Monday, November 21, 2011

sweet november

assalamualaikum!

saya kini selamat berada dalam pangkuan keluarga tersayang di Nilai, N9, Malaysia =)

kepulangan saya kali ni sebenarnya satu kejutan buat keluarga. saya balik tanpa inform parents dan adik2. saya cuma bagitahu hajar dan epi. saya terpaksa bagitahu epi sebab nak suruh dia pick up saya di airport jam 11 malam. nak naik teksi malam2 buta, tak beranilah saya. malaysiakan aneh lagi tidak berapa selamat ;p

saya dan epi tercongok depan pintu rumah, mak yang bukak pintu. mak sedang tunggu family uda yang baru balik dari sarawak. tapi tup2 yang muncul depan muka pintu tu saya yang sedang buat muka kerang busuk huhu...berbunga-bungalah telinga ni dengar mak membebel. expected. haha..nu'man sedang tidur masa tu. dia terjaga dek kebisingan suara mak yang sedang membebel. dia buka mata dan pandang saya pastu dalam nada mamai2 dia cakap "betul ke apa yang nu'man nampak ni?" HAHAHAHAHA

and then sarah turun tangga pastu ter'pause' kat atas tangga..."ehhhh???kak yong???? camne boleh sampai sini??" kwang3..sukanya saya surprisekan semua orang.

tak lama pastu family uda pun sampai dari LCCT (nasib baik tak terserempak mereka kat lcct. kalau tak, saya yang sakit jantung ;p)..giliran mereka pulak terkejut tengok saya. kemudian kejutan tu terjangkit kepada sedara mara yang lain pada keesokan harinya bila berita tu tersebar. opah juga turut terkejut sewaktu dia call mak keesokan harinya. saya cakap kat mak, jangan bagitahu abah. saya nak surprisekan abah pula (utk pengetahuan anda, abah fly ke New York pada malam saya tiba di lcct tu). tapi abah call mak pulak, dia cerita dia dah beli souvenir untuk anak2nya. mak tanya "beli kat dhuha tak?" and sadly abah said "buat apa beli. dia takde pun"..huhu pastu mak hint2 saya. saya pun "fine..bagitahulah abah" (gara2 nak souvenir frm new york huhu..org lain dapat, takkan saya nak tengok je kan?

by the way hari ni Emmy Awardnya. semoga saladin pulang dengan sesuatulah. tapi kalau tak menang pun takpe kan. sekurang-kurangnya dah masuk final :)

saya jugak ikut mak pegi taklim kat surau tadi, join geng usrah mak. kekok jugak duduk dalam kelompok makcik2 je semua. first time dengar ceramah dalam loghta nogori. kat tv pun selalunya slang kedah, kelantan and ganu. memang tak pernah dgr ustaz kat tv cakap nogori. mujur mak jadi translator. kalau tak, pening gak saya sebab tak paham.

belajar hadith 7 hari ni, iaitu agama adalah nasihat. ustaz tu updatkena perkembangan politik dan sosial tanah air...istighfar banyak2..serius dan kompleks masalah kat malaysia ni. besar tanggungjawab. anak2 muda semakin ramai yang rosak. pemimpin pula tidak dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya untuk membimbing generasi muda. urusan agama dan akhirat dikesampingkan. diketepikan. tidak dijadikan prioriti langsung. saya tak turun KL lagi. tak jelajah bandar2 lagi. rumah saya isolated daripada keriuhan dan keramaian. so setakat ni saya belum nampak dengan mata sendiri secara live. saya masih belum culture shock. tunggulah saya turun KL esok lusa. dahlah musim cuti sekolah. menurut yani, memang beliau sendiri culture shock.

besar eh tanggungjawab. nak didik and besarkan anak2 pun makin susah dah zaman ni. bak kata ustaz, janganlah ragu2 nak spend duit banyak2 untuk pendidikan anak2. biarlah sekolah swasta pun asalkan anak2 dapat exposure yang baik. ok dhuha, tak boleh membazir dan boros dah lepas ni. kena belajar jimat cermat.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~