Thursday, December 22, 2011
~__~
emosi sedang tidak stabil. in denial state. abaikan.
sabar dhuha. lagi 6 bulan insyaAllah kau pulang ke malaysia lagi ok? gila. setiap 6 bulan balik ke tanah air. nampak sangat kemanjaan di situ.
oops pelis! bukan manja. itu cumalah kerana perasaan rindu dan sayangkan tanah air. apatah lagi keluarga sendiri.
alhamdulillah cuti yang agak produktif juga kali ni. macam2 buat. banyak juga masa terbuang di atas sofa sambil melayan rancangan2 televisyen tapi masih dalam dos yang selamat, insyaAllah.
pulang ke nz nanti akan bermulalah era bekerja ala ibu tunggal pendatang asing. haha. teringat kenangan bekerja di kebun buah-buahan tahun lepas. terpaksa ambil giliran mandi dan mandi hanya sekali sehari kerana takut kehabisan sumber air serta nak elak perebutan bilik air. saya ambil turn mandi malam. bangun solat subuh pukul 3 pagi kemudian sambung tidur. pada jam 7.45 pagi bangun tidur, gosok gigi dan cuci muka. 7.50 pg sarapan. 7.55 terus bergerak pegi tempat kerja dengan pakaian tidur (cuma salin seluar tak pun sarung sweater kat luar je). sungguh comot dan selekeh.
kerja daripada pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.00 ptg. kalau overtime, sampai pukul 7.00 petang waktu kerjanya. balik kerja dengan rasa riang sambil kepenatan. petik2 buah-buahan dalam perjalanan pulang. sambil jalan pulang, sambil makan buah fresh. balik rumah terus solat zuhur. kemudian mandi dan makan malam. lepas tu berehat-rehat. mengurut-urut badan. serta mengomel-ngomel tangan menjadi buruk, hitam dan kecut akibat sering bergaul dengan buah ceri yang belum bersih.
kalau rasa masih bertenaga, akan main kat luar. main frisbee. atau main panjat-panjat bukit belakang rumah. atau main masak-masak menggunakan buah-buahan atau cendawan2 atau tanam-tanaman di sekitar kebun. atau bentang kain dan baring2 atas tanah atau berkelah atas bukit. atau berjalan dekat town, makan aiskrim sambil menghabiskan duit syiling di cyber cafe.
bila tiba waktu malam, tengok movie atau baca buku. sembang-sembang atau tonton tv. kalau siapa yang sampai giliran memasak, kenalah memasak malam tu untuk breakfast, lunch dan dinner sekaligus. biasanya kami pengsan awal sebab kepenatan. tapi kena jaga-jaga sebab waktu isyak dan subuh sangat dekat. takut nanti terlajak isyak dan subuh sekali.
kenangan manis. seronok. tak sabar nak melaluinya lagi. but for now, rasa macam tak bersedia lagi nak melaluinya. nak duduk malaysia lama-lama lagi. tapi saya kena cari duit. kena cari duit. no matter what.
___________________________________
Wednesday, December 21, 2011
pesan buat si mentari
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Sedar kerana yang nyata dirinya semakin suntuk waktu didunia.
Sedih kerana kurangnya amal sebagai bekal diakhirat kelak.
Adakah kita merasa diri sudah terlalu baik untuk menempah syurga-Nya?
Adakah kita merasa diri lebih baik berbanding yang berlaku syaitan pada pandangan?
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersediakah kita dengan sedikit amal?
Cukupkah hanya dengan kata-kata yang menyedarkan orang.
Sedangkan diri tidak cukup tejaga dan tidak diperbaiki.
Jagalah hubungan sesama manusia, senyumlah.
Sekalipun beban yang ditanggung menggunung tinggi.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersyukurlah dengan segala yang berlaku dalam hidupmu.
Kerana ianya direncanakan khas untukmu.
Dengan penuh hikmah dan barakah insyaAllah.
Tanpa sedikit pun kecacatan.
Kerana yang mengatur adalah dzat yang Esa mahasempurna.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pertingkatkanlah dirimu, ilmiah, rohaniah dan batiniah. Iqra'!
Meningkatnya umurmu beerti bertambahnya kematanganmu.
Bicaralah hanya yang bermanfaat.
Ukirlah hanya kata yang menyedarkan.
Kerana satu pun akan dihitung-Nya kelak.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Kulihat potensimu bagai mentari, yang sinarnya dihalang awan.
Cungkillah bakatmu, salurkan pada jalan dakwah.
Umat sekarang perlukan banyak da'ie-da'ie bertauliah.
Yang ditauliah bukan oleh semata-mata buku dan guru.
Tapi tauliahnya dimantapkan pengalaman yang begitu menyedarkan.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pandanglah dengan pandangan penuh kerendahan diri.
Dengarlah dengan pendengaran yang penuh keadilan.
Bicaralah dengan ucapan yang lembut.
Kerana semuanya hanyalah pinjaman sementara.
Belajarlah untuk berterima-kasih dalam perlakuanmu, tanpa perlu diucapkan.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Basahkan bibirmu seharian dengan kalamullah dan salawatullah.
Lembutkan hatimu selembut-lembutnya dengan hayatan tafsir al-Quran.
Supaya penghidupan kita terjaga oleh-Nya.
Supaya hidup yang dijalani adalah ibadah.
Supaya yang dikejar kita peroleh, yang dikendong tiada berciciran.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Mengapa perlu menunggu untuk berubah?
Sedangkan ajal tiada pernah menunggu menjemputmu.
Mungkin hari ini, mungkin esok atau lusa, siapakan tahu?
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Kerana dia mungkin berbahagia andai sambutannya tiada lagi berulang.
(WAS hadiah ulangtahun kelahiran 25/3/2009)
cinta selepas kahwin
dan tiba2 topik bercinta selepas kahwin menjadi hangat dalam kalangan kawan2 saya. ada yang tidak boleh terima, ada yang boleh terima. biasalah tu.
saya nak tanya satu soalan. masa anda terpikat pada seorang lelaki kemudian anda approach dia atau dia approach anda, apa yang buat anda akhirnya terima dia sebagai teman lelaki? padahal anda bukannya kenal dia sangat pun. sebelum terima dia, anda tanya kawan2 anda tak bagaimana personaliti orang tersebut? atau adakah anda terima semata-mata atas dasar perasaan cinta yang mendalam (wekk) atau atas dasar daya tarikan kimia?
selepas anda dah declare hubungan percintaan anda tu, barulah anda keluar dating dan sebagainya bukan? selepas dah declare itu barulah anda bercinta bukan? percintaan bermula bila ada persetujuan kedua belah pihak yang sama-sama menyimpan perasaan ittew (alah perasaan yang geli-geli itu, yang bermula dengan huruf C).
now, what makes it different dengan cinta selepas nikah? apa yang ditakutkan sangat untuk bernikah dengan seseorang yang tidak dikenali? bukannya anda kena tutup mata dan redha sepenuh jiwa dan raga untuk mengahwini orang yang tidak dikenali tersebut.
dalam islam, sebelum kita hendak meminang seseorang, kita dikehendaki melihat wajahnya terlebih dahulu agar dapat mengenalpasti adakah ia dapat mendatangkan ketenangan dalam hati dan kesejukan mata yang memandang. islam menggalakkan proses taaruf sebelum meminang seseorang. yang mana, perkenalan antara teruna dan dara atau teruna dan janda atau janda dan teruna atau duda dan dara atau..ah penatlah..faham2 sendiri ye.
start balik. perkenalan antara pasangan tadi akan diawasi oleh orang tengah yang boleh dipercayai contohnya ibu bapa, akak abang atau adik yang dah matang serta faham agama, atau sahabat atau ustaz/ah. dalam proses perkenalan, tanyalah soalan yang ada kena mengena dengan perkahwinan serta masa depan yang akan dibina bersama. tak payah melalut tanya awak suka tengok drama ape ke ape ke ape ke....straight to the point sudah.
kemudian, dah selesai taaruf, istikharah lah sambil memikir masak2 dengan semasak-masaknya tentang segala data/info yang diperoleh semasa prose taaruf. masa ni lah Allah akan hantar satu perasaan dalam hati. perasaan daya tarikan kimia ke atau perasaan yakin dan mantap ke atau perasaan ragu2 ke. perasaan halus ini akan mempengaruhi gerak hati kita lantas mempengaruhi keputusan kita samada untuk bersetuju atau tidak bersetuju? terima atau tolak?
kalau terima, maka pertunangan boleh berlangsung dan banyak lagi proses suai kenal yang boleh dilalui. mungkin masa tu jugak akan berputik rasa-rasa ittew (u know..). tapi kena jaga2 lah sebab fasa pertunangan belum lagi fasa halal. cuma dilonggarkan sedikit je kebebasan tu. masih tak boleh berdua-duaan. masih tak boleh gayut-gayutan di wayar-wayar telefon atau mungkin di zaman serba canggih ni lebih seswai guna "terawang-awangan di jalur lebar". kalau mula rasa tak serasi atau rasa sumting wrong, boleh putuskan pertunangan. mulakan balik proses pencarian jodoh.
so apalah yang ditakutkan sangat? bukannya total stranger pun. sama tak macam proses couple tadi? sama? eh tentulah tak samaaaaa...... proses yang mendapatkan awek/pakwe tu adalah proses yang dimurkai Allah manakala proses untuk dapatkan suami isteri tadi adalah proses yang diredhai Allah. percayalah bahawa perasaan cinta itu Allah yang pegang. bila-bila masa yang Dia kehendaki, Dia akan menurunkannya kepada kita. kita sendiri boleh minta kepada Allah agar dikurniakan rasa cinta pada pasangan. dan Allah takkan tolak permintaan hambaNya yang sentiasa mencari redhaNya.
maka para pembaca sekalian, tukarlah paradigma anda semua. instead of nak cari awek atau pakwe, marilah cari isteri atau suami terus. ikut jalan yang diredhai Allah, insyaAllah selamat. tidakkah anda melihat berapa ramai yang membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta, akhirnya porak poranda juga rumah tangga mereka.
cinta hanyalah perasaan. perasaan itu sifatnya datang dan pergi. sifatnya rapuh sekali. langsung tak boleh diharap. perasaan itu ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. bagaimana nak bina mahligai rumahtangga yang indah lagi kukuh kalau tapak dan rangkanya hanyalah perasaan cinta semata-mata? bersatulah kalian atas tali Allah, nescaya kaliah tak akan berpecah belah kerana tali Allah itulah yang paling kukuh. dan dalam islam, perkahwinan adalah ikatan yang paling kukuh untuk mengikat dua hati menjadi satu. di dalamnya terkandung mitaqan ghaliza iaitu satu perjanjian yang kuat. di atasnya ada Allah yang menjamin. kalaulah mahu membina masjid dengan wang haram, pastilah roboh punah ranap masjid tersebut kerana murka Allah. bayangkan pula ikatan suci perkahwinan yang hendak dibina dipenuhi maksiat terhadap Allah, bagaimana Allah akan meredhai perkahwinan tersebut? rasa cinta yang meluap-luap sebelum itu pun akhirnya hilang begitu sahaja ketika bahtera perkahwinan dilayari bersama.
sebaliknya, sekiranya rumahtangga dibina dengan penuh kesucian dengan niat yang bersih dan lurus semata-mata kerana Allah, saat ijab dan kabul sahaja Allah boleh melimpahkan kasih sayang dan cintaNya ke atas kedua-dua mempelai. ini yang orang susah nak faham hari ini. adakah korang tak percaya yang Allah boleh bagi dan tarik rasa cinta tu bila2 masa? di sinilah letaknya iman kita. percaya akan kekuasaan Allah. rumahtangga yang dibina tanpa rasa cinta pada asalnya, akhirnya berkekalan hingga ke syurga. Lihat saja Rasul kita, Muhammad SAW. atau kalau rasa macam "alah rasul tu lain, dia maksum. mulia. mestilah semuanya terbaik"..ok lihatlah contoh terdekat. mak ayah ke, atok nenek ke, selebriti ke, ustaz-ustazah, akak abang ke, kawan2 ke etc. etc.
all u need to have is faith. have faith in Allah. you just have to believe. tepuk dada, tanya iman.
being a teacher
Wednesday, December 7, 2011
green tea
Monday, December 5, 2011
nak tulis jugak
Sunday, December 4, 2011
Majoriti takwa
Siapa pemerintah amat berkait rapat dengan siapa rakyatnya. Allah tak akan bagi pemerintah yang bertakwa, adil dan terbaik serba serbi kalau majoriti rakyatnya masih lagi jahil dan tidak bertakwa. Mana mungkin Islam tertegak di bumi jika penduduknya tidak menegakkan Islam dalam diri sendiri.
Renungkanlah. Hari ni menyaksikan gerakan Islam mendapat tempat di hati rakyat Mesir. Majoriti undi berpihak kepada gerakan Islam yang sejati. Beberapa tahun lalu gerakan Islam yang sejati telah mendapat tempat terlebih dahulu di hati rakyat palestin. Tumpang gembira sangat2. Alhamdulillah. Turki juga tidak kurang hebatnya.
Lihat pula malaysia dan negara2 Islam yang lain. Masih keliru dengan identiti islam masing-masing. Masakan Allah nak bagi kemenangan kepada gerakan Islam? Kita masih belum layak. Hakikatnya kita masih punya kerja yang bertimbun untuk mendidik masyarakat agar lebih jelas tujuan hidup. Kita masih perlu bertungkus lumus untuk membetulkan akidah umat. Majoriti takwa perlu kita dapatkan sebelum mendapat majoriti undi.
Telah lahirkah majoriti takwa di bumi malaysia? Hasilnya kita tunggu keputusan PRU ke 13 nanti. Pada pandangan saya, kerja kita masih banyak. Usahlah terlalu mengharap akan kemenangan. Jika menang sekalipun, saya kurang yakin bahawa kemenangan itu akan berpanjangan. Kerana sungguh, kerja masih banyak dan bertimbun-timbun. Individu muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim masih perlu diperkukuhkan. Keadaan politik dan rakyat malaysia macam segumpal rambut yang dah bersimpul-simpul. Pening aih pikir. Mengelirukan lagi mengelirukan. Keliru berganda-ganda.
Semoga satu hari nanti Allah berkati bumi malaysia dengan pemimpin Islam sejati. Rakyat malaysia tak usah bertekak, kutuk mengutuk etc. jom buat kerja kita. Hambakan diri kepada Yang Maha Memerintah dulu and Allah will handle the rest for us.
Saturday, December 3, 2011
sentimental?
Wednesday, November 30, 2011
Ragam makabah
Mak: ha tula abah pernah depress. Mak xretilah depress2 ni
Abah: hmm memanglah. Dia tu kanak2 riang. Mana reti
Hoho comel betul lah mereka
Monday, November 21, 2011
sweet november
Sunday, November 20, 2011
Allah lebih tahu
bukankah itu yang kita minta?
Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya
Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.
Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu
Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?
Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?
Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?
Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna
Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak..
Saturday, November 12, 2011
kurus
Thursday, November 10, 2011
kemas kini november
Wednesday, November 9, 2011
final written exam?
Saturday, November 5, 2011
Sunday, October 23, 2011
way to go Saladin!
v(^_^)v
- cari geng. cari kawan. jangan sendiri2. kemungkinan besar bila bersendiri, kita akan sesat jalan tak pun relapse kepada zaman jahiliyyah semula. biah solehah itu penting. (biah= persekitaran)..masuk usrah ke, atau duduk dengan kawan serumah yang soleh. atau cari lelaki yang soleh untuk dibuat suami, tu kira geng jugaklah tu.
- sentiasa hadirkan diri dalam program2 keagamaan. pegi kuliah agama, ceramah, taklim, daurah, jaulah dan yang sewaktu dengannya. dari situ boleh mencari kawan yang baik juga :) i met few good friends during daurah yang saya pegi secara random dengan akhwat JIM. saya jugak dapat few good friends yang saya jumpa masa jadi sukarelawan iluvislam during book fest yg masih maintain ukhwah hingga ke hari ini. dan banyak lagi program random yang saya pegi yang saya dapat kawan baru. kalau dah lost in touch skrg pun, at least mereka pernah menyentuh hati saya di waktu perkenalan dan memberi impak dalam hidup saya :)
- berdoa selalu kepada Allah agar diberi kekuatan dan agar hidayahNya sentiasa disuburkan. adakan masa untuk diri sendiri berkhalwat dengan Allah. merenung dosa lampau, meminta ampun dan bermunajat kepadaNya.
- pekakkan telinga atas maki hamun orang. orang akan berkata. mulut manusia memang akan berkata-kata. cukuplah kita tahu nilai hidayah ini dan teruskan berusaha. manusia takkan nampak apa yang kita usahakan, mereka hanya nampak hasil. tapi pada Allah, usaha itu yang dinilai. percayalah Allah lebih tahu. usah pedulikan kritikan yang tidak membina.
- oh tu je yang saya ingat..ini berdasarkan pengalaman sendiri :)
diam
Saturday, October 22, 2011
snippet HIMPUN
Kalau orang lain bebas diberi hak untuk bersuara dan berhimpun, apakah orang Islam tidak mempunyai hak untuk turut bersuara dan berhimpun? (Cikgu Azmi)
Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah
Wibawa ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah
Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah
Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah
Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah
Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah
Bangkitlah ummahku ... Selamatkan aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Stadium Shah Alam
22 Oktober 2011
Friday, October 21, 2011
ananiyah
Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak ambil peduli dengan kepentingan orang lain atau masyarakat awam.Mereka melihat sumbangan orang lain begitu kecil hanya dengan pandangan sebelah mata dan mengambil tindakan-tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu sendiri (egois).
Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaahnya sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan ananiyah dengan pelbagai bentuk yang lain.
Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya atau hanya amalannya atau kumpulannya sahaja yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya sahaja yang paling hebat dan diterima.
Sifat ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat Islam dan sikap permusuhan seperti ini tentunya sangat dibenci Allah swt. Tidakkah kemenangan umat itu letaknya pada kekuatan keimanan dan kekuatan persaudaran? Hanya mereka yang mampu berjiwa besar dan berdada luas yang akan berjaya meraih kemenangan yang dicita-citakan.
Ingatilah firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.
Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah
petikan daripada blog peduli umat, Dr Zainur Rashid Zainuddin
peduli umat jom!
Thursday, October 20, 2011
menjadi seseorang
siapa kami kepada pemimpin?
Wednesday, October 19, 2011
prahara dan asa
Yang mendera jiwa dan mencebik sukma
Tetapi ku tak tentu arah
Hingga seberkas cahaya menuntun langkahku
Dalam mihrab cinta ku rengkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya
Ku berdiam dendam yang membara
Ku pasrahkan semua pada yang kuasa
Ku yakin tiada satu jua hentikan kuasanya
Tuk mengubah segalanya
Dalam mihrab cinta ku regkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya
Tuesday, October 18, 2011
peluang
Si kenit
Si kenit mendongak ke langit. Mengharap Tuhan memandang ke arahnya. Mengharap Tuhan menatap wajahnya.
Tuhan..si kenit memanggil..si kenit mengadu dia sepi. Si kenit mengadu rasa tersisih. Si kenit mengadu dirinya ibarat habis madu sepah dibuang. Si kenit mengadu tiada yang pedulikannya.
Allah..si kenit ramai kawan. Tp si kenit jemu dirinya sering dijadikan tempat bercerita perihal kucing lain. Lalu si kenit mengasingkan diri. Sudahnya si kenit terus terasing. Si kenit tahu si kenit bukan kawan yang seronok. Si kenit tak gemar bersosial tanpa hals tuju. Si kenit tak suka bermadah manja. Si kenit tak suka mengiau tanpa tujuan.
Allah.. Si kenit memanggil lagi. Hujan terus membasahi setiap helai bulunya. Si kenit tahu dia tidak seronok. Ajakan teman untuk berseronok sering ditolaknya. Si kenit cuma nak jadi kucing yang baik. Si kenit cuba kawal diri. Si kenit juga tidak aktif lagi. Si kenit tambah terganggu dgn fizikal yang tidak sempurna lagi. Si kenit terganggu selalu kesihatannya. Buat si kenit selalu ingatkan kematian. Buat si kenit panjangkan tempoh bersendiri.
Allah..tiada siapa yang tahu. Sebab si kenit pencilkan diri. Tiada siapa yang ambil tahu. Tiada siapa menjenguk. Tiada siapa menceriakannya. Si kenit tidak mengharap. Dia rela mendengar dengar derai ketawa yang pecah di luar sana. Harapannya cuma biarlah kehadirannya tidak dirasai. Si kenit hanya mahu menjadi seekor kucing yang baik. Dan si kenit mahu dijemput Tuhan dalam keadaan yang baik.
Si kenit tahu, kegembiraan di negeri abadi pasti menanti jika si kenit tambahkan kesabarannya.
Si kenit itu kini tunduk. Airmata turun bersama hujan. Dia berdoa dengan rendah hati. Dia berlalu pergi dengan segala kekuatan yang ada. Bersama separuh fizikalnya yang lumpuh.
untukmu wanita
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
sumber: iluvislam.com