Thursday, April 7, 2011

plan cuti

aseef...aseef jiddan. nak selit plan winter break kat sini (tak tau nape kena mintak maaf kat sini. mungkin takut ambil masa korang baca benda yang tak berapa nak kena mengena dengan hidup korang. so pergi beralih la kat novel nama saya mujahid, klik logo sebelah ni. itu lebih kena mengena dengan hidup mati y'all :D)

insyaAllah balik tengah bulan jun, genap setahun after my first departure to NZ. tapi malangnya jadual exam pun tak keluar lagi. maka saya tak tahula saya kena delay flight ke tak.wuuuu duit..duit..tula masa beli tiket, tak penyabar lagi. mengikut emosi!

ok2 teruskan menulis tentang plan. kemungkinan saya balik untuk 3 minggu je. kalau boleh nak duduk-duduk rumah goyang kaki, menghabiskan masa bersama keluarga. namun, saya ada kawan2, ada atuk nenek, ada sepupu sepapat sedara mara. maka insyaAllah akan peruntukan masa untuk pulang ke kampung dan melawat sedara mara terdekat. tapi souvenir saya tak janji. sebab saya balik kejap je. tiket macam murah je kan, macam konon-konon NZ-MSIA ialah KL-Kelantan. anggaplah begitu, sedap sikit hati ni.

so untuk melawat orang, 7 hari dihabiskan. lepas tu nak keluar makan-makan, merasa semua makanan yang saya kempunan. tak payah listlah. nanti jadi entry "jalan-jalan cari makan" pulak. tu tak payah spend banyak hari. dengan kuasa 'tong' perut saya ni, 3 hari boleh cover semua destinasi kot. dah biasa buat :P janganla makan banyak2 kan. makan satu menu share 3-4 orang pastu g makan tempat lain pulak. sepupu2 dan kawan2 pastiku hambat bersama.heee :D

kemudian nak melawat destinasi kesukaan saya, masjid india dan jalan TAR. cari buku, cari tudung, cari baju raya, brooch. beli souvenir pulak kat housemates yang kempunan tak dapat balik. mestilah kena makan laksa buyung kat pasar hari sabtu di jalan TAR.

ok2 itu semua nafsu-nafsi. paling penting, balik rumah nak masak banyak-banyak untuk ahli keluarga memandangkan dah pandai masak kan. nak berbudi, berbakti kepada mak abah dan adik2. Sarah pulak masuk uni may. dan epi habis cuti bulan jun. apekah..saya balik jun ni sebab saya ingat mereka masuk uni bulan 9 dan takde cuti di bulan 12. sedih ok sedih. walaubagaimanapun saya akan paksa mereka balik hari minggu. adik bongsuku nu'man tu semakin besemangat nak dalami ilmu agama. balik ni insyaAllah saya brainwash adik-adik secara puas-puas. nak pupuk solat jemaah, usrah (since abah dah jarang ada kat rumah dan dah jarang bagi tazkirah, bagi kak yonglah pulak beri pengisian, nak praktis untuk my keluarga sakinah juga :P)..if i ever forget about these, do remind me! maklumlah kadang2 merancang memang hangat tapi bila dah sampai zon selesa, seronok pulak layan maharaja lawak sambil makan keropok lekor dan pisang goreng.(tolong jangan jadi macam tu!)

ok itu sahaja plan winter break saya. pulang NZ sila jangan homesick lagi. saya nak mohon buat clinical attachment kat malaysia kalau JPA benarkan. kalau dapat greenlight, bermakna saya akan spend 6 minggu dekat malaysia pada semester pertama tahun depan! boleh buat walimah sambil2 tu (oh takde kena mengena. angan2 mat jenin sahaja)

there is no other place called home. saya suka new zealand tapi saya sayang malaysia. tapi saya tak dapat bayangkan nak tinggalkan bumi new zealand ni satu hari nanti. kalau boleh saya pun nak kerja kat sini tapi hey! ini duit rakyat malaysia tau yang saya guna ni. tolonglah berkhidmat untuk rakyat malaysia. sekalipun kerja kat NZ membolehkan saya membayar hutang kepada JPA, tapi saya tak nak berhutang walaupun mampu bayar, sebab hutang saya bukan hutang duit je tapi hutang budi. saya juga tak suka langgar perjanjian. orang yang mungkir janji itu munafik.

ok dah tahu nak bayar budi, sila study sekarang. assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~