Sunday, August 22, 2010

♦ takwa

salam wbt..

sedikit pekongsian pada sesi tazkirah pendek after tarawikh di rumah tia last week. onai from christchurch datang melawat orang dunedin sambil memberikan tazkirah tentang takwa. a very iman-soothing one.

merujuk kepada surah ali-imran ayat 133-134:

''Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.'' (Ali-Imran: 133-134).

dalam ayat ni terkandung ciri2 orang yang bertakwa.
  1. infaq harta dan jiwa
  2. tahan amarah
  3. memaafkan kesalahn orang lain
paling penting dan tak boleh dilupakan ialah: BERSEGERALAH KEPADA MAGHFIRAH (KEAMPUNAN) ALLAH dan kepada SYURGA Allah.

kita sebagai manusia tak terlepas daripada melakukan kesilapan. seharusnya kita menanamkan rasa hamba kepada Allah dan rasa takut (khasyah) kepada Allah. maka kita akan bersegera memohon keampunan kepada Allah. ingatlah, hidup ini entah di mana hujungnya.

Allah juga menggoda kita dengan syurgaNya sehingga menyeru kita bersegera menuju syurgaNya. pemurahnya Allah itu, penyayangnya Allah itu, mahu kita ke mahligai terindahNya. kenapa harus kita memandang sepi, memandang sebelah mata ke atas offer itu. jom! fastabiqul khairat! kerana Allah itu menyukai hamba-hambaNya yang berbuat kebajikan :)

paling saya tertarik ialah bagaimana Allah mengajar kita untuk menahan amarah. dalam bahasa arab, "ad-dharra' " mempunyai banyak maksud. dalam terjemahan al-Quran kebanyakannya menyebut "ad-dharra' " sebagai "menahan". tapi "ad-dharra' " juga bermaksud "menelan"..dalam erti kata lain, Allah menyuruh kita (orang2 bertakwa) agar "menelan amarah" instead of just "menahan amarah".

contohnya, bila kita marah seseorang, lepas tu kita tahan, orang mungkin akan nampak riak kita yang berubah sebab sedang tahan marah. tapi bila kita berusaha telan perasaan marah, orang takkan perasan kita marah. sampai macam tu sekali Allah mahu kita kawal perasaan/nafsu di samping menyenangkan hati orang lain.

ingat! telan! telan!

renung-renungkan dan selamat beramal :D