Tuesday, April 12, 2011

jom kita cuci hati!

huuu..sedihnya..makin hari makin kotor saya ni..saya tak dapat nak tahan tuan saya daripada mengotori hatinya..dulu saya cantik, warna merah bersih. bersinar-sinar lagi bercahaya lagi tu. tapi kebelakangan ni tuan saya jarang sangat nak bagi saya makan, maka saya sedikit kurus. lepas tu tuan saya selalu lupa nak bersihkan saya. maka sayalah hati yang comot itu..


kawan-kawan! kesiannya hati tuuu..siapalah tuan yang malas nak bersihkan dia tu? jangan tuding kat orang lain! entah-entah itu hati kita! OH NO! what to do??!!!



jom bersihkan hati kita semua!! sabun bersih-bersih, sental kua-kuat hati kita, buangkan segala kekotorang dan contengan-contengan arang tu. MACAM MANA?

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - walaupun rasa tak buat solat besar, tunaikanlah juga solat taubat sebab selalunya kita tak sedar dosa yang kita buat.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari dan jangan lupa maafkan orang lain juga :)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)..optimislah!

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - berpuasa dapat menghindarkan dari melakukan perkara-perkara kejahatan dan yang merosakkan hati.

9. Banyak ingat tentang kematian

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah walaupun hanya dengan segari senyuman :)

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang haram dan syubhah.

14. Berkawan dengan orang-orang berilmu dan beramal soleh

15. Berkawan dengan orang miskin- dapat buat kita rasa insaf dan bersyukur .

16. Saling pesan memesan ke arah kebaikan.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) daripada perkara-perkara melalaikan dan maksiat.

(sumber: Dr Fadzilah Kamsah)


oh seronoknya kena mandikan!! ^__^


alhamdulillah, tuan saya dah sedar dan bermujahadah untuk bersihkan hatinya. Saya dah tak comot lagi sekarang!!

pesanan penaja: banyak-banyakkan mengingati Allah kerana HANYA dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang ( AQ 13:28).. dan seterusnya perkara-perkara baik yang lain menyusul.


OOPPSS! jangan lupa, dah bersihkan hati, sila bagi makan hati anda dengan makanan-makanan rohani ye :) till the next post, assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~