Thursday, December 22, 2011

~__~

emosi sedang tidak stabil. in denial state. adakah gue harus pulang ke tanah berawan putih yang panjang itu? gue tidak packing apa pun. dan gue sama sekali belum check-in. gue tak mahu pulang. gue mahu postpone.

emosi sedang tidak stabil. in denial state. abaikan.

sabar dhuha. lagi 6 bulan insyaAllah kau pulang ke malaysia lagi ok? gila. setiap 6 bulan balik ke tanah air. nampak sangat kemanjaan di situ.

oops pelis! bukan manja. itu cumalah kerana perasaan rindu dan sayangkan tanah air. apatah lagi keluarga sendiri.

alhamdulillah cuti yang agak produktif juga kali ni. macam2 buat. banyak juga masa terbuang di atas sofa sambil melayan rancangan2 televisyen tapi masih dalam dos yang selamat, insyaAllah.

pulang ke nz nanti akan bermulalah era bekerja ala ibu tunggal pendatang asing. haha. teringat kenangan bekerja di kebun buah-buahan tahun lepas. terpaksa ambil giliran mandi dan mandi hanya sekali sehari kerana takut kehabisan sumber air serta nak elak perebutan bilik air. saya ambil turn mandi malam. bangun solat subuh pukul 3 pagi kemudian sambung tidur. pada jam 7.45 pagi bangun tidur, gosok gigi dan cuci muka. 7.50 pg sarapan. 7.55 terus bergerak pegi tempat kerja dengan pakaian tidur (cuma salin seluar tak pun sarung sweater kat luar je). sungguh comot dan selekeh.

kerja daripada pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.00 ptg. kalau overtime, sampai pukul 7.00 petang waktu kerjanya. balik kerja dengan rasa riang sambil kepenatan. petik2 buah-buahan dalam perjalanan pulang. sambil jalan pulang, sambil makan buah fresh. balik rumah terus solat zuhur. kemudian mandi dan makan malam. lepas tu berehat-rehat. mengurut-urut badan. serta mengomel-ngomel tangan menjadi buruk, hitam dan kecut akibat sering bergaul dengan buah ceri yang belum bersih.

kalau rasa masih bertenaga, akan main kat luar. main frisbee. atau main panjat-panjat bukit belakang rumah. atau main masak-masak menggunakan buah-buahan atau cendawan2 atau tanam-tanaman di sekitar kebun. atau bentang kain dan baring2 atas tanah atau berkelah atas bukit. atau berjalan dekat town, makan aiskrim sambil menghabiskan duit syiling di cyber cafe.

bila tiba waktu malam, tengok movie atau baca buku. sembang-sembang atau tonton tv. kalau siapa yang sampai giliran memasak, kenalah memasak malam tu untuk breakfast, lunch dan dinner sekaligus. biasanya kami pengsan awal sebab kepenatan. tapi kena jaga-jaga sebab waktu isyak dan subuh sangat dekat. takut nanti terlajak isyak dan subuh sekali.

kenangan manis. seronok. tak sabar nak melaluinya lagi. but for now, rasa macam tak bersedia lagi nak melaluinya. nak duduk malaysia lama-lama lagi. tapi saya kena cari duit. kena cari duit. no matter what.

___________________________________

Wednesday, December 21, 2011

pesan buat si mentari

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Sedar kerana yang nyata dirinya semakin suntuk waktu didunia.
Sedih kerana kurangnya amal sebagai bekal diakhirat kelak.
Adakah kita merasa diri sudah terlalu baik untuk menempah syurga-Nya?
Adakah kita merasa diri lebih baik berbanding yang berlaku syaitan pada pandangan?

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersediakah kita dengan sedikit amal?
Cukupkah hanya dengan kata-kata yang menyedarkan orang.
Sedangkan diri tidak cukup tejaga dan tidak diperbaiki.
Jagalah hubungan sesama manusia, senyumlah.
Sekalipun beban yang ditanggung menggunung tinggi.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersyukurlah dengan segala yang berlaku dalam hidupmu.
Kerana ianya direncanakan khas untukmu.
Dengan penuh hikmah dan barakah insyaAllah.
Tanpa sedikit pun kecacatan.
Kerana yang mengatur adalah dzat yang Esa mahasempurna.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pertingkatkanlah dirimu, ilmiah, rohaniah dan batiniah. Iqra'!
Meningkatnya umurmu beerti bertambahnya kematanganmu.
Bicaralah hanya yang bermanfaat.
Ukirlah hanya kata yang menyedarkan.
Kerana satu pun akan dihitung-Nya kelak.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Kulihat potensimu bagai mentari, yang sinarnya dihalang awan.
Cungkillah bakatmu, salurkan pada jalan dakwah.
Umat sekarang perlukan banyak da'ie-da'ie bertauliah.
Yang ditauliah bukan oleh semata-mata buku dan guru.
Tapi tauliahnya dimantapkan pengalaman yang begitu menyedarkan.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pandanglah dengan pandangan penuh kerendahan diri.
Dengarlah dengan pendengaran yang penuh keadilan.
Bicaralah dengan ucapan yang lembut.
Kerana semuanya hanyalah pinjaman sementara.
Belajarlah untuk berterima-kasih dalam perlakuanmu, tanpa perlu diucapkan.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Basahkan bibirmu seharian dengan kalamullah dan salawatullah.
Lembutkan hatimu selembut-lembutnya dengan hayatan tafsir al-Quran.
Supaya penghidupan kita terjaga oleh-Nya.
Supaya hidup yang dijalani adalah ibadah.
Supaya yang dikejar kita peroleh, yang dikendong tiada berciciran.

Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Mengapa perlu menunggu untuk berubah?
Sedangkan ajal tiada pernah menunggu menjemputmu.
Mungkin hari ini, mungkin esok atau lusa, siapakan tahu?
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Kerana dia mungkin berbahagia andai sambutannya tiada lagi berulang.

(WAS hadiah ulangtahun kelahiran 25/3/2009)

cinta selepas kahwin

pada saat saya menulis ini,sahabat saya telah bernikah dengan seseorang yang tidak dikenalinya secara rapat manakala diri saya sendiri sedang beristikharah untuk memilih bakal suami yang juga saya sendiri tidak berapa mengenalinya. (dan parents saya sendiri tak kenal each other masa nikah)

dan tiba2 topik bercinta selepas kahwin menjadi hangat dalam kalangan kawan2 saya. ada yang tidak boleh terima, ada yang boleh terima. biasalah tu.

saya nak tanya satu soalan. masa anda terpikat pada seorang lelaki kemudian anda approach dia atau dia approach anda, apa yang buat anda akhirnya terima dia sebagai teman lelaki? padahal anda bukannya kenal dia sangat pun. sebelum terima dia, anda tanya kawan2 anda tak bagaimana personaliti orang tersebut? atau adakah anda terima semata-mata atas dasar perasaan cinta yang mendalam (wekk) atau atas dasar daya tarikan kimia?

selepas anda dah declare hubungan percintaan anda tu, barulah anda keluar dating dan sebagainya bukan? selepas dah declare itu barulah anda bercinta bukan? percintaan bermula bila ada persetujuan kedua belah pihak yang sama-sama menyimpan perasaan ittew (alah perasaan yang geli-geli itu, yang bermula dengan huruf C).

now, what makes it different dengan cinta selepas nikah? apa yang ditakutkan sangat untuk bernikah dengan seseorang yang tidak dikenali? bukannya anda kena tutup mata dan redha sepenuh jiwa dan raga untuk mengahwini orang yang tidak dikenali tersebut.

dalam islam, sebelum kita hendak meminang seseorang, kita dikehendaki melihat wajahnya terlebih dahulu agar dapat mengenalpasti adakah ia dapat mendatangkan ketenangan dalam hati dan kesejukan mata yang memandang. islam menggalakkan proses taaruf sebelum meminang seseorang. yang mana, perkenalan antara teruna dan dara atau teruna dan janda atau janda dan teruna atau duda dan dara atau..ah penatlah..faham2 sendiri ye.

start balik. perkenalan antara pasangan tadi akan diawasi oleh orang tengah yang boleh dipercayai contohnya ibu bapa, akak abang atau adik yang dah matang serta faham agama, atau sahabat atau ustaz/ah. dalam proses perkenalan, tanyalah soalan yang ada kena mengena dengan perkahwinan serta masa depan yang akan dibina bersama. tak payah melalut tanya awak suka tengok drama ape ke ape ke ape ke....straight to the point sudah.

kemudian, dah selesai taaruf, istikharah lah sambil memikir masak2 dengan semasak-masaknya tentang segala data/info yang diperoleh semasa prose taaruf. masa ni lah Allah akan hantar satu perasaan dalam hati. perasaan daya tarikan kimia ke atau perasaan yakin dan mantap ke atau perasaan ragu2 ke. perasaan halus ini akan mempengaruhi gerak hati kita lantas mempengaruhi keputusan kita samada untuk bersetuju atau tidak bersetuju? terima atau tolak?

kalau terima, maka pertunangan boleh berlangsung dan banyak lagi proses suai kenal yang boleh dilalui. mungkin masa tu jugak akan berputik rasa-rasa ittew (u know..). tapi kena jaga2 lah sebab fasa pertunangan belum lagi fasa halal. cuma dilonggarkan sedikit je kebebasan tu. masih tak boleh berdua-duaan. masih tak boleh gayut-gayutan di wayar-wayar telefon atau mungkin di zaman serba canggih ni lebih seswai guna "terawang-awangan di jalur lebar". kalau mula rasa tak serasi atau rasa sumting wrong, boleh putuskan pertunangan. mulakan balik proses pencarian jodoh.

so apalah yang ditakutkan sangat? bukannya total stranger pun. sama tak macam proses couple tadi? sama? eh tentulah tak samaaaaa...... proses yang mendapatkan awek/pakwe tu adalah proses yang dimurkai Allah manakala proses untuk dapatkan suami isteri tadi adalah proses yang diredhai Allah. percayalah bahawa perasaan cinta itu Allah yang pegang. bila-bila masa yang Dia kehendaki, Dia akan menurunkannya kepada kita. kita sendiri boleh minta kepada Allah agar dikurniakan rasa cinta pada pasangan. dan Allah takkan tolak permintaan hambaNya yang sentiasa mencari redhaNya.

maka para pembaca sekalian, tukarlah paradigma anda semua. instead of nak cari awek atau pakwe, marilah cari isteri atau suami terus. ikut jalan yang diredhai Allah, insyaAllah selamat. tidakkah anda melihat berapa ramai yang membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta, akhirnya porak poranda juga rumah tangga mereka.

cinta hanyalah perasaan. perasaan itu sifatnya datang dan pergi. sifatnya rapuh sekali. langsung tak boleh diharap. perasaan itu ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. bagaimana nak bina mahligai rumahtangga yang indah lagi kukuh kalau tapak dan rangkanya hanyalah perasaan cinta semata-mata? bersatulah kalian atas tali Allah, nescaya kaliah tak akan berpecah belah kerana tali Allah itulah yang paling kukuh. dan dalam islam, perkahwinan adalah ikatan yang paling kukuh untuk mengikat dua hati menjadi satu. di dalamnya terkandung mitaqan ghaliza iaitu satu perjanjian yang kuat. di atasnya ada Allah yang menjamin. kalaulah mahu membina masjid dengan wang haram, pastilah roboh punah ranap masjid tersebut kerana murka Allah. bayangkan pula ikatan suci perkahwinan yang hendak dibina dipenuhi maksiat terhadap Allah, bagaimana Allah akan meredhai perkahwinan tersebut? rasa cinta yang meluap-luap sebelum itu pun akhirnya hilang begitu sahaja ketika bahtera perkahwinan dilayari bersama.

sebaliknya, sekiranya rumahtangga dibina dengan penuh kesucian dengan niat yang bersih dan lurus semata-mata kerana Allah, saat ijab dan kabul sahaja Allah boleh melimpahkan kasih sayang dan cintaNya ke atas kedua-dua mempelai. ini yang orang susah nak faham hari ini. adakah korang tak percaya yang Allah boleh bagi dan tarik rasa cinta tu bila2 masa? di sinilah letaknya iman kita. percaya akan kekuasaan Allah. rumahtangga yang dibina tanpa rasa cinta pada asalnya, akhirnya berkekalan hingga ke syurga. Lihat saja Rasul kita, Muhammad SAW. atau kalau rasa macam "alah rasul tu lain, dia maksum. mulia. mestilah semuanya terbaik"..ok lihatlah contoh terdekat. mak ayah ke, atok nenek ke, selebriti ke, ustaz-ustazah, akak abang ke, kawan2 ke etc. etc.

all u need to have is faith. have faith in Allah. you just have to believe. tepuk dada, tanya iman.

being a teacher

i never thought in my whole life that i would be a teacher.

i don't like children or youngsters. i mean, i don't really like to teach them. they have too much question marks. and i dont have the patience or passion to teach. i can go grumpy when people dont get what i mean.i always expect people to understand what i'm saying in one shot. i dont like to repeat what i'm saying. in short, i dont like to teach. even in studying, i would rather pretend not to understand so that i will not have to teach. i like to listen but i hate to talk.

true, sometimes i have too many gold inside my mouth that i refused to talk. kekeke

but Allah has planned a wonderful journey for me during this summer break. i got a call from isma pusat to be one of the facilitator in one of their program. its a hafazan program for primary school kids. they told me that i just need to monitor the kids. so i agreed. and i took this chance to improve my skills in dealing with kids. however as i arrived there, i have been given a group of 3 little girls (9-10 years old). i was asked to check their recitation and then teach them how to read correctly and how to remember each verse of the surah.

and there were these little bumps starting to jump inside my very veins. i was so nervous. i never had any exposure on how to teach kids to recite and hafaz the quran. i started with a little taaruf with these kids so that we didnt feel awkward to each other. and then i asked every one of them to recite al-fatihah. and then i asked what surahs have they memorized so far.

first student, she was very good in reciting. good tajwid. and good memory. she had the highest number of memorized surahs. and so, i was relieved. that means i dont have to do much for her.

second student. she was average. she had problem in remembering what verse comes after another. i guess she did not memorize in a systematic way. she was lacking in technique.

third student. she was a trouble for me. at first. she memorized quite a number of surahs. however when she forgot a verse, i asked her to look into the quran. but she spelled the word wrongly. in fact, when i asked her what letter was that, she answered it wrongly. and she even pronounced it wrongly. baris atas bunyi baris depan and baris bawah bunyi baris atas pulak. celaru. i said to myself "habislah aku..takkan kena ajat alif ba ta pulak"

to myself, i said "sabar, dhuha...sabar.."

second day. each one of them showed their true colours. the first student whom i thought the best student because she memorized the most number of surahs was actually quite lazy. bila dia ditinggalkan untuk menghafal sorang2 while me teaching the others, dia akan cepat bosan and kacau2 kawan lain and malas nak menghafal. alasannya "panjang sangatlah surah ni.." "penatlahh.." "dahagalah..." etc. etc.. maka progressnya sangat slow. at first markah dia tinggi tapi akhirnya markah dia paling rendah, dipotong kawan2nya yang lain. dia jugak susah ditegur. dia rasa bacaannya dah ok therefore banyak kali dia tak pedulikan teguran saya. dengan pelajar ini, saya kena bertegas, kena garang dan keras sikit. kena paksa sikit. saya tak reti nak marah anak orang lain ni tapi itula yang saya kena belajar. hari pertama dan kedua memanglah saya lembut je, dorang pun mula naik lemak. tapi hari ketiga saya ambil keputusan, kena garang jugak. dan student pertama ni lah yang asyik kena marah dengan saya. marah tapi sayang keke..walaupun saya suka marah dia tapi dia manja dengan saya. waktu rehat je mulalah nak menyendeng dengan saya. melekat dgn saya all the time. sampai student kedua naik menyampah. haha..

second student, walaupun tak bagus sangat memori dan bacaan, tapi sangat bersungguh. she managed to get the highest marks in my group because within 5 days she memorized more surahs than the others. this girl, sangat peramah dan sangat enthusiastic untuk sentiasa belajar dan memperbaiki diri. dia cepat tangkap kesalahan sendiri dan cepat juga membetulkannya. tapi dia ni kurang sabar juga orangnya. dalam menghafal, kita ada peringkat2 tersendiri. tapi this girl xsabar nak melalui peringkat2 ni. main redah hafal in bulk. mana boleh. kita kena hafal one by one. and ulang banyak2 kali. contohnya kalau dah hafal ayat 1, baca dan ulang pulak ayat 2 banyak2 kali. and then start balik dari ayat 1 hingga ayat 2, ulang banyak2 kali. barulah kita dapat hafal ayat itu link dengan ayat mana. sistematik. xdela ayat tu terloncat-loncat. contohnya ayat 2 dibaca sebagai ayat 5. itulah jadinya kalau hafal tak sistematik.

third student, rupanya dia takdela buta huruf. cuma dia nervous dengan saya sebab tu dia jadi blank (ini menurut sepupunya, student kedua tadi)..maka saya pun slow2lah dengan dia. ajar rilek2 saje. sambil tu beramah mesralah, sembang2, gurau2. supaya dia tak tension sangat so that takdela jadi blank bila saya tanya. alhamdulillah slowly she picked up. bila saya biarkan dia menghafal sorang2, saya curi dengarlah jugak. nak tahu betul ke dia ni buta huruf. bila curi2 dengar, rupanya dia pandai je baca quran. cuma bila depan saya, dia gabra. dia juga gugup dan gagap. susah nak menyebut ayat2 quran yang belit2 lidah. sepanjang mengajar dia, walaupun kena ulang banyak2 kali benda yang sama yang kalau dapat kat saya yang dulu, dah lama kena maki hamun kot. tapi we had fun. dia banyak kali tersasul, sebut benda pelik2 and kelakar. so sepanjang ajar dia, kami banyak gelak sama2. dia dapat tempat kedua dalam group saya. banyak jugak surah dia dapat hafal. hari terakhir baru dia dah maju jaya dan dia dah mesra dengan saya. pada hari tersebut, laju je dia dapat hafal surah. saya pun seronok maka saya pun suruh hafal next surah. baru dia nak hafal, ustazah dah announce yang program dah berakhir. my third student ni mengeluh "alah, dah habis dah? baru nak hafal surah baru." and i smiled to her. "tak pe awin, kat rumah sambung lagi. jangan berhenti!"

terlampau banyak yang saya belajar. terutamanya psikologi budak2. ada budak memang tak boleh marah and tak boleh ditegur. ada lemah tapi rajin. ada yang pandai dan cekap tapi malas. ada yang bersungguh tapi tak sabar. ada yang gugup tapi berani untuk menghadapinya. tak boleh judge mereka hanya krn satu kerenah je. dan tak boleh layan sume student dengan cara yang sama. saya jatuh sayang pada semua anak2 murid saya itu. anak2 murid pertama saya. keke..saya harap adalah ilmu yang melekat dalam jiwa mereka. setidak-tidaknya boleh saya buat bekal di alam barzakh nanti.

p/s: saya juga kagum bilangan laki lagi ramai drpd bilangan peserta perempuan. dan prestasi pelajar laki lagi bagus daripada perempuan. pelajar perempuan too shy lah. pelajar laki sangat outstanding. program yang sebelum ni pun (dekat masjid lain), lebih ramai peserta lelaki dan lebih cemerlang jugak peserta lelaki daripada perempuan. saya harap in the future, akan kekallah begini. bukan apa, kita perlukan lebih ramai imam2 yang boleh memimpin umat islam. tak gitu? ni tidak, nak cari suami pun dah susah akibat semakin berkurangnya imam2 muda ni.


Wednesday, December 7, 2011

green tea

how do you find green tea is?

do you like it?

love it?

hate it and its yucky?

whatever it is, i'm in love with green tea and always loving it. pertama kali saya mencubanya ialah pada tahun 2009. abah penggila green tea yang tegar. bila dia outstation jepun, dia akan bawak balik teh macam2 jenis especially green tea. pastu saya pun tengok abah minum macam sedap, maka saya nak try. i am adventurous with food or drinks.

first taste, yek..pahit gila. not my taste. goodbye green tea. never want to see you again.

then came the 2nd occasion, early 2010, dekat mid valley food court, i ordered japanese meal that comes with green tea as a set. masa tu outing dinner dengan family, tengok wayang dekat the gardens cerita avatar. lepas tu satu family nak makan makanan jepun/ korea. saya pula malas gila nak order minuman. bukan jenis yang minum semasa makan pun. so after dah habis makanan, sembang2 je dengan family. sedar-sedar rasa dahaga lepas tu tak kira dah suka ke, tak suka ke, main redah je telan green tea tu.

"eh sedap pulak. rasa nyaman. sejuk perut." rasa healthy, tambah2 lagi selepas makan makanan jepun yg mmg selalu buat rasa healthy tu.

selepas peristiwa itu, saya telah beli satu kotak japanese green tea dekat jusco mid valley, buat stok kat IMU. memang sayang dan jatuh cinta gila2 dekat green tea. sampai2 nz pun cari green tea jugak. buat minum masa breakfast atau masa sedang setadi. kecintaan itu semakin subur bila sabun mandi pun saya suka perasa green tea. losyen pun nak green tea. perfume pun suka curi2 bau perfume green tea yani punya. fresh! kalau boleh,segala-galanya nak green tea.

apa yang bestnya green tea nih? saya tak ambik pusing sangat khasiat dia at first. sebab yang buat saya jatuh cinta ialah perasaan yang green tea tu bagi kat perut dan organ dalaman sayalah. nyaman gila. sejuk dan rasa healthy!!!! i like it plain. just pure green tea with no sugar. kepahitan yang manis, i would say :) dan saya paling suka green tea yang abah beli entah dari mana-mana tu. mmg rasa green tea sejati plus ada rasa kekacang2 gitu. sedap sedap sedap!

dan bila digali-gali, green tea ni anti-oksidan. so sangat baguslah kan, boleh menghalang free radicals daripada serang sel tubuh kita. so insyaAllah menjauhkan daripada penyakit2 yang tak diingini terutamanya kanser. ia juga dpt lambatkan proses penuaan dan elok untuk kesihatan kulit. itu benefit yang paling menyerlahlah pada green tea ni. dan saya baru jumpa, it helps to prevent dental decay! bagussss untuk gigi :)

and plus, for asthmatic patient like me, it helps to relax the muscle yang support bronchial tubes maka dapat kurangkan insiden serangan asma. dan juga dapat kurangkan allergy. yela saya pun rasa saya dah kurang keseriusan masalah allergy ni.

banyaaaak lagi khasiat green tea! saja nak promote something healthy :) tapi ingat, disebabkan ia sejenis teh, maka ia ada kandungan kafein namun takdelah tinggi kafeinnya. apa2 pun, segala yang kita ambil, ambillah sekadarnya. moderately. sesuatu yang baik dan mendatangkan khasiat/kebaikan boleh jugak memburukkan dan memudaratkan bila diambil secara berlebihan.

dan pengajaran jugak kat sini, tak semestinya kebencian kita terhadap sesuatu itu akan berkekalan. tak mustahil kita akan jatuh cinta pada sesuatu yang kita pada asalnya benci ^__^

tak kenal maka tak cinta. (random)

Monday, December 5, 2011

nak tulis jugak

saya nak tulis sesuatu kat belog ni. jenuh perah otak. takde apa pulak yang nak dituliskan. then i remembered a saying "hati yang tidak terisi mana mungkin dapat mengisi hati yang lain"

huhu kena sebijik. i need pengisian. really need it!

jangan menunggu. tapi bergerak dan carilah sendiri.

Sunday, December 4, 2011

Majoriti takwa

Pertama kali mendengar istilah ini di kolum "kata dua" dalam majalah solusi isu 38. Hati rasa sangat tertarik. Sudah pastilah isunya tentang memenangi hati rakyat dalam meraih undi majoriti. Dan dalam konteks pemerintahan bercorak islam, ketakwaan pengundi akan mempengaruhi kerajaan yang memimpin.

Siapa pemerintah amat berkait rapat dengan siapa rakyatnya. Allah tak akan bagi pemerintah yang bertakwa, adil dan terbaik serba serbi kalau majoriti rakyatnya masih lagi jahil dan tidak bertakwa. Mana mungkin Islam tertegak di bumi jika penduduknya tidak menegakkan Islam dalam diri sendiri.

Renungkanlah. Hari ni menyaksikan gerakan Islam mendapat tempat di hati rakyat Mesir. Majoriti undi berpihak kepada gerakan Islam yang sejati. Beberapa tahun lalu gerakan Islam yang sejati telah mendapat tempat terlebih dahulu di hati rakyat palestin. Tumpang gembira sangat2. Alhamdulillah. Turki juga tidak kurang hebatnya.

Lihat pula malaysia dan negara2 Islam yang lain. Masih keliru dengan identiti islam masing-masing. Masakan Allah nak bagi kemenangan kepada gerakan Islam? Kita masih belum layak. Hakikatnya kita masih punya kerja yang bertimbun untuk mendidik masyarakat agar lebih jelas tujuan hidup. Kita masih perlu bertungkus lumus untuk membetulkan akidah umat. Majoriti takwa perlu kita dapatkan sebelum mendapat majoriti undi.

Telah lahirkah majoriti takwa di bumi malaysia? Hasilnya kita tunggu keputusan PRU ke 13 nanti. Pada pandangan saya, kerja kita masih banyak. Usahlah terlalu mengharap akan kemenangan. Jika menang sekalipun, saya kurang yakin bahawa kemenangan itu akan berpanjangan. Kerana sungguh, kerja masih banyak dan bertimbun-timbun. Individu muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim masih perlu diperkukuhkan. Keadaan politik dan rakyat malaysia macam segumpal rambut yang dah bersimpul-simpul. Pening aih pikir. Mengelirukan lagi mengelirukan. Keliru berganda-ganda.

Semoga satu hari nanti Allah berkati bumi malaysia dengan pemimpin Islam sejati. Rakyat malaysia tak usah bertekak, kutuk mengutuk etc. jom buat kerja kita. Hambakan diri kepada Yang Maha Memerintah dulu and Allah will handle the rest for us. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, December 3, 2011

sentimental?

saya suka mengemas tapi saya sakit hati juga bila mengemas. sebab akhirnya saya akan still simpan sampah sarap -,-"

saya baru kemas bilik saya yang dibiarkan sepi tak berpenghuni selama setahun setengah. balik bulan 6 hari tu malas nak mengemasnya sebab penuh habuk. lagipun balik 3 minggu je. balik kali ni ingat tak nak kemas jugak sebab bayangkanlah, habuk yang dipupuk selama setahun setengah! pasti semput2 mengemasnya.

namun setelah dua minggu di rumah, saya mula rasa tak tahu nak buat apa lalu mengambil masa dua hari untuk buat operasi kat bilik sambil makeover sikit-sikit. cara nak elakkan semput, bukak semua tingkap. bilik saya ni dikelilingi tingkap. kalau bukak semua tingkap, sama macam bilik dah takde dinding. memang open air. maka selamatlah habuk-habuk beterbangan di luar sana. lagi satu, kemas sikit2, segment by segment. barulah tak diserang lelah. lagi satu, vacuum sentiasa di tangan, nampak habuk sikit, terus vacuum. kalau nak alih buku tapi buku penuh habuk, haa terus vacuum habuk atas permukaan buku-buku tu. kalau permukaan yang boleh di lap, laplah dulu sebelum alih barang. paling selamat, laplah dengan kain lembap. baru habuk tak terbang-terbang.

susahkan orang alergik habuk ni nak mengemas. banyak persediaan nak kena buat demi menyelamatkan diri sendiri. alhamdulillah proses mengemas kali ini berjalan lancar, tak seteruk zaman dulu-dulu. walaupun habuk maha tebal (maklumlah, dah setahun setengah membela habuk) tapi inilah proses mengemas paling maju jaya buat saya! sihat walafiat je ni :)

lagi satu kesusahan saya ialah, sentimentalism.

setiap kali mengemas, saya akan gagal membuang sampah sarap. mesti disimpan jugaklah segala resit2 pembelian, tiket2 wayang, beg2 plastik, botol2 kosong -,-" rupanya saya berkongsi tabiat yang sama dengan mak. maka rasanya kalau rumah ni digeledah, penuh sampah je.

tapi alhamdulillah akhirnya operasi kali ni saya berjaya singkirkan 90% sampah. mak pun kagum dengan pencapaian tersebut. cuma saya masih simpan lagi buku2 sekolah, report card, kertas2 exam, buku2 conteng, kad2 raya, surat-surat chenta (ehem. kawan perempuan), hadiah2 sejak zaman sekolah rendah yang aneh2 dan kertas diari saya sejak zaman sekolah rendah yang merata-rata bertebaran. malas nak compilekan. biarkan ia bertaburan hahaha.

setelah operasi tersebut, saya buat operasi almari pula. hajatnya nak buang/sedekahkan 90% koleksi pakaian sebab bukan saya pakai dah pun. namun masa melipat-lipat baju tu, tersayang-sayanglah jugak baju lama walaupun dah tak boleh pakai dah. setelah ditapis-tapis, 10% je baju yang saya berjaya singkirkan. yang lain, biarlah. mungkin boleh pakai melawa-lawa dalam rumah je nanti. so dhuha, tak payah dahlah beli baju. buat penat je nak kena modify isi almari setiap masa. nak kena ada walk-in wardrobe ni.

pendek kata, untuk mengemas rumah, perlukan jiwa yang kental, hati yang tumpul. barulah rumah lebih bersih tanpa sampah, baru takde masalah storage. barulah rumah lebih lapang dan luas.