Friday, April 1, 2011

melayu

melayu mudah lupa.

oh no! bukan itu yang saya nak madahkan kat sini. saya rasa ungkapan 'melayu mudah lupa' adalah sangat menjatuhkan keyakinan diri orang melayu. but somehow, it reminds us of our own weakness. of how we keep forgetting about our own history.

tapi cukup-cukuplah melayu dimalukan, dihina dan direndahkan oleh kaumnya sendiri. saya tak mahu jadi golongan yang merendahkan kaum sendiri.

melayu? ada apa dengan melayu?

melayu ialah bangsa saya walaupun saya 1/4 cina. bangsa melayu ialah bangsa yang menakluki kepulauan nusantara melingkungi malaysia, indonesia, singapura, filipina, brunei, part of kemboja dan part of thailand. bangsa melayu ialah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam, pernah berada di bawah pemerintahan khilafah uthmaniyyah yang berpusat di turki. bahasa melayu pula bahasa rasmi yang pernah menjadi lingua franca di suatu masa dulu. orang2 asing ramai datang berdagang di tanah melayu dengan menggunakan bahasa melayu. tanah melayu yang kita teroka merupakan lokasi yang sangat strategik untuk perdagangan dan juga kaya dengan sumber-sumber alam hingga menjadi rebutan negara-negara barat.

jadi apa yang lemah sangat dengan orang melayu ni. takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga?

saya suka menyamakan nasib bangsa melayu dengan nasib bangsa turki. kedua-duanya dimuliakan dengan islam, gah dengan pencapaian masing-masing. namun dicemburui musuh Islam, dijajah tanahnya dan dicabut identiti islam daripadanya dengan mem'barat'kan sistem pendidikan, budaya, menghapuskan perlahan-perlahan tulisan jawi dan diperkenalkan tulisan rumi. dan banyak lagi.

saya langsung tidak ada semangat kemelayuan masa zaman sekolah dulu. saya gelakkan orang yang suka lagu-lagu tradisional (padahal dalam hati minat jugak tapi malu nak ngaku)..saya suka merojakkan bahasa (kecuali dalam kelas bahasa melayu)..saya tak suka berbaju kurung (kecuali bulan puasa dan masa raya)..suka perlekehkan bangsa sendiri. itu saya di suatu ketika dulu. saya di waktu dulu sangat mengagungkan barat. terpaksalah mengaku. satu je paling saya suka dengan bangsa melayu. makanannya. hoho.

itu dulu. perlahan-lahan bila saya mula mendekati dan mendalami islam saya jatuh cinta kepada bangsa saya, bangsa melayu. macam mana saya boleh terlepas pandang kecantikan bangsa saya itu.

bangsa yang satu ketika dulu gagah membelah lautan, berdagang dan menyebarkan islam. bangsa yang satu ketika dulu terkenal dengan lemah lembut, sopan santun budaya dan bahasanya. bangsa yang sangat mementingkan akhlak mulia. bangsa yang satu ketika dulu sangat membara semangat jihadnya. bangsa yang lantang bersuara, bijak mengatur langkah silatnya.

bangsa kita dulu ada segalanya. bangsa kita pernah punya sultan sehebat Sayyidina Umar Al-Khattab yang tawadhuk dan amat mementingkan rakyatnya, sanggup mengorbankan tidur malam untuk menjaga keamanan negeri dan rakyatnya. namun kerana hilangnya rasa cinta kepada khalifah, pemimpin, bangsa dan agama islam, dek kerana terlalu mengagungkan bangsa pengampu dari barat, dek kerana tamak haloba, hancur berkecai segala apa yang pernah kita bina bersama.

bukan tidak pernah sejarah membuktikan ciri-ciri kejatuhan sesuatu tamadun/empayar yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya. berkali-kali kot. kisahnya diulang dan diulang berkali-kali namun pada masa yang sama, sejarah tersebut dicipta dan dicipta berkali-kali juga. dalam al-Quran sendiri, Allah sering mengulang-ngulang kisah sejarah bangsa yang musnah. kenapa? kerana Allah tahu, kita manusia mudah lupa. dengan sering mendekatkan diri dengan al-Quran, kita akan bertemu dengan peringatan demi peringatan. maka rugilah orang yang meletakkan Al-Quran sebagai hiasan dalam almari kristal.

sejak tiba di bumi new zealand ni, bertambah-tambah sayang saya kepada bangsa saya. melihat budaya orang di sini yang gemar berparti, yang kurang budi bahasa dan tatasusila, membuat saya rindu dengan budaya melayu yang ditanamkan di tanah air. walaupun budaya itu makin reput dan larut dalam kepekatan globalisasi, namun tak dinafikan masih ada yang memeliharanya. contohnya bila saya balik kampung, opah akan bertindak sebagai penyelia adab-adab sopan. nak jalan depan orang tua kena tunduk, duduk jangan terkangkang, bercakap kena tertib, makan jangan keluar bunyi dan banyak lagilah. banyak pantang larang kalau duduk dengan opah tapi bila difikirkan, kalau takde orang macam opah kat dunia ni, ke manalah melayu ini bakal menghilang? opah saya yang berbangsa cina merupakan sumber rujukan utama saya dalam melihat kecantikan melayu itu. kerana opah pun dibesarkan dalam keluarga melayu. begitu juga dengan ayoh, che, atok dan moyang saya. bila melihat mereka, kita akan tertanya-tanya 'di mana melayu yang malas tu?'..tak ada. melayu malas hanya wujud pada hari ini. termasuk diri sendiri ni.

bila duduk kat sini dan dengar bangsa-bangsa sendiri yang mengutuk melayu, hati mula rasa panas. kenapa kena kutuk bangsa sendiri? kita bukanlah bangsa yang lemah. kena ada keyakinan diri. orang yang mengutuk bangsa sendiri tu yang sesungguhnya ada masalah inferiority complex. look back in history, bangsa kita bangsa yang perkasa. cumanya kita kini berada dalam zon yang terlalu selesa sambil ditindas pula kaum-kaum lain secara terang-terangan atau secara halus. maka kita telah lupa, kita telah hilang keyakinan diri. bangkitlah kaumku. perjuangan kita bukan untuk melayu saja tapi juga Islam kerana Islam dan melayu ibarat isi dan kuku. fikirkan bagaimana bangsa melayu itu akhirnya berjaya diislamkan secara keseluruhan? bukankah itu satu anugerah daripada Allah? tak semua bangsa berjaya diislamkan secara keseluruhan. tetapi melayu itu, tanpa islam bukanlah melayu lagi.

1 comment:

  1. btol2...term melayu mudah lupa dan seangkatan dgn nya pon muncul pd zaman sekarang...bkn zaman dlu2..bhgian ble tgk che ayoh y mmg xde sifat melayu malas tu sgt setuju..

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~