Monday, May 30, 2011

a day with aqeef :D


semalam saya date dengan aqeef :D.. kami jalan2 pegi museum. siapa aqeef tu? aqeef la boyfren baru saya. eh eh tak la. budak six years old going 7 tuh ialah anak jagaan saya untuk projek child study for paeds. anak teruna kak nida yang saya culik tu.

plannye saya nak spend masa sejam je kat museum sebab sebelum ni saya gi museum, macam agak bosan untuk duduk lama2 bagi seorang kanak2. tapi saya bawak je sebab maknya kata aqeef teringin nak pegi muzium. akhirnya saya end up spend almost the whole day kat museum (please take note that daylight is getting shorter over here since winter is coming.)

the reason why i thought kids wont love spending a long time in the museum was because i didnt realize that there was an amazing center for kids exploration over there. saya pernah nampak macam ada satu sudut yang nampak ceria. saya ingat tu cuma 'playground for kids'. rupanya ia adalah tempat yang sungguh best tapi berbayar. sebelum ni pegi museum main masuk merata2 je sebab tak berbayar. rupanya ada satu center yang kena bayar iaitu 'tropical forest'!

yang sebenarnya tak plan pun untuk masuk tempat berbayar sebab tu saya bawak dia pegi museum sebab sangkaan saya, semua tempat kat museum free. pastu dah jalan2 kat tempat free tu, aqeef nampak bosan. dia kata adik dia penah pegi museum tu n pernah pegang tarantula, butterfly. pastu dia tanya saya mana nak cari? maka saya jalan2 dengan aqeef cari binatang2 tersebut. seingat saya, tak pernah pulak jumpa binatang hidup kat museum. semuanya binatang di awet. biar betul aqeef ni. runsing saya nak cari tempat dia berhibur.

aqeef pun suruh saya tanya orang. huhu..saya pun pegi tanya mana nak cari binatang hidup kat situ. rupanya kena masuk tropical forest yang kena bayar. takpela aqeef sayangku, akak belanja kali ni. excited bukan kepalang lagi aqeef. melompat berlari ke sana sini, semua benda dia nak pegang. boleh kata tropical forest exploration center ni macam petrosains la. memang best! tema utama dia butterfly.

playing with magic mirror. aqeef tengah mesmerize melihat dirinya yang sudah tinggi dalam cermin. saya pun mesmerize jugak tengok diri sendiri jadi tinggi T__T

ada computer plak kat sini.. maka aqeef pun terstuck kat situ. saya layan jela sebab saya pun hantu games T__T

going to the tropical forest. forest tu panas!!! saya dahla pakai jaket tebal T__T..tapi sangat rasa kat malaysia dengan kepanasannya, pokok pisangnya, pokok betiknya..memang macam di tanah air sendiri! pastu banyak sangat rama2! besar2 lak tu, xpernah tengok rama2 sebesar tu! kat sydney hari tu pegi juga tempat camni tapi kat sini lagi best!

aqeef asyik nak angkat tortoise keluar daripada kolam je. sampai tertiarap dia nak capai kura2 dalam kolam. saya pun sama T__T sampai last sekali kami berdua kena tegur sebab sebenarnya haiwan2 tu hanya untuk tontonan, tak boleh pegang. bertuahnya aqeef jalan dgn akak kan, dapat timang-timang kura-kura tu.




oops gambar tersesat :P..spongecake favorite saya! tengah2 tu ada whipped cream yang soft,lemak berkrim dan ada jem bawahnya. nyumm! nak bawak balik msia bolehhh? :P (ok ok nanti cari resepi pastu buat sendiri)

pendek kata outing kami kali ni buat saya kenal rapat lagi dengan aqeef, dapat tahu cognitive, psychology dan personality dia. worth a report! (kalau dalam drama, mesti jadi konflik sebab berkenalan hanya atas dasar utk buat report :P) insyaAllah akak dhuha baik, berkawan bukan hanya semata nak buat report :D

aqeef ni pada saya budak yang sangat bijak lagi2 logic skill dia sangat tinggi for his age. the way he thinks, memang saya rasa otak budak lelaki habislah. bila kami main games yang berbentuk teknikal dan mekanikal serta puzzle, memang kebijaksanaannya terluah (i cant figure out the right word to replace the word 'terluah' T__T)..cita2 aqeef nak jadi pilot.

ok ok tiba2 saya terasa seperti jah yang sedang bercerita tentang aqilnya..hehe

assalamualaikum :)

Sunday, May 29, 2011

bermimpilah!


kata pujangga,
segalanya bermula dengan mimpi!

ingat lagi masa kecik, mak tanya nak jadi apa bila dah besar nanti?
dari situ saya mula bermimpi. impian pertama saya. ingin menjadi seorang guru. titik permulaan untuk saya berfikir tentang masa depan.

saya menjadi kanak-kanak yang penuh angan-angan. daripada cita-cita untuk menjadi seorang guru, saya bertukar nak jadi arkitek, kemudia nak jadi doktor dan banyak lagi cita2 timbul setelah itu. macam2 plan saya untuk masa depan.

at one point, saya berhenti bermimpi. saya tak tahu bila exactly saya berhenti bermimpi. saya menjadi orang yang follow the flow. whatever will be, will be. tidak ada arah tuju yang jelas, secara jujurnya.

sehingga sekarang pun, bila ditanya tujuan hidup, saya tahu. tapi bila ditanya nak buat apa in the future, saya jadi blank. saya baru tersedar hal ni bila dengar kuliah online 'from zero to hero' daripada Dr Zaki Ibrahim. dalam kuliah tu kami dikehendaki keluarkan sehelai kertas dan pen. kemudian tulis apa yang kita nak capai bila umur 60 tahun. at that point, saya kaget. blank. i was thinking what and where will i be at that time? orang lain menulis but my paper was blank. i have absolutely no idea what i want to achieve when i reached 60. kemudian Dr Zaki suruh tulis pencapaian waktu umur 50, 40,30 dan 23 (average umur kami)..saya terpaksa reka ikut contoh yang Dr Zaki bagi. saya memang takde plan langsung. memang saya ada bercita2 in the future nak buat itu ini. tapi saya tak susun plan itu elok2 according to the stages of my life.

kecewa dengan diri sendiri. dan saya sedar sebenarnya saya takut untuk bermimpi. takut tidak dapat jadikannya kenyataan. pengecut. tak boleh! tak boleh! jangan takut untuk bermimpi, dhuha! dan paling penting, jangan takut berdepan dengan realiti untuk mencapai mimpi!

now saya dah ada rough plan untuk future saya in a more organised way.(p/s: 'yo' tu bukan 'yoyo ya a au' okeh..years old)

at the end of 23 yo- the end of 24 yo:
  • finish my degree with credit (sebenarnye saya tak tahu level yang lg tinggi drpd credit sebab based on last year's senior graduation book, credit tu macam tak semua dapat. macam so far the highest yg pernah saya tahu la.kui3..) <---walaupun tak berminat dengan dentistry, ada hati nak aim tinggi2.buekkk..oi oi tapi itu mimpi saya ok. bila aim tinggi2, usaha pun tinggi2. dapat ke tak dapat ke, belakang cerita.
  • nak involvekan diri dengan research kalau boleh. biasanya summer break ada research vacancy untuk undergraduate student yang mana sape yang berminat will be funded by the university to conduct a research under the supervision of the supervisor (of course la~)..maka saya in dilemma lagi ni sebab plan asal nak kerja orchard summer holiday ni. tapi tiba2 interested nk wat research lak. gaji buat research lagi tinggi $__$ <--hoho budak ni walaupun tak minat dentistry + tak minat research langsung, tiba2 jadi berminat bila dapat sponsorship lumayan
  • kahwin. fullstop. fullstop. <--cubaan mengawal diri daripada got carried away
  • round satu new zealand dan satu australia <--aussie tu setakat bdr2 besar jela kot
  • berjaya hafal juz amma (target sebelum raya tahun ni), yasin, as-sajadah dan al-mulk<-- i know i'm slow
  • berjaya kuasai 5 out 10 muwasafat tarbiyyah. kuasai ye. bermaksud saya mungkin dah praktis 10 muwasafat tarbiyyah, tapi tak semestinya menguasainya. i mean dari segi istiqamah.
  • tulis satu lagi novel baru atau buku lain. <--buku lain??
  • menjadi presenter yang lebih mantap. kuasai communication skill <--termotivated bila classmates kat sini suka saya present walaupun saya rasa saya gagap dan gugup. setiap kali nak present, jantung mesti macam pecut laju-laju tinggalkan saya sorang-sorang.
ok ok tu je yang saya ingat wat masa ni. tata.

melakar impian

saya nak jadi muslimah cemerlang!
saya boleh lakukannya!
kerana saya seorang muslim!
dan kerana seorang muslim itu mempunyai segala kriteria manusia cemerlang!
kerana Allah sentiasa berada di dalam hati seorang muslim!

saya masih banyak kekurangan, masih berusaha nak jadi yang terbaik, my pace is slow tapi saya yakin, di mana ada kemahuan di situ ada jalan! gambatte ne dhuha!!! haittt!

i'll finish my degree, get married, get socially active in my jamaah, have children, open an orphanage or a kindergarten, go to hajj, go for an international mission to palestine, iraq, afghan and other places that need my service, write few books or novels, travel all around the world, have a foot set on at least one of the israeli's face, get another degree for a different course (at this moment i'm thinking about arabic language), provide work opportunity for others, learn archery, learn how to ride a horse, learn swimming, equip myself with other knowledge, hafal Quran throughout my life, update myself with current issues and get involve in it, bring up my children to become pure muslims and return them to Allah as martyrs, be a solehah wife to my husband and be with him through thick and thin and die as a martyr.

hidup terlalu banyak impian, terlalu besar misi dan visi, and yet masih jauh untuk mencapainya. maka time is golden. time is life. time is like a sword. verily man is in loss except those who believe and do righteous deeds, and enjoin on each other truth, and enjoin on each other patience (AQ 103: 2-3)..

jazakallahu khair Dr Zaki Ibrahim for such an inspiring talk last 2 weeks. i need to set my vision and mission in sequence, set a target at every stage of my life so that i can move towards it. insyaAllah may Allah ease and open my journey to jannah. And i know, hardships will come later.



Friday, May 27, 2011

doa dhuha



cing! kan finally dah ada lagu bernama dhuha =)

buat masa ni saya rasa macam tak nak hidup dalam kenyataan. saya nak hidup dalam angan-angan.

wuu..dhuha jangan lemah macam ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, May 26, 2011

syafakillah sarah!

baru dapat berita adik saya sarah was admitted to hospital after like 3 days masuk matriks. saya pun tak tahu apa sebabnya. doktor pun tak tahu. adik saya tu memang ada masalah lutut sejak beberapa tahun kebelakangan ni. dia sakit belakang pastu lutut dia berasa lemah kalau aktif sangat. ni kali kedualah dia masuk hospital sebab sakit yang sama. jadual orientasi matriks sangat padat katanya. pastu dia penat sangat. malam tadi diserang sakit belakang yang kuat sangat pastu kaki tak boleh gerak. maka jam 2.30 pagi waktu malaysia tadi dia kena admit ke hospital.

saya sempatla tengok camne dia sakit sampai xleh jalan, sebelum saya fly hari tu. and seriously saya tak boleh tengok. doktor suruh wat CT scan dan MRI tapi time tu kaki dia dah elok maka dia pun tak nakla wat test tu. dan kali ni lebih teruk sampai doktor insist suruh buat CT scan dan MRI jugak. and when i called her just now, dia baru lepas scan otak. alhamdulillah dah boleh gerak tapi xle grak banyak. guna kaki untuk pegi toilet je. kalau jauh2 sangat kena guna wheelchair. yg saya pula seperti biasa, sebagai kakak yang weng saya tanya dia best tak naik ambulans n naik wheelchair.

huhu sorila sarah kalau kakakmu ini sangat weng. i need to laugh to hide my sorrow and sympathy. bila mak post kat facebook pasal condition sarah je dah mampu buat saya meleleh airmata. saya boleh bayangkanlah kesakitan dia. sampai jerit2 kat telefon tu call abah. saya pernah tengok dia struggle nak berjalan, kena spread her legs and balance her movement while walking. which i cannot bear seeing it nor listening to it. saya kena melawak dengan dia sambil cakap "awak jalan macam Aya dlm 1 litre of tears"..

i took a lot of courage to call her just now sebab kalau ikutkan hati memang tak nak call sebab saya takut saya tak bersuara langsung sebab berasa sedih. tapi sebagai kakak yang prihatin (ececeh) saya kena call dia jugak supaya dia tak rasa sunyi dan tidak dipedulikan. kesian ok adik saya tu, sorang2 kat hospital seremban. mak abah nak pegi umrah jumaat ni. saya doakan agar segalanya dipermudahkan.




teristimewa buat adikku sarah
bertabahlah! Allah bersamamu
sekalipun tiada siapa menemanimu di sisi
ketahuilah Allah menemanimu
ketahuilah Allah tak pernah meninggalkanmu
dan ketahuilah dirimu merupakan insan pilihan Allah
untuk melalui liku-liku ujian ini
awak orang kuat, sarah!
awak orang kuat!
awak orang yang dicintai Allah!

adikku maisarah
hanya doa mampu kak yong kirimkan dari benua selatan ini
ketahuilah kak yong mesti terbang teman awak kalau kak yong ada sayap
ketahuilah betapa kak yong pohon kalau ujian itu Allah pindahkan kepada kak yong
supaya kak yong lebih kenal erti bersyukur
supaya tiada adik-adik kak yong yang menderita
namun Allah lebih tahu siapa yang lebih mampu memikul setiap ujianNya

adikku yang paling banyak airmatanya tumpah depan mataku
syafakillah. insyaAllah terhapus segala dosa dengan kesusahan

Monday, May 23, 2011

tudung labuh


sape minat tudung labuh kat sini???

sayaaa!!

well tak kisah la kamu pakai tudung labuh ke, bulat ke, tiga segi ke, asalkan menutup aurat (tak nampak leher, tak nampak telinga, tak nampak bentuk dada, tak nampak jambul, berpakaian labuh, longgar dan legap (formula 3L) dari leher ke kaki), alhamdulillah. its a matter of individual preference and it's true, ia tak melambangkan langsung akhlak seseorang atau iman seseorang itu. cuma terasa tertarik untuk menulis tentang tudung lubuh from my own perspective.

once upon a time, saya pernah merasa malu bila mak orang lain freehair atau pakai tudung fancy2 tapi mak saya bertudung labuh yang bulat dan yang dull warnanya.

once upon a time saya pernah anti geng tudung labuh. kat sekolah saya memang takde la geng tudung labuh ni. tapi bila masuk pertandingan, jumpalah budak2 sekolah-sekolah agama. saya tak tahulah apa masalah saya. mungkin sikap yang kuat memberontak tu buat saya rasa macam orang yang bertudung labuh ni nak tunjuk baik je. nak tunjuk beriman.

once upon a time saya pernah fikir betapa outdatednya mereka yang bertudung labuh. tak fashionable dan selekeh.

extreme tak saya? pendek kata dulu saya tak suka orang baik sangat. saya rasa macam tak logiklah mereka ni. saya rasa macam mereka berpura-pura. sangat negatif bunyinya tapi semuanya dalam fikiran dan hati saya je saya simpan. takdelah nak pergi kat diorang pastu maki hamun.

sebab tu jugaklah kot dulu saya tak pandang lelaki2 baik ni. nak yang cool, yang bila jalan depan kita rasa berangin (hoho)..yang pakai seluar hiphop, yang main bola sepak, yang ade geng, yang main skate. tapi xdelah bad boy sangat. tetap tak suka golongan poser contohnya yang pakai rantailah, gelanglah, subanglah, kurang ajar atau merokok. geng grunge, skin head dan punk memang out of taste la. in short saya memang tak suka orang baik sangat. ingat lagi saya pernah terbaca buku biodata zaman sekolah. dalam tu punyalah nak kata saya ni budak2 sekolah 'gelenya'(gatal), dalam buku biodata boleh plak tulis pasal lelaki idaman. dan antara ciri-ciri lelaki idaman saya ialah 'tak alim sangat'..apekah?? rasa nak lempang budak yang nama dhuha tuh. kalau satu hari nanti tuan suami tau saya camtu pn mesti rasa nak lempang je.huhuuu please don't Y__Y

walaubagaimanapun itu zaman yang penuh angan-angan je. it turned out to be hati saya telah benar-benar diterbalikkan oleh Allah. back to the main topic, saya jatuh cinta dengan tudung labuh. jatuh cinta sangat-sangat. saya jatuh cinta dengan segala kebaikan. dah takde nak pesimis2 dah. bersangka baik, polisi saya sekarang! orang buat baik sikit pun saya rasa terharu nak nangis rasanya. takde masa nak fikir "oh dia ni pura2 je ni"

ok2 berapa kali nak lari topik la dhuha......

saya jatuh cinta dengan tudung labuh sejak 3 tahun yang lalu. dan saya pun menyimpan impian untuk memakainya satu hari nanti. alhamdulillah sekarang melabuhkan tudung dah jadi kebiasaan. tapi yang sebenarnya impian yang saya simpan sejak 3 tahun dulu ialah pakai tudung labuh yang bulat tu. sampaikan saya simpan semua gambar2 mak yang bertudung bulat tuh, sebab saya admire sangat-sangat. setiap minggu mesti saya tengok gambar2 tuh. sambil dapat pahala tengok muka mak, sambil menyimpan angan-angan.

saya pernah bercita-cita lepas kahwin baru pakai tudung bulat tuh, macam yang kebanyakan orang buat. tapi masa tu, plan saya kan nak kahwin umur 23 tahun which is tahun ni. kahwinnya tak lagi tapiii hati saya dah meronta-ronta nak start pakai dah. dan lately ni jatuh cinta dengan niqab pulak.

kenapa? kenapa? salah ke pakai tudung yang silang2 tuh? *dengan nada terkejut dan gelabah*

tak salah langsunglah. ini cuma permintaan hati yang meronta-ronta je. tak tahu kenapa. cuma rasa minat je kot. padahal saya rasa pakai tudung silang2 lebih praktikal sebab dah pin both sides kat bahu maka bila ditiup angin takdela melambai-lambai sangat tudung tu. dan lagi, untuk pelajar dentistry universiti of otago ni, lebih senang pakai tudung silang2 sebab nanti kat clinic kena masukkan tudung dalam uniform. bayangkan, tak ke susah nak masukkan tudung labuh bulat dalam uniform kitorang yang berlengan pendek itu.

cuma saya rasa advantage terbesar tudung labuh bulat tu ialah tak payah nak hilang-hilang pin lagi atau risaukan kesan-kesan karat pin kat tudung sebab hakikatnya tak payah pakai pin pun. lepas tu labuhnya yang berbentuk bulat tu dapat gerenti tak nampak bentuk tubuh langsung.


so so apa kebaikannya pakai tudung labuh ni?

berdasarkan pengalaman sendiri, kita akan jadi semacam halimunan di mata lelaki. betul tak? lelaki beriman pun segan nak pandang. kalau pandang jugak tu, silalah wahai para lelaki semak level iman anda. pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim sesungguhnya sangat merimaskan. saya teringin nak jadi halimunan lately ni. sebab tu semakin suka dengan niqab kot. semakin saya tonjolkan diri, makin saya rasa tidak tenang hati ini. maka saya rasa mungkin perbuatan menonjolkan diri begitu adalah tidak proper untuk wanita muslim (memang tidak proper pun). tudung labuh tu juga sinonim dengan imej wanita islam sebenar. lambang 'izzah (bangga) sebagai muslim. bukannya izzah dengan fesyen semasa. tudungnya tak fancy, tak aneh atau tak fashionable maka dijauhkan daripada keinginan untuk menonjolkan diri dengan fesyen. macam non-muslims selalu tanya "is it a trend? or a fashion?"..kita jawab "no, it's an obligation." sambil membuktikan takde kesan-kesan penjajahan fesyen semasa ke atas diri kita. no latest design, no latest colours, no latest fabric etc..

kita juga aware untuk jaga akhlak kita. tak boleh nak gelak kuat2 kat depan public. tak boleh nak mesra2, sembang2, tepuk tampar dan jalan2 dengan laki. bukan setakat nak jaga pandangan manusia tapi juga nak jaga pandangan Allah.

lepas tu jimat duit. sebab bila pakai tudung labuh, automatik sebenarnya nafsu shopping semakin menurun. sebab nak shopping apela sangat, last-last kena cover dengan tudung gak. maka kita tend untuk berbelanja sesederhana mungkin. paling nak shopping fancy pn ialah shopping handbag. itu pun saya dapati semakin surut kehendak terhadap handbag.

pendek kata, as a muslim kita sepatutnya berbangga sebab kita ada kod pakaian tersendiri. kita boleh dikenali sebagai seorang muslim hanya dengan pakaian kita. malah non-muslim sendiri sekarang ni siap boleh bezakan practicing muslim dan non-practicing muslim. mestilah kita mahu dikenali sebagai practicing muslim. i am a muslim not just by name.

di sini nak tekankan jugak bahawa saya takdelah nak jatuhkan hukum wajib pakai tudung labuh. it is personal preference, really. islam pun tak melarang kita berfesyen dan bercantik-cantik kan selagi aurat kita ditutup..cuma bersederhanalah dan berbalik kepada niat asal sebenarnya. untuk apa pakai cantik2 ni? untuk siapa? apa manfaatnya untuk kehidupan kita 'di sana' nanti? dan cantik itu subjektif. definisinya terletak pada sejauh mana kita menilainya dan atas neraca apa kita menilainya. neraca dunia? neraca akhirat? dan bagi saya cantik fizikal itu ialah 'sedap mata memandang yakni tak mengundang gelisah di hati orang lain, tak menimbulkan penyakit hati pada orang lain.' maka orang yang berpurdah itu juga cantik bila berjaya menghindar penyakit hati bagi orang yang melihatnya :)'....just my 2 cents..


saya nak jadi serendah-rendah mutiara di lautan tapi mahal harganya. usaha yang susah dan makan masa tapi insyaAllah boleh! :) nak belajar merendah diri dan merendah hati. soal ikhlas tu lagiiiiiiilah kena belajar. cuci hati sebersih2nya!

p/s: saya nak marah dengan orang yang komen "oh dulu pakai tudung bulat, sekarang dah segitiga pulak." duh......ape salahnya entah. tutup aurat jugak. kotla pakai tudung nampak aurat, tu lain cerita.

seluruh mahabbah

tadi ada bicara minda: palestin..kami disajikan dengan tayangan filem turki yang berani itu: valley of the wolves. penuh aksi. saya rasa itulah movie pertama yang paling dipenuhi aksi yang pernah saya tengok setakat ini. what more can i say, turki memang berani! seberani perdana menterinya jugalah. dapat melihat realiti yang terpaksa ditelan rakyat palestin, sudah cukup mendatangkan kesan yang mendalam sekalipun tanpa aksi2 tersebut.

semalam setelah post dua entries, saya juga gatal tangan nak menulis lagi setelah terdengar satu lagu ni kat radio iluvislam, mcm familiar suara dan rentaknya so tgkla sape yg nyanyi. amer munawwer. cam kenal la. amer ruffedge ke? pastu search google, oo betul la. seronoknya dia da berubah! pastu melalui radio iluvislam bahawa a few bekas ahli kumpulan ruffedge,ve dan innuendo sudah berubah arah, lebih suka mendendangkan lagu2 ketuhanan.

saya macam tak percaya lalu melakukan research. maka terbuktilah kebenarannya. macam tak percayalah. saya sejak kecik memang meminati innuendo, lepas tu dah remaja sikit mula gila ruffedge dan kemudian VE. ingat lagi masa form 4 saya pernah ikat perut, kumpul duit untuk beli cd album ruffedge yang original. huhu...suruh kakak reiza yang belikan pastu saya dengar sembunyi2. tak berani nak bagi parents tahu huuhu..

by the way,dulu membesar dengan lagu2 mereka dan sekarang boleh mendengar suara mereka dalam versi memuji tuhan pula. dah dengar lagu belaian jiwa versi islamic? pasti jatuh cinta :D lagu favorite zaman kecik, buat kita rasa nak bercinta2 je kan. hopefully bila dah diubah liriknya tu, anak2 muda zmn skrg yg dengar tu akan rasa nak bercinta2 dengan rasulullah. insyaAllah, mudah-mudahan :D

alhamdulillah, ramai artis yang dah berubah kan. maka tak mustahil kawan2 kita yang nampak macam tak tentu arah tu akan berubah satu hari nanti. saya percaya, satu hari mereka akan berubah. apa yang kita nampak sekarang tak semestinya akan berakhir begitu. do not judge people and always try to get close to them, give advices, be there for them and pray for them. daripada duduk mengumpat di belakang tu lebih baikla kita menjadi berani dengan menegur secara berdepan.

akhir kata, terimalah lagu from amer munawwer (used to be my most favorite guy among kumpulan ruffedge)..dia ni lah yang mengasaskan kumpulan terbaru almawlid.. p/s: mcm maher zain tak?




Sunday, May 22, 2011

its not what i want!!

(oho tak jadi tidur. tangan gatal nk menulis lagi setelah baca satu artikel)

pernah dengar kata-kata ni?
"it's not what i want! my parents forced me into this!"

well..obviously if what they forced you to do is haraam, you can object without any doubt but please, no screaming whatsoever.

but here i am speaking of your future that your parents think they know best and decide what you should do. they decide what course should you take, who is your husband and stuff like that, you know..

some of us just follow their parents while some fight for their 'right' to decide their own path of life. some succeed while some not no matter whether they followed their parents or not.

for those who have chosen to follow what your parents think is the best for you, DO NOT REGRET AND BLAME YOUR PARENTS.

i have chosen what my parents asked me to do for my study. i did have my own ambition which was to be a psychologist or maybe an architect or an interior designer. that was what i thought suited me the most. those that i have interest in, arts and humanity. and i really really really dont want to struggle studying science subjects anymore. really dont want to. therefore i said it to my parents that i am not going to be in that sort of field. however i did listen to their arguments. they think i have the potentials to be in the medical field. they think its such a waste for me to have learnt all the science subjects but not to practice them. they think that i will struggle in my carier if i chose to be a psychologist/designer. because according to them its not easy to survive in those fields.

after listening to them, i put most of my ambitions behind. in the UPU form, i even put them as the last 4 choices. the top 3 was SCIENCE (asasi sains hayat UM, praijazah sains UITM, asasi kemanusiaan UIA)..and i really hope i'll get a place in asasi kemanusiaan UIA so that i still have a chance to pursue psychology. they even asked me to apply for JPA when i was so frustrated that none of them were of my interest. well, ada senibina but JPA was calling for an A in 'lukisan kejuruteraan' which i didn't sit for that particular paper. frust gilerr..i was really blank dont know what course to choose. my parents wanted me to pursue medicine but i was really reluctant since i hate the hectic life of a doctor and the working hours are just nonsense. i didnt want to sacrifice my leisure time for medicine (hohoho)..and at that time i was into building a future happy family that i wanted to spend my whole lifetime with them without any interruption. ahh masa tu nak je aku cakap nak jadi surirumah sepenuh masa =,='

in the end i got 4 offers: petroleum engineering (petronas), dentistry (jpa), praijazah sains (uitm), matriks sains hayat (matriks)----->sila lihat, NONE of them were of my interest.

offer petronas sampai dulu. they asked me to go but i refused to. gila apa nak pegi pelantar minyak tengah laut? then offer lain2 pun sampai. my parents wanted me to choose dentistry. gila hape aku tak suka tengok mulut orang. anehnya sume tu saya gak pilih. tapi pilih secara terpaksalah kan. i chose matrikulasi. at least i still have the time to pursue my dream. mak abah bengang. we had a discussion. finally mereka redha dengan pilihan saya. but i didnt feel at peace. i realized all this while i was not good enough as a daughter. i was afraid that i might not be successful in the future. my parents, they did their best to bring me up as good as this. they must have been sacrificed a lot for me. then why not me? only this time. as compared to what they've done, i was actually done nothing for them! i cant stand it anymore.

finally i chose dentistry, at where i am today. no regrets. still trying my best. still struggling to be the best.

persoalannya di sini, bukanlah being such a coward as not being able to pursue your dream but to follow what your parents told you to do. bukan. bukan. nak cakapnya kat sini ialah, WE MADE THE CHOICE. dan bila dah buat choice tuh, be persistent, have a strong will, face the truth that you dont like it but you can try and still be successful, not blaming anyone for that rocky roads u went thru, be positive at all time, remind yourself WHY you are here, have good intention and good expectation, always pray to God to make ease of every difficulties.

memang saya fahamlah bila kita rasa susah nak belajar benda tu, kita start blaming our parents for 'introducing' that toughness to us. kita rasa telah dipaksa ibubapa. padahal kita lupa keududukan Allah dalam every seconds in our life, in every situation there He is. masa kita buat keputusan dulu, apa niat kita untuk pilih that particular decision? apa rasional kita masa memilih? mostly yang follow parents will say "i chose this or that because my parents asked me to"...

so why you chose to follow what they told you to? sebab kesianlah tak sampai hati nak kecikkan hati parents, sebab parents marahlah pilih benda lain, sebab parents tak suka saya ambil course lain, sebab parents suka saya ambil course ini, sebab parents kata this is the best for me, sebab i dont have any choice, sebab i dont know what to choose so my parents simply guide me to what i should choose.

dan keputusan itu KITA yang ambil sendiri tak kiralah apa pengaruh luarnya. dan kita seharusnya ingat apa alasan awal yang buat kita pilih, basically to please parents kan? dan jangan lupa kedudukan Allah dalam kita memulakan langkah terhadap keputusan yang baru dibuat tu. sila renew niat.

ya Allah aku tak suka sangat2 bidang ni. tapi aku buat untuk dapat redha parents aku. bila parents redha, Engkau pun redha ya Allah. timbulkanlah keikhlasan dalam aku menempuh jalan ini. timbulkanlah minatku. timbulkanlah rasa cintaku. hilangkanlah segala perasaan yang negatif ini ya Allah. alhamdulillah, ya Allah. at least alasanku berada di sini bukanlah atas alasan material. tapi atas alasan yang murni, insyaAllah.

positifkan fikiran. orang lain belajar bidang yang mereka minat supaya boleh dapat duit banyak, kawan banyak, glamour, dapat senang lenang, supaya boleh tenggelam dalam kesukaannya padahal tak semua benda yang kita suka tu baik untuk kita. berapa ramai orang yang sangat2 passionate dalam bidangnya sampai lupa kewajipan terhadap Allah dan ummah? sampai lalai dan leka dek tenggelam dalam hal yang sangat dicintainya. at least, ketidakminatan kita kepada bidang kita buat kita ada pause button dalam bekerja. berhenti sebentar untuk tunaikan kewajipan yang lagi besar.

tapi yes, minat itu essential juga. kerja yang sedikit pun akan jadi sangat hambar kalau tak disertai minat. sebab itu doa sangat penting. dekatkan hati selalu dengan Allah. bukankah Allah pemegang hati kita? Dia boleh putarkan hati ini 360 darjah camtu je. bersangka baiklah kepada Allah, kepada ibubapa kita. janganlah kita mensulitkan lagi hati mereka.

kepada adikku maisarah yang bakal menjejak matrikulasi isnin ini, melangkahlah dengan yakin. sesungguhnya keputusan itu telah dibuat olehmu sendiri. anything happens in the future, just do not blame anyone. because the decision was actually made by you. takdir, kamu yang memilihnya. pilihan di tangan kamu! dalam adik beradik saya, saya je yang ikut pilihan parents. tp saya rasa bertuah juga sebab dalam bidang ni saya juga belajar psychology dan saya dah sedar rupanya saya tak minat betul dengan subjek tuh! banyak sangat teori kena hafal. dan dentistry is wayyyyy better than psychology because lagi banyak practical! alhamdulilah Allah dah tunjuk :)....saya masih minat arts tapi untuk leisure je yang mungkin satu masa nanti boleh manfaatkan ummah. insyaAllah..

kepada mak dan abah, alhamdulillah your daughter is coping very well and started to love this field and her patients are just wonderful! saya rasa bidang ni adalah ruang dakwah yang tak boleh dilepaskan. jumpa orang face to face, tunjuk akhlak islam, praktis communication skill, english skill, caring skill, building empathy, protect confidentiality, treat each and everyone sincerely and individually. semua ni skill yang penting kan untuk dakwah? tak boleh hanya teori. kena ada praktis.

and i'm glad to be surrounded with friends yang keep reminding me to DO EVERYTHING BECAUSE OF ALLAH. and also sama2 passionate nak jadi the best muslim dentist/doctor/accountant/pharmacist/teacher. to instill islamic value in our profession is our dream! insyaAllah!

so, in a nutshell, how to survive in our field without passion?
  1. have a good intention- redha parents, redha Allah, tolong ummah, kembangkan islam etc (basically biarlah intention kita tu parallel dengan matlamat hidup sebagai khalifah dan 'abid(hamba Allah/ahli ibadah))
  2. have a good expectation to Allah n parent- Allah nak bg kita skill yang kita perlukan, Allah tahu apa yang baik untuk kita, parents cuma nak kita ada bright future, parents dah banyak pengalaman, Allah nak selamatkan kita daripada bahaya yang kita tak nampak
  3. positive minded- minat akan datang kemudian, ramai je orang yang asalnya tak minat pastu berjaya, kita boleh lakukan!, hidup ini memang Allah jadikan susah maka kita harus kuat, since kita tak minat so pasti akan struggle legi banyak drpd org lain maka tak boleh kalah!
  4. have a strong will- jangan lupakan good intention. no matter what i will do my best!
  5. be in a condusive environment- environment besar impaknya. cari kawan yang baik, yang boleh bimbing dan nasihat kita, yang tinggi akhlaknya, yang bersemangat untuk menuntut ilmu, yang bersemangat nak kejar ilmu agama juga, pegi conference/pameran/seminar yg berkaitan dgn bidang kita untuk cari minat dan cari inspirasi.

jiwa kenyang

alhamdulillah hari ni jiwa kenyang. hari minggu tiba lagi, masa untuk merapatkan ukhwah sesama akhwat. kami pergi swimming kat swimming pool (of course lah kan. gila apa nak mandi sungai dengan cuaca below 10 degree??)..swimming pool pula bersuhu 35 degree. memang bestlah. qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) dapat, ukhwah dapat, skill berenang pun dapat. oh saya dah addicted dengan gaya terbaru, duduk mencangkung bawah air sambil peluk kaki. pastu nanti badan akan floating dan guling2 dalam air, ibarat baby dalam rahim! rasa sungguh dejavu!

after maghrub pula, sesi usrah bermula. tajuknya HAYA' (malu) sungguh panjang diskusinya tapi terpaksa dipendekkan sebab ada daurah online pula.

akhir sekali menonton 'sang pencerah' yang dah lama nak tengok. movie tu dah upload kat youtube. so dapatla menontonnya :)...kesimpulannya, sang pencerah adalah movie dakwah yang sangat memberi kesan di hati. isu2nya sangat relevan dengan kita hari ni. tak sangka kan, sebenarnya isu2 sejak zaman nabi lagi pun masih relevan dengan kita. manusia tetap akan mengulang kesilapan yang sama, supaya apa? supaya kita pun dapat belajar melalui sejarah dan cuba berbuat sesuatu, berdasarkan sejarah yang menggemilangkan islam, iaitu berdasarkan sirah nabi juga :)

banyak sangat yang dapat dipelajari daripada 'sang pencerah'..mesejnya jelas, padat dan disampaikan dengan penuh hikmah. saya suka. saya suka the way kiyai ahmad dahlan/darwis menyampaikan dakwahnya, membetulkan persepsi masyarakat yang salah, mendekati golongan muda dan golongan yang kurang mampu, menerangkan dan menegur kepada golongan tua dengan penuh halus dan lemah lembut, dan banyak lagilah..saya tertarik dengan cara bagaimana kiyai ahmad dahlan menggunakan bahan ejekan muridnya sebagai bahan dakwahnya dalam bentuk yang saintifik tapi sungguh dekat dengan mengenalkan kita kepada tuhan. dan saya berangan kalaulah guru2 sains kat sekolah boleh relate setiap apa yang diajar dengan Allah. indahnya~

ok lah dah lewat malam. assalamualaikum <3

Thursday, May 19, 2011

the tudung is very nice n sweet

jatuh cinta dengan tudung iniiiiiii..macam begitu cantik kalau pakai masa nikah kan :D
and yes, including the niqab.


Tuesday, May 17, 2011

message to israel









israel, you can never stop the liberation of palestine. your leader ben gurion once said "the old will die and the young will forget"..but let me tell you something. YOU'RE ABSOLUTELY WRONG!

many will sacrifice their blood for palestine and they wont stop. i wont stop. i'll make sure my whole generations will fight for the freedom of palestine. insyaAllah.

and for the muslims, please do not fight merely on humanity alone. palestine holds dignity for our deen, our ummah. it holds the key to the glory of our ummah! this is the promised land, the reserved land for us! keep fighting for the most ultimate cause-Allah!

takbir!

jubah baru!

jubah pertama yang dibeli secara online telah sampai! sungguh gembira! pertama, lawa sangat! kedua, lawa sangat! ketiga, selesa sangat! keempat, muat sangat! dan sebenarnye yang paling utama ialah point keempat sebab saya susah nak dapat jubah yang betul2 muat.huhu..maklumlah badan cek mek molek. maka saya rekomen website ini: eastessence sekiranya anda mahu beli belah pakaian muslimah secara online, bagi mereka yang berada di oversea. harga baju tersebut adalah dalam USD tapi mmg affordable la bila di convertkan kepada NZD. lepas tu boleh pilih saiz sendiri, boleh mintak alter jugak kalau takde saiz. menarik tak? ok pasni nak g kelas pakai baju baru :D

2 of my causes

dhuha, the famous post on facebook adalah tentang kahwin, tentang palestin. sampaikan ada yang cakap saya 'expert' pulak dalam both bidang tu..serba salah saya bila ada orang refer kat saya tentang hal2 tersebut padahal ilmu ni seciput je, lacking experience pulak tuh..hoho da jadi macam trademark pulak dahhh -,-"

bukan apa, saya rasa dua isu ni adalah terdekat dengan saya. yang menjadi titik tolak perubahan saya.

di intec, waktu di zaman jahil, saya secara tidak sengaja telah terikut mira pergi talk palestin kat kolej cemara. itu pertama jali saya dapat exposure tentang palestin, 2006 tak silap saya. sebelum tu bee dah beberapa kali sebut tentang dia tak makan itu ini sebab boikot israel. dia boikot israel sebab dia sayang palestin. di waktu itu saya masih di era ignorance, saya tak faham kenapa perlu boikot.

setelah dengar talk palestin, kami ditunjukkan video rakyat palestin, masa tu nangis bukan main meleleh lagi. rasa malunya, ya Allah..rasa sangat jahil, sangat selfish dan sangat-sangat bersalah dengan saudaraku di palestin. dari situ saya nekad nak mula boikot israel. saya boikot a few things, paling berjaya ialah McD..yayy! paling susah ialah nestle :( sebab nestle kan sangat meluas produknya, ada yang dah jadi macam keperluan harian namun saya tetap cuba boikot few nestle products like kit kat(yang ni paling berjayalah.alhamdulillah)

isu palestin mendekatkan saya dengan orang2 care tentang palestin juga, yang mahu membebaskan palestin juga. berkawan dengan mereka, indirectly saya dapat banyak input tentang agama. antara isu yang hangat masa tu, isu bercinta sebelum kahwin. ada artikel yang tersebar mengatakan haram bercinta sebelum kahwin tu. ditambah dengan hujah2 sahabat yang faham hukum-hakam. saya yang ketika itu sedang bercinta sebelum kahwin terus bertindak drastik, memutuskan hubungan.

but it didnt last long, keputusan saya yang drastik tu susah diterima di pihak yang lagi satu dan saya pun susah untuk tidak berasa simpati dan sayang, maka saya cuma hadkan hubungan tersebut atas nama persahabatan. tapi dah nama pun suka sama suka, mana boleh bersahabat. secara tak sengaja, terbercinta semula. dan secara tak sengaja isu palestin yang saya sungguh2 perjuangkan pada awalnya telah saya lupa perlahan-lahan. terus lupa nak boikot bila media pun senyap dah tak bercerita tentang palestin lagi (atau saya yang tak ambil peduli dah T__T).

alhamdulillah Allah sedarkan saya kembali. maka itulah sebabnya saya sungguh2 promote nikah dan promote free palestine. sebab saya pernah sedar tapi saya lupa kemudiannya. kini saya TAK MAHU lupa lagi! dan tak nak orang lain lupa macam saya! saya akan sebar sepuas-puasnya kalaupun saya dah kahwin, insyaAllah saya tetap akan promote nikah jugak (dan hal2 berkaitan termasuk ikhtilat).. kalau pun palestine dah menang, tapi perjuangan membangkitkan ummah masih panjang, takkan terhenti begitu saja, insyaAllah. doakan saya. cukuplah saya terlupa sekali. saya tak nak terlupa lagi. dua isuini sangat-sangat merupakan daya tujah untuk saya maju ke hadapan dalam peristiwa 'turning point' dalam hidup saya.

Monday, May 16, 2011

padamkanlah api walau hanya dengan paruhmu yang kecil itu


15th may marked the anniversary of the establishment of the illegal state of israel (wow banyaknya 'of'!!

and its the 63rd anniversary of nakba palestine, meaning it has been 63 years palestinians have been denied their rights in their own land. and meaning that it has also been 63 years since Al-Aqsa was seized by israel.

bayangkan orang yang lahir pada waktu tu, maknanya dah 63 tahun dia hidup tanpa keamanan.

ok enuff talking. what have we done to liberate palestine? what have we done to our sisters and brothers? do something even it is as little as boycotting.

seperti kisah nabi ibrahim sewaktu baginda dibakar raja namrud, ada seekor burung kecil sekecil pipit kot yang berulang-alik cuba memadamkan api tersebut dengan menggunakan air yang ditadah dengan paruhnya yang kecil itu. burung tersebut digelakkan oleh burung2 yang lain "hoi apela yang kau buat tu, takkan terpadam punya api tu kalau kau yang kecik tu padamkan sorang-sorang. buang masa dan tenaga je." (dialog rekaan)...tapi burung yang kecil tu jawab "sekurang-kurangnya aku ada hujah untuk berdepan dengan soalan Allah nanti tentang apa yang aku lakukan untuk membantu nabi."

subhanallah..pertama, bayangkan, burung tu tentu tahu effortnya itu tak mungkin dapat memadamkan tapi dia berusaha. kedua, burung itu juga tentu tahu bahawa yang dibakar itu ialah seorang nabi, yang tentulah Allah akan menolongnya tapi burung tetap mahu membantunya. demi sebuah hujah untuk berdepan dengan Allah, kerana takutkan Allah.

maka di sini, apa pengajaran dan relevance yang boleh kita gali daripada kisah ini?
  1. sudah Allah janjikan kemenangan umat islam. kita tak buat apa2 pun, berlambak lagi orang berlumba-lumba nak do something dan Allah tetap akan menangkan islam. maka kita sendirilah yang rugi kalau tak buat apa-apa. we wont be apart of the history, we are nothing. tapi agama kita memang something. nak ke jadi orang yang rugi?
  2. berusahalah untuk membantu sekalipun kita tak nampak kemungkinan untuk usaha itu berhasil. contohnya boikot, orang kata sia-sia je ikat perut daripada makan McD, minum coke, muka berjerawat tak pakai johnson&jonhson tapi israel tetap kaya, tetap boleh beli senjata untuk perangi umat islam..tapi itu usaha yang paling minimum yang boleh kita lakukan. usaha minimum yang memerlukan mujahadah maksimum! dan itulah yang Allah pandang di hari akhirat, usaha kita! itu akan jadi hujah kita bila berdepan dengan Allah dan anak2 palestin nanti, bahawa kita dah buat sesuatu untuk membantu! lagipula, usaha boikot sekarang memang dah nampak berhasil menggoyahkan ekonomi israel. malah pada masa yang sama, kesihatan kita juga bertambah bagus dengan tidak memakan junkies buatan israel yang maha banyak itu :D..saya dah boikot a few like mcd, coke, n nestle for years. even colgate pun! takkan anda tak boleh? mesti boleh punya!
  3. bantulah. Allah takkan sia-siakan usaha kita. ingat surah al-zalzalah? even kebaikan sebesar zarah pun Allah takkan terlepas pandang. mungkin pada kita hanya sebesar zarah tapi carry mark dia sangat besar woh! contohnya macam satu soalan exam yang membawa markah 10!
  4. takutkan Allah. dengan rasa takut kepada Allah, kita berani buat apa saja demi ummah ini! what a contrary kan, rasa takut yang menghasilkan keberanian :)
okeh, last but not least, do not stop fighting for the freedom of palestine. isu palestin ialah isu kita semua. Rasulullah pesan barangsiapa tak ambil peduli isu ummah bukanlah sebahagian daripada umatnya. kalau tak nak jadi umat Rasulullah, nak jadi umat siapa lagi, ye tak? ingat nabi2 lain akan terima kita ke?

p/s: alhamdulillah biasanya QC tak ramai orang tapi last friday ramai orang, alhamdulillah3x ramai yang care pasal palestin :) dan alhamdulillah aktiviti QC kini dah menarik akhwat bruneian pula.syukuuuur alhamdulillah gembira sangat2 :D


Saturday, May 14, 2011

buletin sakit rumah

hand luggage saya dah tersergam indah berdiri depan pintu bilik, tunggu lagi 4 minggu je untuk saya tarik keluar beg itu melawat christchurch airport, check-in dan menjejak malaysia, yayy!! hehe excited sungguh ni :D

saya dah bagitau mak plan2 saya nanti. kebetulan pula masa saya balik tu, mak baru pulang umrah so saya mengharap ada sepasang jubah untuk saya juga :D...dan dah pesan kat mak tolong doa untuk dhuha :D

semalam 2 orang kawan saya dah menikah. hari ni dapat berita tak lama ada majlis kahwin kawan saya kat nz ni (org auckland & org dunedin). weee~ dpt merasa kenduri kahwin kat oversea! pastu ada orang tu baru lepas taaruf. oh saya bila lagi ni, asyik dengar berita orang je berita sendiri sunyi sepi.

tadi call mak, mak cakap yang hajar masuk IJN semalam sebab pengsan masa main futsal. yang kelakarnya masuk IJN pulak tu. yang kalau dengar org tersayang masuk ke sana, mesti rasa nak heart attack jugak. kawan2 dia panik sgt tak tau nak hantar pegi mana. hajar alhamdulillah ok, kurang tekanan darah je. adik beradik saya memang kurang tekanan darah
-,-" tapi saya tak pernah la pulak pengsan masa main futsal. saya hanya pengsan ketika makan karipap. hoho betul la ni. awal2 pagi kat sekolah masa saya form 2, saya pun beli karipap untuk sarapan pagi, baru 1 gigitan, saya dah jalan terhuyung-hayang kat kantin pastu pengsan.hoho badan..badan..sabarlah...tak sempat-menyempat nak pengsan pun. orang baru nak makan tuh..saya juga pernah pengsan masa lumba lari 200m, masa tu saya form 1, baru first time masuk lumba lari sebab sebelum ni doktor larang memandangkan keadaan asthma yang tak mengizinkan. tapi saya tak pernah la masuk IJN :P (epi gelak sebab hajar pengsan main futsal.cet)

p/s: tak sabar nak balik rumah :)

Thursday, May 12, 2011

halangan-halangan

lari berhalangan. (tak boleh upload gmbr manusia sebab sume tak tutup aurat)

‎"We can argue with the Palestinians about who's to blame; but about who is suffering worse - there is no argument. They are a destitute nation living in an elaborate prison under the guns of the Israeli army."

minggu ni ditugaskan untuk present peristiwa nakba palestin dalam Quranic Circle (QC)..QC ni ada every friday, setiap minggu. kira macam daurah la juga kot. dan ini merupakan pertama kali saya jadi presenter/moderator.cuak habis. nervous. dalam kepala banyak idea tapi masa yang terhad menghalang untuk segala idea dilaksanakan. QC sejam lebih je.

buat research pasal nakba lagi dan makin banyak lagi maklumat yg saya dapat. kemudian tonton movie 'courageous heart' tentang peristiwa holocaust kaum yahudi, dapat bagi gambaran jugak dan menimbulkan curiosity, betapa sebenarnya holocaust berlangsung serentak dengan usaha merebut tanah palestin.

dalam keghairahan musuh-musuh Islam memusnahkan ummat Muhammad ini, namun ada Tangan yang lebih berkuasa dan mengawal segala pergerakan makhluk di bumi dan seluruh alam semesta ini. Bayangkan, dengan the so called kecanggihan dan kebijaksanaan yahudi yang geliga dan licik itu, bumi Palestin masih belum dapat dikuasai sepenuhnya walaupun sudah 63 tahun masa berlalu.

dalam kesungguhan kita mencapai kemenangan untuk umat, janganlah disangka jalannya akan smooth-sailing malah kita pasti akan diuji seberat-berat ujian. halangan pasti ada tapi janganlah sehingga kita berasa tersemput-semput yang akhirnya mematikan langkah tersebut dan lalu memilih jalan yang senang-lenang tanpa perjuangan.

dalam ketabahan mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar pun, halangan-halangan pasti ada. kesejukan yang menggigit memalaskan diri untuk bangun pagi. melangkah ke kelas setiap pagi, macam kena lempang-lempang dengan ais. dan pagi ini pula, perjalanan ke sekolah seakan tersekat bila angin dengan kelajuan lebih 100kmph. dahla musim luruh, daun sume terbang laju-laju kena muka semua. pedih-pedih mata rasa nak give up je. tak nak g sekolah. yani ckp patient pn ramai tak datang. alhamdulillah lepas je masuk bangunan dental school, angin menjadi lebih ganas, pokok tumbang2, ada sekolah tutup dan flight kena cancel, airport pun kena tutup. ini baru halangan fizikal.

yang penting sekali janganlah anggap halangan itu sebagai sekatan/halangan. anggaplah ia sebagai ujian dan cabaran yang akan bagi pulangan yang lebih lumayan kat kita di kemudian hari. Perumpamaannya ialah seperti abang kita tumbuk muka kita kemudian kita nangis kesakitan, report kat ayah, ayah pun marah dan denda abang serta pujuk dan belikan kita aiskrim ataupun cd game baru.eh perumpamaan tuh bukan bahan gurau tu. ini serius. sila renungkan :D


Monday, May 9, 2011

scentimental

anda punyai hidung yang sensitif?

hidung saya sangat-sangat sensitif dan kesannya kepada fikiran adalah-unexpected!

hidung saya kalau terbau udang, boleh gatal. hidung saya kalau kena habuk sikiiit je, dah berhingus. hidung saya juga kalau berubah temperature, akan bersin. contohnya dari tempat sejuk ke tempat panas dan vice versa, maka saya akan bersin semacam hacchhhuuum!

kesimpulannya selain daripada bau-bauan, hidung saya sensitif kat benda lain gak.

sejak boxing day yang lepas, saya juga telah mula menggilai perfume yang mana pada waktu sebelum2 ni saya amat sensitif dengan perfume. bau perfume boleh buat saya pening. boleh buat saya moody. baru saya tau, sebab dulu2 saya selalu bau pefume kat kedai runcit, kat mydin, kat giant..mane boleh..memang xbesh dan memeningkanlah.

masa zaman sekolah, bedak pun saya tak boleh pakai sebab saya akan bersin. maka bau saya hanyalah bau sabun tak pun deodorant. lepas tu after spm, wany bagi saya hadiah perfume masa birthday. agak kecewa sebab saya allergik perfume, tapi saya appreciate je. sembur sekali dan dari jarak jauh. haha..

masuk kedai perfume je dah pening2 lalat. masuk intec, saya pun beli perfume oil kat bodyshop. kat situ je satu-satunya perfume yang saya boleh pakai. dan saya pilih bau yang pernah dibeli suli dulu: oceanus dan dewberry. my two favourite smell. bila pakai je teringat zaman sekolah rendah. masa sekolah rendah suli duduk dengan kami sekeluarga. so bau suli tu boleh terus membawa saya kepada kenangan lalu.

itulah istimewanya bau-bauan kepada saya. setiap bau ada kenangan yang tersendiri. yang bila terbau je, terus terimbas zaman dulukala. pekanya saya terhadap bau-bauan membuatkan saya ada habit pelik masa zaman sekolah. kumpul botol deodorant yang da habis tu. masa nak pindah rumah, saya terjumpa balik kotak koleksi tersebut. ibarat orang menghidu gam, saya bau satu2 deodorant yang saya kumpul. setiap satunya membawa saya kepada kenangan yang ada di antaranya tak pernah teringat pun tapi bila bau je terus teringat.

bukan deodorant je malah botol sabun, pencuci muka semualah. sebab tu jugak saya suka tukar-tukar brand supaya masing2 simpan kenangan2 yang lain2.

sejak datang nz ni pula, fairuz pada suatu hari bawak saya pegi sale perfume. saya pun macam layan jela. dia nak cari miracle by lancome. saya pun ok je sebab dia dah tahu nak beli apa, so xdela lama sangat kat situ dan takdela saya terpening-pening dalam kedai tu. saya tahu bau miracle mmg sangat best. maka saya gatal tangan pegi sembur miracle kat kertas tester, wah nyamannya bau. tiba2 nampak satu botol perfume yang unik ni, britney kot. sembur2 kat kertas, mak aih wangi betul lah. sedapnyaa...pastu try chanel no 5 pulak. busuk! pening2! pegi lari dekat clinique happy, try bau yang tu plak. oh sedap2..pergi lari kat fairuz "fairuz, akak pun nak beli satulah..ngeh3..."

maka episod pencarian perfume untuk saya bermula. 3 kedai saya survey, semua botol saya picit. macam2 bau masuk dalam lubang hidung. akhirnya fairuz terduduk kat sudut kedai sambil menunggu saya yang macam orang gila pergi try semua jenis bau. akhirnya saya beli satu.hoho..agak aneh jugak sebab saya tak pening mcm selalu. kalau pening pun, sikit. happy tu lebih. huhu..mungkin sebab cuaca yang sejuk maka tak rasa stuffy sgt maka tak pening sangat.

dan itu merupakan episod satu bagi keobsesian saya dengan perfume. hari tu saya beli lagi satu. maka sekarang dah ada dua botol, hamik kau. siap promo kat kawan2 malaysia n mak sdara, sepupu2 sume. buat bisnes perfume pulak dah. bertambah sukalah saya sebab boleh test macam2 bau lagi. haha dan sekarang saya dah pandai nak describe bau.

dan sekarang saya harap bau-bau tu sume boleh saya calit kat setiap page study notes supaya saya leh ingat sume yang saya baca.hoho..(skrg saya kumpul kertas tester perfume sebabsetiap kali balik dari sekolah, on the way balik rumah akan lalu kedai perfume. mesti ada je botol perfume yang saya akan spray kat kertas tester.huhu)

oops tapi ingat! saya tak galakkan langsung anda pam minyak wangi kat badan 10 kali pastu berjalan-jalan depan khalayak dengan minyak wangi semerbak. ingat, wanita muslim yang berjalan dengan haruman yang memikat orang ramai tu ibarat penzina. walaupun saya suka bau2 wangi tu, tapi i keep that to myself. sembur dari jauh pastu sebelum kua umah, tanya kawan "kau bau apa2 tak kat aku?" kalau orang kata tak, baru saya keluar rumah. kalau terbau, basuhla/tukar baju. biar orang xdpt bau. tp hidung saya mesti nak bau wangi sblm pegi sekolah sebab bau wangi boleh buat saya gembira manakala bila dah petang sikit, saya akan tidak gembira sebab bau mulut pesakit semua dah melekat dalam hidung saya.

jadi, apa yang saya buat dengan dua botol minyak wangi yang saya tengok macam penuh lagi tu walaupun dah 4 bulan guna? sembur masa nak solat, sembur masa nak tidur. hehe..n kalau rasa bau mulut patient masih menghantui hidung dan fikiran sampai ke malam, saya sembur sepuas hati. itupun saya tak pernah sembur 2 kali sebab saya kedekutlah jugak :P (sembur sepuas hati maksud saya ialah tekan pam secara penuh dan dari jarak dekat)

anda suka wangian macam mana? (soalan tak pasal-pasal)

Sunday, May 8, 2011

saya tak nak bukak fb dah

setiap kali saya bukak fb, saya rasa macam kena darah tinggi.

sebab banyak sangat terkejut. terkejut ada kawan ni post gambar tunang tiba2 beberapa hari pastu post gambar kahwin. pastu tiba2 berlambak orang kahwin. sorang demi sorang pegi kahwin. rupanya camnila stress tu ye. sebelum ni tak rasa sangat. tapi lately ni terlampau banyak. sudah tidak tertanggung TT___TT

saya tanak bukak fb dah.tanakkkk! stwess! bukanlah stress sebab saya belum kahwin2 lagi. stress sebab saya tengah tahan diri. nak isi borang BM tahun depan. jangan sampai saya terisi borang tahun ni. boleh je, semua dah kata, isi je borang tahun ni. tapi sabarlah. ada misi saya belum tercapai lagi ni.tahun depan, dhuha. tahun depan. tahun ni, sila jangan bukak fb. kalau bukak pun, bukak kejap je pastu tutup laju2.

saya tak nak berkahwin atas rasa tidak sabar atau rasa tercabar ok.

mak saya tak cool

hari ni semua orang aksi(eksyen) dengan mak masing-masing. mak saya itu, mak saya ini. eh ingat mak awak sorang? ni, my turn pulak nak aksi dengan mak saya.ngeh2~


masa saya baby, mak kata saya dilahirkan di texas, amerika. mak kata masa melahirkan saya tu dia muda lagi. dia menangis sorang-sorang lepas lahirkan saya sebab dia rasa lost dan tak tahu nak menyusukan saya.

itu baru hari pertama mak berdepan dengan saya. bayangkan selama 23 tahun mak berdepan dengan saya, berapa liter airmata mak dah nangis untuk saya agaknya.

masa saya kanak-kanak, saya selalu bercerita dengan mak itu dan ini. saya juga mengadu kat mak pasal kawan-kawan kat sekolah tapi mak cakap saya yang buat salah dulu. mak tak akan marah anak orang lain.

mak masukkan saya ke tadika islam masa umur 5 tahun. kena pakai tudung. tak boleh pakai skirt. saya suka sebab kawan-kawan pun pakai tudung dan baju kurung hijau.

mak suruh saya solat, suruh saya mengaji al-Quran masa umur 5 tahun jugak.

masa darjah 1 saya kena bertudung ke sekolah. saya tak suka sebab saya sorang je budak darjah 1 yang bertudung kat sekolah. saya juga cemburu kawan-kawan lain pakai skirt kat sekolah. saya rasa malu dan rendah diri. maka saya sembunyi2 buka tudung masa di sekolah. bila ambil gambar kelas, saya juga tak bertudung. saya terbagi mak tengok gambar tu. tapi mak tak marah.

mak tak kasi saya masuk pertandingan tarian dan nyanyian sejak masuk darjah 1. mak galakkan saya masuk pertandingan hafazan, bercerita, bersajak, menulis, mewarna dan melukis.

mak suruh saya pakai tudung masa umur 9 tahun. mak kata keluar shopping atau jalan-jalan atau pergi rumah orang, kena pakai tudung. dalam hati, saya tak suka. takde pun kawan-kawan saya yang dikenakan peraturan macam tu. dekat sekolah, kadang2 saya buka tudung masa PJ dan masa perjumpaan tunas puteri.

umur 12 tahun, mak selalu marah saya. mak suruh saya mengalah dengan adik-adik sampai saya rasa mak tak sayang saya, mak dah lupakan saya.

mak tak suka saya kawan dengan lelaki. mak akan marah bila ada kawan lelaki telefon rumah.

mak marah saya bangun lambat, mak marah saya merayau-rayau dengan kawan-kawan, mak marah saya melawan kata mak, mak kata saya dah jadi anak dara. saya tak boleh berperangai tak senonoh. mak selalu marah saya, saya memberontak.

saya semakin jauh dengan mak. saya lebih suka duduk dengan kawan-kawan. saya rasa mak saya sangat mengongkong. saya rasa mak saya tak faham saya.saya envy kawan-kawan yang mak mereka sporting.

masa sekolah menengah, saya hanya jumpa mak saya di hari minggu, setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap petang selepas pukul 5. maka 70% masa saya ialah bersama kawan-kawan.

saya sayang mak saya tapi saya tak nak gaduh selalu dengan mak saya sebab tu saya suka jauhkan diri dengan mak.

lepas PMR mak suruh saya masuk asrama. saya tak nak. saya sedih, saya rasa mak tak suka saya duduk rumah.

selepas sekolah menengah, saya cemburu melihat kawan-kawan saya berpasang-pasangan. saya teringin. mak tak suka saya bercinta. tapi keinginan saya membuatkan emak rela dalam terpaksa. mak pesan, jaga diri, jaga maruah.

saya terpaksa berpisah dengan mak buat pertama kali. saya duduk kat shah alam, yang jauhnya dalam 2 jam perjalanan kereta termasuk keadaan lalu lintas yang teruk.

saya rindu mak. saya mula sedar apa yang saya dah miss. masa-masa berharga dengan mak. setiap minggu saya balik rumah sebab saya rindu.

saya lihat kawan-kawan saya dah banyak yang berubah. semua yang mak mereka 'sporting', saya lihat mereka mula hidup bebas. saya cuba nak mengikut tapi saya ingat segala pesanan mak. walaupun mak dah takde di sisi untuk menghalang saya bergaul bebas dan berhibur sepuasnya, tapi kata-kata mak dah tertanam dalam hati. saya tak sampai hati nak melukakan emak lagi. melihat kawan-kawan saya, saya insaf sendiri.

bila difikirkan, masa kecil, mak suruh saya pakai tudung di sekolah tapi saya buka juga di sekolah sebab mak tak nampak saya.

bila dewasa, saya dah tak sanggup mengkhianati apa yang mak suruh dan mak larang sebab saya dah lihat akibatnya dalam hidup kawan-kawan saya. walaupun mak tak nampak, tapi mak dah pesan, Allah nampak. bila dah meningkat usia, barulah saya timbul rasa takut. Allah nampak.

mak, maafkan dhuha atas segala pemberontakan yang dhuha buat. bukanlah dhuha buat atas dasar tak sayangkan mak. tapi atas dasar kejahilan dhuha sendiri. pada hari ini, dhuha berasa bertuah sebab ada mak yang tak 'sporting' dan tak 'cool'...yang sentiasa kawal anak-anaknya. yang marah bertempat. itulah mak saya, mak mithali. pada hari ini, dhuha nampak dan faham kenapa mak buat itu dan ini masa dhuha kecik dulu. syukur alhamdulillah. atas didikan mak, dhuha tahu jaga diri, tahu pelihara maruah diri.

mak bukanlah orang yang sayangnya sampai membiarkan anak-anak melakukan apa saja. sayang seorang ibu itu bila diletakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan, pastilah ada peraturan-peraturannya. segala peraturan yang dibuat itu mestilah ada manfaatnya. dengarlah kata ibu kita, ok? sesungguhnya syurga terletak di bawah kaki ibu.

terima kasih mak sebab masukkan dhuha ke tadika islam. itulah foundation paling kuat untuk dhuha.

terima kasih mak sebab didik dhuha tutup aurat sejak kecil sampai dhuha ada rasa malu yang tinggi dalam menjada maruah diri.

terima kasih mak sebab tak layan aduan dhuha sampai dhuha fed-up tak suka mengadu pasal orang lain dah.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha masuk nyanyian dan tarian kat sekolah sampai dhuha dah hilang keinginan tersebut.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha berkawan dengan lelaki sampai dhuha memang jadi pendiam dan pemalu dengan orang laki dan suruh mak yang tolong carikan jodoh.

terima kasih mak sebab ajar dhuha al-Quran sampai dhuha dah pandai membaca dan menghafaz, mentadabbur serta mengamalkannya. sesungguhnya emaklah orang yang pertama yang mendedahkan dhuha dengan al-Quran, yang mengajar sendiri al-Quran. dan insyaAllah selagi dhuha mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran, pahalanya sentiasa mengalir untuk mak :)

terima kasih mak sebab tak manjakan dhuha sampai dhuha sedar tanggungjawab dhuha sebagai anak sulung. sampai dhuha menjadi orang berdikari, tabah dan kuat.

terima kasih sebab selalu marah dhuha dan bersabar dengan jawapan2 dhuha. terima kasih banyak-banyak, kalau mak tak bersabar, mesti dhuha dah kemana-mana je tanpa tujuan.

terima kasih mak sebab doakan dhuha. dhuha percaya tanpa doa mak, dhuha takkan jadi dhuha macam hari ni. dhuha minta tolong mak selalukan doakan dhuha.

dhuha juga minta maaf atas segala kesusahan yang dhuha dah bagi dekat mak. insyaAllah, dhuha akan membalasnya seumur hidup ni. semoga dhuha dijauhkan daripada golongan anak derhaka.

akhir kata, marah-marah, suruh-suruh, larang-larang itu tanda sayang seorang mak. jika ibu redha, Allah pun akan redha. selagi masih hidup, berbaktilah kepada ibu bapa, jagalah hati mereka.sekian :)
video

Saturday, May 7, 2011

jalan perubahan

"permulaan itu adalah separuh daripada sesuatu"

tertarik dengan artikel ustaz hasrizal yang ini. menyimpulkan dua potong ayat daripada sebuah surah dalam al-Quran, membentuk formula perubahan. Maha suci Allah, ayat-ayatNya benar-benar bermanfaat buat umat manusia sekalipun hanya satu ayat, namun ibrahnya memang banyak sekali. itu yang saya belajar sejak tiba di dunedin ni, belajar mengupas sepotong ayat daripada pelbagai sudut perspektif. setiap orang boleh kupas satu ayat, maka jadilah banyak-banyak pengajaran yang diperoleh drpd sepotong ayat sahaja. Alhamdulillah. tadabbur al-Quran bukan saja baca maksud tapi fahamkan maksudnya dan renungkan,kupaskan,brainstormingkan..tapi tak bermaksud boleh sesuka hati ditafsirkan.

“Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang telah beriman kepada Tuhan mereka. Lalu Kami pertambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami ikatkan hati mereka…” [Al-Kahf 18: 13-14]

FORMULA PERUBAHAN:
  1. Buat pilihan, mula bertindak
  2. Allah akan mudahkan
  3. Hati akan diikat untuk nekad

Thursday, May 5, 2011

ada apa dengan memali

saya didedahkan dengan isu memali sewaktu belajar malay studies tahun lepas. yang saya ingat ketika itu ialah saya mendengar lecture tentang hal tersebut dengan hati yang panas membara kerana konsep jihad yang songsang telah disebarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. and during that time, saya hanya boleh berpanas hati. tidak kuat untuk bersuara. kerana hakikatnya saya memang zero idea tentang apa yang terjadi di memali.

saya tidak tahu apa yang terjadi kepada saya setelah itu kerana jelas sekali saya tidak pula interested untuk mengorek sejarah memali. kalau tak mesti saya dah menconteng di atas blog ini. saya hanya baru tahu tentang sejarah memali semalam yang kebetulan di post oleh adik junior di FB. dan terus saya tidak sia-siakan curiosity yang ada itu untuk mengorek dalam-dalam kisah memali.

sayang seribu sekali sayang. operasinya adalah operasi rahsia sehingga polis pun ingat mereka sedang berhadapan dengan pasukan komunis. kejamlah. sedih. berasa simpati juga kepada polis-polis yang berasa sesal atas apa yang berlaku. menuduh seorang tokoh agama di memali sebagai pengganas, pembawa ajaran sesat sehingga satu kampung diserangnya termasuk wanita dan kanak-kanak. wajarkah ini? ayah pin dan pengikutnya pun tak diserang macam ni. kancah-kancah maksiat yang berbahaya tu pun tak diserangnya macam ni. yelah kerana mereka tidak berkepentingan dalam kerajaan.

saya tidak berhasrat untuk menulis sejarah memali dengan panjang lebar kerana hakikatnya saya juga masih membaca. silalah gali sendiri dengan bekal curiosity yang ada.

pendek kata, islam dan pengganas dah memang 'serasi' sejak dulu kala lagi. islam telah menjadi bahan fitnah, telah menjadi asing, telah dikelirukan. siapa lagi kalau bukan kita yang mengubah persepsi tersebut. namun tak semestinya kena jadi umat islam yang pasif yang tidak bertindak ke atas ancaman-ancaman yang bertujuan menghina dan menjatuhkan islam.

cintakan kebenaran. cintakan keadilan. cintakan islam.

perkembangan dunia

oh bukan nak cerita tentang dunia yang makin mengembang dan akan meletus tidak lama lagi. ini adalah senarai-senarai berita terkini yang sangat membuat fikiran pusing-pusing dan neuron berlumba-lumba.

malu ok: http://www.stuff.co.nz/travel/australia/4894016/Passenger-behaved-like-terrorist

memalukan teramat-amat. fullstop.


sedih sangat. saudara seakidah attack mereka for an obviously invalid reason. tak boleh dimaafkan.(bukan berita terkini juga. cuma ilmu pengetahuan terkini)


bangga sangat. Turki sememangnya lantang bersuara menegakkan kebenaran. Qudwah yang baik untuk umat Islam zaman ini. (oh ni bukanlah terkini sangat. saya je yang baru tahu)


gembira sangat-sangat! padan muka israel dan hidup palestin! semoga Allah membuka luas jalan-jalan kemenangan yang dilihat semakin hampir. takbir!


sangat umno. no komen. no komen.

p/s: semua berita diinspirasikan oleh post-post di facebook. kesimpulannya, facebook agak bagus dalam memberi nilai 'ambil tahu isu semasa' :D

Tuesday, May 3, 2011

punahlah generasi muda

sila baca link ini: Satu Perkongsian

dan kemudian sila rasa sedih. rasa sedih sekarang! CEPAT! cepat rasa sedih! tolong menangis sekali boleh tak?

eh eh buat apa tu? menangis? laa..nanti, jangan nangis dulu! salah siapa ni? tanggungjawab siapa ni? jangan tengok orang lain, sila lihat dalam diri sendiri dulu. salah kita dan tanggungjawab kita.

kerajaan pening-pening dengan masalah anak-anak muda buat apa? mereka juga yang bagi greenlight dengan benda2 macam ni. kalau dulu sekolah tempat menuntut ilmu dan membentuk jati diri mulia tapi sekarang ni sekolah pun dah jadi pentas hiburan. saya merajuklah dengan sekolah-sekolah macam ni. saya haramkan anak-anak saya jejak sekolah-sekolah macam ni. bak kata bob lokman dalam satu ceramah yg saya dengar kat youtube, patutnya kita hantar anak-anak kita ke sekolah yang besar masjidnya, bukan yang masjid/suraunya lagi kecik daripada dewan sekolah. memanglah budak-budak malas nak solat camtu, kena berebut-rebut bersempit-sempit.

by the way ini bukanlah benda baru. sekolah saya pun dulu sangat terpengaruh dengan akademi fantasia sampai mewujudkan pertandingan sedemikian dekat sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baru tanpa mempedulikan soal aurat dan batas-batas pergaulan para peserta.

bagaimanakah anak-anak muda nak berakhlak mulia kalau sejak dari kecil dah dididik dengan hiburan? bagaimana negara nak maju kalau hedonisme diagungkan di sekolah-sekolah? bagaimana negara nak disegani kalau saban hari ada je masalah akhlak?


jomlah kita renungkan dan fikirkan bersama jalan keluar daripada budaya hedonism yang melampau ini.

Sunday, May 1, 2011

my first autumn break

assalamualaikum wbt!

sedih cuti musim luruh telah berakhir! :(

tapi alhamdulillah i gained so many many many things sepanjang cuti autumn ini.sukaaaaa :)

it all started on friday, woke up early in the morning with a happy face. my housemates and I had a breakfast together in our lovely dining room of course. two of them will be going to the north island for an awesome trip, leaving me and yani in that house but we both had a plan as well. jaulah awesome autumn with the rest of Dunedin Pearls of The South (Dunedin POTS-wanita2 isma dunedin) members on the next day (saturday) yayyyy!

ok ok belum nak cerita dulu. nak describe kegembiraan hari jumaat. bangun pagi2, had a breakfast together, say goodbye to the two among us yang akan ke north. yani masak beriyani untuk ahli york tengah (kami ahli york atas). and then we went to york tengah untuk bersosial.

daun-daun sudah menguning dan berguguran indah ditup angin. i love autumn. saya suka warna-warna musim luruh. subhanallah tinggal di negara 4 musim buat saya bertambah kagum dengan ciptaan Allah. bagaimana masa mula-mula saya menjejakkan kaki ke bumi NZ ni, pokok2 semua botak licin, tiada daun. seolah-olah mati tidak bernyawa. apabila musim bunga membuka tirai, pokok-pokok yang kelihatan mati itu mula berputik dan berdaun dan berbunga dengan pantas sekali. laju masa berlalu, pokok-pokok itu seakan tidak pernah mati, seakan-akan tidak pernah botak. masuk je musim panas, banyak pokok buah mula mengeluarkan buah-buahannya. dapat merasa macam-macam jenis buah. bunga-bunga pun terus memekar. cantik, sangat cantik. dengan udara yang nyaman. tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. just nice. tapi kadang-kadang je. sebab dunedin ni winternya 9 bulan. huhu..sejuk.

kini pokok-pokok mula kekuning-jinggaan daun-daunnya. bunga-bunga mulai layu dan luruh. cantik!!! walaupun hakikatnya nak gugur tapi tetap nampak indah. warna yang sangat vibrant dan warm, dpt gak menyelamatkan diri daripada merasa kesejukan hanya dengan memandang warna daun.

percaya tak kesejukan buat kita rasa lebih lonely dari biasa. sebab itu saya selalu rasa lonely kat sini walaupun kawan-kawan ada je kat sekeliling. tapi alhamdulillah cuti autumn buat saya busy dan dihangatkan dengan jalinan ukhwah fillah. Rasulullah pernah cakap 3 perkara ni akan buat kita lebih kenal dengan seseorang:
  1. tidur dengannya
  2. makan dengannya
  3. bermusafir dengannya
dan walaupun perjalanan kami selama tiga hari bukanlah perjalanan yang bermalam, tapi balik hari. namun di hari kedua kami bemalam bersama dekat york tengah. maka kami lebih kenal antara satu sama lain dengan adanya ketiga-tiga komponen di atas. alhamdulillah.

apa yang menarik ialah, weather forecast menunjukkan 3 hari yang dipilih untuk bermusafir itu akan turun hujan. siap diramalkan akan ada angin yang terkuat untuk tahun ini, namun alhamdulillah berkat doa dan solat hajat disertai niat yang bersih lillahi taala, ketiga-tiga hari perjalanan tersebut disertai dengan cuaca yang indah sengan sinaran matahari yang sangat gemilang =)

the most essential thing yang saya belajar ialah skill tadabbur alam. betapa dungunya saya dah banyak melihat bumi ciptaan Allah tapi masih gagal bertadabbur sekhusyuknya. dalam jaulah kali ni kami belajar untuk relate semua yang kami lihat dengan ayat-ayat al-Quran. memang sejak saya join usrah dunedin ni, asyik ditekankan tadabbur alam, tadabbur alam. sebab maklumlah dunedin ni amat cantik, dikelilingi ciptaan2 Allah yang indah. tapi trip kali ni kami betul-betul dapat mentadabbur alam dengan sebenar-benarnya.

hari pertama kami ke duntroon-the vanished world. kat sini terdapat elephant rocks, iaitu susunan batu-batu yang bermacam rupa. tempat penggambaran narnia gak so terdapat castle narnia. maka kak diha membuka kisah yang diceritakan dalam al-Quran tentang the perished nations, kaum tsamud, kaum nabi nuh, kaum nabi lut, kaum nabi musa. kami disuruh merenung segala yang terdapat disekeliling kami dan menghayati kejadiannya serta belajar doa melihat ciptaan Allah:

"Rabbana Makhalakta haza batila Subhanaka faqina azabannar."
Wahai Tuhan kami, tiada yang engkau ciptakan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharakanlah kami daripada azab api nerakaMu

sungguh, tiada yang sia-sia dalam setiap penciptaan Allah itu. bila melihat batu-batu yang bermacam bentuk, serta tinggalan-tinggalan fossil, buat kita terfikir untuk apakah semua ni? bukankah Allah tinggalkan segala macam tanda untuk manusia berfikir. maka itulah sebabnya. untuk kita merenung dan menghayati. kaitannya pula dengan batu2 tersebut ialah tanda-tanda yang Allah tinggalkan dalam setiap kaum yang Dia musnahkan. ingat tak peristiwa letusan gunung berapi vesuvius yang memusnahkan penduduk pompeii yang Allah preserve rupa bentuk rakyatnya untuk tatapan generasi masa hadapan. itu akan buat kita teringat kisah kaum nabi lut yang dimusnahkan akibat kesongsangan nafsu mereka. ingat pula tak rupa firaun yang Allah preserve jugak untuk tatapan kita? untuk kita sentiasa ingat kisahnya yang bongkak dan angkuh. bumi pun tak nak terima jasad firaun. sampai hari ni pun ada manusia yang nak kaji-kaji tubuh firaun tu. kalaulah mereka bileh mengambil ibrahnya.

hari kedua kami ke tunnel beach. subhanallah sungguh indah dan unik penciptaannya. air laut yang asa tunnel kat bawah. kalau air surut, boleh turun. alhamdulillah masa saya datang tu air sedang surut so boleh turun bawah dan ada gua bawah tu! maka kami dibawa mengenang kisah pemuda al-kahfi(gua). bagaimana Allah selamatkan pemuda2 yang beriman daripada cengkaman pemerintah yang zalim. dan betapa berkuasanya Allah boleh menidurkan manusia selama beratus-ratus tahun lamanya kemudia dibangkitkan mereka semula seolah-olah mereka baru tertidur selama 1 malam.

hari ketiga kami ke aramoana beach, kutip kerang. saya dah bosan ok kutip kerang maka saya tengok dari jauh je sambil baca buku. air pasang masa tu so tak dapat pergi jauh. tapi budak2 tu tak putus asa nak kutip kerang. membasahkan diri dalam air laut untuk cari rezeki. hehe..tiba2 air pun surut perlahan2 dan makin banyak kerang dorang dapat kutip. jadi tamak pula, takmo balik2 sekalipun dah dipanggil balik berkali-kali. seronoknya mereka. and then kami diingatkan dengan kisah bani israel yang licik dan degil. peristiwa sabbath day. Allah melarang memancing pada hari sabtu tapi sabtulah ikan sangat banyak naik ke permukaan. maka bani israel pun pasang pukat hari jumaat dan kutip hasilnya pada hari ahad. licik kan? maka Allah menjadikan mereka2 yang degil dan licik ni menjadi kera. maka kami memanggil geng kutip kerang yang ghairah ni sebagai kera, yang memanggil pulang tu ibarat pendakwah yang beriman manakala saya dan fila yang duduk membaca tanpa mempedulikan orang2 yang mengutip kerang tu pula ialah golongan yang tidak memainkan peranan yang tidak ada kepentingan dalam agama ;p

hehe seronok dapat, ibrah pun dapat, ukhwah pun dapat.

the next day duit jpa masuk. tapi saya dan yani yang kepenatan duduk di rumah je. esoknya kami ke briscoes, ada sale. maka shopping ala mak-mak.hehe..ada sale corelle tp ade dua je design yang saya panggil hodoh. so saya tak jadi beli corelle. maka beli set baking glassware brand anchor untuk mak. keesokannya pula kami duduk rumah berdua lagi. kemas2 rumah sebab nak buat housewarming sabtu tu. pastu saya belajar buat roti. ikut youtube je. doh takmau kembang. menurut oya, sebab rumah saya sejuk sangat. yeast takmo membiak. maka roti saya sedap time panas je. bila dah sejuk, keras cam batu. nak makan, kenalah dip dalam air teh panas. sedap jugak. hehe..

esoknya(jumaat), saya ke rumah york tengah untuk tolong masak sebab ada perjumpaan dengan pegawai JPA. kami masak untuk 100 orang. dah macam ada kenduri. kerja saya macam biasa, potong nenas. dah jadi tukang potong nenas sejak duduk kat sini. saya pun memang suka potong2 nenas ni sebab lain daripada yang lain. hehe..saya jugak ketua acar timun. first time buat acar timun banyak camtu. tak tau nak bajet gula garam cmne last2 hentam main tuang2 je sesuka hati. alhamdulillah menjadi. orang2 yang tak pernah suka makan acar timun tiba2 suka makan acar timun saya.wee :D and then tolong kak diha kelim curry puff jugak. sebab baru revise skill kelim karipap masa kat orchard, maka kali ni saya lebih laju mengelim puff yayyy!

masak dari pagi sampai senja. pastu kelam kabut pegi meeting JPA. balik rumah, kena masak lagi untuk housewarming esoknya. masak kat rumah kitorang so ramai-ramai sleepover rumah kami pula. seronok walaupun penat :) belajar buat kuah rojak dan sekali lagi mengelim karipap. saya dah addicted, rasa nak kelim karipap je hari2.kehkehkeh..dan..potong nenas lagi sekali untuk dibuat rojak buah.kihkihkih..

dua hari berturut-turut masak besar-besaran macam orang gila. penat pun macam gila jugalah. rasa macam raya, guling2 kepenatan kat hall tunggu next tetamu datang. 2 malam ada orang ramai tido rumah kami, sangat seronoklah. tidak sunyi sangat. hehe..semalam sesi kakak2 senior tunjuk album dan video kahwin mereka. jeles jeles. saya juga dah tahu camne nak control privacy facebook tuh. boleh create list manusia-manusia tertentu pastu control apa yang boleh mereka lihat. maka saya tiru kak ili, buat list 'boys' dan block mereka daripada stalk saya :P

dulu saya hanya tahu block manusia2 daripada tengok gambar tagged. tapi kali ni saya dah tahu camne nak block list manusia besar-besaran daripada tengok gambar dan tengok wall juga. bukan apa, nak pelihara mata dan hati mereka jugak kan. soal gambar tu alhamdulillah dah reti bergambar dari jarak jauh dan kini lebih suka MEngambil gambar daripada DIambil gambar. tapi sebenarnya bukan gambar kita je boleh buat kaum lelaki tak keruan, tapi post2 kita jugak. setuju tak?

saya ni jenis yang gatal tangan, suka share itu ini kat facebook, update statuslah. manalah tahu dengan sebab itu, akan menimbulkan minat kaum adam untuk men'stalk' saya dan mendekati saya. hanya kerana status2 saya atau fikrah(ideologi) saya yang nampak ngam dengan mereka. saya tak mahu didekati dengan cara tersebut. kata-kata seperti "bagus awak guna fb untuk berdakwah" daripada seorang lelaki adalah seperti ada yang tidak kena di situ. bukan nak berburuk sangka atau perasantan, tapi tak perlu kot nak bagitahu kan. saya juga tak mahu ganggu hati mereka apatah lagi mendatangkan fitnah ke dalam hati mereka. at the same time, saya sendiri dapat jaga hati sendiri. bila post something tu, takdelah nak fikir yang 'eh kalau si A baca post aku ni, mesti dia suka aku'...nauzubillah. niat kena selalu diluruskan lillahi taala. alhamdulillah, ada cara untuk membendungnya. dulu serba salah gak kalau nak block itu ini sebab memikirkan nanti family tak dapat tengok, tak dapat tahu perkembangan saya. rupanya ada cara.wee~ alhamdulillah :D

sekarang rasa lebih tenang sebab semakin jauh daripada insan yang bergelar lelaki bukan muhrim :) (oops tapi saya tak block sepupu lelaki pun hehe sebab kami close family)

"dhuha, kau nak kahwin sangat tapi kau sembunyi daripada lelaki, awatnya?"
"aku sebolehnya nak jadi mutiara berharga yang tersembunyi di dasar laut :) "

bukanlah dengan menonjolkan diri itu dapat meraih jodoh tapi dengan doa dan usaha mensolehahkan diri..setuju tak? tak setuju takpe. saya setuju sorang2 je