tadaaa! perkenalkan cik masyitah kesayangan saya :) inspired by alin's post regarding plants and flowers, baru teringat i was about to 'brag' about that too..
masyitah is my birthday present from yee phang dan shu qeng. bunga ini adalah dari species cyclamen. bau dia sangat wangiii ala-ala sirap bandung dan sangat soft dan sweet. warnanya pun sweet. the whole pot of this plant is just as cute as me (perasan sikit).
saya sayang pokok ini. tak susah nak jaga. usually it will go into dormant stage during autumn but alhamdulillah berbunga pula ia wat masa ni. masa dapat tu ada 2 kuntum bunga pink. lepas tu gugur ditiup angin ke apa. saya teramat sedih sebab ingat dah mati (saya memang allergik nak bela benda hidup sebab saya susah nak terima kematian. saya pernah dapat bunga sekali je lepas tu bunga tu mati, lepas tu saya announce kat orang supaya jangan langsung bagi saya benda hidup. oleh itu saya dapat bunga plastik -.-'').. tapi yee phang dan shu qeng, they thought i love potted plants sebab they saw me cooking using potted spring onions and chives padahal a few days after they saw me with the plants, semua tumbuhan herba saya mati. tensi..tensi..
but anyway thanks, masyitah brightens up my day :) hope this only plant i have will strive till the end tapi setiap kali saya fikir yang saya tak dapat bawa pulang masyitah ke malaysia, saya akan rasa sedih. oh how i hate separation but that's how life is.
kenapa nama masyitah? because it reminds me so much of the martyr during pharaoh's ruling. tahu tak kisahnya? nak saya cerita? marilah dengarkan (oh, baca!) kisah masyitah ini.
masyitah merupakan dayang dekat istana firaun. beliau dan suami merupakan orang yang beriman yang mengikut ajaran Musa. Pada suatu hari berlaku pergaduhan antara suami Masyitah, Hazaqil dan Firaun sebab pada waktu itu Hazaqil membantah penjatuhan hukuman ke atas ahli sihir firaun yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Akhirnya suami masyitah menemui syahid demi mempertahankan dan menyelamatkan akidahnya dan akidah orang lain. masyitah tersangat sedih dan mengaku kat isteri Firaun, Asiah. Asiah pun mengaku kat masyitah yang dia pun merahsiakan keimanannya daripada pengetahuan firaun.
One day, masyitah sedang menyisir rambut puteri firaun. kemudian sisir rambut itu terjatuh. secara tak sengaja, terkeluar kalimah 'bismillah' dari bibir masyitah yang hendak mengutip sisir yang jatuh itu. puteri firaun yang mendengar tu terus report kat firaun maka masyitah dan anak-anaknya dipanggil mengadap firaun. Firaun perintahkan masyitah mengaku bahawa firaunlah yang sebenarnya tuhan, bukan Allah. Mayitah mestilah tak nak mengaku. Maka firaun mengugut akan membunuh kedua-dua anaknya. Masyitah tetap mempertahankan keimanannya sehingga keua-dua anaknya termasuk yang masih menyusu itu dihumban ke dalam minyak yang panas menggelegak. Masyitah masih lagi tetap dengan keimanannya, subhanallah. maka beliau akhirnya dicampakkan ke dalam minyak yang panas itu.
saat itu, semerbak bau harum terhasil daripada minyak yang panas itu. masyitah di bakar hidup-hidup kerana mempertahankan akidahnya dan semasa peristiwa israk mikraj Rasulullah melalui syurga yang wangi semerbak dan Allah kata itulah mahligai masyitah. i want myself to always remember my aim to achieve martyrdom everytime i see masyitah :)
masyitah merenung masa depannya dengan saya. jangan risau masyitah, Allah sentiasa jaga kamu, nyawa kamu milik Allah. saya harap masyitah dapat berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat saya serta doakan saya dapat mencapai mati syahid :)
menariknya kisah masyitah ni! nak jadi camtu jugakk. amin amin :) btw, cantiknyee masyitah bunga ni! pinkkk :D
ReplyDelete