ANZAC day is celebrated here in New Zealand as well as Australia, of course, a public holiday but for us students, takde bezanya pun sebab cuti anzac day sekali dengan cuti easter/mid-sem break (tiba2 tukar bahasa melayu). Ironically anzac day turut disambut di serata dunia termasuk Indonesia,Hong Kong, England, Ireland, dan turut dikenang di Turkey. Turkey? yup, turkey. saya akan bercerita lepas ni dan anda akan lihat betapa ironisnya anzac day ni.
Di NZ akan ada dawn service dan poppy flowers dijual di merata-rata tempat sempena meraikan anzac day. tapi bila dah tahu sejarah anzac day, silalah jangan beli poppies itu walaupun mereka kiut dan kaler merah (peringatan istimewa untuk diri sendiri yang attracted dengan bunga tersebut).pegi je pasar, beli sendiri. tak payah ditabungkan kepada anzac.
____________________________________________________________
Wahai muslimin muslimat sekalian
patik ingin bercerita
perihal penjajah
yang tak akan pernah kenal
erti bosan dan penat
untuk mencabut iman kita
hingga ke akar umbinya
di bumi jajahan british ini
terdapat sekumpulan askar
yang dihantar oleh ratunya
mara menuju semenanjung Gallipoli
berhajat membuka laluan ke Laut Hitam
untuk menakluk kota Istanbul
Menangislah para ibu sekalian
anak teruna yang masih remaja belia
terpaksa dilepaskan pergi
meredah lautan berbatu-batu nautika jauhnya
entah bertemu lagi entahkan tidak
demi ratu dan negara
dilepaskan jua
majulah askar berbondong-bondong
tabahkan hati kuatkan langkah
di Gallipoli akhirnya mereka berpijak
letaknya di benua eropah selatan sekali
itulah tanah Turki wilayah Uthmaniyyah
majoriti penduduknya pula tentulah muslim
si bengis laknatullah Kamal Ataturk
ketuai tenteranya pertahankan Gallipoli
kononnya berlawan dengan askar anzac
namun darah muslimin jadi taruhan
beribu anzac mati terbunuh
berjuta lagi muslim terkorban jiwa dan raga
menjadi harga yang perlu dibayar
bagi melaksanakan muslihat keji
musuh Islam yang dilaknat Allah
askar anzac tewas di medan perang
menjulang Kamal Attaturk sebagai pemimpin terhebat
menjadi pemula kepada sebuah kehancuran
daulah Khilafah Islamiyah kini terbubar
maka bermaharajalelalah sebuah kerajaan
yang terang-terangan mencabar Allah
menangislah langit dan bumi
penaung utama agama Allah kini sudah tiada
berkatalah si laknatullah kepada waris-waris anzac:
"Pahlawan-pahlawan itu yang menumpahkan darah dan kehilangan nyawanyaKamu semua kini telah bersemadi dalam tanah di negara yang mesraOleh itu berehatlah dengan aman damaitiada bezanya bagi kami Johnny dan Mehmetapabila mereka bersemadi sebelah menyebelah di tanahair kami iniKamu, wahai kaum ibuyang telah menghantar anakandamu jauh dari negara kamukesatlah airmatamuanakmu kini bersemadi dalam dada kami dan sedang aman sejahterasetelah kehilangan nyawa di bumi kamimereka juga telah menjadi anak-anak kami"
kata-katanya memujuk hati warga australasia
menjadikannya sebahagian daripada perwira terpuja
masa berganti masa
25 april menjadi tanda
bunga poppy simbolnya pula
menjelang subuh wajah-wajah tunduk mengenang jasa
di satu sudut ironisnya pula
wajah si ataturk gagah terpamer di Wellington juga Canberra
ibarat memuja pembunuh nenek moyang mereka
aduhai kasihan diperbodohkan menjadi hamba
kepada sebuah kuasa yang tamak haloba
tapi apalah yang lebih kasihan
apabila anak muslim tidak kenal sejarah
meskipun tidak ditugaskan sebagai askar untuk berperang
namun dijadikan pula sebagai kuda-kuda tentera musyrikin
mengagung-agungkan sirah mereka
menjual dan membanggakan budaya mereka
mendabik dada berpeluk tubuh
demi mendukung sebuah agenda bernama taghut
anzac cove, turkey
pasukan tentera anzac
p/s: bukan sajak mahupun pantun mahupun syair apatah lagi puisi. cuma sebuah kisah untuk tatapan warga dunia, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~