Thursday, April 21, 2011

perlukah wujud jantina baru?

*membebel-bebel sendiri*

selalu tertanya-tanya why? why? why?

berada jauh di pulau paling selatan atas glob bumi ni, saya tak pernah lupa untuk mengintai, memerhati dan merisik-risik bumi tanah melayu. apa yang saya dapat? kebanyakannya tanda tanya yang penuh kekecewaan dan kehampaan. mengarut-ngarut jela kebanyakannya.

dan baru2 ni event miss malaysia yang penuh anggota-anggota kerabat transgender. malu! geli! kesian! sedih! marah! bercampur-campur! tertanya-tanya inikah hasilnya kemodenan dan kemajuan teknologi yang digembar-gemburkan kerajaan? menyediakan peluang untuk sesiapa yang tertindas menukar jantina mereka. mengiktiraf kewujudan mereka secara tidak langsung. umat yang rosak. mana pergi moral, kemanusiaan, dan paling penting AGAMA? yang tukang tukar jantina rakus wang. yang nak menukarnya dahaga nafsu. alangkah cantiknya kalau kedua-dua pihak ni punya agama yang membataskan kehendak diri. yang tahu baik buruk, halal haram. tapi mana hilangnya ek semua ni? something is missing somewhere and how can we gain it back.

ISLAM. sebagai orang yang ada ilmu agama dan tahu baik buruk, halal haram ni, seperti yang kakak2 naqibah selalu pesan, pulang ke tanah air, didik umat kembali. biarlah kamu kerja doktor, pharmasist, dentist, tugas mendidik dan berdakwah tu di atas bahu masing-masing. tugas yang FARDHU. kelak anak2 kita, Islamlah yang jadi tapak binaan insan. untuk para pesakit, didiklah mereka juga dengan islam. tugas mendidik bukan tugas guru je. tugas semua orang.

teringat kata2 kak ireena masa ISK hari tu, sistem pendidikan negara kita ni terbalik. masa zaman kegemilangan islam dulu, asas segala ilmu ialah Al-Quran dan Hadith lepas tu ilmu berkembang dan berkembang ke pelbagai bidang. bentuk cartanya ialah segitiga terbalik. tapi sistem pendidikan sekarang, cartanya bentuk segitiga. semakin tirus ke atas, iaitu bidang ilmu semakin disempitkan, semakin dikhususkan. kalau ambil satu2 bidang tu, sampai ke lubang kubur, itulah ilmunya. kehendak pun jadi sempit. nak kaya nak kaya. maka jadilah doktor yang merubah jantina orang.

tak nak cakap banyak. kita renung2kanlah, fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk umat.
THINK BIG, THINK OF UMMAH!

1 comment:

  1. tau x...dekat uni pon skg ni dah semakin ketara mrk2 ini..da bileh nmpk kelompok2 nye...han sndiri x phm jgk...byk sgt..mrk ni dah ketara byk ny..hu

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~