Showing posts with label .diary.. Show all posts
Showing posts with label .diary.. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

budak comel








Truly wonderful the mind of a child is.(YODA, Star Wars Episode II: Attack of the Clones)



Tadi telah datang seorang pesakit cilik yang sangat menggelikan hati. Terima kasih adik kerana telah berjaya menggeletek hati saya di pagi yang biru.

Begini kisahnya, seorang kanak-kanak lelaki berT-shirt Ben10, berkulit putih, berpipi dan berbibir merah jambu serta berambut perang telah melangkah masuk dengan penuh yakin ke bilik rawatan saya yang cosy itu.
ini mungkin pemandangan budak itu semasa dia mula-mula melangkah masuk ke dalam bilik rawatan saya. Itu dia Dhuha DD sedang sibuk main game. Eh, tidak. sila perhatikan betul-betul, saya sedang sibuk meneliti desktop wallpaper. Nampak sangat poser di situ. Betapa gelabahnya si DD ni berlari-lari ke tempat duduk setelah menekan timer 10sec supaya sempat di 'capture' kamera. Hampir terseliuh pinggang. Tula, datang klinik awal sangat, xde orang dan tak tau nak buat apa. By the way, saya tidak menggemuk. Apa yang anda lihat hanyalah ilusi optik.
(AWAS, LENCONGAN DI HADAPAN)

Sori2, termelencong lebih-lebih dalam segmen apresiasi gambar. Mari sambung cerita.

Kanak-kanak itu nama Mason (ceh macam freemason je. nasib baik muka inesen)..Muka dia blur-blur je. Duduk duduk je atas dental chair, dia terus gapai sunglass dengan penuh gaya. Aik budak ni. Dia tak tahu ke saya ni makhluk menyeramkan yang ketagih gigi? Untuk pengetahuan semua, dentist memang kena provide sunglass kat pesakit. kalau tidak, mata pesakit mungkin silau atau menghampiri buta sebab terkena panahan lampu dental chair.

biasanya bila berada atas dental chair, pesakit akan bertukar menjadi stylo begini. (kredit:google)


"Berapa tahun adik Mason ni?" Saya mula beramah mesra. Nak pancing hati pesakit.

"6 tahun." Alolo tomey tomey. 6 tahun. Budak ni dari segi gaya sebijik macam my little cousin Haziq. Nampak bijak, bergaya dan blur at the same time.

"Tahu tak kenapa adik datang sini hari ni?" Budak tu pun menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam buku rekod, Mason datang untuk menampal gigi susunya yang berlubang (kenapa panggil gigi susu ye? Nak kata sebab gigi tu terdedah dengan terlampau banyak susu, gigi saya sekarang pun banyak merasa susu)..Habislah. Biasanya budak yang tak tahu kenapa dia jumpa dentist akan tantrum bila dapat tahu. Itulah yang patient saya yang sebelumnya buat. Nanti saya cerita sat lagi. Tak nak melencong-lencong dah. Satu-satu.

"Ok nanti makcik (ofkos tak bahasakan diri aunty) tengok mulut adik dulu pastu kita buat keputusan nak buat apa." Pandailah saya menanam tebu di tepi bibir. Mason angguk je dengan penuh pasrah.

*berlakon-berlakon terkejut* "oh nampaknya adik punya gigi berlubang! nak kena tampal ni." Sambil saya tunggu reaksi Mason dengan penuh debar kot kot nanti nak kena tempik kat muka ke, nak kena cakar muka ke.



"Ok." Mason angguk-angguk. Amboi cool sungguh adik ni.

"Bagus. Untuk cabut gigi ni, makcik kena letak sleepy juice (ubat bius/LA) supaya gigi adik tidur. Nanti baru adik tak rasa apa-apa masa gigi adik kena cabut. Tapi sebelum makcik letak sleepy juice tu, makcik akan letak sleepy gel dulu kat tempat nak cucuk supaya adik tak rasa jarum tu mencucuk adik. Ok, deal?" Itu adalah skrip skema semua pelajar pergigian Otago. Mason mengangguk-angguk akur seolah-olah sedang kata kat saya "no biggie!!"

"Pernah rasa dapat sleepy juice tak?" Saya tanya Mason untuk dapatkan kepastian sebab dia betul-betul cool tak padan dengan umur dan badan yang kecik itu. Mason geleng-geleng. Ok.

"Dulu adik pernah jumpa dentist ke?" Mason geleng-geleng. Patutlah. So dia tak ada pendedahan kepada dunia dentist yang scary itu. Baiklah, sayalah dentist pertama dalam hidupnya, pelakar sejarah dalam hidupnya, orang penting dalam memorinya. Eceh. Kamu masih ingat lagi siapa dentist pertama kamu dan apa yang dia buat kat kamu? Saya merasa bangga dentist pertama Mason ialah seorang muslim (me!me!). Nanti dah besar dia boleh cerita kat kawan-kawan dia. huihuihui. Harap-harap saya tidak menjadi penyebab dia benci dentist seumur hidup.

"Masa makcik nak cucuk nanti, adik rasa macam kena cubit sikit. Nanti lepas kena cucuk ubat bius, adik akan rasa kebas." Saya cuba bagi gambaran awal dulu supaya budak tu tahu nak expect apa. Barulah di masa kejadian, dia tidak berasa aneh lalu berasa dalam bahaya lalu melalak-lalak. Walaupun adik Mason tak tanya dan kelihatan macam tak kesah je, tapi informed consent adalah penting.

Adik Mason mengangguk redha.

Saya pun menyapu gel pengebas (hui buruk benar bunyinya! dah macam pengebas suami orang jek) kat kawasan yang akan saya cucuk ubat bius nanti.  Yang kelakarnya, dia sangat patuh cakap saya. Saya suruh buka mulut, dia buka je. Sampaikan air liur sendiri pun tak tertelan, lalu melimpah-limpahlah airliurnya sehingga membasahi bajunya.

"Adik boleh telan airliur lain kali ye." Huu nasib baik airliur tak kena baju saya. Tapi budak-budak takpe lagi. Ini, seluar saya pernah terkena air liur pesakit dewasa, geli hokkay! Dapat rasa airliur tu tembus sampai ke kulit. Balik rumah terus mandi. Kenapalah geli sangat perkejaanku ini.

Setelah gel itu menyerap, saya pun mula mencucuk kawasan tersebut.

"Ouch!" Kata Mason.

"Ouch!" Kata saya pula. Konon nak tunjuk empati.

"Makcik faham. Terkejut kan? Rasa macam kena cubit sikit je, lepas ni dah tak rasa apa-apa. Mungkin akan rasa kelakar (baca: funny feeling) sekejap, lepas tu ok balik." Mason mengangguk-angguk masa saya sedang mencucuknya. Dia kekal tenang je lepas tu. Macho betul. Sepanjang proses mencucukkan ubat bius, saya menanamlah tebu di bibir "adik kuat, adik berani, adik bagus, adik memang sesuai kawan dengan Ben10, adik hero bla bla bla"..itu namanya positivie reinforcement. Supaya budak itu tetap teguh dengan ketenangannya dan bertahan dalam deritanya. Heh ayat...

"Dah siap!" Saya bersorak supaya dia gembira dia berjaya melaluinya. Mason senyap. Mulutnya masih ternganga padahal saya dah bersandar dah ni ha. Saya pandang je dia. Pastu dia pandang saya.

"Eh? Dah siap?" Muka dia terkejut. Haha, melamun ke apa budak ni. Cepat-cepat di bangun dari tempat duduknya pastu turun kerusi. Saya dan cik dentist yang merangkap assistant saya memandang antara satu sama lain. Dah kenapa budak ni?

lebih kurang macam ni lah muka adik Mason tu tadi. tak saya tak google nama dia. i was looking for a 'blur' face.semangat.

"Eh, nak pergi mana tu?" Kami bertanya.

"Kata dah siap? Nak baliklah." Selambayaya je dia. Haha. Gigi dia tak sentuh pun lagi, baru cucuk ubat bius. Dah tak sabar-sabar nak balik nampaknya. Comel sangatlah. Tak tahan lalu tergelak. Kalau ikutkan rasa nak guling-guling tepuk-tepuk lantai je gelak. Eh muslimah jangan buat gaya bebas tak senonoh tu lagi-lagi depan budak2!

Saya pun panggil dia semula. Rawatan tampalan diteruskan. Saya pun gerudi gigi Mason, membersihkan segala kekotoran. Kejap kejap dia tanya "dah siap ke?" haii ate tak sabor benor nak ninggalkan klinik makcik nih.

"Ok dah siap dah bersihkan kuman dalam gigi!" Saya bersorak lagi.

"Dah siap dah?" Alamak saya tak patut gunakan perkataan dah siap. Nanti dia bangun dari kerusi lagi hahaha.

"Eh, tak. Makcik maksudkan, dah siap cuci gigi. Sekarang kena tampal. Kalau tak tampal, nanti kuman masuk lagi dalam gigi adik." Mason angguk-angguk setuju.

"Sakit ke tampal?" Haha ini lawak ok. Masa nak kena cucuk, tak tanya pun sakit ke tak. Masa nak tampal baru tanya. Tampal gigi adalah sesuatu yang paling tak menyakitkan kerana tiada objek tajam pun digunakan. Macam nak sumbat gabus dalam lubang botol je.

Dah siap tampal apa semua, maka barulah habis temujanji.

"Sekarang barulah kita dah betul-betul habis. Tadi tak sabar-sabar sangat nak balik kan, ha sekarang dah boleh balik." Heh, sebetulnya rasa bersalah sebab asyik cakap "we're done" je sampaikan macam bagi harapan palsu beberapa kali lak kat Mason.

Mason pun turun daripada kerusi dental dengan gembira. Berjalan dengan macho sambil memakai sunglasses.

"Eh, nak bawak pergi mana cermin mata kitorang tu." Tegur saya.

"Eh, terlupa hehe" Adik Mason pun serahkan sunglasses dan berlalu meninggalkan kami. Oh dia adalah pesakit paling comel setakat ini. Walaupun blur dan kecil, tapi sangat berani dan macho.

Saya berharap saya telah bagi kenangan baik untuk dia. Saya harap dia tak benci dentist seumur hidup. First impression itu penting. Kenapa saya tak takut dentist masa kanak-kanak? Sebab dentist pertama saya sangat osem. Seorang wanita punjabi. Bersuara dan bernada lembut. Tak ingat langsung dah kesakitan yang dirasa. Tapi saya juga berpesonaliti berani. Masa tu memang nak cabut gigi dan tak kesah rasa sakit ke hape yang penting, mahu gigi baru yang lebih cantik tumbuh. Saya juga budak pemberani yang memang suka kena cucuk. Kawan-kawan semua nangis kena cucuk masa darjah satu, saya masih boleh ketawa-ketawa kegelian masa kena cucuk. Mungkin masa saya kanak-kanak dulu, saya jenis macam Mason. Mesti dentist dan jururawat2 gembira gila dapat pesakit macam saya dan adored saya sangat sangat lalu mendoakan gigi saya sehat, sebab itulah saya bebas kaviti hingga kini guiguigui.

Sebelum Mason, saya dapat pesakit yang totally opposite dengan Mason. Budak perempuan berusia 8 tahun. Dia cakap dia datang jumpa saya untuk dapatkan tampalan. Tapi bila saya tengok rekod, ada gigi yang kena dicabut juga. Dan bila saya periksa mulut dia, gigi yang kena ditampal itu dah ditampal pun. So hanya tinggal gigi yang kena cabut je. Saya pun cakap "tak ada gigi yang makcik kena tampal kat sini tapi nampaknya ada gigi yang kena dicabutlah, sayang. Gigi ni dah bergoyang dan dah rosak juga. Makcik akan letak ubat bius supaya adik tak rasa sakit masa kena cabut."

Adik itu angguk-angguk. Diam.



"So, adik ok tak kalau kita cabut gigi adik sekarang?" Tiba-tiba muka adik tu jadi merah. Dagu dia dah mula berlagu. Maksud saya, dagu dia dah terketar-ketar. Begitu juga kaki dan tangannya. Saya dah gelabah sikit. Petanda tak bagus ni. Saya tak nak kena tempik di muka.

"Ok ok, adik takut ye. Biasalah tu makcik faham. Adik nak mak adik kat sini?" Saya terus rangkul bahu adik tu dan tenangkan dia sebelum keluar teriakannya. I have sensitive ears yang tak boleh tolerate suara nyaring. Ia akan segera buat saya sakit kepala lalu stress dan berpotensi bertukar menjadi murung.

Kat rekod adik tu ada tulis "mom wanted to be with her during treatment." Maka sebab itulah saya tenangkan dia dengan sebut tentang mak dia. Dia angguk, nak mak dia. Receptionist memang sedang mendapatkan mak dia di talian memandangkan dah tertulis begitu di buku rekod adik tersebut.Adik itu berjaya ditenangkan. Mak dia tak dapat dihubungi lalu kami pun dismiss adik tu, buat temujanji lainkali.

Pendek kata, seronok dapat merasa pelbagai pengalaman. Alhamdulillah harap ia membantu menajamkan skill saya dan menjadikan saya dentist yang lebih baik.

p/s: semalam tersalah call number abah. beriya je panggil orang lain abah. nasib baik yang jawab tu seorang 'abah' juga (kalau lelaki miang yg jawab, tak ke haru.) tertanya-tanya pakcik tu sejak bila pulak dia ada anak nama dhuha, call dari kutub selatan plak tu.

p/s: tadi bersemangat nak kaut sayur dalam mangkuk yang berisi sup. rupanya itu hanyalah ilusi optik. corak dalam mangkuk je padahal. boleh tak jangan lukis corak pinggan mangkuk yang kelihatan real sangat. tipah tertipu.

Tuesday, June 19, 2012

Dhuha DD







A characteristic of the normal child is he doesn't act that way very often



Ahah, title di atas bermaksud Dhuha Dental Doctor. Guiguigui..Inspired by username tweeter cik nawal, NawalMD juga nama belog enda, endaMD. Juga HouseMD...MD stands for medical doctor, in case you don't know. Saya pun dengki, "MD je? DD takde ke?"


Begitulah selok belok kisah Dhuha DD.

Baiklah, kenapalah gedik sangat mahu bertajukkan nama dan title ittew? Kerana today I feel like a REAL dentist.

Hari ini kali pertama saya ditempatkan di Waha Ora. Waha Ora ialah semacam klinik komuniti tapi hanya untuk kanak-kanak sekolah sahaja. Kat NZ, free dental treatment hanya untuk kanak-kanak atau remaja-remaji sekolah sahaja.

Waha Ora tak ramai staff. Tak ada dentist juga. Hanya ada dental therapist dan dental assistant sahaja. Tapi dental therapist yang kerja kat situ adalah seorang dentist cuma diaorang belum didaftarkan lagi sebagai dentist. Diorang tu pasangan baru berkahwin berasal daripada Fiji. Katanya nak daftar jadi dentist kat NZ sangat mahal maka diorang pun daftar sebagai dental therapist je dulu, kerja dan kumpul duit sambil kumpul pengalaman, nanti barulah daftar sebagai dentist. Comel kan mereka ini.

Makanya, saya diberi tugas untuk berjumpa dan merawat pesakit-pesakit cilik ini sementara cik dentist itu tadi jadi assistant saya. Saya pun berasa segan sambil suruh dialah jadi dentist. Haruslah, dia dah graduate 3 tahun dah, saya baru final year dentistry. Apakehe nya saya nak jadi dentist, dia jadi assistant pulak?

Tapi cik dentist sangat humble dan sweet. Sambil tersenyum dia kata "saya dibayar untuk jadi assistant je kat sini. Awak bolehlah praktis jadi dentist." Akhirnya saya terima watikah pelantikan tidak rasmi itu.


Terus saya seronok. Walaupun cik dentist membantu, tapi dia tak bertindak sebagai supervisor. So saya rasa konfiden nak buat kerja tanpa supervision gaya maharaja. Saya jenis yang tak boleh orang perhatikan saya buat kerja lepas tu nak interfere sokmo itu tak kena ini tak kena. Saya selalu boleh pergi salah (can go wrong) bila saya diperhatikan. U know, macam kalau kita diperhatikan seorang jejaka ganteng kita akan jadi seperti cacing kepanasan, terus berubah personaliti 360 darjah. Bukan sayalah, mungkin anda yang sedang membacalah kot.

*cute grin*

Saya berterima kasih kepada cik dentist kerana memberikan saya perasaan selesa untuk bekerja sendiri lagak seorang dentist. Saya yang buat keputusan, saya yang bertanggungjawab, saya yang tulis rekod dan saya terima pesakit dengan banyaknya dalam satu-satu tempoh masa. Wah, inikah profesion dentist yang sebenar. Memang tidak salah lagi pilihanku. Namun sakit otot-ototku. Penat. Lenguh.

Dekat sekolah gigi, dalam masa 3 jam, kami hanya boleh jumpa 2 pesakit. Selalunya masa akan dihabiskan dalam klinik untuk menunggu supervisor yang sibuk direbut pelajar lain. Kalau dapat supervisor yang suka bercakap, lagilah penat nak tunggu. Kadang-kadang saya rasa frust dan ridiculous sangat bila pesakit berjaya dirawat dalam masa setengah jam tapi kena tunggu supervisor sampai sejam. Sungguh tak seronok.

Maka di Waha Ora ini, saya sangat mendapat kepuasan bekerja. Lagipula, di sini kami merawat kanak-kanak. Untuk pengetahuan, kami hanya rawat kanak-kanak tahun lepas sahaja semasa di sekolah pergigian, itupun seminggu sekali. Hari ni saya rasa jumlah pesakit yang saya rawat tadi sama je dengan jumlah pesakit kanak-kanak yang saya rawat sepanjang tahun lepas. You know how satisfying is that? Puas ke tahap petala jutaan.

Saya juga telah diberi authority untuk masuk ke dalam sistem rekod pesakit saya sendiri sebagai dental provider. How cool is that? Sejuk!

Saya nak jadi dentist dan saya tak sabar untuk jadi dentist! Walaupun ini mungkin akan jadi hangat-hangat tahi ayam tapi cukuplah di waktu ini ia menjadi booster saya. I really need a booster hokkay.

Saya nak kongsi pengalaman merawat kanak-kanak sebenarnya. Lihatlah betapa Dhuha DD ialah seorang kaki lencong. Silakan setiap kali anda terserempak dengannya, nyalakan lampu "Awas, lencongan di hadapan!"



Kanak-kanak adalah subjek yang menarik. Dahulu saya agak-agak bahawa diri saya ini pencinta kanak-kanak lalu saya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian kanak-kanak. Namun, bila dah jumpa pesakit kanak-kanak di dunia sebenar semasa tahun lepas, Dhuha DD terus tersentak dihempuk kenyataan.

Bahawa kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Makhluk ini bisa menempik di muka anda dengan tiba-tiba. Saya tak pernah kena tempik lagilah tapi melihat pengalaman rakan-rakan lain, ngeri dibuatnya. Setakat ini pesakit paling susah yang saya dapat pun ialah pesakit yang tak mahu bercakap serta sentiasa berwajah monyok.



Bahawa kanak-kanak ini adalah makhluk yang tak boleh duduk diam. Kena diingatkan banyak-banyak kali "buka mulut!!!!"..Bayangkan objek yang berada dalam mulut mereka tu dahlah tajam, mereka boleh pula sesuka hati nak tutup mulut, karang tercucuk segala objek tajam dalam mulut, baru tahu lelangit engkorang tu tinggi mana.

Lepas tu time kita nak buat kerjalah, dia pun nak buat kerja. Nak belek peralatan kita, nak tekan sana sini, nak tanya itu ini. Time tu jugaklah nak garu sana sini, nak goyang sana sini, nak bersin nak batuk. Haihlah budak-budak...Bukan kerja senang tahu. Itu baru jadi dentist kepada kanak-kanak. Belum lagi jadi mak budak.



Tapi the best part is, merawat kanak-kanak memberikan kepuasan yang luar biasa. Setelah susah payah kita terbongkok-bongkok nak menyelamatkan gigi mereka, setelah susah payah menanam tebu di bibir demi nak memujuk mereka, setelah susah payah melayan kerenah dan pertanyaan mereka, akhirnya bila selesai rawatan mereka akan tersenyum gembira. Rasuah sahaja dengan sticker Ben10 mahupun sticker Disney Princess, mereka akan peluk cium kita. Itu adalah...itu adalah...itulah yang dipanggil kepuasan sebenar.




Ye, kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Tapi itu adalah kerana mereka adalah makhluk ajaib. Mereka mampu mengubah suasana, mampu mengubah perasaan sekeliling. Mereka adalah makhluk suci ibarat kain putih :)

Dan saya truly appreciate pesakit kanak-kanak yang saaaaaaangaaaaattttt bertoleransi, yang boleh duduk diam, yang ikut je kata saya sebab saya tahu bukan mudah untuk mereka behave macam tu tapi mereka terlalu comel bila berjaya behave camtu. Bukan senang nak buka mulut lama-lama dan duduk atas dental chair lama-lama, saya tahu. Jadi saya sangat menghargai pesakit kanak-kanak yang sanggup bertahan dengan saya yang terhegeh-hegeh buat kerja. At the end of the appointment you just feel like rewarding them with something because they behaved so welll!


They test my patience and they are the best patients!


p/s: in a way saya rasa kenapa saya masih belum kena tempik dengan pesakit kanak-kanak adalah mungkin kerana saya kelihatan "comel-comel" seperti kaum mereka juga *uhuk uhuk*

Monday, June 18, 2012

istikharah bukan magik




Kalau tak nak kahwin, baik kita jangan kawan




Dulu masa sekolah agama madrasah lagi ustazah dah ajar solat istikharah. Pada waktu itu saya rasa solat istikharah itu solat miracle. Dulu saya juga rasa ia solat yang paling susah nak buat.

Saya masih ingat ustazah kata kalau nak solat istikharah, kena tidur malam dulu. Lepas tu kena jaga daripada tidur. Dah terjaga, cepat-cepat kena ingat untuk solat. Lepas dah solat dan doa sungguh-sungguh, cepat-cepat kena tidur supaya nanti lebih berkesan. Ustazah kata nanti Allah bagi jawapan dalam mimpi.

Disebabkan saya percaya macam tu, maka saya rasa walaweh magiknya solat ini, dapat petunjuk dalam mimpi. Saya cuba untuk buat solat ini tapi saya putus asa di tengah jalan. Sebab saya tak boleh bangkit tengah malam. Dan kalau terjaga dan berjaya solat pun, saya susah nak tidur semula. Maka waktu saya rasa lecehlah nak buat solat istikharah ni.

Saya pun tak pernah menunaikan solat istikharah sampailah saya habis SPM, saya updated tentang solat istikharah ini lagi. Bahawa tak perlu tidur dan jaga semula pun untuk menunaikannya. Dan juga petunjuk tak semestinya datang dalam mimpi so tak perlu rush untuk tidur setelah melakukannya. Maka saya menjadi ringan untuk menunaikan solat istikharah tak kira dalam apa hal sekalipun. Nak exam, nak pilih jemaah, nak pilih course pengajian dan sebagainya.

Tapi di waktu itu saya masih ada konsep istikharah itu magik. Saya rasa bahawa segalanya yang ditunjuk kepada saya melalui istikharah itu adalah yang terbaik dan saya akan selamat serta tak akan melalui kesusahan melaluinya.

Hanya tahun ini baru saya tersedar.



Saya melakukan istikharah untuk memilih bidang pengajian. Hati saya kuat memilih bidang pergigian dalam saya tidak menyukainya. Saya ditekan dan tertekan sepanjang melalui tahun-tahun gigi ini tapi saya diam dan berfikir "kenapa Allah kuatkan saya untuk pilih jalan ini walaupun saya rasa macam suffer sungguh nak buat kerja-kerja gigi ini"..maka saya fikir mesti ada hikmahnya so saya redah ajer. Saya yakin saya tak tersilap pilih. Ini kes selamat. Kes yang saya terlepas pandang.

Tahun ini saya buat istikharah yang paling panjang dalam hayat saya setakat ini. Tentang soal masa depan. Hati saya sangat yakin dengan tindakan itu. Tidak salah lagi. Saya terus bertindak dan merasa tenang selepasnya. Saya tenang untuk beberapa bulan sambil dalam hati gembira, "saya tak tersilap pilih"..kemudian setelah lama berasa selesa dan tenang, seakan ada ticking bomb dalam hati yang bersedia untuk meletup bila-bila masa saja. Seakan ada tumor yang sedang membesar dan bersedia untuk bermetastasis.

Dan dalam tempoh itu saya rasa sungguh tidak tenang dan berserabut. Dan saya tanya diri saya sendiri "aku salah pilih ke? tapi aku buat istikharah." jeng jeng jeng. Ini kes tidak selamat.


  1. mula tidak yakin dengan tindakan sendiri yang dibuat berpandukan petunjuk istikharah. 
  2. sort of berbunyi seperti sebuah penyesalan
  3. menganggap keputusan istikharah itu tidak akan menimbulkan musibah
Allah suka menguji hamba-hambaNya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan pelbagai cara. Allah memankbulkan doa hambaNya dengan caraNya tersendiri. Istikharah bukan jaminan bahawa kita akan terlepas daripada masalah. Bukan jaminan kita akan hidup happily ever after setelah membuat pilihan yang tepat.

Pilihan yang tepat itu sendiri bukanlah pilihan yang menjamin keamanan pemilihnya. Orang yang memilih antara nak buat bisnes sendiri atau kerja makan gaji, kedua-dua pilihan ada buruk baiknya tersendiri. Memilih untuk bekerja sendiri mendedahkannya kepada risiko-risiko tertentu. Memilih untuk untuk kerja makan gaji pun mendedahkannya kepada risiko-risiko tersendiri. Dan risiko atau musibah itu semua bukanlah semestinya buruk untuk kita malah ia adalah sebuah proses untuk menjadikan kita 'seseorang'.



I've learned my lesson. 

That my decision is right but it comes with a consequence. That I have nothing to regret (ber'kalau-kalau' itu perangai syaitan). I was free from the consequence for months and only now that I'm receiving it. Allah nak uji sejauh mana kita redha, sejauh mana kita yakin dan sejauh mana kita masih merendah sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya.



Sumpah ia adalah konsekuensi yang maha perit. Yang saya tidak menjangka langsung. Yang mustahil untuk saya undurkan balik. Yang saya dah tak boleh nak mencapainya semula. Tapi penerimaan saya lebih baik daripada penerimaan di waktu jahiliyyah dahulu dan saya percaya kalau saya bertahan, saya akan lebih kuat di masa akan datang.

I've learned my lesson
Been down that road before
I've learned my lesson
And the message is you'll never fly
'Til you learn how to fall
It seemed to me there was a ring of truth
In what the old man said
jump back take a look at your life
You learn a lot about living when you're on the edge
Your wounds will heal,you gotta give it time
And though your troubles may be real
it's just a state of mind
(a song lyric) 






dengarkanlah!






"Sesungguhnya mahluk bergerak yang bernyawa yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (Al-Anfal [8]: 22-23)


hari ni kami belajar tentang resolusi konflik atau dalam bahasa indahnya "negosiasi hasil". ahhh apekah yang gue terjemah ini.

conflict resolution or negotiating outcomes.

penyelesaian konflik atau merundingkan hasil haha masih gagal menterjemah negotiating outcomes.

pendek cerita itulah tajuk perbincangan kami. iaitu bila berdepan dengan konflik, kenapa timbul konflik?apa kena buat? macam mana nak buat?

menarik tajuk ini sebab konflik adalah benda yang kita hadapi hari-hari. macam juga cornflake yang kita makan hari-hari cumanya cornflake itu sedap dan konflik itu tak berapa sedap (contoh analogi yang gagal)

kenapa timbul konflik?

kerana manusia diciptakan rambut sama hitam, hati lain-lain warna (teringat zaman SPM, tak sah karangan kalau tak tak letak peribahasa kat setiap perenggan. sebab itulah jadi pelajar terbaik BM ;p)






Penting untuk kita sentiasa sedar hakikat ini. Kita tak boleh nak harapkan semua orang sama macam kita, semua orang fikir macam kita, semua orang suka dengan pemikiran kita dan semua orang ada kemampuan yang sama macam kita. Kalau macam itulah kita fikir, mari kita namakan planet ini dengan nama sendiri. Katakan selamat tinggal kepada nama bumi. Ini planet dhuha. Semua makhluk adalah dhuha.

Maka setiap perbezaan yang timbul itu selalunya menghadirkan konflik yang tegang antara kedua pihak akibat tidak mampu untuk menyambut baik peribahasa 'rambut sama hitam, hati warna pelangi'.

warna-warna pelangi personaliti

Warna hati yang bermacam-macam itu juga dipengaruhi latar belakang hidup masing-masing. Setiap orang didedahkan dengan suasana kehidupan yang berbeza yang mempengaruhi personaliti masing-masing. Orang yang hidup susah biasanya lebih kuat dan cekal. Orang yang membesar dengan hanya "petik jari semua dapat" biasanya manja. Orang yang hidupnya asyik dibuli biasanya ada masalah rendah diri yang kritikal. Orang yang sering ditekan dan ditindas biasanya akan jadi penggarang etcetera etcetera. Tu belum masuk faktor dia anak ke berapa dalam keluarga. Hah, kompleksnya manusia itu. Shopping complex pun tidak sekompleks itu.

hi pavi! i miss your foodcourt!

Dalam budaya kerja antara berbeza professional (interprofessional) pula, setiap orang ada falsafah atau pemikiran atau prinsip tersendiri. Doktor mungkin lebih kritis soal penyakit, jururawat mungkin lebih cenderung tentang pesakit, doktor gigi pula dengan gigi-giginya, ahli farmasi dengan ubat-ubatnya dadidaa..maka wajiblah akan berlaku konflik di situ dalam memberikan yang terbaik buat pesakit dan diri sendiri.kwiskwiskwis..


Ok ok kemudian? Nak buat camne kat si konflik ni?

Kita makan dia! Om nom nom. Eh serius ni. Ingat tak saya cerita pasal pakcik Patch Adams tu? Dalam cerita tu saya tekankan tentang falsafah 4 jari. Jangan memfokuskan 4 jari tapi lihatlah melangkaui itu. Anda akan nampak 8 jari. Tadi Dr. Patrick starfish pun ada cakap, "what you pay attention to grows stronger!"

Anda bagi tumpuan kat masalah, masalah jadi lebih besar. Anda bagi tumpuan kat penyelesaian, maka masalah pun jadi kecik. Eh, nampak tak perkataan 'kecik' tu? Tak nampak? Baguslah, dah sampai tak nampak dah masalah. *tepuk tepuk tepuk*


 Selain itu kena kenalah memahami. Pada setiap perlakuan itu ada perasaan dibawahnya. Pada setiap perasaan itu, ada keperluan disebaliknya. Ecewahhh rasa macam ahli saikoloji (euw loji saiko jepun mana tu?)


behaviour----> feeling-----> need

mengamuk sebab geram. geram sebab tak dapat gula-gula.

Maka kalau nak faham apakah yang terjadi di sebalik perlakuan pesakit yang tak mahu berhenti merokok, kenalah jadi pendengar yang baik dan aktif supaya kita dapat gali, kenapa dia tak mahu berhenti? Apa perasaan dia terhadap cadangan memberhentikan hobi merokok? Apa yang dia mahu sebenarnya? 



Dan seterusnya kami juga bincang apa itu mendengar dengan aktif dan bagaimana. 70-80% daripada kesan mendengar yang baik ialah datang daripada bahasa tubuh seseorang. Masa kita mendengar, kenalah pandang orang yang meluahkan perasaan tu. Janganlah pula time orang nak ceritalah kita sibuk nak menulis, nak membaca dan nak menunjuk 'aku pakai gajet canggih'. Time orang sedang bercakap juga, kita janganlah duduk berpeluk tubuh sambil bersandar di sofa empuk, sebaliknya kita cuba menunjukkan kita berminat dengar cerita dia dengan cara lean your body towards that person. Heh, janganlah rapat sangat. Skinship betullah. Cukuplah sekadar nak tunjukkan "oh menarik ni. tak dengar sangat kalau duduk jauh-jauh, kena dekatkan sikit telinga ni"..Sambil orang bercerita, angguk-angguklah, bagi respon dan akhir sekali clarify balik cerita dia dengan cara paraphrase.

mulakan dengan merasa/mendalami. merespon adalah perkara terakhir dalam mendengar i.e bagi pendapat atau nasihat.




Contoh:

Wanita Anggun: Saya ada masalah jerawat ni. Betul-betul mengganggu kehidupan saya. Nak keluar pun malu. Sebab tu kadang-kadang saya terpaksa ambil cuti sakit sebab masalah jerawat yang tidak dapat dibendung lagi. Saya tertekan betullah.

Wanita Memahami: Oh, jadi masalah jerawat cik puan ni susah nak diubati ye. Dan cik puan rasa ia menganggu kehidupan cik puan seharian?

Wanita Anggun: Oh, tepat sekali! Macam mana cik boleh tahu sampai camtu sekali. Akhirnya ada orang yang memahami saya! Sayangnya Wanita Memahami! *menangis keharuan sambil memeluk si pendengar yang baik*

Wanita Memahami: Eh, saya ulang balik je kata-kata cik puan tadi *tersipu-sipu malu*



Lagi tips nak jadi pendengar yang baik:
  • jangan melompat ke dalam konklusi hanya bila melihat perangai orang sahaja.Dalam erti kata lain, jangan menghakimi buku daripada kulitnyalah.
  • jangan menyampuk semasa orang sedang bercerita. Bagi dia perabih dulu segala kata-katanya
Kemudian buat pertama kalinya saya dengar falsafah ini "chunk up chunk down"

Ia bermaksud, dalam kita mendengar masalah orang lepas tu kita tak memotivasikannya, kita kenalah mengingatkan dia tentang gol besarnya. Tapi lepas tu kita tekankan balik bahawa takkan dapat gol besar kalau gol kecik kita tak buat.

Contoh:

Perokok Tegar: Susahlah nak berhenti merokok ni. Asyik terbayang-bayang je wajah rokok. Kalau tak hisap sehari, rasa bagaikan setahun. Mulalah rasa tak sihat badan ini mengenangkan perpisahan kami. Apakan daya~

usahlah membakar kehidupan anda dengan rokok. tiada apa yang tinggal nanti. ayuh bakar semangat untuk menjadi lebih bagus!


Penasihat Berjaya: Ish ish ish.. macam orang putus cinta ya. Dahsyat betul kesannya, baru saya tahu. Tapi hari tu awak kata isteri awak mengandung. Awak tak nak bayi dalam kandungan dia dapat kesan buruk daripada tabiat rokok awak tu kan? Awak sendiri pun yang kata awak insaf lepas Majlis Fatwa Kebangsaan bagitahu merokok itu haram kan? Awak nak berubah jadi suami dan ayah yang lebih soleh dan mithali, itu yang awak beritahu saya hari tu. Mana lagi yang awak sayang dan cinta sekarang ni? (Chunk Up)

Perokok Tegar: Gulp~ oh terima kasih ingatkan saya. Saya ni mudah lupa. Tapi susah sangatlah Encik Penasihat Bejaya.

Penasihat Berjaya: Nak tak nak, awak kena melalui semua tu. Awak kena ingat misi besar awak ni. Awak perlu berkorban. Inilah pengorbanan awak yang paling besar untuk diri awak sendiri dan juga keluarga awak. Suatu hari nanti awak akan kenang pengorbanan ini sebagai kenangan manis awak. Tapi sebelum ia jadi kenangan manis, awak kenalah lalui kepahitan ni semua. Saya akan bantu awak. Kita ada banyak lagi rawatan-rawatan susulan. Awak kena cuba untuk jadi pesakit setia saya dan saya juga akan cuba jadi penasihat dan pembantu setia untuk awak. (Chunk down)

Perokok Tegar: Terharu~

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Kebanyakan konflik terjadi bila kita tak mahu faham. Kita tak boleh faham sebab kita tak mahu mendengar. To listen is the key. Masalah rumahtangga pun banyak yang berpunca dengan ketidaksediaan sesebuah pihak untuk mendengar. Ingat tak dalam surah Abasa, bila Rasulullah menolak untuk mendengar luahan Abdullah Ibnu Maktum, maka Allah telah menegurnya. Betapa setiap orang punya hak untuk didengari dengan saksama.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf [7]: 179)


Malulah, sedangkan Allah pun mendengar setiap luahan hamba-hambaNya. Benar, kita bukan tuhan. Jadi kenapa kita berlagak tuhan di depan makhluk? 



pandang ke bawah





"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan."

pemandangan dari atas Bukit Kaiti. Laut. Hah..Birunya laut birunya langit..Haahh~ (bukan sy ambil gambar ni. google je nih. saya tak expect makcik tu nak bawak naik bukit ni kalau tak mesti saya dah bawa kamera)

Hari ni merupakan minggu terakhir saya di Gisborne. Maka saya dan Yee Phang mengambil kesempatan ini untuk meronda kota Gisborne. Kami di bawa jalan-jalan oleh kawan church Yee Phang. Heh kelakar pulak nak panggil kawan sebab hakikatnya kawan yang dimaksudkan itu ialah seorang makcik dan anaknya.

Oh ye saya akui saya jeles dengan Yee Phang yang setiap minggu boleh 'berukhwah' dan 'berusrah' dengan rakan-rakan churchnya. Jumpa-jumpa dan makan-makan. Oh i miss that. Masa saya dapat usrah melalui skype itu hari, saya pun dengan bangganya bagitau Yee Phang "I had my special meeting too. Through Skype *senyum kerang busuk*"

Hep biasa ni! suka melencong! Sambung cerita.

Kami ikut makcik tu beli belah barangan rumah dan dapur. Kemudian kami menghabiskan masa di kedai buku. Kalau dulu saya suka duduk dekat seksyen buku-buku fiksi, sekarang saya duduk dekat seksyen 18. Eh silap. Itu kolej saya dekat INTEC dulu.

Saya suka duduk dekat bahagian buku-buku non-fiksi. Terutamanya buku-buku sejarah dan buku-buku falsafah. Ada satu buku tu dia kupas dengan mendalam falsafah-falsafah kuno dan moden. WAHHH saya macam nak telan itu buku.

Saya rasa saya sudah tua dan semakin matang (erk baru je kena marah dengan mak "awak ni tak matang lagi tau tak" sebab saya minta tolong dia call orang untuk saya. gugugu)..okeyla saya tak matang lagi, Fine. Tapi mungkin saya sedang berubah menjadi orang yang bosan. Yang suka baca kisah-kisah lampau (baca: sejarah) dan baca kata-kata falsafah dan pemikiran orang lain. Biarlah orang bosan dengan saya asalkan saya tak bosan dengan diri sendiri. I love you, dhuha. Seriously, you are not boring at all.

Dah habis menjamu mata, kami bercadang mahu menjamu mata lagi di atas bukit. Wah saya suka panjat bukit. Tapi kali ni kami panjat bukit dengan kereta. Hujan turun gerimis-gerimis. Takkan nak panjat guna kaki, lagipun kami sedang menumpang seorang makcik. By the way minggu depan kawan-kawan seprogram saya ni akan panjat Gunung Hikurangi. Ingat tak saya pernah cerita Gunung Hikurangi tu ikon east coast. Gunung pertama yang menyambut kedatangan matahari di setiap permulaan hari. Teringin nak tengok sunset kat sana! Namun saya melepaslah sebab dah nak balik Dunedin Sabtu ni.

Tengok, melecong lagi.

Kita panjat BUKIT Kaiti je tadi. Dalam mimpilah nak panjat GUNUNG Hikurangi. Apa-apa pun, i love being in high place. Saya suka tengok pemandangan dari kawasan yang tinggi. Adalah menakjubkan, hanya dengan memandang ke bawah, hati menjadi aman.

lagi pemandangan dari atas Kaiti Hill. nampak tak air dan jambatan tu. Air laut yang nak ke sungai lah kot. Kat situlah kami ber'waka ama' hari tu. (gambar google)

Hanya dengan memandang ke bawah, segala keserabutan dalam hati hilang sebentar. Segala masalah jadi kecik, kacang goreng je. Itu yang buat saya suka duduk atas bukit. Berumah di atas Bukit York di Dunedin adalah perkara yang paling saya syukuri. Tinggal di rumah Janis semasa kerja di Orchard Roxburgh juga adalah perkara yang paling disyukuri sebab bila-bila masa boleh panjat bukit di belakang rumah.

Duduk di atas bukit buat saya rasa macam raja yang sedang memerhati rakyat jelata. "Inilah kerajaan beta" walaweh..bukan. bukan. walaupun adalah sikit-sikit tapi bukan sepenuhnya kerana itu.





"Letakkanlah dunia di tapak tanganmu"


Ya, kerana kata-kata itu. Pandanglah dunia dari atas, kita akan nampak "ah betapa kecilnya dunia ini. Lihatlah manusia. Begitu mini seperti semut. Kalau beta panjat ke atas sikit, satu manusia pun beta tak boleh nak nampak. Lihatlah bangunan-bangunan ini semua. Beta rasa seperti otromen (ataupun raksasa musuh otromen), mahu pijak-pijak je semua nih. Betapa dunia ini hanyalah debu-deban sahaja."

Dan istimewanya Kaiti Hill ini ialah kerana ia dekat dengan laut (sama macam rumah saya di Dunedin juga cuma di Dunedin lautnya adalah kawasan teluk so pandangan tertakluk kepada teluk yang terhad sahaja). Maka saya lihat betapa luasnya laut. Luasnyaaaaa!! Macam dalam kayangan. Cuma dalam kayangan dikelilingi awan tapi di bumi, dikelilingi laut. Tak rasa meremang ke, kita ni duduk di kelilingi air yang luasnya lebih luas daripada kerak bumi sendiri. Merendahlah manusia. Bila dilihat dari atas, bumi ini kecil sahaja. Lebih menginsafkan lagi, kawasan darat itu jauh lebih sedikit daripada kawasan laut. Bila-bila masa sahaja kita boleh ditenggelami air laut ini.

Betapa debu-debannya kita ini. Patutlah disuruh letak dunia di tapak tangan sahaja. 

Menambahkan rasa insaf di kalbu bila sedar betapa terhadnya penglihatan ini. Bila naik ke atas tempat tinggi, satu manusia pun tak boleh nak nampak dah. Tapi Allah itu Maha Melihat. Satu makhluk pun Dia tak terlepas pandang. Takde satu perbuatan, lintasan hati dan kata-kata pun yang terlepas daripada kiraanNya. Sedangkan tak ada satu daun yang gugur pun yang berada di luar pengetahuanNya. Merendahlah wahai sahabat manusiaku sekalian. Betapa kita ini hanya makhluk.


To be on top is such a relief. But do not forget to look down. Banyak hikmahnya kenapa kita mata boleh pandang ke bawah.

saya selalu berimpian nak tengok sunrise yang keluar dari laut. dan saya berjaya menengoknya beberapa minggu lepas semasa on the way nak ke Ruatoria. Kami bertolak sebelum matahari naik. So masa lalu kat tepi pantai, sunrise pun berlaku. Saya macam "oh no dream comes true!" gedebak gedebuk bawak keluar kamera, rupanya takde memori card -,-"..tapi simpan dalam camera punya memory stick. tapi still gambar tak lawa sebab ambil dari dalam kereta, which nampak cermin kereta kotor -,-"...maka ini bukan gambar yang saya capture, sekali lagi, saya google. pemandangan ini memang diambil dari tempat yang saya yang saya nampak so nak berkongsi the same pemandangan. maaf ayat sedikit keling di situ.

Sunday, June 10, 2012

Gisborne-end of week 3






When fate arrives the physician becomes a fool.  ~Arabic Proverb

Wahai cepatnya masa berlalu. Tinggal lagi 2 minggu sahaja di Gisborne. Macam-macam pengalaman telah ditempuh. Susah senang berjaya dihadapi dan diatasi.

Being the only muslim here (well mungkin ada muslim lain tapi so far tak jumpa sorang pun lagi), it is a tough situation for me.
al-ghuraba: the stranger. I am.

Started my first day here full of awkwardness. Dahlah lupa bawa kompas (rasa nak humban diri sendiri dalam lautan hindi, tapi kat sini hanya ada lautan pasifik.dush!)..maka kena mengemis iphone rakan non-muslim untuk tentukan arah kiblat. Bila saya kena bertugas di luar kawasan, terkontang-kanting sorang-sorang nak tentukan arah kiblat. Sebelum bertolak, kena check google map dulu, pastikan arah kiblat. Bila dah sampai tempat kejadian, memang tak boleh nak pastikan pun kat mana arah kiblat. Terpaksalah agak-agak je kat mana matahari terbenam. Rural area takde reception ok. Paling menyesal tak bawak kompas.

oh KFC telah mempergunakan passion ipin terhadap ayam goreng!

Soal makan, tak yah cakaplah. Dah 3 minggu tak makan ayam goreng kegemaran ipin. Hari tu dapatlah juga makan kebab daging kambing yang halal. Ada juga jual nugget ayam dan beef pattie yang halal. Maka itu amat membantu saya memakan daging tapi xtaulah berkhasiat ke tak. Most probably tak sihat pun makan processed food begitu. Eh, bukan most probably. Most definitely!

And orang awam kat sini tak ramai yang tahu pasal islam. So dah jadi tugasan sayalah nak kena terangkan siapa saya, kenapa saya pakai macam apa yang saya selalu pakai, kenapa saya kena bangun pagi, kenapa saya itu dan ini. Tapi saya kagum dengan sorang mamat ni. Kami berkenalan di suatu hari. Mamat ni nampak aneh. Dia pandang je saya lama-lama sampai segan saya dibuatnya. Rupanya dia mentally retarded. Tapi dia datang dekat saya, "are you moslem?" soalnya dengan pelat. Saya teruja. Wah orang yang mental retarded pun boleh recognize agama saya melalui penampilan saya. Impressive!

Dan salah satu cabaran terbesar buat saya jugalah ialah untuk saya menjadi role model kepada agama saya. Uish serious susah!!!! Saya dahlah suka duduk dalam bilik je. Risau jugak kalau mereka fikir 'orang islam ni suka mengasingkan diri, anti sosial."..So saya cuba seimbangkan bila yang saya boleh bersosial dengan mereka, bila yang saya boleh bersendiri. Maka saya make sure, every weekend saya akan spend time dengan mereka. At least pergi shopping grocery sama-sama.Walau rasa beratnya nak melangkah namun kugagahi juga. Mereka pun dah faham cara hidup saya maka mereka tak akan ajak pergi clubbing dah.
itu sebijik macam waka yang kami naik tadi

So apa yang kami buat weekend ni? Kami main Waka Ama! Apakah itu? Ia adalah semacam kayak tapi ada 'Ama', iaitu alat penyeimbang 'Waka'. Waka itu macam kayaklah. Ini pertama kali saya main benda alah tu. Penat sungguh mendayung. Jari saya yang baru sembuh surgery itu terasa sungguh sakit dan pedih. Sebab jari itu belum mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat lagi.Hanya disebabkan jari sebatang itu, seluruh tangan kiri saya tak mampu menggenggam dengan kuat lagi. Tak tahulah bila ia akan menjadi kuat seperti sediakala.

Hah, yang benda tergantung kat tepi tu dipanggil 'ama'..ia digunakan untuk balance waka supaya tak tertunggang terbalik.

Hah, itu kami sebelum berwaka ama. From left, Kahu, lala dan caitlin. model kecil molek di sebelah kanan sedang memperagakan baju jersey x-treme muslimah brotherhood arts. see, xtreme muslimah is wearing xtreme jersey for extreme activity. layak jadi model brotherhood cawangan new zealand dah.

Menariknya waka ama ini adalah, ia memerlukan kerjasama kumpulan. Macam main dragon boat jugaklah. Dan untuk saya pula, memerlukan motivasi dan daya tahan yang kuat. Walaupun boleh je berehat, tak mendayung di saat orang lain mendayung. Namun saya tak suka kalau orang lain bekerja, saya seorang je tak bekerja. Saya tak suka kumpulan kami terjejas hanya kerana saya tak larat. Maka walaupun macam nak menangis menahan kesakitan jari manisku, walaupun pendayungnya besar daripada saya dan saya struggle setiap kali nak tukar position, saya teruskan juga and I did it! Untuk berjaya mengatasi kelemahan diri, itu adalah satu pencapaian yang patut saya tepuk-tepuk bahu saya ^__^

Oh dan lepas tu saya tergelincir dalam waka tersebut. sakit my bottom. Mujurlah tak terjatuh dalam laut. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Walaupun dah masuk winter tapi up here in Gisborne, masih lagi warm. Kasihan rakan-rakanku down south yang dilanda salji. But they enjoyed it and i missed it. I dont mind, last year sakit teruk disebabkan salji. Saya tak mahu sakit dah. Saya banyak kerja nak kena habiskan semester dua ni.

Baiklah, malam tu kami dinner rumah Kahurangi. Dia yang bawak kami main waka ama. Terharu dengan kahu sebab dia masak semua makanan yang saya mahukan. Saya bagitahu dia saya prefer vege meal atau seafood. Maka dia masak lentil soup with vege dan mussel masak lemak putih untuk kami semua. Tapi hakikatnya, dia masak tu untuk memenuhi keperluan saya. agagaga kesian larissa tak makan pun masakan kahu sebab dia tak suka seafood dan tak suka lentil soup. sorry lala!

Kahu anak lelaki bongsu pakcik Maaka. pakcik maaka blind. retinitis pigmentosa. Dan kahu yang berumur 30 tahun juga sedang perlahan-lahan kehilangan penglihatan. Katanya dia mula di diagnose ketika umur 8 tahun. Dia masih boleh nampak lagi sekarang tapi macam tunnel vision je. Terhadlah kiranya. Tapi jangan main-main dengan keluarga mereka. Pakcik maaka walaupun buta, dia orang penting dalam arena kesihatan maori. Dia pegang jawatan besar yang turut diikuti oleh Kahu sekarang. Pakcik maaka juga bagi direction ke rumah dia masa dia tumpang kereta dengan kami hari tu. Bayangkan dari dalam kereta tu dia boleh cakap "haa masuk kiri, pastu masuk kanan, nampak tak bangunan kat sebelah kiri tu, haa masuk situ"...*rahang terjatuh*

tunnel vision

Saya rasa orang buta ni ada special gift yang hanya mereka je yang boleh nampak. kagum! memang sangat kagum! teringat jiran opah, seorang nenek buta yang hafal al-quran! KAGUM. Subhanallah Allah itu maha adil.


Ok, saya setelah makan di rumah kahu, mereka stay back untuk tengok rugby game. Ireland vs NZ. Saya..err..tak suka tengok rugby. tak minat juga. tak selesa juga duduk rumah lelaki lama-lama. Nak balik, bukanlah saya pemandu keretanya. Mujurlah kami semua 5 orang perempuan, dia seorang je lelaki. With limited vision juga. So..like that lah. tak tahu nak explain. saya pinjam ipad yee phang, guna internet rumah kahu untuk akses FB sebab FB diblock aksesnya dari penempatan kami di hospital. Melayan semua gambar perkahwinan kak nuha buat saya hilang sedikit homesick.

Dah habis tengok semua gambar, saya terpaksa tengok rugby. Saya tak suka rubgy sebab ia ganas. Kadang-kadang muncul adegan yang tidak dikehendaki. Tapi masalah saya juga, once bila dah tengok babak-babak mendebarkan dan melajukan aliran adrenaline saya, saya akan melekat menonton tak ingat dunia. Tiba-tiba saya suka tengok rugby. Tiba-tiba saya faham bentuk permainannya. Begitulah yang terjadi kepada saya 12 tahun lalu bila pertama kali saya melekat tengok perlawanan bola sepak Piala Malaysia. Hanya kerana tertonton satu babak yang mendebarkan, saya terus boleh follow game itu, siap faham taktik dan tonton sampai game habis. I really hope that perlawanan rugby itu adalah yang pertama dan yang terakhir. All Blacks menang 42-10 dengan Ireland.

Saya tak sanggup nak habiskan masa saya lagi dengan menonton perlawanan bola-bolaan ini. I can get really addicted. Dan saya tak faham kenapa saya kena duduk sejam setengah tengok game sambil makan cikedis hanya untuk tengok orang berebut bola. Tak kiralah bola apa pun. At least sambil tonton drama, saya boleh buat kerja lain. Tapi kalau tonton bola, i cannot miss every second. BAHAYA. *tapi kalau encik suami suka, saya boleh je teman. tapi kalau hari-hari tengok bola i'm sorry i got other work to do*

So itulah aktiviti sosial yang saya rasa agak over lah weekend ni. so esok (ahad) saya nak berkurung je.

Wednesday, June 6, 2012

sesi curhat








“When Allah tests you it is never to destroy you. When He removes something in your possession it is (only) in order to empty your hands for an even greater gift!”

~ Ibn al-Qayyim

*kruk kruk wek slurpp* i am writing in hungriness. harap maklum.

i cried. i cried. yay i cried! dah lama tak menangis. saya selalu rasa diri sangat kuat. selalu perasan berhati tabah. tapi hakikatnya lembik macam puding jagung yang tak cukup memuding tapi lebih kepada membubur (maaf telah makan bubur jagung selama 3 hari straight)

saya ada perasaan. ye i am glad and thankful for that. tapi saya jenis suka tak faham perasaan sendiri. bukan saya suka-suka tak nak faham tapi saya suka a.k.a selalu tak faham. mungkin saya suka menafikan perasaan sendiri. eh. entahlah saya tak tahu <---tengok tu, dia tak tahu.



maka bila saya rasa seperti ada sesuatu perasaan, kemudian perasaan itu aneh dan saya tak dapat kenalpasti, maka saya akan cover dan kontrol. <--tengok tu, dia faham pulak mekanisma perasaan sendiri.

pendek kata, ada rasa yang sudah lama saya tahan-tahan. kini ibarat empangan yang tunggu masa nak pecah je. in fact, dah crack sikit so tadi termengalir juga air keluar dari empangan.

"kawal. jangan tahan." begitulah nasihat seorang ustaz yang saya dah tak ingat siapa.

saya ingat saya kawal tapi saya rasa sebenarnya saya tahan. sebab tu empangan macam dah nak pecah. air sifatnya mengalir tapi kalau kita tahan-tahan lama-lama pecahlah empangan. tapi itu mujahadah saya. semoga saya menang. Allah always at my side. He knows. walaupun hambaNya ini naif lagi jahil dengan perasaan sendiri, but He knows very well. maka segala-galanya. SEGALA-GALANYA hamba serah padaMu ya Allah.

ok cukuplah falsafah malam ini. i'm craving for grilled salmon

Friday, June 1, 2012

my surgery experience




Surgeons must be very careful when they take the knife! Underneath their fine incisions stirs the Culprit - Life! ~Emily Dickinson  

sebelum saya kongsi pengalaman pembedahan saya, nah ini gambar latest jari saya. diambil guna webcam je so tak mantop mana lah pun.

it is still quite painful if my finger worked too hard. parutnya agak kelihatanlah jugak. ia nampak biutiful di sini sebab kualiti kamera tak best sangat. i can imagine putting a wedding ring might be quite difficult because the surface is not smooth. therefore mari kita kahwin pakai gelang je. bwahaha. it still quite stiff compared to other fingers. i cannot really melentikkan jari ibarat penari-penari ulik mayang like i used to. no i was not in the 'kelab tarian lemah gemalai' but i used to lentikkan jari dengan sangat cantik *uhuk uhuk* my ring finger now quite not 'ngam' with its other siblings. if my other fingers are perfectly warm, my ring finger takes a longer time to warm itself..and its color can go purplish too, cacat dengan adik beradiknya yang lain. the sensastion is coming back but very slowly. sometimes it does feel weird. tinel sign is there so i'm rest assured it's the process of healing.


ok dah tamat dah update jari. jom melompat ke kisah surgery. 

tadi saya masuk ke operating theatre lagi. untuk kali ke..entahlah. out of count. satu perasaan yang saya macam tak senang sikitlah setiap kali masuk OT ialah, saya senang hati masuk OT. eh. apakah, tak senang hati sebab senang hati?



ye, saya sangat suka berada dalam OT, even masa saya jadi pesakit yang akan dibedah juga, saya sukakan OT. saya senang hati berada dalamnya (kecuali kena berdiri lama-lama). ini bermakna saya suka bidang surgery. masa saya tengah oral surgery rotation beberapa minggu lepas, saya rasa seperti tak nak keluar daripada OT. saya suka tengok surgery team dalam OT. saya suka tengok dorang nampak penat, nampak macam telah bekerja keras, nampak kelaparan. saya rasa saya nak kerja macam tu jugak. 

maka saya tak senang hatilah dengan kecenderungan saya itu. sebab saya juga cenderung untuk menjadi family woman. ianya seakan tak ngam. macam clashing je kecenderungan tersebut.

tambahan lagi semasa minggu tersebut juga seorang jururawat telah approach saya dan tap on my back sambil berkata "awak berbakat dalam bidang surgery ni. awak minat ye? awak patut jadi pakar bedah."

ah sudah. kesenangan yang tidak senang. saya memang selalu ada konflik dalaman ini. kecenderungan dan minat yang clashing. 

tak dinafikan. zaman kanak-kanak saya diisi dengan banyak menonton rancangan-rancangan perubatan. dulu paling suka tengok MedikTV kat tv3, dan paling suka baca suratkhabar hari minggu segmen kesihatan. sejak dulu memang suka baca bab kesihatan dan cenderung untuk diagnose diri sendiri. kalau mak tak cadangkan dentistry, i would most probably doing medicine now HAHAHA tp mungkin juga buat interior design/fashion design tapi tak kot, sebab bidang-bidang tersebut tidak mendapat restu keluarga.

saya suka melihat pakar bedah potong kulit, expose internal organ, buat jahitan sana sini. itu dululah, waktu tu saya tak kisah melihat darah. namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya telah develop perasaan nausea setiap kali melihat darah. saya pening-pening lalat setiap kali mulut pesakit saya dipenuhi darah. i would spend a few minutes looking at ceiling or the wall just to calm myself down. 

namun setelah didedahkan dengan beberapa siri lawatan ke bilik pembedahan tahun lepas dan kekerapannya bertambah tahun ini, saya menjadi lebih kuat bila tengok darah dan saya kembali menjadi saya yang suatu ketika dulu amat suka tengok pembedahan.



saya suka memakai pakaian scrubs. saya suka pakai disposable shoes. saya suka bau bilik bedah. saya suka lakukan scrubs. saya suka dengar bunyi mesin-mesin dalam bilik bedah. saya suka melihat segala peralatan bedah tersusun rapi. dan especially tahun ini, saya berpeluang buat beberapa jahitan dalam mulut pesakit, yes i like that so much!!!!

namun untuk seorang dentist menjadi pakar bedah, long way to go. kena masuk 3rd year medicine, kena ada training dalam surgery. at least lagi 5-6 years untuk jadi oral maxillofacial surgeon?  


A doctor must work eighteen hours a day and seven days a week. If you cannot console yourself to this, get out of the profession. ~Martin H. Fischer  

melihat kepada diri sendiri, saya tak rasa saya mampu untuk melalui semua itu. i would probably choose the easier choice, which is untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang public health. sebab saya tak cukup stamina physically untuk berdiri lama-lama, my stomach sangat sensitif, i can get lightheaded quite easily da di dadi daa (got this new habit from larisaa a.k.a lala-coz she called me dudu..)

maka saya akan treasure every single moment in the OT (apekah macam dah bercinta bagai -,-")

nota tangan: tadi dapat pengalaman percuma untuk melihat pembedahan mulut kanak-kanak. sebenarnya bukanlah pembedahan pun. cabut gigi je. cuma budak-budak ni ditakuti akan mengalami trauma sebab cabut gigi banyak all at once so mereka pun tidurkan kanak-kanak under general anaesthesia (GA) supaya gigi yang banyak boleh cabut all at once. tapi yang paling interesting bagi saya ialah semasa proses recovery kanak-kanak itu setelah tamat pembedahan. mereka akan dibiarkan di wad recovery sampailah mereka terjaga. dan pada waktu inilah most kanak-kanak akan menjerit dan menangis sebab yelah bangun-bangun tidur je mulut rasa yek sebab penuh darah kemudian melihat pula muka-muka asing bagi mereka maka mereka akan sangat mengamuk. paling horrible saya rasa masa tengok pesakit yang baru umur 4 tahun, cabut gigi 4 batang sekaligus. bangun dari GA je terus batuk-batuk sebab dia memang tak sihat pun. batuk-batuk sampai keluar darah-darah. banyak pula tu. kesian tengok dia.dia macam mamai lagi tapi batuk kuat macam apa. habis berdarah sampai ke bantal, oxygen mask dadidaa...scary.

p/s: dapat title Bachelor of Dental Surgery (BDS) pun ok la asalkan ada perkataan surgery ngehhh~

Wednesday, May 30, 2012

sex education: perlu ke?

hari ni saya telah menghadiri sebuah program yang dipanggil kamatua. saya tak pasti apa maksudnya tapi program ni dihadiri oleh warga emas Gisborne. majoriti warga emas ini maori dan sgt sedikit je pakeha/kiwi/mat saleh.

sebelum saya melompat kepada tajuk, saya nak cerita sikit. tadi masa kamatua tu, kami kena perkenalkan diri kepada 120 orang tetamu yang hadir. saya jadi cam 'star' la pulak sebab saya seperti alien di situ. makhluk asing berpakaian seperti khemah saiz single/kanak-kanak (atau khemah tak siap pasang kot). kemudian ada seorang pakcik yang begitu teruja melihat saya dari jauh. pakcik kiwi la. bila saya mendekatinya, dia tahan saya dengan mata yang bersina-sinar.

"you are from malaya?" tanya pakcik itu. kat sini semua orang yang kelihatan berumur panggil malaya. saya pun menjawabnya dengan bangga. saya anak malaysia! hoho padahal kau anak texas la dhuha.

"i used to stay in malaya."
"ohh whereabout?"
"malacca"
"oh that's not far from where i am."
"yeah. i used to be in the NZ Army n stayed there from 1961-1963"
"i see..nice meeting you." dalam hati..huuu antara askar yang merosakkan khilafah islamku. btw past is past. kebanyakan tentera hanyalah diperkudakan.

tiba-tiba ada seorang pakcik menyampuk "i have a son now working in indonesia! you from indonesia?" bersinar-sinar mata pakcik tu, begitu juga gigi emasnya yang bling-bling.

"ohh no. i'm from malaysia." haha lawaklah pakcik tu...nak jugak cari geng kan.
"ohh indonesia is dangerous overthere." haha mesti pakcik tu refer bali lah kot kan.


ok marilah ke tajuk hangat lagi kontroversi. sex education. tadi saya yang berasa malu sebab educatornya perempuan. bagi ceramah kat pakcik makcik ni semua. oh kenapa bagi ceramah kat pakcik makcik? sebab dengan harapannya pakcik dan makcik ni akan bagitahu kat cucu-cucu mereka. sebab tradisi remaja kat sini mereka tak baik dengan parents tapi biasanya menganggap atuk nenek mereka sangat cool. maka atuk dan nenek inilah generasi yang diharapkan akan mendekati cucu-cucu serta mengajar mereka perihal safe sex ini.

Gisborne mempunyai kadar yang paling tinggi di NZ untuk Sexually Transmitted Infection. Gisborne juga menduduki tempat kedua untuk teen pregnancy. And both conditions are prevalent in  maori.

maka puan educator kerap mengulang-ulang 'condom is the only way' 'condom is the safest way'..jauh dalam hati saya rasa kesian untuk mereka sebab tak tahu apakah punca sebenar masalah ini.

mereka bukannya tak tahu yang setiap penyakit kena rawat puncanya. tapi mereka cuma tak tahu punca sebenarnya sebab itulah mereka hanya merawat symptom.

surah an-nur ayat 30-31 dengan jelas memberikan solusi terbaik untuk masalah ini.

"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat."

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Allah turunkan kedua-dua ayat ini untuk kedua-dua jantina yang beriman. Dan Allah dahulukan perintah ini kepada kaum lelaki kerana kaum lelaki lebih mudah dijentik nafsu syahwatnya. Allah juga menekankan dalam ayat 30 unsur ihsan dalam melakukan perintah ini, yakni Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Maka untuk betul-betul langkah pencegahan ini berjaya, para pelakunya kena ada iman dan ihsan. yang mana sudah tentulah belum ada dalam masyarakat maori di sini.

walaubagaimanapun sebenarnya kembali kepada ajaran agamalah yang boleh membendung kita daripada terlibat dengan gejala tidak bermoral ini. merasa ada Tuhan dan merasa diperhatikan sentiasa serta tahu apa yang halal dan haram akan menjadikan kita berhati-hati dalam setiap perbuatan.

Allah memerintahkan kita agar tundukkan pandangan. Kerana Allah tahu bahawa dari mata turun ke hati. kalau silap signal yang dihantar ke mata, yakni signal panahan nafsu, ia turun kepada kemaluan. nauzubillah. maka sebab itulah islam adalah agama yang sangat menekankan prevention dan merawat setiap permasalahan daripada akar umbinya, iaitu hati itu sendiri.

Allah juga berfirman "wa la taqrabu zina" - dan janganlah kamu dekati zina. see how consistent the Quran is. sangat-sangat menekankan pencegahan. Allah PERINTAHKAN jauhi zina. Allah juga bagitahu BAGAIMANA untuk jauhi zina. subhanallah, tidak ragu-ragu lagi.

maka the only solution is not the condom. the safest way is not the condom. BUT ONLY AND ONLY ISLAM. kembali kepada ajaran islam ie kembali kepada fitrah itulah satu-satunya penyelesaian.

kita faham bila masyarakat barat susah nak faham tentang ini sebab clearly mereka jahil. tapi sangat kesian bila orang muslim sendiri lebih-lebih lagi kat malaysia ini sangat mengagung-agungkan sex education ini dan mempromosi kondom di sana sini. sesopan macam mana pun sex education ini di'deliver', it wont solve the problem because you still not treating the root of the problem.

dan saya sendiri rasa tak perlu educate budak2 bawah umur ni pasal sex pun kerana dengan didikan agama yang mantap pun sudah cukup. bukankah bila kita cerita akan menaikkan curiosity mereka lagi? "oh boleh selamat eh kalau pakai kondom? kalau macam tu xpela. bolehlah zina sebenarnya cuma kena pakai kondom." adakah itu yang kita mahu tanamkan dalam pemikiran mereka?

dan saya sebagai seorang perempuan yang masih punya rasa malu, memang malu lah nak cerita kat anak-anak atau budak-budak tentang hal ini. lainlah kalau anak tu nak kahwin, time tula baru nak ajar apa yang boleh dan patut dilakukan. barulah praktikal ilmu tu. bagitahu awal-awal pun nak buat apa?


pokok itu ada akarnya. kenapa diletak baja di atas ranting? salah rantingkah buahnya rosak?

ok tu je. selamat malam.


Monday, May 28, 2012

the true you

tadi we had discussions dengan Dr. Patrick pasal maori model of health The Whare Tapa Wha..Maori ada 4 pillars of health. Physical, Mental, Spiritual and Family (social)...kena holistiklah pendek kata. that is the definition of health pun kan, its not merely an absence of disease.

and then kami diskas dengan lebih mendalam soal spiritual. I had a go to express my opinion. What i think spiritual is taking care of the real you inside. we are all spirits trapped inside this human body. It is about what you fill your soul with. Setiap orang ada cara berbeza untuk fill the soul. macam yang saya cerita kat previous post. kalau tak fill your soul with water, you will fill it with air.

Dan makanan rohani yang paling mengenyangkan of course zikrullah. That one saya tak mentionla but i do mentioned you are what you feed your soul. If you believe in God, that is where you will turn to whenever you are or when you are all alone. If you hold yourself to an eternal source of power (God), no matter how stressful you are, you wont come to a state of being totally mad/crazy/ losing yourself or whatnot. Because when you believe in something in eternal, you will always have hopes which will drive you and make you keep on moving in life.

Saturday, May 26, 2012

Refleksi minggu 1

assalamualaikum wbt.

i'm back in gisborne! baru berpeluang melihat bandar gisborne. besar jugak. not bad. pukul 9 pg kami bertolak dari Te Puia. Pukul 11 pg sampai Gisborne, terus pegi Countdown, beli barang dapur. hari ni ada catchup session je dengan coordinator. nothing much to story here. agak kecewa sebab kami stay dekat quarters hospital dan kat sini kami tak boleh access facebook dan juga youtube T___T

baru ingat nak tonton drama melayu tadi. say goodbye to drama melayu. nampaknya saya akan rindu bahasa melayu secara melampau-lampau. i really want to skype with my cousin alin dan cakap melayu puas-puas! nak call kawan-kawan di dunedin kredit pula dah habis. saya sedang saving so tak akan topup sampai bulan depan. new zealand punya mobile service provider ridiculous lah. ok bukan semua kot. saya guna vodafone dan vodafone sangat ridiculous. call seminit habis $1!!! gila bukan? text voda ke voda pun dah 20 sen habis. maka di sini bukan saya yang kedekut. voda yang kedekut. minimum topup adalah $20. seminggu je pun boleh habis $20 tu. memang ridiculous. orang msia sekalian silalah bersyukur. kita punya mobile service provider sangat murah hati. dulu RM10 boleh bertahan sehingga sebulan. serius!

baik, mari mulakan sesi refleksi.

saya tak pernah teringin mahu berkawan baik dengan kiwi atau mat saleh atau mana-mana non-muslimlah. tapi kiwi lah terutamanya. masa mula-mula nak fly ke new zealand, saya memang tak set mentaliti untuk berkawan baik dengan mereka. kawan biasa-biasa jelah. tak pernah nak jadi bestfriend atau seumpamanya. bukan membenci ke apa. just simply tak teringin je. maka walaupun berada di luar negara, saya sentiasa stick dengan kawan-kawan sebangsa dengan saya. saya betul-betul tak nak keluar daripada zon selesa itu. maka sebab itulah english pun slow je progressnya. tapi saya tak kisah as long as saya selesa. setibanya di nz saya dipasangkan dengan a kiwi girl. itu jelah satu-satunya kiwi girl yg saya baik dengannya.

2 tahun kemudian, saya dicampakkan di sini. dibiarkan duduk serumah dengan all these kiwi girls. saya betul-betul tak selesa dan tertekan pada awalnya. please take note, saya bukan racist. saya cuma rasa awkward. kena fikir pasal aurat, pasal share dapur etc. bukan senang nak hidup dengan mereka, seriously. lagi satu saya selalu rasa takut membayangkan di hari akhirat nanti these girls akan jumpa saya dan mengadu kepada Allah yang selama mereka tinggal dengan saya, tak ada satu pun saya terangkan pasal islam kepada mereka. nauzubillah. ini yang paling saya takut sebenanrnya. saya tak ada talent untuk cerita pasal islam secara bagus dalam bahasa inggeris. soal pergi pub, saya tak tahu nak explain pasal syubhah in english. hanya melalui qudwah (contoh teladan) yang saya rasa saya boleh buat dengan baik tapi still kehidupan saya masih belum islam secara syumul. saya sendiri sedang memperbaiki diri dan saya takut segala cacat cela saya akan menampakkan islam cacat di mata mereka. takut okeh. its such a big responsibility.

tapi saya percaya Allah tak hantar saya ke sini secara sia-sia. mengimbas kembali kehidupan para sahabat Rasulullah saw, ke mana sahaja mereka di hantar, mereka berjaya menyebarkan islam di kawasan masing-masing. subhanallah bayangkan betapa hebatnya pesona islam mereka. ini membuat saya muhasabah dan insaf mengenangkan betapa saya masih lagi average muslim.

ini adalah tarbiyyah daripada Allah. menjadikan saya satu-satunya muslim dalam kalangan non-muslim, saya tak rasa saya kuat menghadapinya. namun saya sedar, kekuatan itu tidak datang tiba-tiba. Allah berkenan mahu memberikan saya kekuatan, sebab itulah dihantarNya saya ke sini. supaya kekuatan yang saya pinta itu dapat dibina sedikit demi sedikit. kekuatan untuk berkata 'tidak' itu adalah sesuatu yang saya rasa saya masih lacking. maka di sini contohnya bila diajak untuk ke pub, saya tak mampu nak kata tidak maka saya hanya mampu berdoa supaya Allah tidurkan saya supaya saya tak join mereka. namun Allah tak jadikan itu penyelesaiannya. Dia bagi saya situasi yang sama sekali lagi. kali ini saya harus berani katakan tidak bersama alasan. walaupun alasan yang saya bagi bukanlah yang terbaik dan bukanlah represent Islam sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya saya berjaya katakan tidak.

Ketika berhadapan dengan upacara hongi bersama para maori, saya masih teragak-agak untuk berkata tidak. maka saya lambat untuk katakan tidak. maka i ended up having a moody day. namun masalah tak selesai di situ. Allah bagi saya lagi satu hongi ceremony, which will take place this monday. maka saya kena grab this chance to say no with valid explanation.

selain itu, saya bukanlah seorang yang banyak tanya. saya tak tahu pun apa yang saya kena tanya sebenarnya. i am lacking critical thinking skill. sebab tu i dont usually have that many questions. maka kat sini pembelajaran adalah sangat terfokus since there are only 8 of us. teachers, tutors dan coordinators expect questions from us. saya juga perlu banyak bertanya dan berbual dengan local community untuk menyelesaikan pelbagai tugasan dalam projek ini. maka saya kena ada skill bertanya, skill kewartawanan, skill extract informations, skill macam-macam lagi.

maka this first week, banyak skill yang saya belajar selain daripada clinical skills. saya belajar untuk cope dengan new kind of stress. saya belajar sekali lagi, benda yang kita tak suka tak semestinya buruk untuk kita. its all about preparing you into the harsh world/reality and making you a better person.