Tuesday, June 19, 2012

Dhuha DD







A characteristic of the normal child is he doesn't act that way very often



Ahah, title di atas bermaksud Dhuha Dental Doctor. Guiguigui..Inspired by username tweeter cik nawal, NawalMD juga nama belog enda, endaMD. Juga HouseMD...MD stands for medical doctor, in case you don't know. Saya pun dengki, "MD je? DD takde ke?"


Begitulah selok belok kisah Dhuha DD.

Baiklah, kenapalah gedik sangat mahu bertajukkan nama dan title ittew? Kerana today I feel like a REAL dentist.

Hari ini kali pertama saya ditempatkan di Waha Ora. Waha Ora ialah semacam klinik komuniti tapi hanya untuk kanak-kanak sekolah sahaja. Kat NZ, free dental treatment hanya untuk kanak-kanak atau remaja-remaji sekolah sahaja.

Waha Ora tak ramai staff. Tak ada dentist juga. Hanya ada dental therapist dan dental assistant sahaja. Tapi dental therapist yang kerja kat situ adalah seorang dentist cuma diaorang belum didaftarkan lagi sebagai dentist. Diorang tu pasangan baru berkahwin berasal daripada Fiji. Katanya nak daftar jadi dentist kat NZ sangat mahal maka diorang pun daftar sebagai dental therapist je dulu, kerja dan kumpul duit sambil kumpul pengalaman, nanti barulah daftar sebagai dentist. Comel kan mereka ini.

Makanya, saya diberi tugas untuk berjumpa dan merawat pesakit-pesakit cilik ini sementara cik dentist itu tadi jadi assistant saya. Saya pun berasa segan sambil suruh dialah jadi dentist. Haruslah, dia dah graduate 3 tahun dah, saya baru final year dentistry. Apakehe nya saya nak jadi dentist, dia jadi assistant pulak?

Tapi cik dentist sangat humble dan sweet. Sambil tersenyum dia kata "saya dibayar untuk jadi assistant je kat sini. Awak bolehlah praktis jadi dentist." Akhirnya saya terima watikah pelantikan tidak rasmi itu.


Terus saya seronok. Walaupun cik dentist membantu, tapi dia tak bertindak sebagai supervisor. So saya rasa konfiden nak buat kerja tanpa supervision gaya maharaja. Saya jenis yang tak boleh orang perhatikan saya buat kerja lepas tu nak interfere sokmo itu tak kena ini tak kena. Saya selalu boleh pergi salah (can go wrong) bila saya diperhatikan. U know, macam kalau kita diperhatikan seorang jejaka ganteng kita akan jadi seperti cacing kepanasan, terus berubah personaliti 360 darjah. Bukan sayalah, mungkin anda yang sedang membacalah kot.

*cute grin*

Saya berterima kasih kepada cik dentist kerana memberikan saya perasaan selesa untuk bekerja sendiri lagak seorang dentist. Saya yang buat keputusan, saya yang bertanggungjawab, saya yang tulis rekod dan saya terima pesakit dengan banyaknya dalam satu-satu tempoh masa. Wah, inikah profesion dentist yang sebenar. Memang tidak salah lagi pilihanku. Namun sakit otot-ototku. Penat. Lenguh.

Dekat sekolah gigi, dalam masa 3 jam, kami hanya boleh jumpa 2 pesakit. Selalunya masa akan dihabiskan dalam klinik untuk menunggu supervisor yang sibuk direbut pelajar lain. Kalau dapat supervisor yang suka bercakap, lagilah penat nak tunggu. Kadang-kadang saya rasa frust dan ridiculous sangat bila pesakit berjaya dirawat dalam masa setengah jam tapi kena tunggu supervisor sampai sejam. Sungguh tak seronok.

Maka di Waha Ora ini, saya sangat mendapat kepuasan bekerja. Lagipula, di sini kami merawat kanak-kanak. Untuk pengetahuan, kami hanya rawat kanak-kanak tahun lepas sahaja semasa di sekolah pergigian, itupun seminggu sekali. Hari ni saya rasa jumlah pesakit yang saya rawat tadi sama je dengan jumlah pesakit kanak-kanak yang saya rawat sepanjang tahun lepas. You know how satisfying is that? Puas ke tahap petala jutaan.

Saya juga telah diberi authority untuk masuk ke dalam sistem rekod pesakit saya sendiri sebagai dental provider. How cool is that? Sejuk!

Saya nak jadi dentist dan saya tak sabar untuk jadi dentist! Walaupun ini mungkin akan jadi hangat-hangat tahi ayam tapi cukuplah di waktu ini ia menjadi booster saya. I really need a booster hokkay.

Saya nak kongsi pengalaman merawat kanak-kanak sebenarnya. Lihatlah betapa Dhuha DD ialah seorang kaki lencong. Silakan setiap kali anda terserempak dengannya, nyalakan lampu "Awas, lencongan di hadapan!"



Kanak-kanak adalah subjek yang menarik. Dahulu saya agak-agak bahawa diri saya ini pencinta kanak-kanak lalu saya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian kanak-kanak. Namun, bila dah jumpa pesakit kanak-kanak di dunia sebenar semasa tahun lepas, Dhuha DD terus tersentak dihempuk kenyataan.

Bahawa kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Makhluk ini bisa menempik di muka anda dengan tiba-tiba. Saya tak pernah kena tempik lagilah tapi melihat pengalaman rakan-rakan lain, ngeri dibuatnya. Setakat ini pesakit paling susah yang saya dapat pun ialah pesakit yang tak mahu bercakap serta sentiasa berwajah monyok.



Bahawa kanak-kanak ini adalah makhluk yang tak boleh duduk diam. Kena diingatkan banyak-banyak kali "buka mulut!!!!"..Bayangkan objek yang berada dalam mulut mereka tu dahlah tajam, mereka boleh pula sesuka hati nak tutup mulut, karang tercucuk segala objek tajam dalam mulut, baru tahu lelangit engkorang tu tinggi mana.

Lepas tu time kita nak buat kerjalah, dia pun nak buat kerja. Nak belek peralatan kita, nak tekan sana sini, nak tanya itu ini. Time tu jugaklah nak garu sana sini, nak goyang sana sini, nak bersin nak batuk. Haihlah budak-budak...Bukan kerja senang tahu. Itu baru jadi dentist kepada kanak-kanak. Belum lagi jadi mak budak.



Tapi the best part is, merawat kanak-kanak memberikan kepuasan yang luar biasa. Setelah susah payah kita terbongkok-bongkok nak menyelamatkan gigi mereka, setelah susah payah menanam tebu di bibir demi nak memujuk mereka, setelah susah payah melayan kerenah dan pertanyaan mereka, akhirnya bila selesai rawatan mereka akan tersenyum gembira. Rasuah sahaja dengan sticker Ben10 mahupun sticker Disney Princess, mereka akan peluk cium kita. Itu adalah...itu adalah...itulah yang dipanggil kepuasan sebenar.




Ye, kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Tapi itu adalah kerana mereka adalah makhluk ajaib. Mereka mampu mengubah suasana, mampu mengubah perasaan sekeliling. Mereka adalah makhluk suci ibarat kain putih :)

Dan saya truly appreciate pesakit kanak-kanak yang saaaaaaangaaaaattttt bertoleransi, yang boleh duduk diam, yang ikut je kata saya sebab saya tahu bukan mudah untuk mereka behave macam tu tapi mereka terlalu comel bila berjaya behave camtu. Bukan senang nak buka mulut lama-lama dan duduk atas dental chair lama-lama, saya tahu. Jadi saya sangat menghargai pesakit kanak-kanak yang sanggup bertahan dengan saya yang terhegeh-hegeh buat kerja. At the end of the appointment you just feel like rewarding them with something because they behaved so welll!


They test my patience and they are the best patients!


p/s: in a way saya rasa kenapa saya masih belum kena tempik dengan pesakit kanak-kanak adalah mungkin kerana saya kelihatan "comel-comel" seperti kaum mereka juga *uhuk uhuk*

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~