Pertama kali mendengar istilah ini di kolum "kata dua" dalam majalah solusi isu 38. Hati rasa sangat tertarik. Sudah pastilah isunya tentang memenangi hati rakyat dalam meraih undi majoriti. Dan dalam konteks pemerintahan bercorak islam, ketakwaan pengundi akan mempengaruhi kerajaan yang memimpin.
Siapa pemerintah amat berkait rapat dengan siapa rakyatnya. Allah tak akan bagi pemerintah yang bertakwa, adil dan terbaik serba serbi kalau majoriti rakyatnya masih lagi jahil dan tidak bertakwa. Mana mungkin Islam tertegak di bumi jika penduduknya tidak menegakkan Islam dalam diri sendiri.
Renungkanlah. Hari ni menyaksikan gerakan Islam mendapat tempat di hati rakyat Mesir. Majoriti undi berpihak kepada gerakan Islam yang sejati. Beberapa tahun lalu gerakan Islam yang sejati telah mendapat tempat terlebih dahulu di hati rakyat palestin. Tumpang gembira sangat2. Alhamdulillah. Turki juga tidak kurang hebatnya.
Lihat pula malaysia dan negara2 Islam yang lain. Masih keliru dengan identiti islam masing-masing. Masakan Allah nak bagi kemenangan kepada gerakan Islam? Kita masih belum layak. Hakikatnya kita masih punya kerja yang bertimbun untuk mendidik masyarakat agar lebih jelas tujuan hidup. Kita masih perlu bertungkus lumus untuk membetulkan akidah umat. Majoriti takwa perlu kita dapatkan sebelum mendapat majoriti undi.
Telah lahirkah majoriti takwa di bumi malaysia? Hasilnya kita tunggu keputusan PRU ke 13 nanti. Pada pandangan saya, kerja kita masih banyak. Usahlah terlalu mengharap akan kemenangan. Jika menang sekalipun, saya kurang yakin bahawa kemenangan itu akan berpanjangan. Kerana sungguh, kerja masih banyak dan bertimbun-timbun. Individu muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim masih perlu diperkukuhkan. Keadaan politik dan rakyat malaysia macam segumpal rambut yang dah bersimpul-simpul. Pening aih pikir. Mengelirukan lagi mengelirukan. Keliru berganda-ganda.
Semoga satu hari nanti Allah berkati bumi malaysia dengan pemimpin Islam sejati. Rakyat malaysia tak usah bertekak, kutuk mengutuk etc. jom buat kerja kita. Hambakan diri kepada Yang Maha Memerintah dulu and Allah will handle the rest for us.

No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~