oh daripada tajuk di bawah, iaitu kematangan, saya lupa nak concludekan. saya tidak setuju wujudnya undang-undang yang menetapkan had umur bilakah seseorang boleh berkahwin. boleh jadi orang yang berumur 15 tahun memang dah cukup matang untuk berkahwin, telah ada keinginan kahwin, telah ada calon tapi dihalang undang-undang. bukankah melawan fitrah? bukankah boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar? buktinya kita lihat sekarang berapa ramai yang pada awal remaja dah couple2, memang itulah fitrah kita ingin berpasang-pasangan.
saya tak puas hati kenapa ada undang-undang camtu. hak individu la bila dia dah bersedia nak berkahwin dan direstui keluarga pula tu. Dalam islam sendiri tidak menetapkan had umur untuk berkahwin.
Sabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)
dan ingin ditekankan di sini bahawa kemampuan untuk memikul tanggungjawab tersebut sekali-kali tidak bergantung kepada faktor umur semata-mata. pernah dengar ungkapan ini: "usia hanyalah nombor"..what really does matter is KEMATANGAN. dan tahap kematangan setiap orang berbeza-beza. tidak wajar untuk kita pukul rata semua dan NAH! letak umur sekian-sekian sebagai tahap paling matang untuk berkahwin. not fair.
sekali lagi, ini pandangan peribadi. kalau salah sila betulkan :)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~