No individual raindrop ever considers itself responsible for the flood. Change starts with you
Pertama kali dengar perkataan boikot ialah bila abah cakap "takyahlah tengok tv3. boikot tv3"..di waktu itu saya sedang riang-riang hendak menonton movie di tv3. Terpinga-pinga dibuatnya kenapa nak boikot tv? Boikot tu apa?
Kemudian apabila dah habis SPM, keluar meronggeng bersama rakan-rakan sekolah di Sunway Pyramid. Hati gembira nak makan McD. Lepas tu bee cakap "aku tak makan McD. aku boikot McD. Sebab McD produk israel." Saya macam..err there goes my McD double cheeseburger. Kami terus tukar haluan ke A&W. Terpaksa makan burger tanpa rasa di A&W.
alah tak tempting pun. banyak lagi burger yang sedap di dunia ini. burger ramly pun ok ape.
sedarkah anda palestin sudah tiada dalam peta dunia sekarang ni? cepat, sedarlah sekarang!
Saya berjaya menahan diri daripada makan McD selama hampir 1 tahun setengah. Selama itu juga saya tak minum coke. Walaupun di waktu itu encik boyfren suka McD, saya akan divert jugak dia makan tempat lain sebagai subtitute contohnya Burger King. Tapi dia tetap juga makan McD kalau saya takde.
First year in IMU, saya mendengar khabar Israel dah stop perang dengan Palestin. I mean berita kematian rakyat Palestin dah semakin berkurang maka saya pun start makan McD balik. Tapi cuba mengurangkannya jugaklah sebab jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Kemudian saya terjumpa artikel yang mengingatkan bahawa kekejaman israel takkan berakhir dan tak sepatutnya boikot atau huha huha pasal palestin hanya bila keluar kat news yang israel sedang perang dengan palestin. Omo! Saya tersedar lalu perasaan bersalah menggamit jiwa.
Kemudian mode boikot israel kembali activated. Kali ni lebih meluaskannya. Tukar jenama handset terus daripada nokia ke sony. Kopi Starbucks yang lazat saya tinggalkan. Makanan nestle yang ruji saya katakan babai. Babai to milo. Babai to kitkat. Babai to maggi. Babai to almost everything sebab sebenarnya hampir 100% barang yang biasa kita beli ialah produk israel. Saya turut babai kat Loreal, Maybelline, CK dan Lancome. Sebab banyak sangat komestik yang berasal daripada israel akhirnya saya pun pakai Silky Girl (alah terasa girly nya). Namun bagus jugaklah penghijrahan saya seiring dengan kempen boikot, lalu tidak lagi berminat dengan kosmestik. Tapi kat NZ ni gila perfume tiba-tiba. Kena berhati-hati jugaklah nak beli perfume sebab kadang-kadang nama perfume tu overshadow nama brand. Contohnya perasankah anda perfume paling best 'Miracle' tuh rupanya Lancome? Walaubagaimanapun most of the perfume brands adalah brand yang wajib boikot.
walaupun hari-hari tengok perfume ni dan hari-hari tempting nak beli, alhamdulillah tak terbeli lagi
Yusuf Al-Qardhawi telah pun keluarkan fatwa bahawa boikot barangan israel itu wajib. Haram membeli barangan mereka. Dan statistik juga menunjukkan perlakuan memboikot barangan mereka telah menganggu ekonomi zionis. Tetapi di waktu saya mula memboikot, saya tak tahu pun ada fatwa dan saya tak minat nak tahu berkesan ke tidak boikot ini.
Yang saya cuma kisah di waktu itu ialah saya tak nak langsung menyumbang ke arah penderitaan saudara mara saya di palestin. Sudahlah saya bersenang lenang di Malaysia, ada ke patut saya tambah lagi kesukaran hidup mereka dengan nafsu membeli saya ini? TIDAK. Apakah maknanya saya menderma ke tabung palestin tapi at the same time saya menyumbang dana untuk israel beli peluru untuk bedil palestin? TIDAK!
Pada awalnya, memanglah saya rasa susah betul nak boikot ni sebab hampir segala barangan yang saya dan keluarga selalu beli, pakai dan makan itu adalah barangan israel. Sebab produk merekalah yang femes, yang murah dan easily available dan accessible hatta di kedai runcit sekalipun. Tengoklah McD, murah, ada di mana-mana sahaja, ade drive thru lagi tuh siap ada yang 24 jam dibuka! Tengoklah KitKat, kedai Jains pun ada (oh kedai tu ialah kedai runcit mamak feveret saya sewaktu tinggal di BTHO dulu)
Namun, hakikatnya banyak lagi pilihan lain di luar sana. Kalau nak yang murah, ada yang laaagi murah, barang buatan malaysia contohnya. Belilah megi cap 'PAMA' ke, mi Ruski ke. Mekap Silky girl kan ada. Kopi sehebat starbucks pun ada je. Ada satu lori yang jual kopi camtu kat Pasar Jalan TAR. Tak pun minulah Coffee Beans (ok rindu kopi black forest kesukaanku). Tak payah beli nescafe, beli kopi Cap Kapal Api. Eh lagi pun tak elok minum kopi banyak-banyak ni. Baik minum Teh Boh atau bubble tea kat Cha Time ke (eh tapi saya baru dapat maklumat tak elok juga minum bubble tea banyak2)..Paling best, minum je air kosong.
tak pernah rasa lagi ni
Saya dulu, banyak cari substitute lah untuk ganti kegemaran saya kepada produk israel. Itu antara langkah awal. Ada orang memang tak boleh langsung nak terima substitute ni sebab menurut mereka tiada yang lebih bombastik daripada McD contohnya. Err..belum cuba belum tahu, memandai je kan kata McD itu yang the best.
Maka sebelum cari substitute tu, kena tanam dalam hati dan fikiran bahawa TIADA YANG LEBIH PENTING DARIPADA SAUDARA SEAKIDAHKU YANG DIANIAYA DI SELURUH DUNIA.
Engkorang ingat boikot israel tu hanya dapat tolong rakyat Palestin ke? TIDAK! malahan dapat tolong seluruh umat islam kat dunia termasuklah kat Malaysia tanah air tercintamu sendiri. Ingatlah, Israel yang sedang kontrol ekonomi dunia sekarang. Dan Israel juga yang sibuk melancarkan perang sana sini. Kita tahan ekonomi mereka, mereka akan handicap lah.
Jom kita renung kembali kisah Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api. kemudian ada seekor burung kecil yang berulang alik membawa air dalam paruh kecilnya, cuba untuk memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim ketika itu. Burung itu telah digelak-guling-gulingkan oleh binatang-binatang lain yang hanya menjadi penonton atau tukang sorak. Apakah pengajaran daripada kisah ini
- Burung itu tahu dirinya kecil malah sedar mungkin ia tak mampu pun untuk padamkan api tersebut. Namun itulah usaha yang paling maksimum yang boleh dia lakukan.
- Burung itu tahu yang terbakar itu nabi Allah dan sudah pastilah Allah akan menolong baginda. Namun si burung kecil tetap mahu membantu. Kerana apa? Agar dia boleh menjawab di hadapan Allah akan usaha yang cuba dilakukannya.
- Burung tersebut dikecam, dikutuk dan diketawakan dengan hebatnya namun itu tidak mematahkan semangatnya. Lebih baik buat sesauatu daripada hanya menjadi pembazir air liur.
Ambillah ibrah daripada kisah burung tersebut. Allah melihat kepada usaha dan bukanlah hasilnya. Maka berusahalah sehabis baik, semaksima mungkin. And I tell you, memboikot produk palestin bukanlah usaha yang sia-sia. Mujahadah yang sangat tinggi diperlukan. Dan lama-lama you'll get used to it.
setuju2. alin ni masuk dlm golongan yg hangat2 tahi ayam jugak sbnarnya. nak boikot, tp bila balik rumah, family makan. kwn2 yg rapat ngan kita semua still makan. plus, diri sendiri pun takde kekuatan sgt. cm ohh mcD, bigmac tuu, haha! tp ade sorang senior pnah ckp, kalau awk rasa cm susah, awk pilih 1 brang at a time. cm okay, mula2 boikot mcD je. then, bila dh tetap yg tu, boikot yg lain pulak. sikit2. tu of one cara yg berkesan ke atas alin laa. anyways, nice la quote kat atas tu yg raindrop apetah haha
ReplyDeletekaaann.. saya juga start satu-satu..kini sudah hampir 6 tahun buat keje boikot ni so makin byklah yg dah boleh boikot. tahun pertama boikot McD dulu sbb McD yg paling core.
ReplyDeletepsl family tu susahlah sikit tapi berjaya pengaruhi nu'man sbb nu'man hantu McD. so ble dah kurang demand dlm family, kuranglah tendency nk beli brgn israel :)