Monday, June 11, 2012

berubah itu perit. tapi...




You can impress people at a distance. But you can impact them only up close. -Howard Hendrick

Berubah itu perit?

Entry ini khas buat yang ingin berubah.



Hep, yang nak berubah jadi bad girl atau bad boy, this is not for you. Tapi anda boleh kekal di belog ini, semoga mendapat hidayah :)

Alhamdulillah saya perhatikan ramai yang semakin mahu berubah. Ini sama sekali tak menunjukkan semakin ramai yang mendapat hidayah. Saya yakin zaman dahulu atau sekarang, Allah sentiasa pemurah memberikan hidayahNya. Namun yang membezakan zaman dahulu dan sekarang ialah zaman dahulu orang tidak ada kekuatan untuk menerima hidayah.

tanya sama pokok apa sebab goyang

Ya hidayah itu ada di mana-mana. Anda tengok pokok, lepas itu pokok itu bergoyang. Bukankah satu keajaiban buat orang yang berfikir, bahawa ada kuasa yang mampu menggerakkan sesuatu yang statik? Ya kuasa angin. Dari mana datang angin?

Dulu saya sentiasa rasa angin itu adalah sesuatu yang ajaib. Sampai sekarang juga saya rasa begitu. Kita boleh rasa angin itu. Tapi kita tak boleh pegang,tak boleh nampak. Kalau angin tak bergerak, kita tak akan rasa apa-apa tapi kalau angin bergerak, wow nyamannyaaaa~~~ dari mana datang angin?

Hidayah adalah untuk orang yang berfikir? Setuju?

Pernah tak suatu hari anda tertanya-tanya tentang sesuatu lepas tu bila anda buka tv, hoh ada jawapannya dalam tv! Allah mendengar isi hati kita. Dan Allah sentiasa menjawabnya sama ada sekarang, esok lusa, tahun depan atau bila dah mati nanti. Bila suatu hari kita bertanya "apa yang kurang dalam hidup aku ni?" "kenapa aku diciptakan?", bermakna kita sedang mencari sesuatu.

Hidayah adalah untuk orang mencari jawapan? Setuju?

Bila sampai suatu ketika dalam kehidupan kita ini, kita akan bertemu dengan dilema. Tersepit antara pilihan-pilihan. Kita akan menimbangkan-nimbangkan baik buruk setiap pilihan. Kita mengharapkan kita buat pilihan yang tepat.



Hidayah untuk orang yang mencari kebenaran. Betul?

Di mana-mana pun orang akan bertemu dengan makcik hidayah ini. Dan macam-macam cara orang sambut makcik hidayah ni.

Situasi 1:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Sok sek sok sek. Oh dah malam dah ni, oklah jumpa lagi makcik hidayah! babai!"

Situasi 2:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Jemput masuk meh meh! buat macam rumah sendiri. sok sek sok sek eh suami saya nak balik kejap lagi. Nanti jumpa lagi! Semelekum!"

Situasi 3:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Masuk masuk! buat macam rumah sendiri. nanti saya pergi buatkan air. Eh, nak balik dah ke? Janganlah, bukan senang nak jumpa makcik hidayah. tidur sini meh. Saya ada bilik kosong tu. Eh suami dah bagi izin dah."

Cukuplah bagi situasi. Karang tambah-tambah situasi, jadi novel nanti.

So korang nampak tak, ada layanan yang berbeza terhadap makcik hidayah. Hidayah ibarat haiwan ternakan yang mesti dipagarkan, kalau tidak nanti dia pergi berkeliaran, susah nak cari balik. Bukan boleh telepong telepong dia. Nak guna friend finder lagilah tak boleh. Jadi kita kena berusaha untuk kekalkan hidayah.

Cara untuk pelihara hidayah adalah dengan membanyakkan doa dan amal. Teruskan berubah dan berubah ke arah kebaikan, jangan berhenti hanya kepada satu kebaikan sahaja.

Tapi, berubah itu perit.


Memanglah perit nak buang apa yang dah jadi kebiasaan kita.Cuba korang cabut satu gigi korang tanpa cucuk ubat bius, mau sakit sampai demam-demam. Sebab? Gigi tu dah lama hidup dengan kita, dah jadi sebahagian daripada diri kita.

Usah terlampau memaksa diri. Bukan semua gigi yang perlu dibuang. Ada yang masih boleh diselamatkan dengan menampal, membuat crown, membuat rawatan akar dan sebagainya. Yang sudah mereput itu kena buang. Yang masih bagus itu, jaga dia sampai sihat, cantik dan berkilat-kilat. Dan yang nak cabut tu juga, janganlah main cabut je. Cabut dengan berhikmah, guna ubat bius, suruh dentist cabutkan, barulah ada teknik yang tak menyakitkan, malah melegakan. Dah habis cabut, makanlah ubat tahan sakit supaya tak terasa sakitnya.

siapalah yang amik gambar ni. penggunaan forcep yang salah!

OK, ni bukan post gigi. Hanya menggunakan analogi gigi. Maklumlah pelajar pergigian. Beginilah nasibnya.

Pernah dengar hadith logam?











"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."


Contoh yang paling popular yang boleh dikaitkan dengan hadith logam ialah Sayyidina Umar. Di zaman jahiliyyahnya, beliau hebat menentang Islam dengan bakat kepimpinan yang tegas dan bakat kepahlawanan yang gagah perkasa. Setelah menerima Islam, beliau gunakan bakatnya untuk mengembangkan Islam.

So kalau kita di zaman jahiliyyah sangat suka muzik, bila dah terima makcik hidayah, dengarlah muzik berunsurkan islam (analogi: baiki gigi).

Tak perlu buang terus kegemaran itu. Kalau kita di zaman jahiliyyah suka melawa, kawal kegemaran itu, hanya melawa di hadapan mahram atau pun suami (analogi: baiki gigi).

Kalau kita di zaman jahiliyyah suka buang masa, kita cuba ubah sikap kita itu dengan usaha yang berterusan. Janganlah hari ni terima hidayah, esok terus nak penuhkan jadual dengan aktiviti-aktiviti amal, dakwah dan kemasyarakatan. Semput nanti dik oi. Sentiasa perbaharui niat dan solat taubat (analogi: cabut gigi oleh dentist dan guna ubat bius. serta makan ubat tahan sakit)

Kalau kita di zaman jahiliyyah berbakat dalam penulisan, selalu tulis novel-novel berklasifikasi C untuk cinta, gunakan bakat itu untuk islam setelah menerima hidayah. Tulislah novel-novel berklasifikasi D untuk dakwah pula (analogi: jaga gigi sampai berkilat dan sihat)

Usah gopoh. Kita ini manusia biasa je. Kita belajar daripada kesilapan. Kesempurnaan itu bukanlah destinasi tapi perjalanan. Kalaulah kesempurnaan itu destinasi, kita tak akan sampai kepadanya. Tapi kalau ia adalah perjalanan, kita akan sampai kepada sejauh mana kita berjalan menujunya.

Eh, kamu faham ke ni? Kita dah mula masuk fasa falsafah tahap petala kesembilan belas dah ni. Tak faham, jangan malu bertanya. Malu bertanya, sesat jalan.

Akhir kata, tapi bukan akhir sekali, selalunya gigi semulajadi yang ada rongak-rongak dan tampal-tampal itu lebih baik daripada memiliki satu set gigi palsu yang berkilauan menyilaukan mata.

ikhlas tapi jauh,
lagi-6-bulan-nak-jadi-doktor-gigi



No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~