Four things come not back: the spoken word, the spent arrow, the past, the neglected opportunity. - Omar Idn Al-Halif
So here I am again ^________^
dah siap dua lagi nota usrah. setiap kali usrah kami akan diskas dan study 3 tajuk daripada buku modul atau buku teks yang lain, ikut giliran subjek (sirah, akhlak, tafsir etc.)
hari ni, selain daripada belajar Bab 5 daripada buku Maza Ya'ni, kami study juga tajuk "Kesediaan Manusia untuk Melakukan Kebaikan dan Keburukan". Tak jauh beza pun dua tajuk ini. Dua-dua cerita pasal jiwa manusia yang ada dua kecenderungan dan juga pasal nafsu manusia.
So basically dalam tajuk yang panjang ni, banyak dihuraikan maksud ayat 7-10 surah as-syams. manusia ni ada dua naluri, good and evil. dan manusia juga ada kemampuan untuk bezakan baik dan buruk serta mampu untuk buat keputusan nak pilih jalan apa. tambahan pula, manusia ada daya kekuatan sedar, maksudnya manusia mampu punya kesedaran kalau dia mencarinya. jiwa yang telah kotor dan telah dibutakan dunia, kemampuannya untuk sedar akan semakin pudar manakala jiwa yang bersih mampu untuk ada kesedaran.
ok, itu semua yang saya cakap tadi adalah unsur-unsur dalaman atau fitrah manusia. untuk memandu fitrah ni dan bagi hint kat jiwa-jiwa ni supaya tak memandai je jalan sendiri ikut suka hati, maka Allah turunkan kita nabi dan kitab (kalamNya) sebagai panduan/ manual kehidupan manusia. maka akal dan hati yang punya fitrah yang bersih ditambah pula dengan sentiasa berpandukan al-quran dan as-sunnah bersamaan dengan KEJAYAAN dunia akhirat insyaAllah!
tapi kalau hati telah buta, akal berjalan tanpa ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah tak dipedulikan, hah RUGILAH jawabnya, nauzubillah.
Seterusnya, nota tafsir minggu ini: Al-Muthoffifin ayat 29-36. Secara pokoknya, surah ni banyak bincangkan tentang good vs. evil..tentang syurga vs. neraka...tentang kitab amal kebaikan vs. kitab amal kejahatan. Manakala 8 ayat terakhir ini pula membicarakan tentang perbuatan dan kata-kata mukmin vs. kafir.
Orang kafir sejak zaman Rasulullah SAW lagi sering mengejek, mentertawakan dan memperlekehkan serta menindas kaum muslimin. mereka mengatakan agama islam sebagai agama yang sesat. padahal Allah tak turunkan mereka untuk susah-susah 'menjaga' orang islam pun.
Sementara itu, untuk memotivasikan kaum muslimin di zaman nabi yang serba mencabar itu, Allah turunkan ayat-ayat yang menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang akan mereka terima di akhirat nanti. Allah tak hiburkan orang-orang beriman dengan dunia sebaliknya Allah 'pancing' orang beriman dengan kenikmatan di syurga, NYUM! Dengan itu, orang beriman akan merasakan segala cemuhan dan ejekan orang kafir itu 'eleh besar kuman je neh..takde hal lah!"..haaa you see, forward thinking and BIG vision can really make a difference.
dan paling saya suka bila Allah sebutkan kata-kata laser pedas lagi berapi kepada orang kafir nanti iaitu dalam ayat terakhir, ayat 36: "Bukankah kamu telah diberi 'pahala' atas segala perbuatan kamu dahulu?"..ketahuilah bahawa pahala yang Allah maksudkan ialah seksaan di api neraka. Hah, sebab mereka kan ingat orang islam ni sesat dan mereka tu mulia, berhak diberi pahala. maka itulah 'pahala' yang mereka tunggu-tunggu. terbaiklah Allah! ^__^
“O youth! Seek the hereafter, for we often see people pursuing the hereafter and finding it as well as the dunya (worldly wellbeing), but we have never seen anyone pursue the dunya and gain the hereafter as well as the dunya.”Al-Bayhaqî, Al-Zuhd Al-Kabir
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~