Tuesday, April 26, 2011

alkisah ANZAC day

ANZAC stands for Australia New Zealand Army Corps. Its a joined forces to serve the Queen of Britain, at that time, Queen Elizabeth. First formed in Egypt in 1915.

ANZAC day is celebrated here in New Zealand as well as Australia, of course, a public holiday but for us students, takde bezanya pun sebab cuti anzac day sekali dengan cuti easter/mid-sem break (tiba2 tukar bahasa melayu). Ironically anzac day turut disambut di serata dunia termasuk Indonesia,Hong Kong, England, Ireland, dan turut dikenang di Turkey. Turkey? yup, turkey. saya akan bercerita lepas ni dan anda akan lihat betapa ironisnya anzac day ni.

Di NZ akan ada dawn service dan poppy flowers dijual di merata-rata tempat sempena meraikan anzac day. tapi bila dah tahu sejarah anzac day, silalah jangan beli poppies itu walaupun mereka kiut dan kaler merah (peringatan istimewa untuk diri sendiri yang attracted dengan bunga tersebut).pegi je pasar, beli sendiri. tak payah ditabungkan kepada anzac.
____________________________________________________________

Wahai muslimin muslimat sekalian
patik ingin bercerita
perihal penjajah
yang tak akan pernah kenal
erti bosan dan penat
untuk mencabut iman kita
hingga ke akar umbinya

di bumi jajahan british ini
terdapat sekumpulan askar
yang dihantar oleh ratunya
mara menuju semenanjung Gallipoli
berhajat membuka laluan ke Laut Hitam
untuk menakluk kota Istanbul

Menangislah para ibu sekalian
anak teruna yang masih remaja belia
terpaksa dilepaskan pergi
meredah lautan berbatu-batu nautika jauhnya
entah bertemu lagi entahkan tidak
demi ratu dan negara
dilepaskan jua

majulah askar berbondong-bondong
tabahkan hati kuatkan langkah
di Gallipoli akhirnya mereka berpijak
letaknya di benua eropah selatan sekali
itulah tanah Turki wilayah Uthmaniyyah
majoriti penduduknya pula tentulah muslim






si bengis laknatullah Kamal Ataturk
ketuai tenteranya pertahankan Gallipoli
kononnya berlawan dengan askar anzac
namun darah muslimin jadi taruhan

beribu anzac mati terbunuh
berjuta lagi muslim terkorban jiwa dan raga
menjadi harga yang perlu dibayar
bagi melaksanakan muslihat keji
musuh Islam yang dilaknat Allah

askar anzac tewas di medan perang
menjulang Kamal Attaturk sebagai pemimpin terhebat
menjadi pemula kepada sebuah kehancuran
daulah Khilafah Islamiyah kini terbubar
maka bermaharajalelalah sebuah kerajaan
yang terang-terangan mencabar Allah
menangislah langit dan bumi
penaung utama agama Allah kini sudah tiada

berkatalah si laknatullah kepada waris-waris anzac:
"Pahlawan-pahlawan itu yang menumpahkan darah dan kehilangan nyawanya
Kamu semua kini telah bersemadi dalam tanah di negara yang mesra
Oleh itu berehatlah dengan aman damai
tiada bezanya bagi kami Johnny dan Mehmet
apabila mereka bersemadi sebelah menyebelah di tanahair kami ini
Kamu, wahai kaum ibu
yang telah menghantar anakandamu jauh dari negara kamu
kesatlah airmatamu
anakmu kini bersemadi dalam dada kami dan sedang aman sejahtera
setelah kehilangan nyawa di bumi kami
mereka juga telah menjadi anak-anak kami"

kata-katanya memujuk hati warga australasia
menjadikannya sebahagian daripada perwira terpuja
masa berganti masa
25 april menjadi tanda
bunga poppy simbolnya pula
menjelang subuh wajah-wajah tunduk mengenang jasa
di satu sudut ironisnya pula
wajah si ataturk gagah terpamer di Wellington juga Canberra
ibarat memuja pembunuh nenek moyang mereka

aduhai kasihan diperbodohkan menjadi hamba
kepada sebuah kuasa yang tamak haloba


memorial di canberra


memorial di wellington

tapi apalah yang lebih kasihan
apabila anak muslim tidak kenal sejarah
meskipun tidak ditugaskan sebagai askar untuk berperang
namun dijadikan pula sebagai kuda-kuda tentera musyrikin
mengagung-agungkan sirah mereka
menjual dan membanggakan budaya mereka
mendabik dada berpeluk tubuh
demi mendukung sebuah agenda bernama taghut




anzac cove, turkey


pasukan tentera anzac

p/s: bukan sajak mahupun pantun mahupun syair apatah lagi puisi. cuma sebuah kisah untuk tatapan warga dunia, insyaAllah.

Monday, April 25, 2011

wahai saudari seakidahku

Saudariku, muslimah solehah..


wanita muslimah, laksana bunga yang menawan…

wanita muslimah yang solehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya,

Begitu indah…

begitu berkilau…

begitu metenteramkan…

teramat ramai yang ingin meraih bunga tersebut…

.

Namun tentunya tak sembarangan orang berhak meraihnya untuk menghirup madunya..

hanya dia yang benar-benar terpilih, yang dapat memetiknya…

yang dapat meraih pesonanya…

dengan harga mahal yang teramat suci…

sebuah ikatan amat indah bernama pernikahan…

.

Kerana itu sebelum saatmu tiba, sebelum orang terpilih itu datang dan menjemput mu ke istananya…

janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya…

jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan dalam kerakusannya…

jangan kau biarkan kumbang berebutan menghisap madumu…

jangan kau biarkan mereka mengintipmu diam-diam dan menikmati pesonamu dalam kesendiriannya..

Jangan kau biarkan dia mempermainkan hatimu yang rapuh diatas nama taaruf, atas nama cinta…

Ya… atas nama cinta.

.

Saudari,

Tahukah kalian jika seseorang jatuh cinta, maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya,

membeku dalam jari-jemarinya, dan menutup semua mata, hati dan fikirannya.

Membuat seseorang lupa akan prinsipnya,

Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat,

Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang seharusnya dia hindarkan,

Membuat seseorang itu lupa akan apa yang telah dipelajari sebelumnya tentang batasan-batasan pergaulan ikhwan akhwat…

Membuat seseorang menyerahkan apa sahaja, supaya orang yang dicintai “bahagia”

Membuat orang tersebut lupa, bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu dalam pernikahan.

.

Saudari,

Kalian tentunya sudah mengerti dan faham.

bagaimana rasanya jika sedang jatuh cinta.

jika dia jauh, kita merasa sakit kerana rindu.

jika ia dekat, kita merasa sakit kerana takut kehilangan.

Padahal dia belum halal untukmu,

dan mungkin tidak akan pernah menjadi yang halal.

.

Saudari,

Jangan sampai cinta menjerumus mu kedalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya,

Kerana itu, jika engkau mulai menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh, bersegeralah membuat sebuah benteng yang tebal, yang kukuh…

Tanam rumput beracun disekelilingnya…

Pasang halangan berduri di laluan – laluannya,

Berlarilah menjauhinya, menjauhi orang yang kau cintai.

Buat jarak yang demikian lebar padanya.

jangan kau berikan dia kesempatan untuk menjajaki hatimu.

Biarlah air mata mengalir untuk saat ini…

Kerana kelak yang akan kalian temui adalah kebahagiaan…


Saudari,

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati.

Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.

Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hamba-Nya.

Dia memberikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa dan kaum muslimin…

Cinta yang begitu dasyat pengaruhnya…

biarlah sakit ini untuk sementara waktu.

biarlah luka ini mengering dengan berjalannya kehidupan…

Kerana cinta tidak lain akan membuat kalian sendiri yang menderita…

Kalian sendiri…



Sumber: Muslimah Yang Sedang Dalam Penantiannya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-yang-sedang-dalam-penantiannya/#ixzz1KWuTULgh

Friday, April 22, 2011

the beauty of discussion (musyawwarah)

musyawwarah atau mesyuarat atau discussion, sunnah nabi, budaya islam. saya dah biasa berdiskusi dengan rakan2 sebaya. maka kami seronok kongsi idea sebab kami ada satu pemikiran yang sama. kalau ada percanggahan pun, kami seronok counter-mengcounter. tidaklah berbalah. cuma belajar melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif, pro and kontra.

lepas tu bila melangkah ke alam universiti, baru kenal senior melalui program usrah. maka seronok berdiskusi dengan para senior sebab mereka lebih tua, mereka ada views yang lain. again, bincangkan pro dan kontra.

bila dah meningkat dewasa sikit, mula berani berbincang dengan parents pulak. dengar pendapat mereka dan belajar untuk mendengar dari orang yang berpengalaman. kemudian membuka ruang perbincangan dengan atuk nenek dan sedara mara, maka isi yang kita dapat subhanallah, sangat banyak sudut yang boleh dipandang. sudut orang yang baru belajar, yang sedang belajar, yang telah berpengalaman. hasilnya cara berfikir pun lebih wide gitu. bila nak buat sesuatu, tengok daripada perspektif itu plus ini. lebih dari sekadar pro dan kontra je. malah termasuk sebab dan akibat.

paling penting untuk belajar ialah, menilai pendapat orang lain, tidak menolak dan berlapang dada, itu yang nabi nak kita belajar daripada sesi musyawwarah. secara tak langsung kita dapat meningkatkan kematangan dalam berfikir. sebab tu kalau kita perhati family2 yang intelek, mereka suka baca puisi sesama mereka, debate sesama mereka. seronok kan?

and now i really get the beauty of discussion. ada satu kepuasan dalam mendidik cara berfikir! alhamdulillah :D

Thursday, April 21, 2011

surat untuk mak


buat mak..
malam ini airmata dhuha menitik lagi
setiap minggu dhuha call rumah
kadang-kadang 2-3 kali seminggu
sampai mak mengeluh penat dan panas telinga nak dengar dhuha cakap

bila dhuha call, mak cakap urgent nak pergi toilet
urgent nak pergi solat
urgent nak makan
urgent nak tengok tv

tapi ketahuilah wahai ibuku
mendengar suaramu sudah cukup untuk menenangkan hati dhuha
sekalipun yang keluar dari bibirmu ialah bebelan tentang anakmu yang tak berhenti telefon ini
bukan dhuha homesick sangat pun
dhuha cuma nak dengar suara mak

kalau dekat malaysia
mak akan mengeluh dhuha balik rumah setiap minggu
tapi ketahuilah ibuku
tiada yang lebih menggembirakan selain dapat menatap wajahmu
walaupun wajahmu berkerut memikirkan kepelikan anakmu yang suka pulang setiap minggu

mak,
dhuha pernah rasa hidup takde mak
bila dhuha lalai bersama kawan-kawan dan kekasih hati
dan bila Allah menghantar hidayahNya
betapa dhuha menyesal telah kehilangan waktu2 untuk bersama mak
ketahuilah ibuku,
dhuha sedang mengganti balik waktu2 yang dhuha terlepas suatu masa dulu

mak,
sebagai anak perempuan
dhuha tahu satu hari nanti dhuha akan pergi mengikut suami
sementara dhuha masih bujang
biarlah dhuha yang temankan mak
biarlah dhuha yang dengar semua cerita mak
biarlah dhuha tolong ringankan segala beban mak
biar dhuha yang tolong seka segala airmata mak
biar dhuha bela nasib mak

mak,
dhuha harap mak bertahan dengan kejengkelan dhuha call mak setiap minggu
dhuha cuma tak boleh bayangkan kalau satu hari nanti dhuha dah tak punya waktu untuk bersama mak
dhuha cuma bimbang nyawa di hujung tanduk hilang begitu saja tanpa bakti untuk mak

mak,
dhuha minta maaf atas segala silap dan salah dhuha
dhuha cuma mahu melatih diri menjadi anak solehah
dhuha nak jadi kawan baik mak
dhuha nak mak cerita semuanya dengan dhuha

mak,
malam ni airmata dhuha menitik lagi
dhuha gembira mak cerita banyak malam ni
dhuha gembira dapat kongsi masalah mak
dhuha gembira dapat kongsi kesedihan dengan mak
akhirnya mak tak kekok nak cerita semuanya dengan dhuha
mestilah, sebab dhuha anak mak
dhuha harap sampai bila2 pun mak boleh cerita dekat dhuha macam mak cerita malam ni

mak,
insyaAllah sedaya mungkin dhuha cuba ringankan beban mak
tapi hanya Allahlah yang boleh mengangkat segala kesusahan mak

mak,
doakan dhuha jadi anak solehah
doakan dhuha jadi anak solehah
doakan dhuha jadi anak solehah

sebab doa anak solehah dimakbulkan Allah
dhuha nak doa banyak-banyak buat kesejahteraan mak

perlukah wujud jantina baru?

*membebel-bebel sendiri*

selalu tertanya-tanya why? why? why?

berada jauh di pulau paling selatan atas glob bumi ni, saya tak pernah lupa untuk mengintai, memerhati dan merisik-risik bumi tanah melayu. apa yang saya dapat? kebanyakannya tanda tanya yang penuh kekecewaan dan kehampaan. mengarut-ngarut jela kebanyakannya.

dan baru2 ni event miss malaysia yang penuh anggota-anggota kerabat transgender. malu! geli! kesian! sedih! marah! bercampur-campur! tertanya-tanya inikah hasilnya kemodenan dan kemajuan teknologi yang digembar-gemburkan kerajaan? menyediakan peluang untuk sesiapa yang tertindas menukar jantina mereka. mengiktiraf kewujudan mereka secara tidak langsung. umat yang rosak. mana pergi moral, kemanusiaan, dan paling penting AGAMA? yang tukang tukar jantina rakus wang. yang nak menukarnya dahaga nafsu. alangkah cantiknya kalau kedua-dua pihak ni punya agama yang membataskan kehendak diri. yang tahu baik buruk, halal haram. tapi mana hilangnya ek semua ni? something is missing somewhere and how can we gain it back.

ISLAM. sebagai orang yang ada ilmu agama dan tahu baik buruk, halal haram ni, seperti yang kakak2 naqibah selalu pesan, pulang ke tanah air, didik umat kembali. biarlah kamu kerja doktor, pharmasist, dentist, tugas mendidik dan berdakwah tu di atas bahu masing-masing. tugas yang FARDHU. kelak anak2 kita, Islamlah yang jadi tapak binaan insan. untuk para pesakit, didiklah mereka juga dengan islam. tugas mendidik bukan tugas guru je. tugas semua orang.

teringat kata2 kak ireena masa ISK hari tu, sistem pendidikan negara kita ni terbalik. masa zaman kegemilangan islam dulu, asas segala ilmu ialah Al-Quran dan Hadith lepas tu ilmu berkembang dan berkembang ke pelbagai bidang. bentuk cartanya ialah segitiga terbalik. tapi sistem pendidikan sekarang, cartanya bentuk segitiga. semakin tirus ke atas, iaitu bidang ilmu semakin disempitkan, semakin dikhususkan. kalau ambil satu2 bidang tu, sampai ke lubang kubur, itulah ilmunya. kehendak pun jadi sempit. nak kaya nak kaya. maka jadilah doktor yang merubah jantina orang.

tak nak cakap banyak. kita renung2kanlah, fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk umat.
THINK BIG, THINK OF UMMAH!

Wednesday, April 20, 2011

ibubapa tak bagi kahwin awal?


oh panjang pulak rasanya tajuk kali ni. takpelah sekadar nak berkongsi tips2 memujuk ibubapa supaya beri izin restu untuk berkahwin di usia muda/ketika masih belajar.

alhamdulillah saya berjaya pujuk mak saya sejak dua tahun yang lalu lagi dan time saya pujuk tu, saya belum ada calon pun lagi(sekarang ni pun). so bila kita takde calon lagi, maknanya kuranglah bias 'desperate nak kahwin' atau takdelah parents kita cakap kita gatal.

apa yang saya maksudkan ialah, masa kita nak minta izin tu, mak ayah takdelah cakap camni: "tak sabar2. dah gatal sangatlah tu. terdesak sangat ke?"..itulah advantage untuk orang yang belum 'berpunya'..berdiskusi seawal kita masih belum bercalon lagi.

kalau dah berpunya, bolehlah kuatkan hujjah untuk memelihara hati, menjauhi zina dan menundukkan pandangan.

tentang hujjah2 tu, boleh cari dekat laman web lain kot, insyaAllah. sebab saya cuma nak tekankan cara2 memujuk parents.

pertama, tanya soalan-soalan pasal kahwin BANYAK-BANYAK kali. itu untuk menunjukkan kesungguhan kita. nak tunjuk yang kita tak main-main. tapi janganlah terus jump into topik kahwin. especially kalau yang belum pernah bukak topik ni dengan parents, pastilah agak kekok ye. parents pulak pasti tergezut dinosaur. mulakan dengan pertanyaan "macam mana mak dengan abah bercinta dulu ye? camne korang kahwin? kenapa amik keputusan nak kahwin?"..camtulah lebih kurang. pastu nanti, especially ibu2 pasti akan buka cerita panjang lebar. ada yang tak nak cerita tapi tanya jelah, belum cuba belum tahu. mungkin dis time mereka tak nak cerita, next time mereka cerita. tak pun bukak topik "ada kawan nak kahwin nanti"..mestilah mak ayah terkejut and bagi reaksi "awalnya!"..dari situ boleh kembangkan perbincangan :)

kedua, tunjukkan kematangan anda dalam ilmu pengetahuan rumah tangga. kalau dah pandai masak something, ceritalah dekat parents. tunjukkan kemahiran rumahtangga korang jugak. dalam hal ni, pastilah kita kena BELAJAR ILMU RUMAHTANGGA dulu. baru boleh show off kat parents :P

bila parents bagi alasan seperti 'muda lagi' atau 'belajar lagi' atau macam2 lagi, keluarkan hujah2 yang menunjukkan kematangan. janganlah cakap "tapi jeleslah tengok kawan lain dah kahwin." "teringinla nak pakai baju pengantin".."kami terlalu saling menyintai" atau "takutlah dia tu dikebas orang." bagilah hujah2 yang menunjukkan korang tahu apa yang korang buat. hujah2 yang berlandaskan Quran dan hadithlah yang paling kuat.

ketiga, berbuat baiklah kepada orang tua. bila hubungan erat, boleh bincang apa saja dan insyaAllah mereka suka nak dengar pendapat kita juga dalam apa hal pun. janganlah buat baik semata-mata ada udang di sebalik batu. berbuat baik kepada ibubapa kan dah memang perintah Allah. jangan putus asa berbuat baik kepada ibubapa. walaupun tak dapat apa yang dihajati, tapi kita dapat pahala daripada Allah dan insyaAllah hidup akan diberkati :)

keempat, kalau susah nak buka mulut, tulislah surat/mesej/sms/email. kalau parents ada FB, share2lah artikel pasal topik kahwin awal. gunakan bahasa yang lembut dan bernada memujuk :)

akhir sekali, jangan putus asa dan takut untuk mencuba! tak salah langsung kita ada keinginan untuk berkahwin sebab perkahwinan adalah sunnah nabi dan amat digalakkan oleh agama. kenapa tak malu ada pakwe/makwe siap tayang kat parents tapi malu pulak nak suarakan keinginan untuk berkahwin padahal berkahwin itu sesuatu yang baik dan syar'i..kalaupun parents dah pesan awal2 supaya kahwin umur sekian2 atau lepas belajar sekian2, tapi demi Allah, bila dirasakan telah jatuh hukum wajib ke atas diri sendiri untuk menikah, silalah berani berdepan dengan parents untuk menyuarakan hasrat. belum cuba belum tahu. akhirnya kesungguhan itu pasti dibalas Allah, insyaAllah.

ingatlah ibubapa kita sayangkan kita dan pasti mahukan yang terbaik. berdoalah selalu agar ibubapa dilembutkan hati. kebanyakan parents tak mahu lepaskan anak di usia muda sebab merasakan anaknya masih kecil. maka buktikan! insyaAllah kalau berkali2 kita minta kat parents kita, parents kita pasti akan fikir juga tentang point2 kita.

maka jangan takut untuk berumahtangga! (saya masih berjuang minta greenlight untuk pihak adik pula)

Saturday, April 16, 2011

pantun jihad


“Kalau roboh kota Melaka,

Papan di Jawa hamba dirikan,

Kalau sungguh bagai dikata,

Harta dan nyawa hamba serahkan.”


hari ni saya belajar pantun ni dalam slot ISK. apa perasaan saya? terharu, sebab sebenarnya ini SERUAN JIHAD di TANAH MELAYU! tapi telah disalahgunakan sebagai pantun orang bercinta! Korang rasa sedih tak baca pantun di atas? betapa kuatnya ukhwah sesama Islam di rantau melayu ni, sehingga tercipta seruan jihad di atas yang masa ni nak tolong melaka yang diserang portugis. itu bukti melayu tidak lemah! sila baca pantun di atas dengan nada penuh semangat jihad, pasti mengalir airmata, mengenangkan semangat nenek moyang kita dulu. mengenangkan betapa kita telah dilemahkan! kita telah ditipu!

BANGKIT! bangkit anak melayu! Allahuakbar!

Friday, April 15, 2011

ajari aku




indahkan lagu ni? subhanallah, pengubat duka lara :)

padan muka saya sebab book tiket balik tak bersabar-sabar sambil 70% yakin nasib akan menyebelahi saya. akhirnya hari ni keluar tarikh exam, 4 hari selepas hari saya fly ke malaysia. hoho. habis tu nak buat apa? takkanlah saya fly balik malaysia sambil say gudbye to exam kan. kena postpone flightla. menangis tak berlagulah sebab cuti 3 minggu kat tanah air dah jadi 2 minggu. saya tak tau lagi nak balik bila sebab rupanya exam jun ni ialah exam final yang kalau tak pass, ada oral exam. so saya kena tunggu tarikh oral exam jugak. harap boleh pulang secepat mungkin kerana rindu sudah tak tertanggung.

kita hanya merancang, Allah menentukan. Tuhan, ajari aku erti redha, sabar, takwa dan tawakkal.

p/s: saya fahamlah sekarang kenapa orang yang belajar oversea tu suka kahwin masa belajar.

Thursday, April 14, 2011

kemaskan pergaulan

jauhi pergaulan bebas!

setiap tahun saya belajar perkara baru tentang ikhtilat, terima kasih Allah :) waktu mula-mula saya bersemangat untuk menjaga pergaulan, saya fikir saya dah faham sangat soal ikhtilat, dah master bab tersebut. namun, benarlah sesungguhnya ilmu yang kita dapat ni hanya setitis daripada selautan ilmu Allah. mungkin tak sampai setitis pun ilmu kita.

setiap tahun saya diuji hal yang berkaitan ikhtilat dan dari situ juga saya belajar perkara baru. kita ingat kita dah cukup menjaga tapi bila muhasabah sedalam-dalamnya, ada beberapa hal yang tidak kemas dalam kita cuba menjaga ikhtilat. yes, tidak kemas. ada waktu yang kita terlepas pandang dalam pergaulan kita sampai mengundang fitnah dalam hati. walaupun tidak bercinta demi menjaga batas-batas pergaulan, namun secara tidak sengaja kita menyimpan harapan pada orang yang kita suka. bukankah itu akhirnya melahirkan perasaan yang tidak tenang secara misteri? ianya perasaan yang asalnya tak dapat dirasai namun as time goes by, ia memakan diri secara perlahan-perlahan. mungkin ada silap di situ, yang akhirnya terbongkar daripada proses muhasabah diri. alhamdulillah.

ya, kita telah berusaha mencuba untuk menjaga ikhtilat, kita tahu banyak tentang itu namun mungkin langkah kita tidak kemas dan niat tidak diperbaharui, wallahualam. mari kita bersama renungkan dan muhasabah :)

JOM!

Wednesday, April 13, 2011

pop-up books

saya sedang mengalami frenzy ke atas buku2 pop-up. kat sini sedang ada sale buku. apa yang buat saya melekat lama-lama kat kedai buku ialah buku pop-up ni! sungguh cool sekali! saya menjadi obses nak bukak semua buku dan explore semua mukasurat yang boleh dibuka.

saya ingat lagi masa kecik-kecik dulu the first pop-up book yang saya bukak ialah buku anatomy of human body, if i'm not mistaken, enda punye kot sebab enda je yang belajar medik dulu. oh mama pun sama. either enda atau mama yang punya.

saya dan sepupus begitu obses dengan buku tersebut. mana-mana mukasurat yang ada tab, berkali-kali kami tarik tab tu, seronok tengok ada parts yang terkeluar. haha...fun..sungguh 3D dan sungguh mencetus minat untuk belajar. kira berapa tulang rusuk, tengok layers of muscles. pendek kata seronok sangat!

sebenarnya itulah buku pop-up pertama dan terakhir dalam hidup saya. hoho..and that was like 15 years ago kot. so kat sini, bila terjumpa je terus jadi macam jakun. setiap mukasurat yang dibuka, mulut pun terbuka disertai bunyi "waaaahhh"..huhu..tak peduli dah orang kiri kanan. disebabkan sale, i bought one. planning to collect as much as i can, bawak balik malaysia untuk sepupu2 kecil, anak2 sedara mahupun anak2 sendiri, tak ketinggalan untuk kepuasan diri sendiri yang sememangnya obses dengan pop-up book. oleh kerana kat tempat yg ada sale tu dah kurang bukunya, saya sampai merantau ke kedai buku lain semata-mata nak main pop-up books (huhu nak beli tak mampu sebab kedai lain xde sale, maka harganya mahal)..main pun jadila..

Tuesday, April 12, 2011

jom kita cuci hati!

huuu..sedihnya..makin hari makin kotor saya ni..saya tak dapat nak tahan tuan saya daripada mengotori hatinya..dulu saya cantik, warna merah bersih. bersinar-sinar lagi bercahaya lagi tu. tapi kebelakangan ni tuan saya jarang sangat nak bagi saya makan, maka saya sedikit kurus. lepas tu tuan saya selalu lupa nak bersihkan saya. maka sayalah hati yang comot itu..


kawan-kawan! kesiannya hati tuuu..siapalah tuan yang malas nak bersihkan dia tu? jangan tuding kat orang lain! entah-entah itu hati kita! OH NO! what to do??!!!



jom bersihkan hati kita semua!! sabun bersih-bersih, sental kua-kuat hati kita, buangkan segala kekotorang dan contengan-contengan arang tu. MACAM MANA?

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - walaupun rasa tak buat solat besar, tunaikanlah juga solat taubat sebab selalunya kita tak sedar dosa yang kita buat.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari dan jangan lupa maafkan orang lain juga :)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)..optimislah!

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - berpuasa dapat menghindarkan dari melakukan perkara-perkara kejahatan dan yang merosakkan hati.

9. Banyak ingat tentang kematian

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah walaupun hanya dengan segari senyuman :)

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang haram dan syubhah.

14. Berkawan dengan orang-orang berilmu dan beramal soleh

15. Berkawan dengan orang miskin- dapat buat kita rasa insaf dan bersyukur .

16. Saling pesan memesan ke arah kebaikan.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) daripada perkara-perkara melalaikan dan maksiat.

(sumber: Dr Fadzilah Kamsah)


oh seronoknya kena mandikan!! ^__^


alhamdulillah, tuan saya dah sedar dan bermujahadah untuk bersihkan hatinya. Saya dah tak comot lagi sekarang!!

pesanan penaja: banyak-banyakkan mengingati Allah kerana HANYA dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang ( AQ 13:28).. dan seterusnya perkara-perkara baik yang lain menyusul.


OOPPSS! jangan lupa, dah bersihkan hati, sila bagi makan hati anda dengan makanan-makanan rohani ye :) till the next post, assalamualaikum..

Monday, April 11, 2011

masyitahku ♥


tadaaa! perkenalkan cik masyitah kesayangan saya :) inspired by alin's post regarding plants and flowers, baru teringat i was about to 'brag' about that too..

masyitah is my birthday present from yee phang dan shu qeng. bunga ini adalah dari species cyclamen. bau dia sangat wangiii ala-ala sirap bandung dan sangat soft dan sweet. warnanya pun sweet. the whole pot of this plant is just as cute as me (perasan sikit).

saya sayang pokok ini. tak susah nak jaga. usually it will go into dormant stage during autumn but alhamdulillah berbunga pula ia wat masa ni. masa dapat tu ada 2 kuntum bunga pink. lepas tu gugur ditiup angin ke apa. saya teramat sedih sebab ingat dah mati (saya memang allergik nak bela benda hidup sebab saya susah nak terima kematian. saya pernah dapat bunga sekali je lepas tu bunga tu mati, lepas tu saya announce kat orang supaya jangan langsung bagi saya benda hidup. oleh itu saya dapat bunga plastik -.-'').. tapi yee phang dan shu qeng, they thought i love potted plants sebab they saw me cooking using potted spring onions and chives padahal a few days after they saw me with the plants, semua tumbuhan herba saya mati. tensi..tensi..

but anyway thanks, masyitah brightens up my day :) hope this only plant i have will strive till the end tapi setiap kali saya fikir yang saya tak dapat bawa pulang masyitah ke malaysia, saya akan rasa sedih. oh how i hate separation but that's how life is.

kenapa nama masyitah? because it reminds me so much of the martyr during pharaoh's ruling. tahu tak kisahnya? nak saya cerita? marilah dengarkan (oh, baca!) kisah masyitah ini.

masyitah merupakan dayang dekat istana firaun. beliau dan suami merupakan orang yang beriman yang mengikut ajaran Musa. Pada suatu hari berlaku pergaduhan antara suami Masyitah, Hazaqil dan Firaun sebab pada waktu itu Hazaqil membantah penjatuhan hukuman ke atas ahli sihir firaun yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Akhirnya suami masyitah menemui syahid demi mempertahankan dan menyelamatkan akidahnya dan akidah orang lain. masyitah tersangat sedih dan mengaku kat isteri Firaun, Asiah. Asiah pun mengaku kat masyitah yang dia pun merahsiakan keimanannya daripada pengetahuan firaun.

One day, masyitah sedang menyisir rambut puteri firaun. kemudian sisir rambut itu terjatuh. secara tak sengaja, terkeluar kalimah 'bismillah' dari bibir masyitah yang hendak mengutip sisir yang jatuh itu. puteri firaun yang mendengar tu terus report kat firaun maka masyitah dan anak-anaknya dipanggil mengadap firaun. Firaun perintahkan masyitah mengaku bahawa firaunlah yang sebenarnya tuhan, bukan Allah. Mayitah mestilah tak nak mengaku. Maka firaun mengugut akan membunuh kedua-dua anaknya. Masyitah tetap mempertahankan keimanannya sehingga keua-dua anaknya termasuk yang masih menyusu itu dihumban ke dalam minyak yang panas menggelegak. Masyitah masih lagi tetap dengan keimanannya, subhanallah. maka beliau akhirnya dicampakkan ke dalam minyak yang panas itu.

saat itu, semerbak bau harum terhasil daripada minyak yang panas itu. masyitah di bakar hidup-hidup kerana mempertahankan akidahnya dan semasa peristiwa israk mikraj Rasulullah melalui syurga yang wangi semerbak dan Allah kata itulah mahligai masyitah. i want myself to always remember my aim to achieve martyrdom everytime i see masyitah :)

masyitah merenung masa depannya dengan saya. jangan risau masyitah, Allah sentiasa jaga kamu, nyawa kamu milik Allah. saya harap masyitah dapat berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat saya serta doakan saya dapat mencapai mati syahid :)

syok sendiri

pernahkah anda view belog anda berkali2?

sejak semalam i really cant take my eyes off my own belog. asyik nak tatap dan tatap je. sebab saya adore hasil kreativiti sendiri, tak senonoh kan...haha...my first drawing guna photoshop pastu terasa comel pulak. comel ke? comel kan? (mula nak mempengaruhi orang lain untuk adore hasil saya jugak.memang dah parah ni)

saya suka layout baru saya. terasa nak tulis banyak2 supaya boleh tengok banyak2 kali :p

Sunday, April 10, 2011

ayat-ayat cinta



sedar tak sedar, dah 3 tahun saya tak tengok movie nih. bukannya mesti pun. tapi bila saya tengok balik trailer ni, saya macam dibawak terbang terus ke zaman 3 tahun lepas. zaman kegilaan 'ayat-ayat cinta'..

movie ni digolekkan ke dalam kehidupan saya tepat pada waktu yang saya memerlukannya. that was 3 years ago bila saya diuji oleh Allah dengan ujian yang paling berat setakat ni. saya tengok movie ni dulu sebab masa tu ada tayangan 'ayat-ayat cinta' kat IMU..saya pun terpanggillah nak tonton movie tu setelah asyik fail je loading kat youtube. tapi sebelum tu saya dah baca novel.

pendek kata bermula dengan movie ini, perlahan-lahan saya melangkah ke jalan yang lurus. apa yang saya belajar melalui ayat-ayat cinta macam bagi saya satu harapan baru, perspektif baru, azam baru, semangat baru..buat saya nekad terus nak meluruskan kiblat hidup.

saya paling terkesan dengan watak aisya dan saya paling suka part fahri dipenjarakan dan kawan dia yang comot kat penjara tu tegur kesombongan fahri dan ingatkan tentang kisah nabi yusuf serta mengingatkan fahri agar sabar dan ikhlas. sampai sekarang setiap kali saya tengok part tu saya akan menangis sebab saya rasa peringatan tu terus ditujukan khas untuk saya.

melalui watak aisya saya dapat gambaran yang jelas how a real muslimah should be. saya simpan watak dan penampilan aisya dalam hati dan saya nak sangat-sangat contohi dia. boleh kata movie tu sangat bagi kesan yang sangat mendalamlah dalam hidup saya. dan pada masa tu jugak saya sangat jatuh cinta dengan niqab dan sangat menimpikan untuk memakainya pada suatu hari nanti. tidak wajib tapi saya rasa sangat relevan untuk zaman sekarang. zaman fitnah.

saya juga mula mengidam nak memakai tudung labuh di waktu itu. which i took quite a few months sebelum akhirnya saya betul-betul tak dapat tahan diri untuk menutup aurat sepenuhnya. dan waktu saya dah mula berkeputusan macam tu, memang dah tak dipengaruhi 'ayat-ayat cinta' dah..tapi panggilan yang sangat kuat dari dalam hati "tutuplah aurat, dhuha..tutuplah..!!"

pendek kata saya rindu movie ni. saya tengok movie ni berkali-kali dulu untuk bagi motivasi kat diri sendiri. saya rindu waktu diuji dengan sangat berat oleh Allah dulu. alhamdulillah sekarang tidak sesusah dulu tapi kadangkala buat saya rindukan ujian yang berat. sebab ujian yang berat sangat merapatkan saya dengan Pencipta saya. tapi mungkin kali ni Allah nak tarbiyyah saya untuk selalu ingat kat Dia dan berdamping dengan Dia walaupun di waktu senang. sebagai hamba, kita kenalah ingat Allah di waktu susah dan di waktu senang kan? (hihi teringat lagu adik nabila from drama 'mutiara hati')

what stops you?

memandangkan currently reading 'kupinang engkau dengan hamdalah', topik2 yang ditulis pun banyak pasal kahwin. biasanya what we write reflects what we read kan.

bab pertama membincangkan apa yang menghalang kamu daripada meminang seterusnya menikah?

interesting enough? what's more interesting...you approach or keep giving hint to the one you like but what stops you from approaching her/him in a halal way?

hmm...ye tak ye..buat saya fikir..kenapa orang boleh bercinta tapi bila disuruh atau diajak kahwin, takut. takut tak cukup kewangan, takut mak ayah marah, takut jatuh saham etc etc..sedangkan bercinta boleh pulak? willing to spend a whole lot of money to the one you love, willing to spend most of your PRECIOUS time with the one you love. so why not marriage?

kalau sanggup berkorban macam-macam untuk kekasih hati, why not korbankan diri dengan putting heaps of efforts into marriage? berusaha dapatkan keyakinan parents, berusaha cari pendapatan, berusaha cari ilmu etc etc..

marilah kita renung-renungkan bersama, what stops us..berusahalah sehabis baik kemudian barulah kita ada alasan yang kukuh bila perkahwinan itu tak dapat direalisasikan. belum cuba belum tahu. macam cerita cerekarama yang saya tengok, lakonan fahrin ahmad dan elly mazlein, tajuk apetah tak ingat. oh tajuk dia anna maria (baru google.huhu)..hero dan heroin kahwin senyap2 masa belajar kat oversea sebab lelaki tu takut mak dia tak bagi. balik malaysia dia jadikan isteri dia orang gaji kat rumah mak dia sebab tak nak mak dia tahu. akhir sekali mak dia tahu dari orang lain tapi mak dia suka je sebenarnya dekat menantu dia tu. cuma si hero ni je yang takut sangat nak MENCUBA. tak ke sia-sia je buat dosa kat mak sendiri. last2 mak dia restu jugak sebab memang menantu dia tu ada ciri2 yang dia suka.

pendek kata, kalau ada halangan, hadapi, hayati dan nikmati! (HHN)..berusahalah!

dan ada sesetengah orang pula suka bagi hint. untuk para lelaki sekalian, ketahuilah wanita mudah tersentuh hati. berhati-hatilah dalam menjaga pergaulan dan berbuat baik dengan wanita sebab silap haribulan kebaikan anda akan disalah ertikan. dan kalau nak bagi hint pun, bear in my mind that some women can read that dan akan menimbulkan satu harapan dalam hati seseorang wanita. kes macam ni boleh buat perempuan tu akan terus tunggu dan tunggu lelaki itu secara senyap-senyap tanpa sedar pun akhirnya lelaki tu dah kahwin dengan orang lain. secara tak sengaja perbuatan kita bagi hint kat orang tu dah melukakan hati orang lain. secara tak sedar perbuatan kita tu dah menimbulkan gelisah/ketidaktenangan di hati orang lain untuk berkurun lamanya. maka sila hati-hati. semoga kita semua dijauhkan daripada kedua-dua situasi ini, ameen~

akhir sekali, what stops you?

kematangan II

oh daripada tajuk di bawah, iaitu kematangan, saya lupa nak concludekan. saya tidak setuju wujudnya undang-undang yang menetapkan had umur bilakah seseorang boleh berkahwin. boleh jadi orang yang berumur 15 tahun memang dah cukup matang untuk berkahwin, telah ada keinginan kahwin, telah ada calon tapi dihalang undang-undang. bukankah melawan fitrah? bukankah boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar? buktinya kita lihat sekarang berapa ramai yang pada awal remaja dah couple2, memang itulah fitrah kita ingin berpasang-pasangan.

saya tak puas hati kenapa ada undang-undang camtu. hak individu la bila dia dah bersedia nak berkahwin dan direstui keluarga pula tu. Dalam islam sendiri tidak menetapkan had umur untuk berkahwin.

Sabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)

dan ingin ditekankan di sini bahawa kemampuan untuk memikul tanggungjawab tersebut sekali-kali tidak bergantung kepada faktor umur semata-mata. pernah dengar ungkapan ini: "usia hanyalah nombor"..what really does matter is KEMATANGAN. dan tahap kematangan setiap orang berbeza-beza. tidak wajar untuk kita pukul rata semua dan NAH! letak umur sekian-sekian sebagai tahap paling matang untuk berkahwin. not fair.

sekali lagi, ini pandangan peribadi. kalau salah sila betulkan :)

Saturday, April 9, 2011

kematangan

semalam saya tengok drama natrah. sedih, kejam, zalim. bila kuasa luar sibuk nak politikkan hidup seorang gadis yang sungguh-sungguh innocent. bila undang-undang akhirnya memusnahkan keseluruhan hidup seorang gadis yang asalnya sangat-sangat polos.

saya rasa agak tak layak pula nak kupas isu hidup natrah sebab agak kompleks dan ada banyak sangat segi dan sudut untuk dipandang dan dikupas which saya tak cukup ilmu sangat. banyak komponen emosi pulak nanti kalau nak kupas-mengupas ni.

saya nak tulis pasal kematangan. whereby pada zaman dahulu kita tengok kanak-kanak perempuan pada usia 10 ke atas sudah cukup matang. pandai berdikari, pandai mengurus dan menjaga diri, pandai bezakan baik dan buruk. kematangan datang seiring dengan akil baligh.

manakala kanak-kanak zaman sekarang, pada umur yang serupa, sangatlah tidak matang walau sudah akil baligh lebih awal daripada orang zaman dulu. masih lagi nak mak mandikan. masih lagi nak mak masakkan.

sebab itu kalau kita perhatikan zaman nenek moyang kita, mereka kahwin sangat awal dan itu pun membantu ke arah proses kematangan. macam juga Saidatina Aisyah. perkahwinan menolong untuk mematangkan diri dan sedikit kematangan diri di usia muda pun membolehkan mereka kahwin awal.

bayangkan kalau budak perempuan zaman sekarang berumur 12 tahun berkahwin. tak boleh bayangkan. tidur masih peluk teddy bear, suka main tenteng, menangis over things yang tak dapat dibeli, tak pandai masak dan uruskan kerja rumah. agak huru-hara rumahtangga.

ok ape kena mengena tiba-tiba ni. tadi natrah tiba2 pasal matang pulak. sebab natrah kahwin umur 12. natrah orang zaman dulu. opah saya kahwin umur 18 tahun. che pun sama. di mana masa saya umur 18 tahun, masak kari pun tak tahu lagi. basuh najis baby pun tak mahu. tanggungjawab dan hak isteri pun masih samar-samar walaupun skor penuh masa spm.

saya rasa nak tulis pasal ni bila tengok cerita 'natrah' malam tadi dan pagi ni baca buku 'kupinang engkau dengan hamdalah'

matang? definisi matang yang saya maksudkan kat sini bila boleh urus kerja rumah, jaga diri, pandai beza baik buruk, senang kata dah tahu tujuan hidup, dah tahu fikir masalah besar-besar dan pandai menuju matlamat. eh apa-apalah. saya suka camni. end-up ayat berbelit-belit.

apakah faktor kematangan? tak semua orang zaman dulu matang dan tak semua orang zaman sekarang tak matang. trendnya, most of orang zaman dulu matang dan most of orang zaman sekarang tak matang. kenapa? pada pandangan saya orang zaman dulu hidup mereka lebih susah menyebabkan mereka harus belajar uruskan kehidupan pada awal usia. ada yang kena bekerja pun. orang zaman sekarang segala-galanya dah tersedia. budak-budak disogok pula dengan 'doktrin-doktrin' keanak-anakan seperti kartun dan barang mainan.

pengaruh-pengaruh luar pun macam advertise kanak-kanak kena behave this way that way. kanak-kanak kenalah tengok cerita fairytale, berangan-berangan, deko bilik jadi macam fairyland, dan seluruh hidup budak tu di'fairytale'kan. kanak-kanak perempuanlah terutamanya. lebih pentingkan kehidupan barbie daripada kehidupan sendiri. urusan hidup hanya apply dekat mainan. dalam fantasi.

tambah pulak law kanak-kanak tak boleh kerja dan tak boleh kahwin. memanglah in a way bagus law tu, untuk mengelak hidup kanak-kanak diperjudikan oleh orang dewasa yang tak bertanggungjawab. tapi dengan bekerja dan berkahwin sebenarnya mematangkan seseorang. which kanak-kanak zaman dulu ada peluang tu dan kanak-kanak sekarang, bukan semua ada peluang tu. sebab itu, baguslah bila kat sekolah kita diberi peluang macam tu masa hari kantin etc.

kanak-kanak juga ada potensi yang sangat besar untuk menyerap ilmu dalam macam-macam bidang. tapi sistem menjadikan pemikiran kanak-kanak sekarang agak rigid bila konsep ilmu itu dirasakan hanyalah apa yang mereka belajar di sekolah. ilmu difikirkan hanya untuk jawab exam. potensi sesetengah kanak-kanak adalanya disekat bila bakat dalam sesuatu bidang cikgu atau parents wat dek je. jadilah mereka kanak-kanak stress. padahal kalau kita lihat zaman kegemilangan islam dulu dan inggeris jugaklah, seorang pelukis itulah doktor,pemuzik, arkitek, ahli matematik, ahli kimia. mereka menguasai macam-macam bidang ilmu. mereka bebas meneroka ilmu. di awal kanak-kanak dah hafal Quran, belajar ilmu agama sedalam-dalamnya lepas tu baru meneroka ilmu akademik, ilmu perang etc. cantiknya kan. tak rigid.

disebabkan kita terikat dengan sistem pendidikan, tak semestinya kita tak boleh jadikan anak-anak kita macam ahli ilmu zaman dulu. (ceh cakap macam dah ada anak pulak)..apa kata masa tadikanya hantar masuk sekolah agamanya. sekolah rendah pun. biar kuasai al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitannya. biar anak-anak kita kuasai ilmu dengan basic akidah yang kukuh dulu. itulah pun yang diajar Rasulullah SAW. ok tak nak cakap banyak-banyak sebab saya tak pandai sangat hal ni.

ok dah tak nak cakap. nanti bunyi macam orang pandai lak. itu semua adalah pandangan2 peribadi. boleh jadi salah boleh jadi betul. dan tiada generalization juga. note the usage of 'most' bukan 'all'..:)

wassalam.