Wednesday, June 20, 2012

budak comel








Truly wonderful the mind of a child is.(YODA, Star Wars Episode II: Attack of the Clones)



Tadi telah datang seorang pesakit cilik yang sangat menggelikan hati. Terima kasih adik kerana telah berjaya menggeletek hati saya di pagi yang biru.

Begini kisahnya, seorang kanak-kanak lelaki berT-shirt Ben10, berkulit putih, berpipi dan berbibir merah jambu serta berambut perang telah melangkah masuk dengan penuh yakin ke bilik rawatan saya yang cosy itu.
ini mungkin pemandangan budak itu semasa dia mula-mula melangkah masuk ke dalam bilik rawatan saya. Itu dia Dhuha DD sedang sibuk main game. Eh, tidak. sila perhatikan betul-betul, saya sedang sibuk meneliti desktop wallpaper. Nampak sangat poser di situ. Betapa gelabahnya si DD ni berlari-lari ke tempat duduk setelah menekan timer 10sec supaya sempat di 'capture' kamera. Hampir terseliuh pinggang. Tula, datang klinik awal sangat, xde orang dan tak tau nak buat apa. By the way, saya tidak menggemuk. Apa yang anda lihat hanyalah ilusi optik.
(AWAS, LENCONGAN DI HADAPAN)

Sori2, termelencong lebih-lebih dalam segmen apresiasi gambar. Mari sambung cerita.

Kanak-kanak itu nama Mason (ceh macam freemason je. nasib baik muka inesen)..Muka dia blur-blur je. Duduk duduk je atas dental chair, dia terus gapai sunglass dengan penuh gaya. Aik budak ni. Dia tak tahu ke saya ni makhluk menyeramkan yang ketagih gigi? Untuk pengetahuan semua, dentist memang kena provide sunglass kat pesakit. kalau tidak, mata pesakit mungkin silau atau menghampiri buta sebab terkena panahan lampu dental chair.

biasanya bila berada atas dental chair, pesakit akan bertukar menjadi stylo begini. (kredit:google)


"Berapa tahun adik Mason ni?" Saya mula beramah mesra. Nak pancing hati pesakit.

"6 tahun." Alolo tomey tomey. 6 tahun. Budak ni dari segi gaya sebijik macam my little cousin Haziq. Nampak bijak, bergaya dan blur at the same time.

"Tahu tak kenapa adik datang sini hari ni?" Budak tu pun menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam buku rekod, Mason datang untuk menampal gigi susunya yang berlubang (kenapa panggil gigi susu ye? Nak kata sebab gigi tu terdedah dengan terlampau banyak susu, gigi saya sekarang pun banyak merasa susu)..Habislah. Biasanya budak yang tak tahu kenapa dia jumpa dentist akan tantrum bila dapat tahu. Itulah yang patient saya yang sebelumnya buat. Nanti saya cerita sat lagi. Tak nak melencong-lencong dah. Satu-satu.

"Ok nanti makcik (ofkos tak bahasakan diri aunty) tengok mulut adik dulu pastu kita buat keputusan nak buat apa." Pandailah saya menanam tebu di tepi bibir. Mason angguk je dengan penuh pasrah.

*berlakon-berlakon terkejut* "oh nampaknya adik punya gigi berlubang! nak kena tampal ni." Sambil saya tunggu reaksi Mason dengan penuh debar kot kot nanti nak kena tempik kat muka ke, nak kena cakar muka ke.



"Ok." Mason angguk-angguk. Amboi cool sungguh adik ni.

"Bagus. Untuk cabut gigi ni, makcik kena letak sleepy juice (ubat bius/LA) supaya gigi adik tidur. Nanti baru adik tak rasa apa-apa masa gigi adik kena cabut. Tapi sebelum makcik letak sleepy juice tu, makcik akan letak sleepy gel dulu kat tempat nak cucuk supaya adik tak rasa jarum tu mencucuk adik. Ok, deal?" Itu adalah skrip skema semua pelajar pergigian Otago. Mason mengangguk-angguk akur seolah-olah sedang kata kat saya "no biggie!!"

"Pernah rasa dapat sleepy juice tak?" Saya tanya Mason untuk dapatkan kepastian sebab dia betul-betul cool tak padan dengan umur dan badan yang kecik itu. Mason geleng-geleng. Ok.

"Dulu adik pernah jumpa dentist ke?" Mason geleng-geleng. Patutlah. So dia tak ada pendedahan kepada dunia dentist yang scary itu. Baiklah, sayalah dentist pertama dalam hidupnya, pelakar sejarah dalam hidupnya, orang penting dalam memorinya. Eceh. Kamu masih ingat lagi siapa dentist pertama kamu dan apa yang dia buat kat kamu? Saya merasa bangga dentist pertama Mason ialah seorang muslim (me!me!). Nanti dah besar dia boleh cerita kat kawan-kawan dia. huihuihui. Harap-harap saya tidak menjadi penyebab dia benci dentist seumur hidup.

"Masa makcik nak cucuk nanti, adik rasa macam kena cubit sikit. Nanti lepas kena cucuk ubat bius, adik akan rasa kebas." Saya cuba bagi gambaran awal dulu supaya budak tu tahu nak expect apa. Barulah di masa kejadian, dia tidak berasa aneh lalu berasa dalam bahaya lalu melalak-lalak. Walaupun adik Mason tak tanya dan kelihatan macam tak kesah je, tapi informed consent adalah penting.

Adik Mason mengangguk redha.

Saya pun menyapu gel pengebas (hui buruk benar bunyinya! dah macam pengebas suami orang jek) kat kawasan yang akan saya cucuk ubat bius nanti.  Yang kelakarnya, dia sangat patuh cakap saya. Saya suruh buka mulut, dia buka je. Sampaikan air liur sendiri pun tak tertelan, lalu melimpah-limpahlah airliurnya sehingga membasahi bajunya.

"Adik boleh telan airliur lain kali ye." Huu nasib baik airliur tak kena baju saya. Tapi budak-budak takpe lagi. Ini, seluar saya pernah terkena air liur pesakit dewasa, geli hokkay! Dapat rasa airliur tu tembus sampai ke kulit. Balik rumah terus mandi. Kenapalah geli sangat perkejaanku ini.

Setelah gel itu menyerap, saya pun mula mencucuk kawasan tersebut.

"Ouch!" Kata Mason.

"Ouch!" Kata saya pula. Konon nak tunjuk empati.

"Makcik faham. Terkejut kan? Rasa macam kena cubit sikit je, lepas ni dah tak rasa apa-apa. Mungkin akan rasa kelakar (baca: funny feeling) sekejap, lepas tu ok balik." Mason mengangguk-angguk masa saya sedang mencucuknya. Dia kekal tenang je lepas tu. Macho betul. Sepanjang proses mencucukkan ubat bius, saya menanamlah tebu di bibir "adik kuat, adik berani, adik bagus, adik memang sesuai kawan dengan Ben10, adik hero bla bla bla"..itu namanya positivie reinforcement. Supaya budak itu tetap teguh dengan ketenangannya dan bertahan dalam deritanya. Heh ayat...

"Dah siap!" Saya bersorak supaya dia gembira dia berjaya melaluinya. Mason senyap. Mulutnya masih ternganga padahal saya dah bersandar dah ni ha. Saya pandang je dia. Pastu dia pandang saya.

"Eh? Dah siap?" Muka dia terkejut. Haha, melamun ke apa budak ni. Cepat-cepat di bangun dari tempat duduknya pastu turun kerusi. Saya dan cik dentist yang merangkap assistant saya memandang antara satu sama lain. Dah kenapa budak ni?

lebih kurang macam ni lah muka adik Mason tu tadi. tak saya tak google nama dia. i was looking for a 'blur' face.semangat.

"Eh, nak pergi mana tu?" Kami bertanya.

"Kata dah siap? Nak baliklah." Selambayaya je dia. Haha. Gigi dia tak sentuh pun lagi, baru cucuk ubat bius. Dah tak sabar-sabar nak balik nampaknya. Comel sangatlah. Tak tahan lalu tergelak. Kalau ikutkan rasa nak guling-guling tepuk-tepuk lantai je gelak. Eh muslimah jangan buat gaya bebas tak senonoh tu lagi-lagi depan budak2!

Saya pun panggil dia semula. Rawatan tampalan diteruskan. Saya pun gerudi gigi Mason, membersihkan segala kekotoran. Kejap kejap dia tanya "dah siap ke?" haii ate tak sabor benor nak ninggalkan klinik makcik nih.

"Ok dah siap dah bersihkan kuman dalam gigi!" Saya bersorak lagi.

"Dah siap dah?" Alamak saya tak patut gunakan perkataan dah siap. Nanti dia bangun dari kerusi lagi hahaha.

"Eh, tak. Makcik maksudkan, dah siap cuci gigi. Sekarang kena tampal. Kalau tak tampal, nanti kuman masuk lagi dalam gigi adik." Mason angguk-angguk setuju.

"Sakit ke tampal?" Haha ini lawak ok. Masa nak kena cucuk, tak tanya pun sakit ke tak. Masa nak tampal baru tanya. Tampal gigi adalah sesuatu yang paling tak menyakitkan kerana tiada objek tajam pun digunakan. Macam nak sumbat gabus dalam lubang botol je.

Dah siap tampal apa semua, maka barulah habis temujanji.

"Sekarang barulah kita dah betul-betul habis. Tadi tak sabar-sabar sangat nak balik kan, ha sekarang dah boleh balik." Heh, sebetulnya rasa bersalah sebab asyik cakap "we're done" je sampaikan macam bagi harapan palsu beberapa kali lak kat Mason.

Mason pun turun daripada kerusi dental dengan gembira. Berjalan dengan macho sambil memakai sunglasses.

"Eh, nak bawak pergi mana cermin mata kitorang tu." Tegur saya.

"Eh, terlupa hehe" Adik Mason pun serahkan sunglasses dan berlalu meninggalkan kami. Oh dia adalah pesakit paling comel setakat ini. Walaupun blur dan kecil, tapi sangat berani dan macho.

Saya berharap saya telah bagi kenangan baik untuk dia. Saya harap dia tak benci dentist seumur hidup. First impression itu penting. Kenapa saya tak takut dentist masa kanak-kanak? Sebab dentist pertama saya sangat osem. Seorang wanita punjabi. Bersuara dan bernada lembut. Tak ingat langsung dah kesakitan yang dirasa. Tapi saya juga berpesonaliti berani. Masa tu memang nak cabut gigi dan tak kesah rasa sakit ke hape yang penting, mahu gigi baru yang lebih cantik tumbuh. Saya juga budak pemberani yang memang suka kena cucuk. Kawan-kawan semua nangis kena cucuk masa darjah satu, saya masih boleh ketawa-ketawa kegelian masa kena cucuk. Mungkin masa saya kanak-kanak dulu, saya jenis macam Mason. Mesti dentist dan jururawat2 gembira gila dapat pesakit macam saya dan adored saya sangat sangat lalu mendoakan gigi saya sehat, sebab itulah saya bebas kaviti hingga kini guiguigui.

Sebelum Mason, saya dapat pesakit yang totally opposite dengan Mason. Budak perempuan berusia 8 tahun. Dia cakap dia datang jumpa saya untuk dapatkan tampalan. Tapi bila saya tengok rekod, ada gigi yang kena dicabut juga. Dan bila saya periksa mulut dia, gigi yang kena ditampal itu dah ditampal pun. So hanya tinggal gigi yang kena cabut je. Saya pun cakap "tak ada gigi yang makcik kena tampal kat sini tapi nampaknya ada gigi yang kena dicabutlah, sayang. Gigi ni dah bergoyang dan dah rosak juga. Makcik akan letak ubat bius supaya adik tak rasa sakit masa kena cabut."

Adik itu angguk-angguk. Diam.



"So, adik ok tak kalau kita cabut gigi adik sekarang?" Tiba-tiba muka adik tu jadi merah. Dagu dia dah mula berlagu. Maksud saya, dagu dia dah terketar-ketar. Begitu juga kaki dan tangannya. Saya dah gelabah sikit. Petanda tak bagus ni. Saya tak nak kena tempik di muka.

"Ok ok, adik takut ye. Biasalah tu makcik faham. Adik nak mak adik kat sini?" Saya terus rangkul bahu adik tu dan tenangkan dia sebelum keluar teriakannya. I have sensitive ears yang tak boleh tolerate suara nyaring. Ia akan segera buat saya sakit kepala lalu stress dan berpotensi bertukar menjadi murung.

Kat rekod adik tu ada tulis "mom wanted to be with her during treatment." Maka sebab itulah saya tenangkan dia dengan sebut tentang mak dia. Dia angguk, nak mak dia. Receptionist memang sedang mendapatkan mak dia di talian memandangkan dah tertulis begitu di buku rekod adik tersebut.Adik itu berjaya ditenangkan. Mak dia tak dapat dihubungi lalu kami pun dismiss adik tu, buat temujanji lainkali.

Pendek kata, seronok dapat merasa pelbagai pengalaman. Alhamdulillah harap ia membantu menajamkan skill saya dan menjadikan saya dentist yang lebih baik.

p/s: semalam tersalah call number abah. beriya je panggil orang lain abah. nasib baik yang jawab tu seorang 'abah' juga (kalau lelaki miang yg jawab, tak ke haru.) tertanya-tanya pakcik tu sejak bila pulak dia ada anak nama dhuha, call dari kutub selatan plak tu.

p/s: tadi bersemangat nak kaut sayur dalam mangkuk yang berisi sup. rupanya itu hanyalah ilusi optik. corak dalam mangkuk je padahal. boleh tak jangan lukis corak pinggan mangkuk yang kelihatan real sangat. tipah tertipu.

1 comment:

  1. Wah~kalau dapat jumpa doktor gigi macam kakak nie kan baik~saya pun nak juga hari2 pegi tempat kakak nie..
    tapi,sejak saya darjah satu...tampal gigi adalah paling menyakitkan~
    kerana ia mengambil masa yang lama..
    masa dentist tu tampal gigi saya..saya rasa seperti sakit gigi yang tak boleh tahan..
    mula-mula,bersemangat sangat nak tampal..
    lepas rasa tampal tu,rasanya sakit sangat..
    dan ia mengambil masa yang lama..
    rasa tak ingin je pegi..
    setiap kali pegi ke tempat pergigian,saya je yang menangis..
    kawan-kawan lain tak~tapi,memang rasa sakit sangat tampal tu..
    == ,herm..tak boleh tahan dah~
    sehingga sekarang tak berani nak pergi ke hospital pergigian~
    Dentistnya,garang sangat~saya rasa takut dimarah....

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~