Saturday, April 9, 2011

kematangan

semalam saya tengok drama natrah. sedih, kejam, zalim. bila kuasa luar sibuk nak politikkan hidup seorang gadis yang sungguh-sungguh innocent. bila undang-undang akhirnya memusnahkan keseluruhan hidup seorang gadis yang asalnya sangat-sangat polos.

saya rasa agak tak layak pula nak kupas isu hidup natrah sebab agak kompleks dan ada banyak sangat segi dan sudut untuk dipandang dan dikupas which saya tak cukup ilmu sangat. banyak komponen emosi pulak nanti kalau nak kupas-mengupas ni.

saya nak tulis pasal kematangan. whereby pada zaman dahulu kita tengok kanak-kanak perempuan pada usia 10 ke atas sudah cukup matang. pandai berdikari, pandai mengurus dan menjaga diri, pandai bezakan baik dan buruk. kematangan datang seiring dengan akil baligh.

manakala kanak-kanak zaman sekarang, pada umur yang serupa, sangatlah tidak matang walau sudah akil baligh lebih awal daripada orang zaman dulu. masih lagi nak mak mandikan. masih lagi nak mak masakkan.

sebab itu kalau kita perhatikan zaman nenek moyang kita, mereka kahwin sangat awal dan itu pun membantu ke arah proses kematangan. macam juga Saidatina Aisyah. perkahwinan menolong untuk mematangkan diri dan sedikit kematangan diri di usia muda pun membolehkan mereka kahwin awal.

bayangkan kalau budak perempuan zaman sekarang berumur 12 tahun berkahwin. tak boleh bayangkan. tidur masih peluk teddy bear, suka main tenteng, menangis over things yang tak dapat dibeli, tak pandai masak dan uruskan kerja rumah. agak huru-hara rumahtangga.

ok ape kena mengena tiba-tiba ni. tadi natrah tiba2 pasal matang pulak. sebab natrah kahwin umur 12. natrah orang zaman dulu. opah saya kahwin umur 18 tahun. che pun sama. di mana masa saya umur 18 tahun, masak kari pun tak tahu lagi. basuh najis baby pun tak mahu. tanggungjawab dan hak isteri pun masih samar-samar walaupun skor penuh masa spm.

saya rasa nak tulis pasal ni bila tengok cerita 'natrah' malam tadi dan pagi ni baca buku 'kupinang engkau dengan hamdalah'

matang? definisi matang yang saya maksudkan kat sini bila boleh urus kerja rumah, jaga diri, pandai beza baik buruk, senang kata dah tahu tujuan hidup, dah tahu fikir masalah besar-besar dan pandai menuju matlamat. eh apa-apalah. saya suka camni. end-up ayat berbelit-belit.

apakah faktor kematangan? tak semua orang zaman dulu matang dan tak semua orang zaman sekarang tak matang. trendnya, most of orang zaman dulu matang dan most of orang zaman sekarang tak matang. kenapa? pada pandangan saya orang zaman dulu hidup mereka lebih susah menyebabkan mereka harus belajar uruskan kehidupan pada awal usia. ada yang kena bekerja pun. orang zaman sekarang segala-galanya dah tersedia. budak-budak disogok pula dengan 'doktrin-doktrin' keanak-anakan seperti kartun dan barang mainan.

pengaruh-pengaruh luar pun macam advertise kanak-kanak kena behave this way that way. kanak-kanak kenalah tengok cerita fairytale, berangan-berangan, deko bilik jadi macam fairyland, dan seluruh hidup budak tu di'fairytale'kan. kanak-kanak perempuanlah terutamanya. lebih pentingkan kehidupan barbie daripada kehidupan sendiri. urusan hidup hanya apply dekat mainan. dalam fantasi.

tambah pulak law kanak-kanak tak boleh kerja dan tak boleh kahwin. memanglah in a way bagus law tu, untuk mengelak hidup kanak-kanak diperjudikan oleh orang dewasa yang tak bertanggungjawab. tapi dengan bekerja dan berkahwin sebenarnya mematangkan seseorang. which kanak-kanak zaman dulu ada peluang tu dan kanak-kanak sekarang, bukan semua ada peluang tu. sebab itu, baguslah bila kat sekolah kita diberi peluang macam tu masa hari kantin etc.

kanak-kanak juga ada potensi yang sangat besar untuk menyerap ilmu dalam macam-macam bidang. tapi sistem menjadikan pemikiran kanak-kanak sekarang agak rigid bila konsep ilmu itu dirasakan hanyalah apa yang mereka belajar di sekolah. ilmu difikirkan hanya untuk jawab exam. potensi sesetengah kanak-kanak adalanya disekat bila bakat dalam sesuatu bidang cikgu atau parents wat dek je. jadilah mereka kanak-kanak stress. padahal kalau kita lihat zaman kegemilangan islam dulu dan inggeris jugaklah, seorang pelukis itulah doktor,pemuzik, arkitek, ahli matematik, ahli kimia. mereka menguasai macam-macam bidang ilmu. mereka bebas meneroka ilmu. di awal kanak-kanak dah hafal Quran, belajar ilmu agama sedalam-dalamnya lepas tu baru meneroka ilmu akademik, ilmu perang etc. cantiknya kan. tak rigid.

disebabkan kita terikat dengan sistem pendidikan, tak semestinya kita tak boleh jadikan anak-anak kita macam ahli ilmu zaman dulu. (ceh cakap macam dah ada anak pulak)..apa kata masa tadikanya hantar masuk sekolah agamanya. sekolah rendah pun. biar kuasai al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitannya. biar anak-anak kita kuasai ilmu dengan basic akidah yang kukuh dulu. itulah pun yang diajar Rasulullah SAW. ok tak nak cakap banyak-banyak sebab saya tak pandai sangat hal ni.

ok dah tak nak cakap. nanti bunyi macam orang pandai lak. itu semua adalah pandangan2 peribadi. boleh jadi salah boleh jadi betul. dan tiada generalization juga. note the usage of 'most' bukan 'all'..:)

wassalam.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~