Sunday, June 3, 2012

kuasai dirimu!





"The man who views the world at 50 the same as he did at 20 has wasted 30 years of his life."– Muhammad Ali  



Alhamdulillah, hari ni saya dapat usrah jauh dari gisborne melalui skype. see, dengan teknologi semuanya jadi mudah. yang jauh jadi dekat. manfaat teknologi ini hanya berbaloi kalau menggunakannya dengan cara yang betul dan matlamat yang betul.

maka dunia teknologi tanpa batasan ini mestilah kita kawal penggunaannya. tak boleh bermaksiat melaluinya malah cuba maksimakan ibadah melaluinya. disebabkan penggunaannya 100% bergantung kepada diri sendiri, kita yang pilih apa yang kita nak buat dalam dunia internet ini, maka sangat penting untuk ada penguasaan diri yang mantop! ya kuasa di hujung jari tapi pastikan iman menjadi remote controlnya.

kalau kita tak boleh mengawal diri dan tewas dengan nafsu, jadilah kita orang yang amat rugi. renungi maksud ayat 7-10 dalam surah as-syams.




Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan); Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)  

perang dengan hawa nafsu ni is a lifelong battle. manusia diciptakan dengan dua kecenderungan yang berbeza kutubnya/polanya. satu menuju kehancuran yang satu lagi menuju kejayaan. dan pilihannya 100% di tangan kita!

dalam diri kita juga punya nafsu yang cenderung ke arah kejahatan. kenapa kita dicipta dengan nafsu? sebab nafsu penting untuk survival kita sebagai manusia. kita kena makan, kena minum, kena tidur, kena membiak (erk sounds like kolam pembiakan ikan). ye, kita kena melahirkan zuriat dan meramaikan umat dalam bahasa cantiknya.

nafsu juga membezakan kita dengan malaikat. kalau kita tak ada nafsu, maka segalanya indah dan mudah buat kita, tunduk dan patuh seperti malaikat.

so....jangan salahkan nafsu. ia juga diciptakan sebagai ujian buat kita. sebagai lawan kita di dalam gelanggang gusti. menang pertarungan, dapat redha Allah dan seterusnya syurga. kalau kalah? see you in hell lah jawabnya.

nafsu dicipta untuk kita lawan. dan jihad terbesar ialah jihad melawan nafsu. maka jom, jangan kita kalah dengan nafsu ini. fighting!

saya selitkan nota usrah saya. saya terlupa nak bawak buku usrah so nota usrah saya digitalkan ^__^

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~