sedar tak sedar, dah 3 tahun saya tak tengok movie nih. bukannya mesti pun. tapi bila saya tengok balik trailer ni, saya macam dibawak terbang terus ke zaman 3 tahun lepas. zaman kegilaan 'ayat-ayat cinta'..
movie ni digolekkan ke dalam kehidupan saya tepat pada waktu yang saya memerlukannya. that was 3 years ago bila saya diuji oleh Allah dengan ujian yang paling berat setakat ni. saya tengok movie ni dulu sebab masa tu ada tayangan 'ayat-ayat cinta' kat IMU..saya pun terpanggillah nak tonton movie tu setelah asyik fail je loading kat youtube. tapi sebelum tu saya dah baca novel.
pendek kata bermula dengan movie ini, perlahan-lahan saya melangkah ke jalan yang lurus. apa yang saya belajar melalui ayat-ayat cinta macam bagi saya satu harapan baru, perspektif baru, azam baru, semangat baru..buat saya nekad terus nak meluruskan kiblat hidup.
saya paling terkesan dengan watak aisya dan saya paling suka part fahri dipenjarakan dan kawan dia yang comot kat penjara tu tegur kesombongan fahri dan ingatkan tentang kisah nabi yusuf serta mengingatkan fahri agar sabar dan ikhlas. sampai sekarang setiap kali saya tengok part tu saya akan menangis sebab saya rasa peringatan tu terus ditujukan khas untuk saya.
melalui watak aisya saya dapat gambaran yang jelas how a real muslimah should be. saya simpan watak dan penampilan aisya dalam hati dan saya nak sangat-sangat contohi dia. boleh kata movie tu sangat bagi kesan yang sangat mendalamlah dalam hidup saya. dan pada masa tu jugak saya sangat jatuh cinta dengan niqab dan sangat menimpikan untuk memakainya pada suatu hari nanti. tidak wajib tapi saya rasa sangat relevan untuk zaman sekarang. zaman fitnah.
saya juga mula mengidam nak memakai tudung labuh di waktu itu. which i took quite a few months sebelum akhirnya saya betul-betul tak dapat tahan diri untuk menutup aurat sepenuhnya. dan waktu saya dah mula berkeputusan macam tu, memang dah tak dipengaruhi 'ayat-ayat cinta' dah..tapi panggilan yang sangat kuat dari dalam hati "tutuplah aurat, dhuha..tutuplah..!!"
pendek kata saya rindu movie ni. saya tengok movie ni berkali-kali dulu untuk bagi motivasi kat diri sendiri. saya rindu waktu diuji dengan sangat berat oleh Allah dulu. alhamdulillah sekarang tidak sesusah dulu tapi kadangkala buat saya rindukan ujian yang berat. sebab ujian yang berat sangat merapatkan saya dengan Pencipta saya. tapi mungkin kali ni Allah nak tarbiyyah saya untuk selalu ingat kat Dia dan berdamping dengan Dia walaupun di waktu senang. sebagai hamba, kita kenalah ingat Allah di waktu susah dan di waktu senang kan? (hihi teringat lagu adik nabila from drama 'mutiara hati')
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~