oh panjang pulak rasanya tajuk kali ni. takpelah sekadar nak berkongsi tips2 memujuk ibubapa supaya beri izin restu untuk berkahwin di usia muda/ketika masih belajar.
alhamdulillah saya berjaya pujuk mak saya sejak dua tahun yang lalu lagi dan time saya pujuk tu, saya belum ada calon pun lagi(sekarang ni pun). so bila kita takde calon lagi, maknanya kuranglah bias 'desperate nak kahwin' atau takdelah parents kita cakap kita gatal.
apa yang saya maksudkan ialah, masa kita nak minta izin tu, mak ayah takdelah cakap camni: "tak sabar2. dah gatal sangatlah tu. terdesak sangat ke?"..itulah advantage untuk orang yang belum 'berpunya'..berdiskusi seawal kita masih belum bercalon lagi.
kalau dah berpunya, bolehlah kuatkan hujjah untuk memelihara hati, menjauhi zina dan menundukkan pandangan.
tentang hujjah2 tu, boleh cari dekat laman web lain kot, insyaAllah. sebab saya cuma nak tekankan cara2 memujuk parents.
pertama, tanya soalan-soalan pasal kahwin BANYAK-BANYAK kali. itu untuk menunjukkan kesungguhan kita. nak tunjuk yang kita tak main-main. tapi janganlah terus jump into topik kahwin. especially kalau yang belum pernah bukak topik ni dengan parents, pastilah agak kekok ye. parents pulak pasti tergezut dinosaur. mulakan dengan pertanyaan "macam mana mak dengan abah bercinta dulu ye? camne korang kahwin? kenapa amik keputusan nak kahwin?"..camtulah lebih kurang. pastu nanti, especially ibu2 pasti akan buka cerita panjang lebar. ada yang tak nak cerita tapi tanya jelah, belum cuba belum tahu. mungkin dis time mereka tak nak cerita, next time mereka cerita. tak pun bukak topik "ada kawan nak kahwin nanti"..mestilah mak ayah terkejut and bagi reaksi "awalnya!"..dari situ boleh kembangkan perbincangan :)
kedua, tunjukkan kematangan anda dalam ilmu pengetahuan rumah tangga. kalau dah pandai masak something, ceritalah dekat parents. tunjukkan kemahiran rumahtangga korang jugak. dalam hal ni, pastilah kita kena BELAJAR ILMU RUMAHTANGGA dulu. baru boleh show off kat parents :P
bila parents bagi alasan seperti 'muda lagi' atau 'belajar lagi' atau macam2 lagi, keluarkan hujah2 yang menunjukkan kematangan. janganlah cakap "tapi jeleslah tengok kawan lain dah kahwin." "teringinla nak pakai baju pengantin".."kami terlalu saling menyintai" atau "takutlah dia tu dikebas orang." bagilah hujah2 yang menunjukkan korang tahu apa yang korang buat. hujah2 yang berlandaskan Quran dan hadithlah yang paling kuat.
ketiga, berbuat baiklah kepada orang tua. bila hubungan erat, boleh bincang apa saja dan insyaAllah mereka suka nak dengar pendapat kita juga dalam apa hal pun. janganlah buat baik semata-mata ada udang di sebalik batu. berbuat baik kepada ibubapa kan dah memang perintah Allah. jangan putus asa berbuat baik kepada ibubapa. walaupun tak dapat apa yang dihajati, tapi kita dapat pahala daripada Allah dan insyaAllah hidup akan diberkati :)
keempat, kalau susah nak buka mulut, tulislah surat/mesej/sms/email. kalau parents ada FB, share2lah artikel pasal topik kahwin awal. gunakan bahasa yang lembut dan bernada memujuk :)
akhir sekali, jangan putus asa dan takut untuk mencuba! tak salah langsung kita ada keinginan untuk berkahwin sebab perkahwinan adalah sunnah nabi dan amat digalakkan oleh agama. kenapa tak malu ada pakwe/makwe siap tayang kat parents tapi malu pulak nak suarakan keinginan untuk berkahwin padahal berkahwin itu sesuatu yang baik dan syar'i..kalaupun parents dah pesan awal2 supaya kahwin umur sekian2 atau lepas belajar sekian2, tapi demi Allah, bila dirasakan telah jatuh hukum wajib ke atas diri sendiri untuk menikah, silalah berani berdepan dengan parents untuk menyuarakan hasrat. belum cuba belum tahu. akhirnya kesungguhan itu pasti dibalas Allah, insyaAllah.
ingatlah ibubapa kita sayangkan kita dan pasti mahukan yang terbaik. berdoalah selalu agar ibubapa dilembutkan hati. kebanyakan parents tak mahu lepaskan anak di usia muda sebab merasakan anaknya masih kecil. maka buktikan! insyaAllah kalau berkali2 kita minta kat parents kita, parents kita pasti akan fikir juga tentang point2 kita.
maka jangan takut untuk berumahtangga! (saya masih berjuang minta greenlight untuk pihak adik pula)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~