lepas tu bila melangkah ke alam universiti, baru kenal senior melalui program usrah. maka seronok berdiskusi dengan para senior sebab mereka lebih tua, mereka ada views yang lain. again, bincangkan pro dan kontra.
bila dah meningkat dewasa sikit, mula berani berbincang dengan parents pulak. dengar pendapat mereka dan belajar untuk mendengar dari orang yang berpengalaman. kemudian membuka ruang perbincangan dengan atuk nenek dan sedara mara, maka isi yang kita dapat subhanallah, sangat banyak sudut yang boleh dipandang. sudut orang yang baru belajar, yang sedang belajar, yang telah berpengalaman. hasilnya cara berfikir pun lebih wide gitu. bila nak buat sesuatu, tengok daripada perspektif itu plus ini. lebih dari sekadar pro dan kontra je. malah termasuk sebab dan akibat.
paling penting untuk belajar ialah, menilai pendapat orang lain, tidak menolak dan berlapang dada, itu yang nabi nak kita belajar daripada sesi musyawwarah. secara tak langsung kita dapat meningkatkan kematangan dalam berfikir. sebab tu kalau kita perhati family2 yang intelek, mereka suka baca puisi sesama mereka, debate sesama mereka. seronok kan?
and now i really get the beauty of discussion. ada satu kepuasan dalam mendidik cara berfikir! alhamdulillah :D
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~