Tuesday, April 5, 2011

sehangat tazkirahMu

patutlah semalam sejuk bukan main. it was hailing heavily last night. hujan batu turun dengan rancak tapi sebab saya rasa separuh nyawa semalam, tidak ku berani melangkah keluar selimut.

alhamdulillah hari ni saya bangun dengan pernafasan yang tenang. hidung tak sumbat. maka alhamdulillah juga, dapat present my presentation. yani cakap saya telah buat dengan baik sekali walaupun demam dan suara pun antara keluar dan tidak keluar.

hari yang sejuk. winter is coming. 1 piece of clothing is a BIG NO NO sekarang ni. setelah 3 hari duduk macam ulat beluncas dalam selimut, hari ni saya kena keluar, bergerak dan mula bekerja! saya ada satu tabiat, tabiat yang bila dilanda sakit, satu badan akan shutdown. hanya nak berehat, tak mahu buat benda lain sekalipun makan (tapi solat wajib itu wajiblah kan, lepas tu membaca bahan bacaan yang ringan pun mesti but usually bkn bahan bacaan dental!). ditambah pula dengan tabiat tak mahu makan ubat. saya pilih untuk sakit itu pergi dengan sendiri. setakat makan strepsils tu boleh la. tapi ubat-ubatan yang lain hanya akan diambil jika sakit melebihi 3 hari. hari ni hari ketiga, semakin sembuh so tak payah ubatlah kan? :D

hari ni juga terjumpa artikel by kak diha, yang sangat memberi inspirasi untuk saya terus kuat dan tabah dan stay di jalan dakwah. STAY, dhuha! STAY!

kak diha ni ibarat idola sayalah since hari pertama saya sampai dunedin ni. hari pertama lagi saya dah dengar cerita pasal kak diha. lepas tu dipertemukan dengan kak diha. dan sekarang ni berjiran pula dengan kak diha. kat mana-mana saya pergi kat NZ ni, orang ingat saya adik kak diha. betapa femesnya kak diha sebab kak diha dah stay dunedin 6-7 tahun. btw orang kata kami seiras. tapi alangkah bestnya kalau akhlak saya seiras kak diha. nama pun nak sama dah tu :P

kisah pertama tentang kak diha yang saya dengar dan buat saya tertarik ialah, kak diha dah berkahwin 6 tahun tapi belum buaat walimah. haaa...suaminya di melbourne dan dia di dunedin. kiranya macam nikah gantunglah. baru akhir tahun lepas diadakan walimah kak diha dan suaminya. kak diha juga di'sponsor' otago uni untuk post-grad studiesnya. hebat tak? dan dia juga merupakan antara yang memegang pimpinan wanita ISMA kat NZ ni. maka memang lazimnya kak diha menjadi inspirasi terdekat buat saya. untuk saya jadi macam kak diha, jauuuhhh sangat lagi. dengan diri yang masih macam kapal atas laut bergelora ni.

ya Allah, kadang2 diri ini terlupa. Lupa tujuan asal aku diciptakan. Lupa akan tanggungjawabku ke atas diriku dan agamaku. Lupa akan azam asal aku terbang ke bumi NZ ni. alhamdulillah di bumi dingin ini ada insan-insan yang menghangatkannya dengan ukhwah keranaMu. ada insan-insan yang boleh dijadikan inspirasi dan motivasi buat diri ini terus berkembang maju. tetapkan hatiku di atas jalan ini, ya Allah, jalan dakwah yang aku wajibkan ke atas diriku sejak 3 tahun yang lepas. janganlah Engkau pesongkan langkahku di waktu aku terlambat dan terlalai.


No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~