pada setiap perasaan itu, ada keperluan disebaliknya. Ecewahhh rasa macam ahli saikoloji (euw loji saiko jepun mana tu?)


behaviour----> feeling-----> need

mengamuk sebab geram. geram sebab tak dapat gula-gula.

Maka kalau nak faham apakah yang terjadi di sebalik perlakuan pesakit yang tak mahu berhenti merokok, kenalah jadi pendengar yang baik dan aktif supaya kita dapat gali, kenapa dia tak mahu berhenti? Apa perasaan dia terhadap cadangan memberhentikan hobi merokok? Apa yang dia mahu sebenarnya? 



Dan seterusnya kami juga bincang apa itu mendengar dengan aktif dan bagaimana. 70-80% daripada kesan mendengar yang baik ialah datang daripada bahasa tubuh seseorang. Masa kita mendengar, kenalah pandang orang yang meluahkan perasaan tu. Janganlah pula time orang nak ceritalah kita sibuk nak menulis, nak membaca dan nak menunjuk 'aku pakai gajet canggih'. Time orang sedang bercakap juga, kita janganlah duduk berpeluk tubuh sambil bersandar di sofa empuk, sebaliknya kita cuba menunjukkan kita berminat dengar cerita dia dengan cara lean your body towards that person. Heh, janganlah rapat sangat. Skinship betullah. Cukuplah sekadar nak tunjukkan "oh menarik ni. tak dengar sangat kalau duduk jauh-jauh, kena dekatkan sikit telinga ni"..Sambil orang bercerita, angguk-angguklah, bagi respon dan akhir sekali clarify balik cerita dia dengan cara paraphrase.

mulakan dengan merasa/mendalami. merespon adalah perkara terakhir dalam mendengar i.e bagi pendapat atau nasihat.




Contoh:

Wanita Anggun: Saya ada masalah jerawat ni. Betul-betul mengganggu kehidupan saya. Nak keluar pun malu. Sebab tu kadang-kadang saya terpaksa ambil cuti sakit sebab masalah jerawat yang tidak dapat dibendung lagi. Saya tertekan betullah.

Wanita Memahami: Oh, jadi masalah jerawat cik puan ni susah nak diubati ye. Dan cik puan rasa ia menganggu kehidupan cik puan seharian?

Wanita Anggun: Oh, tepat sekali! Macam mana cik boleh tahu sampai camtu sekali. Akhirnya ada orang yang memahami saya! Sayangnya Wanita Memahami! *menangis keharuan sambil memeluk si pendengar yang baik*

Wanita Memahami: Eh, saya ulang balik je kata-kata cik puan tadi *tersipu-sipu malu*



Lagi tips nak jadi pendengar yang baik:
  • jangan melompat ke dalam konklusi hanya bila melihat perangai orang sahaja.Dalam erti kata lain, jangan menghakimi buku daripada kulitnyalah.
  • jangan menyampuk semasa orang sedang bercerita. Bagi dia perabih dulu segala kata-katanya
Kemudian buat pertama kalinya saya dengar falsafah ini "chunk up chunk down"

Ia bermaksud, dalam kita mendengar masalah orang lepas tu kita tak memotivasikannya, kita kenalah mengingatkan dia tentang gol besarnya. Tapi lepas tu kita tekankan balik bahawa takkan dapat gol besar kalau gol kecik kita tak buat.

Contoh:

Perokok Tegar: Susahlah nak berhenti merokok ni. Asyik terbayang-bayang je wajah rokok. Kalau tak hisap sehari, rasa bagaikan setahun. Mulalah rasa tak sihat badan ini mengenangkan perpisahan kami. Apakan daya~

usahlah membakar kehidupan anda dengan rokok. tiada apa yang tinggal nanti. ayuh bakar semangat untuk menjadi lebih bagus!


Penasihat Berjaya: Ish ish ish.. macam orang putus cinta ya. Dahsyat betul kesannya, baru saya tahu. Tapi hari tu awak kata isteri awak mengandung. Awak tak nak bayi dalam kandungan dia dapat kesan buruk daripada tabiat rokok awak tu kan? Awak sendiri pun yang kata awak insaf lepas Majlis Fatwa Kebangsaan bagitahu merokok itu haram kan? Awak nak berubah jadi suami dan ayah yang lebih soleh dan mithali, itu yang awak beritahu saya hari tu. Mana lagi yang awak sayang dan cinta sekarang ni? (Chunk Up)

Perokok Tegar: Gulp~ oh terima kasih ingatkan saya. Saya ni mudah lupa. Tapi susah sangatlah Encik Penasihat Bejaya.

Penasihat Berjaya: Nak tak nak, awak kena melalui semua tu. Awak kena ingat misi besar awak ni. Awak perlu berkorban. Inilah pengorbanan awak yang paling besar untuk diri awak sendiri dan juga keluarga awak. Suatu hari nanti awak akan kenang pengorbanan ini sebagai kenangan manis awak. Tapi sebelum ia jadi kenangan manis, awak kenalah lalui kepahitan ni semua. Saya akan bantu awak. Kita ada banyak lagi rawatan-rawatan susulan. Awak kena cuba untuk jadi pesakit setia saya dan saya juga akan cuba jadi penasihat dan pembantu setia untuk awak. (Chunk down)

Perokok Tegar: Terharu~

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Kebanyakan konflik terjadi bila kita tak mahu faham. Kita tak boleh faham sebab kita tak mahu mendengar. To listen is the key. Masalah rumahtangga pun banyak yang berpunca dengan ketidaksediaan sesebuah pihak untuk mendengar. Ingat tak dalam surah Abasa, bila Rasulullah menolak untuk mendengar luahan Abdullah Ibnu Maktum, maka Allah telah menegurnya. Betapa setiap orang punya hak untuk didengari dengan saksama.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf [7]: 179)


Malulah, sedangkan Allah pun mendengar setiap luahan hamba-hambaNya. Benar, kita bukan tuhan. Jadi kenapa kita berlagak tuhan di depan makhluk? 



No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~