Sunday, March 28, 2010

♦ last day of bookfair

salam..

hari ni hari ahad bertarikh 28 Mac 2010, tamat sudah bookfair..ini jugak hari terakhir saya pegi menjaga booth iluvislam. sedih rasanya nak balik tadi. pengunjung sungguh ramai. tabloid yang paling latest dgn tajuk 'dilemma muslim' sudah habis terjual sejak semalam. hari ni, tabloid pengenalan yang bertajuk '2012 hari kiamat boleh diramal?' pulak sudah habis terjual. alhamdulillah..pukul 4 ptg tadi masih ramai pengunjung, harap2 semua tabloid dari semua edisi yang tertinggal habis terjual!

saya pulang dalam lebih kurang pukul 4 ptg..sepatutnye ada dinner dengan Dato' Husam malam ni sempena meraikan kejayaan pesta buku bersama krew2 karangkraf tmasuk iluvislam.com..namun saya ni nak exam maka kena sedar diri dan bawaklah diri awal2..balik lambat, nanti penat. nanti tak study pula.wuu sungguh sedih seperti tak mahu balik saja. hari ni dapat jumpa krew2 baru lagi, berkenalan lagi.sungguh seronok namun sekejap sahaj dapat menjalin ukhwah.takpela, better than nothing kan :D...

sebelum balik saya terjumpa ustaz hasrizal lagi.sungguh ramai yg mengerumuni bagai lalat mengerumuni sambal belacan. saya hanya nampak bahu ustaz sahaja. hey jgn main2, bahu ustaz pun saya boleh cam ok.haha..saya juga beli beberapa buku lagi..oh sungguh banyak, dah macam hiasan saja di tepi meja ini namun takpe, saya seronok.boleh bawak bekal nak fly nanti.oolala..saya terjumpa buku 'malam pertama di alam kubur' by dr. A'idh al-Qarni..sungguh seronok dan best sekali! (kesalahan tatabahasa: sungguh dan sekali tak boleh diletakkan bersama. namun bagi tujuan menunjukkn excitement, maka saya pun guna. adik2 yg nak SPM, jgn tiru aksi ini)

saya juga berkesempatan melihat satu acara apa.. saya pun tak tahu. yang saya tahu ia ada kena mengena dengan palestin. mungkin pelancaran buku atau diskusi buku. entahla..yang penting saya tidak berkesempatan mengikutinya dari awal sebab itu saya tak tahu. saya sampai je ade persembahan nasyid yang sungguh bersemangat. rentaknya ala2 shoutul harokah, my favourite band. ade bunyi drum yang menyemangatkan (sekali lagi jangan tiru aksi tatabahasa ini)...tapi saya tahu itu bukan shoutul harokah kerana mereka masih muda dan bercakap melayu bukan indon. tapi suara mereka sedap. siapa mereka? saya tertanya-tanya tapi saya layan je sambil ambil gambar.



saya sempat dgr 3 lagu, semuanya best2!! ruhul jadid, wahai kawan dan lagi satu saya pun tak tahu sebab time saya dengar, lagu sudah berjalan ke pertengahan. semangatnye dengar lagu2 mereka. sedikit sebanyak compensate kekecewaan saya yang kecewa tak dapat pegi konsert lifeline 4 gaza: break the siege.sudahla ada shoutul harokah di situ. anda suka lagu2 berunsur jihad? saya baru saja meminati serta menggilainya sejak bulan puasa yang lalu. dapat jugak menyingkirkan kesukaan terhadap lagu2 lagha itu di samping meningkatkan semangat dalam diri. berfaedahnya lagu2 begitu..

marilah menaikkan semangat untuk menegakkan syariat Allah serta memerangi kekafiran dan segala bentuk kejahatan di muka bumi ini! Allahuakbar!



(Khaibar Khaibar ya Yahud, tentara Muhammad akan datang).

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud
Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali
Kobarkan perang suci, bebaskan seluruh negeri
Jiwa-jiwa pemberani maju meski harus mati
Ingatlah wahai diri, syurga Allah tlah menanti
Tinggalkan semua mimpi, berjihad teguhkan hati
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud
Derap tank senjata berat, jangan surutkan langkah
Lontar batu penuh semangat, yakin kita takkan kalah
Bom syahid mengguncang bumi, tebar takut kaum yahudi
Bebaskan palestina, bebas dari durjana
Majulah wahai jiwa, jadilah kau syuhada

Friday, March 26, 2010

♦ selamat hari tua, dhuha :)




alhamdulillah kupanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmatNya yang takkan mampu kuhitung~

hari ini genap usia 22 tahun..kemanakah usia mudamu dihabiskan, wahai dhuha??? biar saya jawab dalam hati la eh :D

tarikh lahir bagi saya diciptakan sebagai tanda peringatan buat manusia yang sedar tentang hakikat kehidupan di dunia. lain orang, lain pandangan mereka tentang hari lahir. what you see is what you get. kalau kita melihat hari lahir sebagai hari untuk bersuka-suka, berparti-parti atau bersosial-sosial, maka itulah yang kita dapat. kegembiraan. tapi sementara.

kalau kita view hari lahir sebagai hari peringatan yang menandakan umur semakin pendek, bak kata ustaz ismat "selamat pendek umur!", maka kita akan sedar akan hakikat kematian yang semakin hampir. yang kita dapat ialah, berlumba-lumba untuk mengumpul amal kebaikan. fastabiqul khairat! berlumba-lumbalah ke arah kebaikan (belajar ayat ni daripada my cousin, cik tasneem.hehe)..sudah tentu berlumba-lumba membuat kebaikan akan menambah saham kita 'di sana'..lalu kita bahagia sahaja 'di sana' buat forever. bestnya!!

sudut pandangan manakah yang anda prefer? kebahagiaan manakah yang anda cari? tepuk dada tanya iman.

ok2 saya nak cerita sesuatu.

saya bersyukur Allah sangat-sangat mengingatkan ketuaan diri saya ni bila pagi ni saya attend lecture 'ageing'...haha terasa saya juga sedang ageing. eh bukan saya je tau. anda juge. kita bertua-bertuaan bersama-sama ok.

saya kagum dengan ageing. rasanya saya juga pernah post tentang ageing di blog lagi satu. jap lagi saya cari link ye. post tersebut ditulis di zaman muda2 dulu, jadi maaf sekiranya berbunyi agak merepek.

saya amat tidak setuju orang yang memerangi ageing. ageing is not a disease. it is simply a physiologic process. meaning that, semua orang akan tua. unless kalau anda mati muda. kita memang boleh lambatkan proses penuaan tapi tak mungkin kita dapat mengelak penuaan.

apa yang saya dapat daripada lecture tadi ialah, golongan emas ini semakin meningkat jumlahnya di serata dunia especially di benua asia! anda tahukan kebanyakan negara2 asia mengamalkan perancangan keluarga. mereka hanya beranak to a limited number of children, preferably two. dan sekarang ni di jepun, kebanyakan adult sudah tidak mahu kahwin lantaran mahu fokus sepenuhnya terhadap kerjaya. bayangkanlah di jepun dah memang tak banyak kanak-kanak. lepas tu yang dewasa sudah tidak mahu kahwin lagi. makin bertambah-tambahla warga emas.

maka sebagai dentist yang akan cater the future generation ni, we have to really understand these group of people and treat them accordingly. we have to know and understand their ageing process in order to tackle this BIG group of community. alamak tiba2 bagi lecture.

ok lah. point saya yang sebenarnya ialah, ageing is something that we cant avoid of. and in future kita akan hidup dalam suasana orang tua. in Malaysia, benda ni mungkin belum ketara sebab yela orang melayu beranak banyak kan..marilah kita beranak banyak2 :D

oh lepas tu saya amat kagum serta terkesima melihat gambar pasangan kekasih tua ni. saya teka, mereka ialah suami isteri la. husnuzzon :)... kagum untuk melihat pasangan suami isteri yang sudah tua dan berjaya lagi menjadi suami isteri. bukan senang lagi2 zaman sekarang. sebab itu saya kagum dengan opah dan atok serta che dan ayoh..they are my grandparents yang hanya maut memisahkan hubungan mereka.

saya mahu mentuakan diri bersama suami juga, hopefully.. :)..orang kata dah tua tak cantik. siapa kata??? meh sini saya bagi sedas dua tembakan. bila berjaya mentuakan diri bersama pasangan hidup masing, itu menunjukkan nafsu bukanlah sandaran cinta kita. cinta kita ialah cinta yang tulus dari hati. for muslims, cinta itu terbit dan terhasil kerana Allah yang menjadi dasar ikrar cinta.

mari bercinta sampai tua. eh bukan. sampai syurga :D



p/s: pagi tadi saya telah mimpi saya peluk arwah atok. hadiah bday :)

link terhadap ageing yang saya telah janjikan tadi. klik la sini.

Wednesday, March 24, 2010

♦ persoalan-persoalan

  1. bila agak-agaknya refundable deposit IMU sebanyak RM 3000 akan dikembalikan ye? bukanlah mahu memburuk siku tapi dah nama pun 'refundable' maka tak salah kan mahu memintanya kembali :P
  2. bilakan refundable deposit rumah sewa mahu dikembalikan ye? bukan mahu memburuk siku cuma dah nama pun 'refundable' kan..
  3. bilakah BTN akan berlangsung?
  4. bilakah tarikh speaking MUET ye?
  5. ceritakan pengalaman anda semasa mencabut gigi :D
hahaha soalan terakhir agak berbunyi seperti tak relevan dgn soalan2 yang lain. kalau rajin tolong jawab la ye....:D..soalan2 lain yg kalau anda rasa relevan untuk menajwabnya, boleh la jugak jawab. i need all the deposits buat perbelanjaan tambahan2 kot2 kna wat visa sendiri ke ape ke nanti..hati sedang berdebar ni.

next week akan ade demo mencabut gigi maka saya sungguh excited la. saya tidak pernah mencabut gigi dengan dentist semasa kecil. semua gigi saya terluruh dengan gaya semulajadi. contohnya seperti ketika sedang mendengar cikgu mengajar di hadapan, saya bermain-main tolak-tolak gigi yang goyang dengan menggunakan lidah. lalu saya dapati tiba2 lidah saya sudah tidak merasa gigi. rupanya gigi telah tercabut. saya terus keluar kelas jap dan mencampaknya ke longkang.

bapa saya pula seorang yang daring orangnya. dia pakar mencabut gigi anak-anaknya. dia pernah mencabut gigi adik saya menggunakan playar. ye, playar yang simpan dalam toolbox tu. ye playar tu lah. saya pun tak sure betul ke saya eja ni. playar itu bapa saya balut dengan tisu kemudian tarik gigi adik saya yang sungguh degil mahu keluar. mungkin dari situ bapa saya berasa lelah, kemudian menyuruh saya menjadi doktor gigi. tapi saya ingat saya mahu ada suami yg daring jugalah, mencabutkan gigi anak-anak..HAHAHA

anda pula? pasti menarik untuk berkongsi kisah. boleh juga dijadikan bahan rujukan apabila deal dengan pesakit kanak-kanak :D..saya mungkin tak dapat menyelami perasaan 'takut kepada dentist' sangat sebab saya sendiri begitu sukakan dentist. ada kemungkinan untuk saya bergarang dengan kanak-kanak yang takutkan dentist :P

Monday, March 22, 2010

♦ rampant/bottle caries

sedang belajar ini dan mahu berkongsi dgn anda. ye, anda. bukankah saya pernah memberitahu tentang karies botol ini kepada anda.kali ini saya mahu anda lihat gambarnye dan turut sama merasa penderitaan saya yang kena tengok gambar ini.

jika suatu hari nanti anda masuk ke klinik saya sambil membawa anak anda yang bergigi seperti ini, JAGA ANDA! bukankah saya telah educate anda dan warn anda. degil ye! berani anda mengingkari arahan saya. kondisi gigi seperti ini hanya akan buat doktor dhuha marah! marah kepada ibubapa especiallynya! jagalah anak anda sebaik-baiknya.

sila take note.sekian terima kasih.

Sunday, March 21, 2010

♦ wajah harapan

hujung minggu datang lagi. seperti biasa kotaraya Kuala Lumpur amat suka dikunjung-kunjungi. Aku turut sama berkunjung. agenda mingguan. lokasi tetap dan wajib dikunjungi ialah masjid jamek/masjid india..

ramai yang suka ke sini sebab ade bazaar yang jual barang-barang yang best dan murah. tapi selain membazirkan wang, menurut hawa nafsu, menjamu nafsu, ramai yang tidak sedar ade saluran-saluran pahala di tepi-tepi jalan..

orang-orang tua, orang-orang kurang upaya dan orang-orang fakir miskin.perasan tak kita akan kehadiran mereka ini? bukan saja di masjid india dan masjid jamek, malah boleh didapati di jalan tunku abd rahman juga, to name a few. memang banyak saluran pahala di sekitar kuala lumpur ni kalau kita betul-betul teropong dengan hati.

seringkali kita lihat orang lalu lalang depan mereka tanpa menjeling sikit pun. tak endahkan pun. seperti mereka ini tak wujud. kalau ade yang menderma pun, sekadar campak duit tanpa menegur mereka, pandang pun tak sudi.

aku juga tergolong dalam golongan pencampak duit dahulu.

namun hari ini aku ada satu misi. misi mahu membuang ego. mahu mendekati instead of 'melalukan' diri di hadapan mereka.

dah lama hasrat ini tersimpan dan terpendam. hanya rancak menjadi bahan bualan. hanya tersimpan sebagai 'kemahuan' tanpa ada keberanian mahu bertindak. buat baik malu, buat jahat tanpa segan silu pulak. teguran untuk diri sendiri. ego masih terlalu tebal setebal air laut dalam kot. setiap kali berdepan dengan golongan ini, hanya mampu rasa simpati sambil membaling duit. tu je ke yang perlu kita buat? aku berasa serba salah pula. seperti tidak cukup syarat.

ahh hari ini perlu dibuang ego itu. mesti berani untuk berbuat baik. mesti Allah suka kan. buat ape nak malu. buat ape nak segan. eh seperti sama je maksud.

dah selalu campak duit. kali ni belilah makanan pulak. nak beli roti tak jumpa pula. nak beli goreng2 rasa macam tak menyihatkan je. maka belilah buah-buahan. dapat jugak membasahkan tekak mereka. rasa seronok dapat bagi buah-buahan. terasa hati berbuah-buah dengan perasaan cinta.

ahh takkan nak bagi buah je. bagila salam sekali. kita kan sesama muslim.kan??kan?? itukan sedekah jugak itukan doa.tangan dihulur salam diberi. khabar ditanya. terasa aman hati ini.

saat kulit bertemu kulit, ada satu perasaan yang amat sukar diungkap.nak tahu? rasalah sendiri..nak rasa? cubalah buat :)...take your time to have a small talk with them. cuba selami hati dan perasaan mereka. insyaAllah kita terasa ringan sikit beban hidup ni. hidup mesti banyak memberi, barulah terasa bermakna.

wajah tua itu teringin dikucup. genangan air mata teringin diusap. namun ego masih tersisa dalam diri..mungkin lain kali..cukup dulu untuk bekal minggu ini. semoga Allah masih beri masa tambahan. masa penalti.

wajah arwah atok kembali bermain di mata. amat menyesal tidak sempat menunjukkan kasih sayang yang sebenarnya terpendam dgn mendalam dalam hati.

Saturday, March 20, 2010

♦ love is like the wind

♥"Love is like the wind..I can't see it but I can feel it"

pernah tak anda merasakan cinta? cinta yang aneh2..yang magis..yang magnificent..yang lovely..yang mendamaikan hati serta perasaan..yang humble..yang bermacam-macam lagi..undescribable..unexplainable..

sebelum anda merasa yang bukan2, perasaan cinta ini ditujukan buat sang Pencipta Cinta..sang Pencinta..

anehkan camne kita boleh sayang sesuatu yang kita tak pernah jumpa..tapi kita tahu perasaan itu ada. kita boleh merasa cintaNya walaupun kita tak melihatNya..kadang2 orang ambik masa bertahun-tahun untuk menyedari cintaNya yang sering terhijab di balik kepulan awan duniawi.

semalam mase muslimah nite, saya berasa sungguh bersyukur dalam banyak2 persembahan, ade satu persembahan yang benar2 menyentuh hati ini. persembahan sem 2 berbentuk pantomim. kemudian slot seterusnya juga sungguh mendamaikan..lately memang rasa agak kegersangan iman la..mungkin kerana sedang 'bercuti' dan dihimpit kesibukan duniawi.at least malam tadi dapat membasahkan hati dengan mengingati Allah dan menyuburkan kembali rasa cinta kepada Allah..

sungguh amat tak sanggup nak melalui kehidupan ni tanpa rasa cinta kepada Allah..sejak 2 menjak ni saya perasan setiap kali saya buat salah, saya terus diperingatkanNya dgn pelbagai cara. setiap kali jugak saya rasa terharu dan bersyukur sebab saya rasa Allah itu sangat dekat. Dia tak biarkan saya terus hanyut. Dia membalas segala silap saya immediately.rase macam geng.mcm best friend.macam yang kalau kita buat silap lepas tu ade member tegur "eh kau ni tak baik buat macam tu.."..haa camtu gakla saya rasa 'keakraban' Allah itu dgn diri ini yang tak jemu2 buat salah..saya jugak bersyukur sbb Allah bukak mata hati ini supaya nampak segala yang berlaku itu ade teguran daripadaNya, ada jaminan daripadaNya. ade hikmah daripadaNya. ini membuatkan saya selamat kerana saya punya Allah dalam seumur hayat ini.alhamdulillah~~

p/s: sdg belajar bab mahabbatullah tp belum khatam. insyaAllah dah khatam nanti saya kongsi k :)

Monday, March 15, 2010

♦ busuk

salah satu perkara yang boleh membuat mood saya spoil ialah BAU BUSUK. bau itu walaupun terbau skejap, boleh membuatkan saya terngiang-ngiang baunye untuk seberapa lama. lepas tu trase2 baunye di tekak. yekk..kena bergegas cari minyak wangi ke, makanan2 sedap ke..to compensate the bau busuk.

hari ni saya sakit kepala kerana terbau busuk. lalu hilang mood. tadi bekerja di lab. membuat prosedur endodontic (rawatan akar). selalunye pakai mask tapi tadi saya tidak memakainya kerana..kerana ape eh? ohh sebab pada asalnya saya pakai kemudian dah habis satu prosedur, saya balik rumah kul 4 sbb tertinggal assignment saya (sguh kemakcik-makcikan kamu ni dhuha). kemudian pulang semula ke lab. disebabkan masa masih ada, jangan bazir. terus saja drill gigi tanpa pergi mengambil mask yang baru.


ini prosedur pertama yg saya buat utk hari ini. onlay cavity prep. terdrill gigi dengan sangat besar, kena redo. (lap peluh)

semasa gigi sudah digerudi sampai ke lapisan dentin, masih tiada apa2 bau yang memberi perasaan luar biasa kepada saya. kemudian datanglah saat2nya bila gerudi telah sampai ke lapisan pulp.oh sungguh busuk tidak terkata hingga buat saya terkesima sebentar. tapi nak siapkan keje ngn segera maka redah je membersihkan pulp gigi sambil terkerut2 satu muka.


ni la gigi yang busuk tu.bukan gigi plaster ye.gigi natural.oh ignore gigi depan tu. saya sudah terpatahkannya. sudah tidak berpagar model gigi ini. oh tibe2 terngiang-ngiang kebusukan gigi itu.trasa seperti telah membusukkan blog sendiri.





sekadar gambar hiasan. ingat tak saya cerita pasal ketercabutan paip di bilik mandi? oh itu blog lagi satu. gambar di atas ialah selepas direpair (paip sungguh putih..kontranye dengan kaler metal sebelum ini).gambar di bawah ialah semasa uzur.seperti ular dalam bath tub.

bagaimana pula perasaan anda bersama bau busuk?

p/s: tangkap gambar gune henfon je. sebab tu gmbar buruk..

Saturday, March 13, 2010

♦ back to childhood

salaam~

tadi saya ke masjid india.tujuannya untuk ke wisma yakin, membeli buku. si adik lelaki baru dpt result SPM.alhamdulillah pada aku resultnye bagus pe walaupun dia kata dia frust. jadi utk tak bagi dia rase inferior sangat, saya pun cari hadiah la untuk beliau di kedai buku. ye, saya memang tak tahu nak bagi orang hadiah ape.zaman dulu2 mmg la byk idea nk bagi ape. tp ble da tua, semua adiah da bli mase zmn2 dlu, so zmn skrg hanya reti beli buku.lagi2 orang laki, sungguh mati akal nak bagi ape kat mereka ni.

dalam perjalanan ke wisma yakin, saya lalu satu stall ni yg menjual buku2,kaset,cd2 serta segala benda yg berkaitan dgn islam. di stall tersebut berkumandang lagu yang sepantas kilat membawa saya ke alam kanak2..wah sungguh gumbira hati ini, terasa seperti masih kanak2 riang ble dgr lagu tuh.

koleksi lagu2 yang telah lama saya rindu. koleksi nasheed inggeris untuk kanak2. dulu saya panggil kaset twinkle2 sebab dalam tu ade lagu twinkle2 gak. kaset itu abah selalu pasang dalam kereta. selama bertahun-tahun saya hidup dgn mendengar lagu itu saje dalam radio setiap kali travel jauh2. so ade banyak kenangan!!!!!!!

kaset itu sudah lesap entah ke mana. lagu2nya hanya tinggal terngiang2 dalam telinga. kadang2 buang tebiat dengan adik, cuba menyanyikan semula lagu2 itu. namun tahukah anda, semasa kami dengar lagu tu, kami masih kanak2. kami tak paham satu habuk pun maksud lagu2 tu.adela mak terangkan sikit2 tapi bila besar dah lupe. lirik yang tinggal dalam memori juga sungguh merepek.xde makna langsung. sampai besar, nyanyi lirik yang xde makna.

contohnye seperti lagu 'look'..liriknya seperti ini:
"look at the mountain and the leeways"

kami nyanyi seperti ini:
"look at the mountain adelin adelin"..ngeng kan..

lagi satu, lagu 'ya rabb':
"oh my creator Allah..
fulfil our aims in life
forgive us all our past sins
oh Allah the most gracious"

kami pulak nyanyi:
"oh my greater Allah..
fulfil our aim sillai
forgive us all our passive
oh Allah the most gracious"

ngeng.

ade sape2 tau ke lagu ape yg saya katakan ni.kalau bercerita kat rakan2, xde sape yang tahu. sungguh sedih kami telah mendengar lagu underground rupenye selama ini. amat teruja kalau ade yang tahu.hehe..

lagu best ialah lagu little muneer.lagu itu kegemaran amat dong.cukup suka.lirik dia lebih kurang begini:

"little muneer went to school and pushed little danny
on the way home muneer tripped and fell over a penny
Allah is always watching Allah is always there
Allah is always looking Allah is always fair"

ok2 sambung cite kembali ke masjid india. lepas teruja dengar lagu tu sambil melayang ke alam kanak2, saya segera kembali ke alam remaja (yek.remaja lagi ke)..kemudia terus pegi cakap dengan sorang pakcik ni.

"pakcik2 ni kaset ape ni?" dengan nada excited sekali. pakcik tu kata "bukan kaset dik.cd..saya xjual. tanyela orang yang kat belakang tu." dari kecik asyik panggil kaset je kan..da lupe lak zmn skrg xjual kaset.

huhu..malu..saya pegi belakang stall.

"bang2..cd ape yang main lagu ni?"
"oo..ni lagu nasyid bismillah..kanak2 punye ni..ade bahasa melayu ada bahasa inggeris."
"saya nak yg bahasa inggeris ni satu ye." wah laju sungguh. sedar2 cd sudah di tangan. dalam hati amat bersyukur ditemukan semula dengan koleksi lagu2 ni. balik ni nak kasi sume orang dengar.

"ni la lagu zaman kanak2 aku!!" begitula bunyinya nak menshow-off. balik Nilai nanti, nak main lagu ni nak tunjuk kat my youngest brother nu'man yang hanya tahu nyanyi lagu akim AF dan lagu2 michael jackson. sungguh buta nasyid adikku yang sorang itu.

lepas tu ape saya nak buat dengan cd lagu ni? oo..boleh la diturunkan kepada anak2 pula..haha..xpasal2 dah ade cd kanak2.boleh bagi anak2 dengar pasni..seronoknye!! cepatla mereka lahir! :P

(sekarang sedang dengar dengan penuh emosi dan memori kanak2)

lepas balik umah, saya terus mengadap tv nengok al-kuliyyah bertajuk 'kalau dah jodoh'..best2 saya suka ustaz zawawi! kemudian Epi, my adik mesej saya di facebook mengatakan beliau mahu hadiah tafsir al-Quran untuk result SPM nya itu. lucky him to have a sister yang macam terrer mind-reading ni. memang saya sudah membelinya pon!tinggal nak bagi je esok. tak sabar pula. adik saya yang rockers itu minta tafsir Quran weh, kakak mana yang tak gembira :D

saya reply mesej beliau
"da beli pon..haha.." dengan nada keciwa sket sebab da tak jadi surprise.
pastu dia reply,
"ape dia?" lor...dia tak paham mesej saya rupanya. maknanya saya da beli ape yg dia mintak la tp dia masih blur pula. so saya kata tunggu jela esok. pasti dia ingat saya sudah membeli hadiah yg bukan idamannya.biarkan.lebih bagus itu.

pendek kata, saya seperti mahu terbang ke zaman kanak2.

salam.

Friday, March 12, 2010

♦ peristiwa klinik

salaam..

semalam saya ada 2 patients! fuh buat pertama kalinye :D..selalu amik 1 je patient dlm satu sesi dan satu sesi ialah 3 jam..sebab maklumla saya budak baru belaja..semalam juga saya telah memulakan rawatan pertama kepada patient.sebelum ni asyik buat scaling je.belum ade peluang mahu buat tampalan gigi..akhirnye dpt juge buat semalam.

AMARAN: segeralah beralih ke blog orang lain sekarang juga kerana tulisan seterusnye mungkin amat sukar untuk anda memahaminya.jikalau anda stay juge di sini, anda memang pembaca tegar. sayang la korang!

patient pertama ialah patient pertama saya.ngengla ayat ni.iaitu patient paling pertama dalam hidup saya la..ingat tak saat2 pertama saya bertemu patient, haa patient itula saya maksudkan.ini kali ketiga dah saya panggil beliau. pertemuan pertama hanya sekadar checkup dan scaling serta polishing.panggilan kedua untuk x-ray serta treatment plan.panggilan ketiga ialah untuk mengorek giginye serta menampalnya.

sungguh seronok drill gigi orang.sungguh stress juga kerana memerlukan penglihatan yang jitu.kalau hilang fokus, mungkin boleh tersilap drill.mungkin juga boleh terdrill terlampau dalam sehingga menyebabkan pul exposure.pulp exposure ialah..google la sendiri..hehe..

pulp exposure: gigi terdiri daripada 3 lapisan. lapisan pertama ialah enamel.lapisan kedua dentin.lapisan ketiga ialah pulpa atau dlm bahasa inggerisnya pulp.lapisan pulp ini mempunyai jaringan salur darah serta saraf2..selalunya kalau nak tampal gigi, gigi hanya akan dikorek sampai lapisan dentin.kalau terlebih dalam,akan masuk ke dalam pulp,lalu menyebabkan kesakitan serta pendarahan.jangkitan juga berpotensi untuk berlaku kerana segala bakteria dalam kawasan mulut telah mendapat akses ke pulp.

tengok,baiknya saya bagitahu info ini :D

kemudian setelah berjaya menampal gigi pesakit, perasaan saya sungguh berjaya.patient pun sungguh gembira.bila patient gembira saya juga gembira..lepas tu saya tanya patient saya..

'your wedding anniversary this month right mr. G?'
'yup..2 weeks more.." (sambil tersenyum-senyum spt pengantin baru)
'wow...have u planned something?'
'not yet la..still thinking..'(tersengih lagi)
'its your first anniversary right..should do a grand one'
'hehe..eh how do you know all this?'
'laa, you told me the other day la..'
'i did ar?' kagum tak? mesti dia tak percaya saya ingat lagi..saya belajar sesuatu..kita kena hargai patient kita.jadi pendengar yang baik.take note to what they are saying. bila kita wat camtu, patient pn appreciate kita. dan secara tak langsung dpt bina hubungan yg lebih mesra dgn patient.ade bonding la kiranya.

tapikan dhuha..ni baru sket patient, mestila ingat.nanti bila dah ramai nanti............wait n see..hehe..

setelah mr. G, saya merawat housemate sendiri, iaitu raiha. yay! ini pengalaman pertama merawat kawan baik sendiri.sguh bertuah.dapat habiskan scaling within sejam sebab klinik da nak tutup, jd saya betul2 kejar masa.alhmadulillah berjaya habiskan sekali dgn polishing :)

memang berperasaan sungguh berjaya..bukan perasan ye..PERASAAN..namun waktu itu juga adalah hari pertama datang bulan.agak2 moody, naseb baek patient mendengar kata...disebabkan hari pertama,maka sungguh sakit. duduk lama dengan penuh fokus kepada patient menyebabkan satu badan keletihan. kesengalan melanda satu badan.pulang2 sahaja terus tido. waktu maghrib bangun semula dan bersiap untuk ke perjumpaan senior-junior muslim society.setelah pulang,sambung aktiviti melenakan diri..rasa mahu mati juga ade.seperti ditarik-tarik setiap urat sarafku.semoga terhapus segala dosa2..ameen~

tinggal sebulan lebih je nak habiskan sem ni..tinggal 2 bulan pulak nak exam. are you ready, dhuha? NOOO! hehe..i will! semoga Allah memberkati perjalanan ini. semoga Allah tolong dalam setiap saat nafasku.ameen~

eh anda baca sampai habis? terima kasih banyak2! doakan saya ye!

Wednesday, March 10, 2010

Mari menjaga kebersihan dan kesihatan mulut :)

Salaam..

Sejak masuk clinic ni, saya mula sedar teramat-amat sangat yang melampau-lampau sehingga tahap giga bahawa amatlah penting menjaga kebersihan mulut (perhatian:bukan gigi sahaja)..melalui kebersihan mulut yang optimum, kesihatan mulut akan terjamin seterusnya menjamin kualiti hidup yg lebih mantap serta lebih aman damai tanpa perasaan takut untuk jumpa dentist.

Sejak kecil saya hidup dalam environment yang mementingkan kebersihan mulut. Saya ni toothpaste addicted..dulu kan pakai kodomo lion.sikit2 nak berus gigi.rasa tak sempurna hidup tanpa memberus gigi serta merasa ubat gigi kodomo lion yg berperisa strawberry,oren,dan macam2 perisa lagi. Walaupun amat suka ubat gigi kodomo lion, saya tidaklah sampai mahu menelannya sebab mak cakap beracun :D..bab2 racun ni,memang mendengar kata emak la.

Sampai sekarang saya suka berus gigi.kalau mandi tanpa berus gigi, saya rasa macam tak mandi. Tapi kalau tak mandi, saya pun tak kesah tak gosok gigi :P...pernah gakla skip habit menggosok gigi..tp make sure dlm sehari tu at least gosok jugak walau sekali..maximum, saya gosok 5 kali :P..muahahahhahahahahahahahhahahaha..amik wudhu je,nk gosok gigi..ngeng..tp itu sunnah kan?? Cuma skrg saya belajar utk gosok tanpa ubat gigi la kalau saya mahu gosok setiap kali berwudhu..sebab saya rasa tak elok jugak kalo terlebih rajin gosok gigi. Nanti ade side effects seperti lapisan enamel menipis ke, atau apa2 yg saya tak ketahui.

Bila belajar dentistry, saya belajar tanpa kerisauan sebab saya seorang yang rajin gosok gigi. Saya bangga saya caries-free :D..sejak tu jugak saya pandai skip habit menggosok gigi..saya belajar kalau low risk, gosok sekali sehari sudah memadai.menyedari saya low risk, saya pun suka2 hati gosok sekali sehari pada hari2 terpilih. Kemudian sebelum berjumpa real patient, kami buat last check-up terhadap gigi sesama sendiri.kemudian telah ditemui gigi bijaksana saya (wisdom tooth/3rd molar) telah mula decayed!!! Saya merasa seperti mendapat berita cancer sahaja. Seolah2 hidup akan berakhir. Tula dhuha..over-confident + action lagi..padan muka kamu..gelakkan dia beramai-ramai..

Saya mahu mencabut gigi bijaksana saya itu kerana saya tak mahu gigi itu berasa rendah diri berdepan dan berjiran dengan member2 dia yg lain yg tak decayed.oh sebenarnya saya mahu kekalkan status caries-free saya itu :D (sebenarnya tindakan ini amat melampau krn caries baru sahaja mahu bermula, sudah mahu cabut gigi pula)..

gigi bijaksana saya berada di posisi yang teramatlah kebelakang. Terlindung pula oleh sang gusi kerana gigi baru tumbuh separuh jalan secara malu2..maka sebab itulah berus gigi saya tak dapat mencapai dia..maka sebab itulah dia tak dapat dibersihkan..maka sebab itulah dia mula mereput..kesian dia..makan diri akibat malu2 mahu tumbuh secara gah..wahai gigi yang bijaksana, dah nama pun bijaksana, maka tolonglah jangan membunuh diri sendiri melalui pereputan...buat malu tuan kamu je yang bakal jadi dentist tersohor ni :P...nak cabut kamu, tp takut pula tapi mahu cabutla..

dulu cabut gigi yang sekaum dgn gigi bijaksana juga, seminggu saya hanya makan makanan2 lembut..oh tolong jgn salah faham, arwah gigi bijaksana yg dulu itu dicabut bkn kerana caries tapi kerana dia tumbuh dgn penuh merendah diri sehingga menghantuk jirannya.itu dipanggil impacted molar.

Impacted molar?

Bayangkan diri anda sedang berjalan menunduk dan membongkok, memandang ke bawah. Kemudian anda terlanggar seorang yang sedang berdiri tegak.ha!! begitulah impacted molar :D..dia tumbuh secara horizontal, bukan vertical.dia membuat impact yg besar kepada jirannya.gigi seperti itu yang tak mahu hidup gah, lebih baik saja dibuang daripada menyorokkan diri di bawah gusi. Kalau dibiarkan, menyusahkan sang gusi sahaja.

Ok saya sebenarnya terlari tajuk.

Setelah mendapat tahu kes caries diri sendiri, saya mula sedar.tapi kesedaran yang hangat2 tahi ayam saja pun. Atau mungkin lebih sesuai, tahi cicak. Namun setelah berjumpa real patient, saya mulai sedar dgn kesedaran yang jitu. Kesedaran yang lebih hangat dari biasa. Patient datang dengan masalah yang berbeza dan kuantiti masalahnya pun boleh tahan. Saya amat2 bersyukur kesihatan mulut saya boleh dikatakan optimum. Ade patient yang mengadu tak boleh makan itu ini kerana sakit gigi, gigi sensitif, gigi takde..ade patient yang merintih gigi tidak cantik, malu mahu berdepan dengan orang, senyum terasa susah..

Semuanya bermula dengan kebersihan. Sedangkan itu sunnah nabi kita. Perlu untuk kita menjaga kebersihan mulut. Beruslah sekurang-kurangnya 2 kali sehari..pelajar bertauliah cam saya je boleh berus sekali sehari :P..kemudian amalkan flossing.

Flossing?

Saya selalu ingat semua orang tahu flossing itu apa. Tapi bila saya tanya patient saya yg dtg daripada pelbagai background, rata2 mereka tak tahu rupanya apa itu floss. Floss itu ialah objek semacam benang gitu tapi ia bukan benang. Kalau ia benang, ia akan dipanggil benang atau dlm bahasa inggerisnya thread. Floss boleh didapati di farmasi2 berdekatan. Berhati-hati juge sebab ade floss yg tidak halal (sila google sendiri ya :D).

Flossing diamalkan untuk membersihkan kawasan celah2 gigi. Kawasan ini yang selalu dilanda masalah caries kerana susah untuk membersihkannya. Berus gigi amat sukar untuk mencapai kawasan itu.kiranya ini kawasan terpencil la.terhijab juga daripada pndangan mata. So kita selalu ignore saje padahal tentera2 berkuman sedang rancak melakukan rampasan kawasan gigi.sedar2 je gigi kita dah tinggal separuh putih,separuh hitam.halamak..

Selain memberus dan flossing, boleh juga berkumur dengan mouth rinse tp tak dinasihatkan sgt sebab boleh menyebabkan kanser kalau diteruskan seumur hidup(if ade alcohol.kalo xde pn, xelok jugak sbab boleh membawa mudarat kpd mulut).paling maximum boleh digunakan ialah sebulan. Biasanya kes2 terpencil je yg memerlukan mouthrinse ni.seperti baru lepas oral surgery ke..atau ade masalah gusi ke..guna atas nasihat doktor sahaja. Ianya khas digunakan utk kes2 yg menyebabkan sukar utk memberus krn dikhuatiri dgn memberus, akan merancakkan pendarahan atau menyebabkan kesakitan.perhatian lagi:JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN IKLAN MOUTHRINSE!!

Di malaysia, kebanyakan water supply telah diletakkan fluoride maka ia dikatakan dpt membantu mengurangkan kadar pereputan gigi.currently doing research on this and personally tidak setuju.

Fluoride? Apakah itu?

Fluoride ni ialah bahan yang dapat melambatkan proses pereputan gigi, dapat mengundurkan kembali perkembangan pereputan gigi (reverse the progression of caries)..dalam bahasa sainsnya, ia dapat remineralized the tooth structure.dalam bahasa melayunya,menambah semula kandungan mineral dalam gigi supaya ia menjadi sihat dan kuat. Fluoride boleh didapati secara semulajadi dalam air, dalam ikan, dalam makanan laut yg lain etc..ia juga boleh didapati dalam kebanyakan ubat gigi. maka saya mempersoalkan kenapa perlu tambah lagi fluoride dalam air? Tak cukup2 lagi ke? Nak gigi jadi kuat camne lg? Sampai boleh guna untuk sembelih ayam secara syar’ie ke?oh yang ni biarlah saya diskus lebih lanjut dalam research paper. Yg kamu perlu tahu, ianya bagus untuk gigi dan tulang tapi dalam kuantiti yang tertentu. (tiba2 saya bercita-cita mahu jadi dentist yg berkuasa dlm membela rakyat.aik bunyi cam ahli politik plak :P)

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan mulut saya bersih, sihat dan segar? Berwudhu’lah :-)..

Kepada bakal2 ibubapa sekalian, adalah amat penting untuk anda memulakan dan menanam habit menjaga kebersihan mulut dalam diri anak2 sejak bayi lagi. Jangan biasakan diri memberi anak minum susu botol semasa tidur. Ini akan menyebabkan’ bottle caries’.

Bottle caries?

Ya, karies botol. Bila minum susu botol, susu akan berkumpul dalam rongga mulut anak2 yang sedang tidur. Susu kan mempunyai kandungan laktosa yang tinggi, iaitu sejenis gula. Kalau susu campur gula, lagila bertambah2 gula dalam mulut anak2. Kalau dibiarkan berterusan, hitamla gigi anak2 anda. Oleh itu, ikutilah saranan Allah yang menyuruh menyusu badan dan hentikan penyusuan setelah 2 tahun :-)..lepas 2 tahun, tak payah gak bagi susu botol..jgn biasakan juga anak2 hisap puting sambil tidur atau tidak tidur. Kalau puting tu ade manisan lagila worse. Kalau xde pun, ia akan menghuru-harakan pertumbuhan gigi anak2..gigi akan tumbuh secara tidak teratur lalu cenderung untuk mengakibatkan jongang akibat force yg menolak gigi ke hadapan semasa menghisap puting/jari.

Ajar anak2 berus gigi sejak bayi.untuk bayi yg baru lahir, sudah tentulah takde gigi.camne nak berus? Urutlah gusi bayi dgn jari-jemari anda secara lemah gemalai (oh comelnye!!!). Maka sejak bayi, anak anda akan dpt pengalaman serta dibiasakan utk merasa sensation memberus gigi. Bila gigi mula tumbuh, belilah berus gigi yang comel lote untuk bayi anda (pernahkah anda melihatnya?? Sungguh comel!!!)...bila dah train camni, maka baby tu bila besar jadila cam saya. bagai cacing kepanasan kalau dlm sehari tu, berus gigi tak sentuh gigi ini :P..gigi saya mase kecik juga caries-free except satu gigi molar sahaja..(dhuha,itu bukan caries-free namanya)...adakah mak saya melakukan amalan ini semasa saya baby? Mesti tanya ni.ahaha..

Sekian.salaam..(suke berenti secara terkejut2 tanpa kesimpulan)

Monday, March 8, 2010

♦ sedangkan lidah lagi tergigit..

apa lagi suami isteri...oops bkn nk cakap psl rumah tangga di sini.

assalamualaikum..

nak bercerita pendek saje. tadi saya makan fruit salad sambil menonton halaqah sambil bersembang. lepas tu tiba2 saya tergigit lidah semasa makan..adusss sakitnye..dah lama tak tergigit lidah macam ni nangih

setelah tergigit, tiba-tiba terasa buah yang dikunyah tu macam plek je rase..rupa-rupanya lidah telah berdarah..i'm sorry lidah. salahkan gigi.

kemudian saya dapat idea. mungkin Allah sedang menegur saya. mungkin saya makan tak hati-hati (ish dahla tadi tajuk halaqah ialah 'musibah perut' yg cite pasal etika makan)..

dan mungkin juga lidah saya telah membuat dosa..mungkin termengata orang masa makan..mungkin telah membuat orang terasa...entahla..yang pasti mesti ade dosa yg lidah saya telah buat hari ini.ish lidah ni..saya terus bersyukur sebab dibalas segera di dunia. bersyukur sebab Allah ingatkan saya. berdoa agar tak mengulangi dosa yang sama lagi. berdoa agar apa pun yang saya buat salah, Allah balas terus sebagai peringatan buat saya yang suka lupa2 ini.

tuntasnya, apa yang berlaku dalam hidup ini mesti ada sebab dan hikmahnya. kita sebagai manusia perlu merenungkan kembali, bermuhasabah, bertaubat dan mengambil iktibar daripadanya.

saya percaya tiada benda yang Allah jadikan sia2..no coincidence no accident :)

Sunday, March 7, 2010

♦ apa yang kamu tidak tahu

apa yang kau tidak tahu ialah pertanyaannya mungkin timbul kerana minatnya terhadap islam.tapi jawapan kau itu akhirnya menyebabkannya hilang minat terhadap islam.

kau tahu tak kau sungguh bertuah dapat peluang berdakwah tapi kau campak begitu sahaja.pahala mau mari tapi mu g lari pulok.rugi weh!

kau orang islam tapi kenapa perlu memburuk-burukkan nama islam sendiri. dah hilang ke rasa bangga terhadap agamamu sendiri.

kau menyalahkan orang lain. lebih parah, nama orang2 alim yang kau burukkan. padahal kau sendiri kan yang buat kesalahan tu, kenapa mesti direct the attention kepada orang alim pula. kalau alim orang tu, dia pun takkan hengen buat kesalahan berbaur loser camtu.

bertanggungjawablah kau terhadap apa yang telah kau katakan.berani kata beranilah tanggung.

Wednesday, March 3, 2010

♦ dhuha vs dhuha

salam..
tertarik baca post kak jannah pasal nurjannah dulu dan sekarang..dhuha pulak camne?anda pulak bagaimana? sejauh mana kita telah berubah dan berkembang? (bkn physically ye :P)

kalau ditanya, dhuha lebih suka dhuha sekarang daripada dhuha dulu..dhuha sekarang lebih tenang, lebih aman, lebih stabil..dhuha dulu pulak rasanya mcm bergelumang dengan dosa pagi petang siang malam.dhuha sekarang lebih matang dan lebih lembut hati. dhuha dulu amat degil dan keras hati..tapi satu yang tak berubah..crying baby..muahaha..

ada orang cakap dhuha dah banyak berubah. ada yang cakap dhuha dulu lebih best. ada yang cakap dhuha cuba menjadi orang lain.

dan dhuha pulak cakap, saya tak setuju dengan komen2 di atas.

dhuha dah banyak berubah? spiritually yes but sikap tetap sama..degil itu masih ada tapi berkurang. keras hati itu masih ada tapi bertempat. 'galak'(seronok) pun masih ada tapi bertempat dan in control.

dhuha cuba menjadi orang lain? saya nak bagitahu pandangan peribadi saya...siapa kita?

..hamba Allah...

apakah nature seorang hamba?

..taat dan patuh serta dependent kepada tuannya..

jadi, sikit pun dhuha tidak mencuba menjadi orang lain.lebih elok kalau cakap dhuha kembali kepada fitrahnya sebagai hamba.berbanding dengan manusia yang mengejar dunia, menjauhkan diri daripada Pencipta, melanggar segala aturan Allah..mereka itulah yang sebenarnya cuba untuk menjadi orang lain...mnejauhi fitrah seorang hamba..merekalah yang semakin hilang identiti diri..

dhuha tetap dhuha. berubahnya dhuha bukanlah bermakna menghilangkan identiti diri malah cuba mengenal dan mendalami identiti diri sendiri. sikap2 yang ada sejak lahir, tetap kekal sampai hari ni cuma segalanya in control, cuba berusaha agar tak melanggar batas sederhana.everything in moderate kan bagus untuk kita.macam makan ubat jugak.terkurang, sakit..terlebih,sakit jugak..macam jugak kegembiraan..terkurang,penyakit mental..terlebih, lupa diri pulak..semuanya ada amount yang just nice..'that amount' yg kita mesti jaga, mesti control.

cuma yang tak bestnya, ada satu yang berubah ke pola negatif...malas study...huhu...yang itu, sedang diusahakan...gambattei! i miss the moment masa zaman sekolah dan intec, masa tu dhuha rajin sungguh.bukan puji diri sendiri tapi hakikat :P..bila masuk IMU, kerajinan semakin menurun..bak kata mak, momentum dah habis guna masa sekolah..sekarang masa untuk graf menurun pulak..haha..

yang saya tahu, perubahan spiritual harus seiring dengan perubahan2 yang lain..bila spirit positif, yang lain perlu positif segalanya...insyaAllah jom dhuha, rajin2 study!!!!!!!!!!

ma'assalamah~