Sunday, October 23, 2011

way to go Saladin!

kebelakangan ni susah nak cakap dengan abah. abah macam superman, terbang merata-rata. dan akhirnya bila dapat cakap dengan abah, abah bagitahu berita gembira. Saladin nominated untuk Emmy award dan abah akan ke NY. saya mula2 tak percaya. hohi. sampailah saya jumpa news ini. http://www.nst.com.my/nst/articles/17rsaladin/Article/

ok abah, saya percaya sudah. produk malaysia yang pertama ke Emmy and its Saladin. pasti menimbulkan kegerunan kembali kepada kafir laknatullah :D

tahniah buat team yang berhempas pulas. yang pastinya kesusahan abah kerja, terbang sana sini paid off. lepas ni tolong tambah lagi siri animasi hero muslim =) dhuha juga nak turut serta kalau boleh sebab dhuha kan dah pandai buat video (basic je ponnn.tukang letak subtitle boleh lah kot)

apa2 pun alhamdulillah. kerana projek saladin, kami di rumah mula kenal siapa itu salahuddin al-ayyubi. sebab abah beli novel saladin, introduce filem kingdom of heaven, bawak balik merchandise and so on. dan paling best, satu dunia akan lebih kenal saladin :)

v(^_^)v

impian untuk melihat geng childhood friends bersama-sama melalui jalan hidup lurus semakin menampakkan serinya alhamdulillah ^__^

reiza cerita kat saya kisah hijrahnya. hanya dengan membaca novel hlovate sebelum ramadhan seterusnya tanpa bertangguh memulakan proses hijrah di bulan ramadhan yang mulia.alhamdulillah. saya dulu pn setelah membaca novel hlovate, sangat terkesan sehingga meminta putus kepada encik buayafren. novel hlovate sangat berjasa kepada saya juga. semoga Allah tambah saham penulis hlovate ^__^

saya harap saya juga boleh tulis novel yang memberi kesan dalam kehidupan orang lain. kesan yang baik of course.

by the way sangat gembira dengan perubahan rorei! saya bagitau dia "i can guarantee you hardships and syaitan will never leave you malah lagi kuat berdamping. but i can guarantee Allah is always with you."

reiza dah tamat zaman uni. sekarang sedang bekerja. dugaan untuknya cukup hebat sebab environment kerja yang langsung tak supportive serta tiada close friends or family yang boleh diharapkan dalam membimbingnya. kiranya saya harap saya ada disisinya untuk sama2 memperbaiki diri. namun saya jauh. hanya doa yang boleh saya titipkan. berharap akan ada lelaki baik juga yang akan datang dalam hidupnya untuk membimbingnya. hihi reiza tak pernah kapel tau (terpromo pulak)..alhamdulillah reiza jugak open untuk join usrah cuma dia takde akses.

saya suka dengan cerita perubahan orang lain. ia mengingatkan saya kepada turning point saya sendiri. saya harap Allah sentiasa menguji saya supaya saya selalu dalam keadaan sepertimana waktu saya mula2 di'ajar' secara intensif oleh Allah dahulu.

tips untuk orang yang baru menapak untuk berhijrah:
  1. cari geng. cari kawan. jangan sendiri2. kemungkinan besar bila bersendiri, kita akan sesat jalan tak pun relapse kepada zaman jahiliyyah semula. biah solehah itu penting. (biah= persekitaran)..masuk usrah ke, atau duduk dengan kawan serumah yang soleh. atau cari lelaki yang soleh untuk dibuat suami, tu kira geng jugaklah tu.
  2. sentiasa hadirkan diri dalam program2 keagamaan. pegi kuliah agama, ceramah, taklim, daurah, jaulah dan yang sewaktu dengannya. dari situ boleh mencari kawan yang baik juga :) i met few good friends during daurah yang saya pegi secara random dengan akhwat JIM. saya jugak dapat few good friends yang saya jumpa masa jadi sukarelawan iluvislam during book fest yg masih maintain ukhwah hingga ke hari ini. dan banyak lagi program random yang saya pegi yang saya dapat kawan baru. kalau dah lost in touch skrg pun, at least mereka pernah menyentuh hati saya di waktu perkenalan dan memberi impak dalam hidup saya :)
  3. berdoa selalu kepada Allah agar diberi kekuatan dan agar hidayahNya sentiasa disuburkan. adakan masa untuk diri sendiri berkhalwat dengan Allah. merenung dosa lampau, meminta ampun dan bermunajat kepadaNya.
  4. pekakkan telinga atas maki hamun orang. orang akan berkata. mulut manusia memang akan berkata-kata. cukuplah kita tahu nilai hidayah ini dan teruskan berusaha. manusia takkan nampak apa yang kita usahakan, mereka hanya nampak hasil. tapi pada Allah, usaha itu yang dinilai. percayalah Allah lebih tahu. usah pedulikan kritikan yang tidak membina.
  5. oh tu je yang saya ingat..ini berdasarkan pengalaman sendiri :)

diam

hari ni saya rasa hari bersejarah saya. sebab i spent my whole day, i mean most of my day untuk diam membisu seribu bahasa. sampaikan masa usrah pun saya tak rasa nak bercakap. saya hanya banyak diam. cakap pun tak betul, ayat terabur.

saya dah takut nak bukak mulut. terlalu banyak berfikir sampai takut nak bukak mulut. kebelakangan ni saya rasa saya banyak bercakap (yeke? kalau tak cakap pun, saya banyak menulis. tak pun bercakap dalam hati)

minggu ni memang saya banyak diam. saya banyak berkurung. dan saya banyak berfikir. telampau banyak perkara yang saya pendam dan cuba saya lupakan. terlalu banyak yang cuba direnungkan, dimuhasabahkan dan diperbetulkan.

bila banyak bercakap dan menyeru orang ke arah kebaikan, semakin saya rasa berat nak melangkah. banyak yang saya kena kejar untuk laksanakan. orang kata, walk the talk. semudah itu berkata, sesusah ini nak melaksanakannya sehingga menjadikan saya terkunci terus mulut ini untuk berkata-kata.

saya tak mahu berkata yang mengarut, saya juga tak nak berkata sesuatu yang bohong, saya juga tak nak berkata sesuatu yang tidak saya laksanakan tapi saya nak berkata sesuatu yang baik.

tetapi bersama kata2 baik itu terlampau banyak tanggungjawab yang harus dipikul. maka saya jadi diamlah huhu.

bukan pertama kali saya mengalami rasa seperti ini. sejak 2nd year lagi sudah merasainya. rasa macam tak sempat2 nak kejar apa yang dikata, nak melaksanakan apa yang dikata. dan saya sedar gerak geri saya diperhatikan orang lain juga paling penting, diperhati Allah!

saya sedar rasa ini tak harus menghalang daripada terus amar makruf nahi mungkar. saya patut slow down. orang lain sugar rush, saya information rush. terjemahkan dulu kepada perbuatan barulah berkata-kata, orang kata. tapi macam mana kalau tak sempat?

berubahlah bersama kata-kata. insyaAllah.

sementara itu kepada para sahabat, maafkan saya kalau saya lain macam sikit. i need time for myself. uzlah (bersendiri) adalah jalan yang saya rasakan terbaik buat masa ini untuk saya memahami hakikat diri, bermuhasabah dan seterusnya memulakan tatih-tatih ke arah perubahan yang lebih baik. tiada kena mengena dengan sesiapa, cuma kesedaran yang lahir dari dalam hati sendiri akan perlunya selalu berjihad untuk menjadi lebih baik.

ada kekeliruan di hati. ada keinsafan. ada konflik dalaman. ada kekecewaan. macam-macam rasa. hati masih belum bersih sepenuhnya. perlu lebih gigih mencuci hati.

bersabarlah. inilah metamorfosisku. saya sudah menjadi ulat beluncas pada sesi hijrah yang lalu. kini saya menuju ke arah menjadi rama-rama cuma sedang dalam stage kepompong. hodoh, unnoticed dan statik kelihatannya tapi insyaAllah ada progres dalaman :)

jangan pernah berpuas hati dengan hanya satu perubahan. sentiasalah cuba untuk berubah (teringat kata kak dina ^__^)

bukan apa, penyakit dalam hati. rasa sudah puas bila rasa diri dah baik, dah berhijrah. dah tak couple, pegi usrah, tutup aurat sempurna. tapi sebenarnya lebih banyak lagi hijrah yang perlu dilakukan.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, October 22, 2011

snippet HIMPUN

Islam itu memang terjamin. tapi keislaman kita belum tentu terjamin (Dr Yusri)

undilah orang islam dalam pilihanraya. pastikan 2/3 parlimen adalah orang islam yang membolehkan undang2 digubal sendiri oleh orang islam. ubahsuai perlembagaan agar dispesifikkan orang islam TAK BOLEH BEBAS BERAGAMA. (Ust Farhan Abdullah)

dalam bertolak ansur, jangan sampai kita ansur-ansur ditolak (dr azhar yaakob)

menyelamatkan akidah islam harus dimulakan oleh generasi muda khususnya golongan mahasiswa.
Mahasiswa mesti mantapkan ilmu dari segenap bidang utk elak ancaman luar.
pohon keterbukaan media kerana generasi muda sudah muak dengan laporan media yang hanya melaporkan kepentingan pihak tertentu. Media mesti bebas dalam melaporkan kebenaran.(Ahmad Shazwan Hassan)

ribuan yang murtad. walaupun ada yang menyangkal, tetapi cukuplah satu orang islam yang murtad, kita wajib dan mesti bertindak! (Norzafry Norhalim)

kita tak mahu parti2 politik yang berjuang utk islam tapi kita sendirilah sebagai umat islam berjuang utk islam. umat islam mesti bangkit mempertahankan akidah tanpa pengaruh fahaman politik (Hj. Abdullah)

ketepikan semua perkara yang remeh-temeh, ketepikan perbezaan, ketepikan fahaman politik dan marilah bersatu atas kalimah Laa ilaaha illallah..yakinlah hanya dengan kalimah syahadah, umat silam akan bersatu kuat. (kamaruzzaman mohamad)

umat islam lebih lemah daripada umat islam dulu yang dijajah penjajah (Tan Sri Harussani Zakaria)

Apakah salah orang Islam berkumpul/berhimpun untuk menjaga dan melindungi kepentingan mereka?
Kalau orang lain bebas diberi hak untuk bersuara dan berhimpun, apakah orang Islam tidak mempunyai hak untuk turut bersuara dan berhimpun? (Cikgu Azmi)



Selamatkan Aqidah Ummah

Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah

Wibawa ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah

Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah

Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah

Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah

Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah

Bangkitlah ummahku ... Selamatkan aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Stadium Shah Alam
22 Oktober 2011

Friday, October 21, 2011

ananiyah

Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak ambil peduli dengan kepentingan orang lain atau masyarakat awam.

Mereka melihat sumbangan orang lain begitu kecil hanya dengan pandangan sebelah mata dan mengambil tindakan-tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu sendiri (egois).

Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaahnya sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan ananiyah dengan pelbagai bentuk yang lain.

Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya atau hanya amalannya atau kumpulannya sahaja yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya sahaja yang paling hebat dan diterima.

Sifat ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat Islam dan sikap permusuhan seperti ini tentunya sangat dibenci Allah swt. Tidakkah kemenangan umat itu letaknya pada kekuatan keimanan dan kekuatan persaudaran? Hanya mereka yang mampu berjiwa besar dan berdada luas yang akan berjaya meraih kemenangan yang dicita-citakan.

Ingatilah firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]

Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.

Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah

petikan daripada blog peduli umat, Dr Zainur Rashid Zainuddin

peduli umat jom!

kalau betul HIMPUN didalangi kerajaan, apa masalahnya?
kalau betul BERSIH didalangi pembangkang, apa masalahnya?

sengaja menimbulkan persoalan di atas. masyarakat malaysia terlalu berfikir secara kepartian politik.

yang penting motif perhimpunan. dan in this case, apakah motif yang lebih besar daripada motif mempertahankan akidah umat? sanggup berhimpun untuk tujuan lain tapi berpaling daripada tujuan yang besar dan penting ini? sayyidina abu bakar dulu sampai mengisytiharkan perang ke atas golongan murtad. betapa besarnya nilai akidah umat Islam. di tanah melayu sendiri, demi menyelamatkan akidah seorang gadis belanda, sampai terkorban nyawa, tercedera tubuh demi menyelamatkan akidah seorang muslim.

murtad jika tidak diperangi, kelak mendatangkan fitnah terhadap agama sendiri. akidah umat jika tidak dipelihara, kelak bala Allah pasti tiba. tak payah tunggu kelak. sekarang pun dah tiba balanya.

dear malaysian, please have some sense. think out of box. we really need some paradigm shift here. penat dan bosanlah melihat suasana mabuk pilihanraya, mabuk undi nih.


berhimpunlah dengan niat yang baik, pasti tidak sia-sia di mata Allah. Allah sukakan perpaduan. dan Allah suka umatnya yang PEDULI akan nasib saudara seakidahnya. Rasulullah juga pasti bangga. tunjukkan kepedulian anda tak kira dengan cara apa pun. berhimpun, berdoa, bersedekah, berceramah, menulis atau apa sahaja. tak usah menghina usaha kepedulian orang lain.

jangan sampai suatu hari nanti hilang terus kesensitifan terhadap isu umat. nauzubillah.

Thursday, October 20, 2011

menjadi seseorang

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.

siapa kami kepada pemimpin?

sometimes..i mean most of the time i wish i can stay longer in non-muslim country (NZ! NZ! NZ!)atau berhijrah pergi muslim country yang bukan kompleks macam malaysia.

seronok je berada dalam komuniti muslim yang kecil, yang fokus hanya untuk memperbaiki diri, berukhwah, menerangkan islam kepada non-muslim..tugas yang aman damai walaupun ada tentangan daripada non-muslim tapi itu bukanlah apa2 jika nak dibandingkan dengan kekeliruan yang terdapat di malaysia.

malaysia dan masyarakatnya yang keliru. saya takut bila saya balik malaysia, saya jadi keliru jugak. bila muslim sama muslim tak sebulu, memang buruk benar rupanya. lebih buruk kalau golongan celik agama saling tak sehaluan dengan golongan lain yang celik agama juga. bertambah kelirulah orang islam samada yang celik atau tak celik agama. berpecah belah, tak nak bersatu. masing2 izzah dengan kumpulan masing2.

seems like agama hanya menjadi permainan politik for some people or is it for most of the people? wallahualam. kalau baca kat media alternatif dan baca sekali komen2, majoriti rakyat malaysia memang keliru. segala benda dipolitikkan. segala benda nak ada agenda tersembunyi. segala benda adalah soal undi, soal pilihanraya dan soal parti politik kerajaan atau pembangkang. walaupun nama agama digunakan tapi hujahnya hujah politik. muaklah. para pemimpin sibuk nak menangkan diri sendiri. rakyat jadi mangsa. kebajikan mereka bukan lagi prioriti. akidah mereka bukan jadi prioriti. yang penting menang undi. yang penting nak laksanakan hukum masing2. dimanakah kepentingan buat kami, wahai para pemimpin?

kami dibiarkan tercaci, terhina di tanah sendiri.
kami dibiarkan dirampas kesucian akidah kami
kami dibiarkan diperkosa duniawi
kami dibiarkan digigit bebanan ekonomi
kami dibiarkan berpecah belah
kami dibiarkan bertelagah sesama sendiri

kelak kepada yang Maha Kuasa akan kami adukan perihal kamu, tidakkah kamu takut?

Wednesday, October 19, 2011

prahara dan asa


Terhempas aku dalam fitnah
Yang mendera jiwa dan mencebik sukma
Tetapi ku tak tentu arah
Hingga seberkas cahaya menuntun langkahku

Dalam mihrab cinta ku rengkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya

Ku berdiam dendam yang membara
Ku pasrahkan semua pada yang kuasa
Ku yakin tiada satu jua hentikan kuasanya
Tuk mengubah segalanya

Dalam mihrab cinta ku regkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya

saya ada kawan yang sudah bertahun saya risaukan dia saja. dan saya selalu berada di posisi yang mana saya dapat tahu kisah sebenar tapi saya kena rahsiakan. padahal kisah sebenar tu adalah kunci yang sangat penting dalam hidupnya. saya buntu. dah bincang dengan orang lain pun saya masih buntu. nasihat telah diberi dan keputusannya telah dibuat. saya masih risau.

hanya doa. hanya doa. hanya doa.

dan untuk membuka rahsia itu, bukan tanggungjawab saya.

biarlah Allah tolong membuka rahsia itu kepadanya melalui caraNya yang lebih bijaksana.

Tuesday, October 18, 2011

peluang

buat pertama kali saya dipanggil lecturer sepanjang belajar di Otago Uni. regarding my poor internal mark in community dentistry assignments. memang poor pun hoheh tapi alhamdulillah pass, 62%. i do have my own ego. masa mula2 dapat emel tu saya membebel dalam hati "kenapa nak jumpa pulak? saya kan pass." lepas tu teringat pesan naqibah, pesan murabbi yang agung "jangan angkuh dan sombong." sepanjang berada dalam sistem tarbiyyah, saya banyak belajar menerima teguran. banyak belajar untuk merendahkan ego agar tidak sombong dengan teguran yang datang tak kira daripada siapa pun, tua, muda, berjawatan tinggi, berjawatan rendah etc..istighfar kemudian twist cara berfikir.

yang menggembirakan saya ialah puan Kate cakap nak provide guidance untuk saya. saya sangat memerlukan guidance itu. sudah lama saya rasa saya perlu bercakap dengan pensyarah tapi saya tak tahu dengan siapa yang boleh saya jumpa. bukan saja regarding community dentistry. saya seriously perlukan bantuan untuk study dengan lebih mantap. mungkin itulah peluang. alhamdulillah.

kembali kepada isu bertemu lecturer. di intec parents saya siap kena panggil berbincang dengan saya dan pensyarah sebab my poor performance. from there saya banyak improve. di IMU, semester satu tahun pertama dentistry saya dah kena panggil prof wilson. sebab saya fail. hoheh. since then saya banyak improvement dalam performance. di otago, saya tak perlu fail, markah rendah je pun dah kena panggil. baguslah kan uni sangat concern dengan student. dan saya harap pertemuan ini juga akan melonjakkan performance.

i take this as an opportunity to improve my performance. kadang2 saya jeles dengan orang yang dapat berjumpa personally dengan lecturer dan berbincang soal studies. saya pula bukanlah jenis yang effort sungguh nak pegi jumpa pensyarah. saya mahu tapi saya tak tahu siapa saya perlu jumpa. peluang ini datang dan saya terus reply emel puan kate untuk berjumpa esok. walaupun khamis ada exam dan saya sepatutnya setadi dan jumpa pensyarah lepas exam, tapi saya rasa benda yang baik jangan ditangguh ^__^

Si kenit

Hujan turun rintik2. Si kenit termenung mendongak langit. Bulunya basah bermandi hujan.

Si kenit mendongak ke langit. Mengharap Tuhan memandang ke arahnya. Mengharap Tuhan menatap wajahnya.

Tuhan..si kenit memanggil..si kenit mengadu dia sepi. Si kenit mengadu rasa tersisih. Si kenit mengadu dirinya ibarat habis madu sepah dibuang. Si kenit mengadu tiada yang pedulikannya.

Allah..si kenit ramai kawan. Tp si kenit jemu dirinya sering dijadikan tempat bercerita perihal kucing lain. Lalu si kenit mengasingkan diri. Sudahnya si kenit terus terasing. Si kenit tahu si kenit bukan kawan yang seronok. Si kenit tak gemar bersosial tanpa hals tuju. Si kenit tak suka bermadah manja. Si kenit tak suka mengiau tanpa tujuan.

Allah.. Si kenit memanggil lagi. Hujan terus membasahi setiap helai bulunya. Si kenit tahu dia tidak seronok. Ajakan teman untuk berseronok sering ditolaknya. Si kenit cuma nak jadi kucing yang baik. Si kenit cuba kawal diri. Si kenit juga tidak aktif lagi. Si kenit tambah terganggu dgn fizikal yang tidak sempurna lagi. Si kenit terganggu selalu kesihatannya. Buat si kenit selalu ingatkan kematian. Buat si kenit panjangkan tempoh bersendiri.

Allah..tiada siapa yang tahu. Sebab si kenit pencilkan diri. Tiada siapa yang ambil tahu. Tiada siapa menjenguk. Tiada siapa menceriakannya. Si kenit tidak mengharap. Dia rela mendengar dengar derai ketawa yang pecah di luar sana. Harapannya cuma biarlah kehadirannya tidak dirasai. Si kenit hanya mahu menjadi seekor kucing yang baik. Dan si kenit mahu dijemput Tuhan dalam keadaan yang baik.

Si kenit tahu, kegembiraan di negeri abadi pasti menanti jika si kenit tambahkan kesabarannya.

Si kenit itu kini tunduk. Airmata turun bersama hujan. Dia berdoa dengan rendah hati. Dia berlalu pergi dengan segala kekuatan yang ada. Bersama separuh fizikalnya yang lumpuh. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

untukmu wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.

Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.

Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.

Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.


sumber: iluvislam.com

Monday, October 17, 2011

oh facebook

stress dapat dilepaskan dengan menulis. kalau tak banyak, sedikit :)

facebook. ye nak cakap pasal facebooklah. sebab tangan ni kebelakangan ni memang suka sangat tekan facebook. baru tersedar fb dah macam rutin harian yang wajib ada. kalau tak buat, rasa tak complete. kalau tak pos apa2 pun, suka baca update orang. kalau balik dari sekolah, benda pertama yang dibuat adalah on laptop, bukak facebook. geram jugak dengan diri sendiri ni yang facebook dah jadi benda automatik dalam hidup.

nak deactivate sementara pun tak guna sebab bila2 masa boleh je log in macam biasa. temporary deactivation ibarat log out facebook je. cuma kena tambah effort untuk tekan emel dan password which are tak meletihkan dan tak menyusahkan pun.

nak deactivate terus pun dah tak boleh. dalam fb ada banyak group yang saya mesti bertanggungjawab ke atasnya. dia dah jadi macam tempat meeting la. nnt kalau delete fb, saya akan ketinggalan dengan progress kerja kumpulan.

maka satu-satunya cara untuk keluar daripada rutin yang membimbangkan ini ialah percaya dan yakin terhadap diri sendiri. kerahkan diri sendiri untuk mengawal penggunaannya. gunakan sepenuhnya daya kawalan diri yang ada. di sinilah kekuatan mental teruji. mengawal nafsu menlagha di facebook. jika tak boleh mengawal diri, memang lemahlah. oleh itu saya banyakkan berdoa agar Allah pinjamkan kekuatanNya kepada saya dalam menyusun jadual hidup supaya lebih tersusun dan mengurangkan aktiviti lagha. sesungguhnya tiada daya kekuatan kecuali daripadaNya.

saya kena selalu ingatkan diri saya..
  1. stalk facebook orang sama macam masuk rumah orang tak ketuk pintu. walaupun orang kata stalk itu tak salah sebab orang tu yang nak tayang. tapi apa manfaat yang kita dapat pun daripada aktiviti tersebut? ia hanya akan membawa kepada lebih banyak link2 kepada kehidupan orang lain. contohnya kita tengok gambar kawan fb, ada gambar dia dengan lelaki. lepas tu kita nak tahu siapa laki tu, kita stalk pulak laki tu. dalam tu ada belog laki tu pastu kita tengok belog laki tu. lepas tu ade link belog kawan kita, kita pun tengok belog dia. lepas tu ada link adik dia, kakak dia, mak dia, orang itu ini, cerita pasal itu ini. hah, kan dah tak pasal-pasal je membuang masa. takde kena mengena dengan kita pun padahalnya. saja menyibuk hal rumahtangga orang. alasan, nak ambil ibrah. huhu dhuha cakap macam pernah buat je kan :P ------> SOLUTION: stalk perkembangan negara2 lain. ambil peduli perkembangan ummah. itu baru betul nak jaga tepi kain pun dan barulah betul caranya nak ambil ibrah ^__^
  2. muslimah itu tidak memandang dan tidak dipandang. jadi, kalau nak jadi solehah tak boleh menonjolkan diri sesuka hati agar dipandang orang. bila teringat ungkapan ni, nak post banyak-banyak pun tak jadi. nak update status mengarut hari-hari pun tak jadi. hanya post benda yang boleh mendatangkan manfaat sekadarnya sahaja. susah jugak sebenarnya nak buat ni. facebook dah jadi macam diari, nak cerita sokmo. haish tak boleh. lebih2 lagi status yang emosi. sebab status sedemikian akan menarik lebih ramai orang untuk menjadi stalker atau sibuk mengambil tahu----> SOLUTION: buatlah belog umum dan belog rahsia. saya akan tulis merata-rata. itu memang habit. tukar nama sokmo. dengan ini anda boleh bercerita sebebasnya tanpa orang kenal siapa anda. tapi ingat, sebelum tulis, fikir dulu. jangan ikut emosi. tulis hanya untuk memberi manfaat :)
  3. kalau saya mati....ye, ingat mati adalah paling berkesan pada saya. sentiasa berfikir "facebook aku ni bila aku dah mati, adakah akan terus menambah dosa aku atau menambah amal aku masa dalam kubur nanti?" bayangkan bila kita mati, orang rindu kita so orang akan tengok gambar kita yang ribu2 epal tu. ada yang akan meratap. kalau gambar yang tutup aurat, tambah saham dosa kita dan tukang tengok. orang akan tengok balik post2 lama kita. ada yang kasar ayatnya. tambah dosa lagi. ada yang menyakitkan hati orang yang membacanya. tambah dosa lagi. ada yang melalaikan buat mereka gelak tak ingat dunia, tambah saham dosa lagi. bila berfikir panjang camni, jadi sangat berhati-hati nak post atau share benda. bila fikir banyak camni, dah malaslah nak main facebook sangat kan.
tu jela sempat share. nak setadi pulak. cukuplah rehat sampai sini. by the way, bila dah buat ketiga-tiga perkara di atas, the only purpose utk saya bukak facebook ialah nak tahu update groups/ baca mesej. kalau dulu rajin scroll sampai bawah utk tahu update rakan facebook, sekarang nak scroll pun malas. oh another purpose ialah nak main game. hohi tapi baguslah laptop saya semakin slow so tak seronok nak main game.

Sunday, October 16, 2011

shh....

i love being secretive and mysterious
sometimes i wish i can tell people my stories
but i just cant
and i dont know how to
and i'm loving it
makes me closer to my Lord =)

it's weird
although i have quite a few of friends
and a number of best friends
but i cannot tell them my every single stories
i have to keep most of them inside
and that special stories are only for HIM to listen =)

i am good at putting words together
in writings or just in my heart
but when it comes to blurt them out
i can feel my tongue resisting them
and so i just stay quite
and do the talking inside
which i know very well
HE is listening to my every single word
and He understands though the words are not in their complete sentence =)

O Allah
i put my forehead down
my nose is touching the ground
in my most humble position
i cry to you, i beg for Your pardon
thank You for letting me
having You as my only source
to complain
to tell stories
to keep my secrets

shh...

Friday, October 14, 2011

salam imtihan!


p/s: Allah akan menguji kita dengan perkara yang paaaling kita suka. saya suka photoshop. tutorial2 di internet sangat tempting. itulah ujian terbesar saya sepanjang musim exam ini. tapi xpe, saya berjaya hasilkan poster ucapan tersendiri ;P

Dhuha, please get your head straight on the exam!

Wednesday, October 12, 2011

my wish to come true iA







i miss my old skool friends. very much.

i miss how we would spend our time together, laughing and crying together, always stick to each other. although we spent enough time together at school, we would love to meet with each other every evening till dusk. and in the night we never get bored talking to each other on the phone.

just how close we were.

and we are still close but of course..being all grown ups, we all have our own commitments. being far away, we do have difficulty to keep in touch with each other. thanks to the internet, staying connected becomes so much easier. Thanks to Allah for giving us the chance to keep in touch.

100 miles between us, separated by the ocean, i can only see them from faraway here in the southland through heaps of pictures over the net. i love to browse every single of our pictures together and reminisce the old days. but sadly, i wish we have the same direction of life :(

how would you feel when looking at those pictures, the smiling faces with arms around each other and you just can feel the love and joy we had together but knowing that some of us are going to the wrong direction that can harm them badly sooner or later in their life.

i cannot guarantee their final destination nor my final destination because it is just out of my knowledge. but being in a state where you have been tormented enough with the worldly pleasure and then had a chance to breath again in a clean air where the purpose of life becomes clearer, i just can't help feeling sad to see my beloved ones continue to be blinded by the 'blings' in this world.

what i mean by 'blings' is that something that appear beautiful, glamorous, tempting, that they really capture our sights until we became so blind that we cannot see what is behind those glimmering, shining light. and more, it is not real! its just a light that cannot be touched and it will disappear! poof! just like that.

i have a wish. i have a wish we can walk together in the same direction. i wish we can have a discussion about this life and the life hereafter. i wish we can talk and brainstorming on how to bring back the people to the real teachings of islam. i wish we can advice on each other more islamically and help to improve each other. i wish we can go to 'usrah' together. i wish we can attend islamic class/lecture together. i wish we can do something for the ummah together. i just wish...and keep wishing..with all my prayers, i hope this special dream of mine will come true..sooner or later...and i hope i will still be able to join them when this dream comes true.. you know, guidance is all in Allah's will. and our life is in His hand. when the time has come, i might be someone who's no longer has such a dream anymore or i might not remember any of them anymore or i might not be living anymore. so many possibilities.. nauzubillah...

dear beloved friends, i love u all and i miss u all (FILLAH!)



Saturday, October 8, 2011

jom HIMPUN!

i went thru the net, searching more about HIMPUN and i found it quite disappointing because promosi HIMPUN tak semeriah promosi BERSIH. kebanyakan hasil carian tersebut lebih didominasi ISMA dan PEMBINA. mana promosi daripada pertubuhan islam/melayu lain?

dan ramai orang masih tak tahu pasal HIMPUN. kalau tak promote, macam mana nak tahu kan? takkan setakat sokong dalam hati. kalau sangat berkobar-kobar semasa BERSIH, kenapa tidak berkobar untuk HIMPUN?

saya juga pergi melawat FB dan website pertubuhan2 islam yang terlibat, saya lihat promosinya kurang malah ada yang tak promote pun! tinggal 15 hari lagi je kot. maafkan kalau kata-kata/komen ini kedengaran terlalu provokatif ataupun lancang ke apa ke. saya cuma hairan. facebook page persatuan2 itu dulunya dipenuhi agenda dan berita serta promosi2 BERSIH, kini sunyi..

saya bukanlah sesiapa nak mempersoalkan perkara ini. it is just a wondering mind of mine.

saya berasa hairan. tak tahulah wajar ke tidak saya berasa hairan. mungkin promosi akan meluas tak lama lagi kot, saya berdoa dalam hati. promosi itu penting (mentang2lah sekarang asyik kerja promote itu ini je)..ini soal sejuta umat yang nak pertahankan akidah ni. kalau promosi tak mantap dan tak meluas, how do you expect sejuta umat akan berhimpun?

apa pun, saya harap sejuta umat atau lebih daripada sejuta akan turn up.