Showing posts with label .soalhati.. Show all posts
Showing posts with label .soalhati.. Show all posts

Monday, June 18, 2012

istikharah bukan magik




Kalau tak nak kahwin, baik kita jangan kawan




Dulu masa sekolah agama madrasah lagi ustazah dah ajar solat istikharah. Pada waktu itu saya rasa solat istikharah itu solat miracle. Dulu saya juga rasa ia solat yang paling susah nak buat.

Saya masih ingat ustazah kata kalau nak solat istikharah, kena tidur malam dulu. Lepas tu kena jaga daripada tidur. Dah terjaga, cepat-cepat kena ingat untuk solat. Lepas dah solat dan doa sungguh-sungguh, cepat-cepat kena tidur supaya nanti lebih berkesan. Ustazah kata nanti Allah bagi jawapan dalam mimpi.

Disebabkan saya percaya macam tu, maka saya rasa walaweh magiknya solat ini, dapat petunjuk dalam mimpi. Saya cuba untuk buat solat ini tapi saya putus asa di tengah jalan. Sebab saya tak boleh bangkit tengah malam. Dan kalau terjaga dan berjaya solat pun, saya susah nak tidur semula. Maka waktu saya rasa lecehlah nak buat solat istikharah ni.

Saya pun tak pernah menunaikan solat istikharah sampailah saya habis SPM, saya updated tentang solat istikharah ini lagi. Bahawa tak perlu tidur dan jaga semula pun untuk menunaikannya. Dan juga petunjuk tak semestinya datang dalam mimpi so tak perlu rush untuk tidur setelah melakukannya. Maka saya menjadi ringan untuk menunaikan solat istikharah tak kira dalam apa hal sekalipun. Nak exam, nak pilih jemaah, nak pilih course pengajian dan sebagainya.

Tapi di waktu itu saya masih ada konsep istikharah itu magik. Saya rasa bahawa segalanya yang ditunjuk kepada saya melalui istikharah itu adalah yang terbaik dan saya akan selamat serta tak akan melalui kesusahan melaluinya.

Hanya tahun ini baru saya tersedar.



Saya melakukan istikharah untuk memilih bidang pengajian. Hati saya kuat memilih bidang pergigian dalam saya tidak menyukainya. Saya ditekan dan tertekan sepanjang melalui tahun-tahun gigi ini tapi saya diam dan berfikir "kenapa Allah kuatkan saya untuk pilih jalan ini walaupun saya rasa macam suffer sungguh nak buat kerja-kerja gigi ini"..maka saya fikir mesti ada hikmahnya so saya redah ajer. Saya yakin saya tak tersilap pilih. Ini kes selamat. Kes yang saya terlepas pandang.

Tahun ini saya buat istikharah yang paling panjang dalam hayat saya setakat ini. Tentang soal masa depan. Hati saya sangat yakin dengan tindakan itu. Tidak salah lagi. Saya terus bertindak dan merasa tenang selepasnya. Saya tenang untuk beberapa bulan sambil dalam hati gembira, "saya tak tersilap pilih"..kemudian setelah lama berasa selesa dan tenang, seakan ada ticking bomb dalam hati yang bersedia untuk meletup bila-bila masa saja. Seakan ada tumor yang sedang membesar dan bersedia untuk bermetastasis.

Dan dalam tempoh itu saya rasa sungguh tidak tenang dan berserabut. Dan saya tanya diri saya sendiri "aku salah pilih ke? tapi aku buat istikharah." jeng jeng jeng. Ini kes tidak selamat.


  1. mula tidak yakin dengan tindakan sendiri yang dibuat berpandukan petunjuk istikharah. 
  2. sort of berbunyi seperti sebuah penyesalan
  3. menganggap keputusan istikharah itu tidak akan menimbulkan musibah
Allah suka menguji hamba-hambaNya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan pelbagai cara. Allah memankbulkan doa hambaNya dengan caraNya tersendiri. Istikharah bukan jaminan bahawa kita akan terlepas daripada masalah. Bukan jaminan kita akan hidup happily ever after setelah membuat pilihan yang tepat.

Pilihan yang tepat itu sendiri bukanlah pilihan yang menjamin keamanan pemilihnya. Orang yang memilih antara nak buat bisnes sendiri atau kerja makan gaji, kedua-dua pilihan ada buruk baiknya tersendiri. Memilih untuk bekerja sendiri mendedahkannya kepada risiko-risiko tertentu. Memilih untuk untuk kerja makan gaji pun mendedahkannya kepada risiko-risiko tersendiri. Dan risiko atau musibah itu semua bukanlah semestinya buruk untuk kita malah ia adalah sebuah proses untuk menjadikan kita 'seseorang'.



I've learned my lesson. 

That my decision is right but it comes with a consequence. That I have nothing to regret (ber'kalau-kalau' itu perangai syaitan). I was free from the consequence for months and only now that I'm receiving it. Allah nak uji sejauh mana kita redha, sejauh mana kita yakin dan sejauh mana kita masih merendah sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya.



Sumpah ia adalah konsekuensi yang maha perit. Yang saya tidak menjangka langsung. Yang mustahil untuk saya undurkan balik. Yang saya dah tak boleh nak mencapainya semula. Tapi penerimaan saya lebih baik daripada penerimaan di waktu jahiliyyah dahulu dan saya percaya kalau saya bertahan, saya akan lebih kuat di masa akan datang.

I've learned my lesson
Been down that road before
I've learned my lesson
And the message is you'll never fly
'Til you learn how to fall
It seemed to me there was a ring of truth
In what the old man said
jump back take a look at your life
You learn a lot about living when you're on the edge
Your wounds will heal,you gotta give it time
And though your troubles may be real
it's just a state of mind
(a song lyric) 






Sunday, June 10, 2012

Gisborne-end of week 3






When fate arrives the physician becomes a fool.  ~Arabic Proverb

Wahai cepatnya masa berlalu. Tinggal lagi 2 minggu sahaja di Gisborne. Macam-macam pengalaman telah ditempuh. Susah senang berjaya dihadapi dan diatasi.

Being the only muslim here (well mungkin ada muslim lain tapi so far tak jumpa sorang pun lagi), it is a tough situation for me.
al-ghuraba: the stranger. I am.

Started my first day here full of awkwardness. Dahlah lupa bawa kompas (rasa nak humban diri sendiri dalam lautan hindi, tapi kat sini hanya ada lautan pasifik.dush!)..maka kena mengemis iphone rakan non-muslim untuk tentukan arah kiblat. Bila saya kena bertugas di luar kawasan, terkontang-kanting sorang-sorang nak tentukan arah kiblat. Sebelum bertolak, kena check google map dulu, pastikan arah kiblat. Bila dah sampai tempat kejadian, memang tak boleh nak pastikan pun kat mana arah kiblat. Terpaksalah agak-agak je kat mana matahari terbenam. Rural area takde reception ok. Paling menyesal tak bawak kompas.

oh KFC telah mempergunakan passion ipin terhadap ayam goreng!

Soal makan, tak yah cakaplah. Dah 3 minggu tak makan ayam goreng kegemaran ipin. Hari tu dapatlah juga makan kebab daging kambing yang halal. Ada juga jual nugget ayam dan beef pattie yang halal. Maka itu amat membantu saya memakan daging tapi xtaulah berkhasiat ke tak. Most probably tak sihat pun makan processed food begitu. Eh, bukan most probably. Most definitely!

And orang awam kat sini tak ramai yang tahu pasal islam. So dah jadi tugasan sayalah nak kena terangkan siapa saya, kenapa saya pakai macam apa yang saya selalu pakai, kenapa saya kena bangun pagi, kenapa saya itu dan ini. Tapi saya kagum dengan sorang mamat ni. Kami berkenalan di suatu hari. Mamat ni nampak aneh. Dia pandang je saya lama-lama sampai segan saya dibuatnya. Rupanya dia mentally retarded. Tapi dia datang dekat saya, "are you moslem?" soalnya dengan pelat. Saya teruja. Wah orang yang mental retarded pun boleh recognize agama saya melalui penampilan saya. Impressive!

Dan salah satu cabaran terbesar buat saya jugalah ialah untuk saya menjadi role model kepada agama saya. Uish serious susah!!!! Saya dahlah suka duduk dalam bilik je. Risau jugak kalau mereka fikir 'orang islam ni suka mengasingkan diri, anti sosial."..So saya cuba seimbangkan bila yang saya boleh bersosial dengan mereka, bila yang saya boleh bersendiri. Maka saya make sure, every weekend saya akan spend time dengan mereka. At least pergi shopping grocery sama-sama.Walau rasa beratnya nak melangkah namun kugagahi juga. Mereka pun dah faham cara hidup saya maka mereka tak akan ajak pergi clubbing dah.
itu sebijik macam waka yang kami naik tadi

So apa yang kami buat weekend ni? Kami main Waka Ama! Apakah itu? Ia adalah semacam kayak tapi ada 'Ama', iaitu alat penyeimbang 'Waka'. Waka itu macam kayaklah. Ini pertama kali saya main benda alah tu. Penat sungguh mendayung. Jari saya yang baru sembuh surgery itu terasa sungguh sakit dan pedih. Sebab jari itu belum mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat lagi.Hanya disebabkan jari sebatang itu, seluruh tangan kiri saya tak mampu menggenggam dengan kuat lagi. Tak tahulah bila ia akan menjadi kuat seperti sediakala.

Hah, yang benda tergantung kat tepi tu dipanggil 'ama'..ia digunakan untuk balance waka supaya tak tertunggang terbalik.

Hah, itu kami sebelum berwaka ama. From left, Kahu, lala dan caitlin. model kecil molek di sebelah kanan sedang memperagakan baju jersey x-treme muslimah brotherhood arts. see, xtreme muslimah is wearing xtreme jersey for extreme activity. layak jadi model brotherhood cawangan new zealand dah.

Menariknya waka ama ini adalah, ia memerlukan kerjasama kumpulan. Macam main dragon boat jugaklah. Dan untuk saya pula, memerlukan motivasi dan daya tahan yang kuat. Walaupun boleh je berehat, tak mendayung di saat orang lain mendayung. Namun saya tak suka kalau orang lain bekerja, saya seorang je tak bekerja. Saya tak suka kumpulan kami terjejas hanya kerana saya tak larat. Maka walaupun macam nak menangis menahan kesakitan jari manisku, walaupun pendayungnya besar daripada saya dan saya struggle setiap kali nak tukar position, saya teruskan juga and I did it! Untuk berjaya mengatasi kelemahan diri, itu adalah satu pencapaian yang patut saya tepuk-tepuk bahu saya ^__^

Oh dan lepas tu saya tergelincir dalam waka tersebut. sakit my bottom. Mujurlah tak terjatuh dalam laut. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Walaupun dah masuk winter tapi up here in Gisborne, masih lagi warm. Kasihan rakan-rakanku down south yang dilanda salji. But they enjoyed it and i missed it. I dont mind, last year sakit teruk disebabkan salji. Saya tak mahu sakit dah. Saya banyak kerja nak kena habiskan semester dua ni.

Baiklah, malam tu kami dinner rumah Kahurangi. Dia yang bawak kami main waka ama. Terharu dengan kahu sebab dia masak semua makanan yang saya mahukan. Saya bagitahu dia saya prefer vege meal atau seafood. Maka dia masak lentil soup with vege dan mussel masak lemak putih untuk kami semua. Tapi hakikatnya, dia masak tu untuk memenuhi keperluan saya. agagaga kesian larissa tak makan pun masakan kahu sebab dia tak suka seafood dan tak suka lentil soup. sorry lala!

Kahu anak lelaki bongsu pakcik Maaka. pakcik maaka blind. retinitis pigmentosa. Dan kahu yang berumur 30 tahun juga sedang perlahan-lahan kehilangan penglihatan. Katanya dia mula di diagnose ketika umur 8 tahun. Dia masih boleh nampak lagi sekarang tapi macam tunnel vision je. Terhadlah kiranya. Tapi jangan main-main dengan keluarga mereka. Pakcik maaka walaupun buta, dia orang penting dalam arena kesihatan maori. Dia pegang jawatan besar yang turut diikuti oleh Kahu sekarang. Pakcik maaka juga bagi direction ke rumah dia masa dia tumpang kereta dengan kami hari tu. Bayangkan dari dalam kereta tu dia boleh cakap "haa masuk kiri, pastu masuk kanan, nampak tak bangunan kat sebelah kiri tu, haa masuk situ"...*rahang terjatuh*

tunnel vision

Saya rasa orang buta ni ada special gift yang hanya mereka je yang boleh nampak. kagum! memang sangat kagum! teringat jiran opah, seorang nenek buta yang hafal al-quran! KAGUM. Subhanallah Allah itu maha adil.


Ok, saya setelah makan di rumah kahu, mereka stay back untuk tengok rugby game. Ireland vs NZ. Saya..err..tak suka tengok rugby. tak minat juga. tak selesa juga duduk rumah lelaki lama-lama. Nak balik, bukanlah saya pemandu keretanya. Mujurlah kami semua 5 orang perempuan, dia seorang je lelaki. With limited vision juga. So..like that lah. tak tahu nak explain. saya pinjam ipad yee phang, guna internet rumah kahu untuk akses FB sebab FB diblock aksesnya dari penempatan kami di hospital. Melayan semua gambar perkahwinan kak nuha buat saya hilang sedikit homesick.

Dah habis tengok semua gambar, saya terpaksa tengok rugby. Saya tak suka rubgy sebab ia ganas. Kadang-kadang muncul adegan yang tidak dikehendaki. Tapi masalah saya juga, once bila dah tengok babak-babak mendebarkan dan melajukan aliran adrenaline saya, saya akan melekat menonton tak ingat dunia. Tiba-tiba saya suka tengok rugby. Tiba-tiba saya faham bentuk permainannya. Begitulah yang terjadi kepada saya 12 tahun lalu bila pertama kali saya melekat tengok perlawanan bola sepak Piala Malaysia. Hanya kerana tertonton satu babak yang mendebarkan, saya terus boleh follow game itu, siap faham taktik dan tonton sampai game habis. I really hope that perlawanan rugby itu adalah yang pertama dan yang terakhir. All Blacks menang 42-10 dengan Ireland.

Saya tak sanggup nak habiskan masa saya lagi dengan menonton perlawanan bola-bolaan ini. I can get really addicted. Dan saya tak faham kenapa saya kena duduk sejam setengah tengok game sambil makan cikedis hanya untuk tengok orang berebut bola. Tak kiralah bola apa pun. At least sambil tonton drama, saya boleh buat kerja lain. Tapi kalau tonton bola, i cannot miss every second. BAHAYA. *tapi kalau encik suami suka, saya boleh je teman. tapi kalau hari-hari tengok bola i'm sorry i got other work to do*

So itulah aktiviti sosial yang saya rasa agak over lah weekend ni. so esok (ahad) saya nak berkurung je.

Wednesday, June 6, 2012

sesi curhat








“When Allah tests you it is never to destroy you. When He removes something in your possession it is (only) in order to empty your hands for an even greater gift!”

~ Ibn al-Qayyim

*kruk kruk wek slurpp* i am writing in hungriness. harap maklum.

i cried. i cried. yay i cried! dah lama tak menangis. saya selalu rasa diri sangat kuat. selalu perasan berhati tabah. tapi hakikatnya lembik macam puding jagung yang tak cukup memuding tapi lebih kepada membubur (maaf telah makan bubur jagung selama 3 hari straight)

saya ada perasaan. ye i am glad and thankful for that. tapi saya jenis suka tak faham perasaan sendiri. bukan saya suka-suka tak nak faham tapi saya suka a.k.a selalu tak faham. mungkin saya suka menafikan perasaan sendiri. eh. entahlah saya tak tahu <---tengok tu, dia tak tahu.



maka bila saya rasa seperti ada sesuatu perasaan, kemudian perasaan itu aneh dan saya tak dapat kenalpasti, maka saya akan cover dan kontrol. <--tengok tu, dia faham pulak mekanisma perasaan sendiri.

pendek kata, ada rasa yang sudah lama saya tahan-tahan. kini ibarat empangan yang tunggu masa nak pecah je. in fact, dah crack sikit so tadi termengalir juga air keluar dari empangan.

"kawal. jangan tahan." begitulah nasihat seorang ustaz yang saya dah tak ingat siapa.

saya ingat saya kawal tapi saya rasa sebenarnya saya tahan. sebab tu empangan macam dah nak pecah. air sifatnya mengalir tapi kalau kita tahan-tahan lama-lama pecahlah empangan. tapi itu mujahadah saya. semoga saya menang. Allah always at my side. He knows. walaupun hambaNya ini naif lagi jahil dengan perasaan sendiri, but He knows very well. maka segala-galanya. SEGALA-GALANYA hamba serah padaMu ya Allah.

ok cukuplah falsafah malam ini. i'm craving for grilled salmon

Sunday, May 27, 2012

mukjizat di hati

Adalah sangat mengkagumkan buat generasi-generasi al-quran di palestin yang mana berpuluh-puluh ribu manusia telah benar-benar menghafal al-quran dan mengukir setiap bait ayat-ayat suci itu ke dalam hati mereka.

itulah mukjizat teragung tinggalan Rasulullah SAW. ayat-ayatnya sentiasa dihafal dan disemat serta dipraktikkan oleh segolongan manusia terpilih. tiada penyelewengan boleh dilakukan terhadap al-quran kerana wujudnya generasi mulia ini.

Allah memilih hati-hati yang benar-benar suci dan bersih sahaja untuk 'menyimpan' ayat-ayatNya. let me tell you a story.

saya didedahkan dengan al-quran sejak saya masih kecil lagi. mak dan abah ambil giliran untuk ajar saya mengaji. kemudian saya dimasukkan ke tadika abim yang merupakan sebuah tadika islam. saya menjadi antara pelajar yang paling cepat membaca dan menghafal muqaddam (surah-surah lazim)

semasa darjah satu, saya dimasukkan pula ke sekolah kebangsaan. berlakulah pemberontakan dalam hati saya di waktu itu sebab sayalah satu-satunya kanak-kanak yang bertudung di sekolah. tertekan. kakak darjah 6 pun tak pakai tudung. saya teringin nak pakai skirt pendek pegi sekolah. rebel itu berterusan bila saya masuk darjah 4 dan kawan-kawan saya semua masuk tunas puteri, pakai skirt pendek dan tak pakai tudung. mereka hafal lagu-lagu artis barat dan melayu. kenal pelakon2 hollywood. jadi saya rasa semua itu adalah cool dan saya mesti buat semua tu untuk jadi cool.

masuk form 1, saya bertambah hedonis. dah tak dengar lagu melayu, dah tak baca novel melayu. semakin kebaratan dan semakin memuja gaya hidup barat. setelah tamat spm, kebaratan itu bertambah runcing bila saya membeli majalah cleo dan seventeen dan menjadikan apa yang terkandung dalam majalah-majalah itu sebagai panduan hidup atau dalam bahasa ekstrimnya, 'kiblat'..apabila masuk IMU, saya terima banyak kesedaran dan akhirnya saya ditolak ke depan untuk menjadi imam solat jemaah. omo..masa itu saya rasa masa yang saya rasa paling insaf sekali. saya hanya tahu baca 3 qul, al-kauthar dan ad-dhuha! mana tah ayat-ayat al-quran yang saya hafal masa PAFA. entah ke mana surah-surah lazim yang saya hafal masa tadika. dalam solat, sentiasa ulang-ulang surah yang sama. waktu itulah timbul azam untuk menghafal semula surah-surah dalam al-quran.

saya berjaya menghafal sehingga ad-dhuha. saya juga menghafal 2/3 yasin. ingat lagi masa tok meninggal, saya menghadiahkan atok dengan yasin yang dihafal saya. saya juga hafal ayat-ayat al-baqarah yang dibaca semasa ma'thurat. as time goes by, saya akhirnya tiba ke new zealand. saya dah tak ingat yasin saya dan saya dah tak ingat beberapa surah yang saya dah hafal. kecewa. ya, kerana saya tak amalkan apa yang saya baca. sebab itulah. saya pun ambil pengajaran "lain kali amalkan apa yang dibaca"

awal tahun ini saya berjaya habiskan hafalan juz amma kecuali al-fajr. saya juga berjaya hafal balik 1/3 yasin. saya juga hafal beberapa ayat yang boleh saya jadikan dalil dalam beramal dan dalam berdakwah (ikut nasihat wardina). contohnya ayat perintah solat, perintah tutup aurat etc. itu awal tahun yang sukses buat saya. namun saya telah lalai dalam cuti yang panjang ketika jari saya dibedah. i watched too many korean dramas. sampaikan saya boleh cakap dalam bahasa korea, makan makanan korea, beli barangan korea. memang sesungguhnya saya balik kepada diri saya yang dulunya gilakan drama korea. not good. sebab bila saya nak baca balik surah-surah hafalan, beberapa surah dah hilang daripada memori saya! sedih T___T

pelajaran kedua saya belajar "jangan berhibur berlebihan dan jaga pandangan kerana ia akan jadi maksiat dalam hati."

lagi satu pengajaran, sebab al-quran belum terukir dan tertanam dalam hatilah memudahkan penjajahan maksiat berlaku. jika hati betul-betul sudah dipenuhi dengan al-quran yang mengakar dalam hati, pasti susah unsur-unsur maksiat nak masuk. something to reflect upon.

benarlah, al-quran itu mukjizat yang suci. ia tak akan boleh bersama dengan maksiat. ia tak boleh nak duduk dalam hati bersama maksiat-maksiat yang lain. hati itu adalah satu rongga yang perlu diisi ibarat gelas yang kosong. sama ada gelas itu diisi dengan air atau diisi dengan udara. ia tetap akan terisi tetapi apakah yang mengisinya?

begitulah hati. hati yang kosong kemudian diisi dengan al-quran, alhamdulillah. berbahagialah hati itu. namun tiba-tiba kita tambah pula hiburan untuk diisi dalam hati. maka al-quran yang dah duduk dalam hati ini tadi akan berasa lemas. rasa tak layak untuk disamatarafkan dengan hiburan-hiburan ini sebab hakikatnya al-quran itu agung dan mulia. akibat tak tahan kelemasan, al-quran itu tinggalkan hati tersebut. nauzubillah. hati saya sendirilah tu T____T

alhamdulillah masih ada lagi ayat-ayat al-quran yang tersisa dalam hati dan alhamdulillah tersedar cepat. kena go through proses menghafal semula tapi biasanya tak susah nak hafal macam mula-mula dulu sebab ayat-ayatnya dah tinggalkan kesan-kesannya dalam memori (itupun kalau cepat tersedar).

inilah dugaannya dalam menghafal. in the middle, kita akan buat silap, kita kehilangannya kemudian kita kena catch-up semula. tapi satu je, jangan putus asa. sebab hakikatnya kita manusia. pasti buat silap dan hanya dengan buat silap, kita akan belajar daripada kesilapan itu. al-quran tak boleh dihafal in one go. ia kena diamalkan. dan ia tak boleh bercampur dengan maksiat. ie, penghafalnya kena punya hati yang besih dan suci juga.

sentiasa berdoa agar Allah akan segera mengingatkan kita bila kita lupa. Doa selalu agar Allah tak pernah melupakan kita.

semoga al-quran sentiasa jadi teman karib kita. dan kelak akan jadi peneman di barzakh dan asbab masuk ke syurga. ameen~

Saturday, May 26, 2012

bakal suami

woah apekah tajuk begitu sensasi.

kehadapan bakal suami,

i am not interested to find you at the moment. go enjoy yourself while waiting for God to finally bring us together. I hope you are doing fine and always try your best to become His best slave and later my best husband in the world and the hereafter.

I am here busy preparing myself to become a better slave of Allah too. I dont want to hear anything about you while i am busy doing what i want right now. although people have started talking about getting me into marriage but i am not interested at the moment. because i know if i jump into marriage now, i will only ruin your life later on. and maybe my life too will be ruined.

Its better to work hard now than never.

encik bakal suami,

saya sedang mendidik diri sendiri supaya pandai berkata-kata apa yang perlu dan diam bila perlu. saya harap suara saya tidak akan jadi neraka untuk awak. saya juga sedang belajar untuk berjimat cermat agar duit awak tidak akan tersalur kepada benda-benda yang tidak berfaedah. saya juga berusaha keras untuk belajar menundukkan pandangan supaya saya boleh pandang awak dengan tenang tanpa gangguan imej-imej lain. saya suka masak tapi saya suka masak kek je. saya tak nak awak berisiko tinggi untuk menghidapi diabetes dan karies gigi bila kahwin dengan saya nanti. saya sedang belajar resepi-resepi berkhasiat ni. saya masih lagi weng dalam mengurus masa. biological clock juga masih terkial-kial untuk diuruskan. saya harap saya boleh jadi isteri yang bangun tepat pada masanya dan tidur pada masa yang tepat juga supaya saya tak susahkan kehidupan awak dengan rutin saya yang kelam kabut. nanti tak pasal-pasal waktu qiyam awak jadi tunggang langgang sebab teman saya tonton drama korea. disiplin saya sangat teruk. bayangkan kalau saya kahwin sekarang, mungkin baju awak saya tak akan lipat-lipat untuk selamanya. mungkin awak akan pergi kerja dengan perut krung krang krung krang setiap pagi. mungkin jugak awak akan lihat saya seperti sleeping beauty yang tak pernah bangun-bangun dari tidur. ok mungkinlah bukan sleeping beauty. sleeping cutie kot. atau sleeping bag jelah.

awak nampak tak? saya sangat busy. banyak kerja yang saya kena buat untuk bersedia nak berdepan dengan awak nanti. tapi saya pun bukannya buat semua ni to please you 100%. saya percaya Allah akan sayang saya kalau saya buat suami saya senang hati. jadi awak hanyalah batu loncatan untuk saya gapai cinta Allah. awak faham tak ni, saya sedang pergunakan awak untuk raih cinta Allah. awak tak kisah kan? saya haraplah..

saya tak mahu nampak sangat silly dan buruk perangai di depan awak. maka, do what you supposed to do and i will do what i am supposed to do too. marilah kita bertemu bila kita dah cukup sempurna untuk satu sama lain. saya pun tak tahu bila masanya tapi Allah tahu. so kita buat kerja kita dan Allah akan sempurnakan yang selebihnya.

jangan cari saya lagi. saya percaya bila Allah bagi signal kat hati saya dan awak, kita sendiri akan bertemu. biarlah jalan itu berliku tapi selamat.

Saturday, December 26, 2009

♦ kahwin vs couple

saya x faham dan saya konfius dgn apa yg terjadi di zaman kini..
sepatutnya para ibu bapa gembira la anak nak kahwin..tp ni sebaliknya pulak..anak yang nak kahwin dikatanya gatal..disuruhnya berkawan dulu,biar kenal hati budi..kalaulah mmg boleh buat itu je...masalahnye bila dah kenal hati budi,nak kenal yang lebih2 pulak..ibarat diberi betis nak peha..parents cuba menjadi sporting tapi anak2 menjadi tidak bermoral...

in my humble opinion, ibubapa perlu mainkan peranan dalam membendung gejala couple..mereka mungkin tak tahu couple zaman dulu2 dgn couple zaman sekarang dh tak sama walaupun nama tetap sama.

p/s: i'm not blaming the parents only..mungkin saya jugak ptt dipersalahkan sbb mungkin semasa saya couple dulu sy telah menimbulkan minat kpd org lain utk bercouple..