seronok je berada dalam komuniti muslim yang kecil, yang fokus hanya untuk memperbaiki diri, berukhwah, menerangkan islam kepada non-muslim..tugas yang aman damai walaupun ada tentangan daripada non-muslim tapi itu bukanlah apa2 jika nak dibandingkan dengan kekeliruan yang terdapat di malaysia.
malaysia dan masyarakatnya yang keliru. saya takut bila saya balik malaysia, saya jadi keliru jugak. bila muslim sama muslim tak sebulu, memang buruk benar rupanya. lebih buruk kalau golongan celik agama saling tak sehaluan dengan golongan lain yang celik agama juga. bertambah kelirulah orang islam samada yang celik atau tak celik agama. berpecah belah, tak nak bersatu. masing2 izzah dengan kumpulan masing2.
seems like agama hanya menjadi permainan politik for some people or is it for most of the people? wallahualam. kalau baca kat media alternatif dan baca sekali komen2, majoriti rakyat malaysia memang keliru. segala benda dipolitikkan. segala benda nak ada agenda tersembunyi. segala benda adalah soal undi, soal pilihanraya dan soal parti politik kerajaan atau pembangkang. walaupun nama agama digunakan tapi hujahnya hujah politik. muaklah. para pemimpin sibuk nak menangkan diri sendiri. rakyat jadi mangsa. kebajikan mereka bukan lagi prioriti. akidah mereka bukan jadi prioriti. yang penting menang undi. yang penting nak laksanakan hukum masing2. dimanakah kepentingan buat kami, wahai para pemimpin?
kami dibiarkan tercaci, terhina di tanah sendiri.
kami dibiarkan dirampas kesucian akidah kami
kami dibiarkan diperkosa duniawi
kami dibiarkan digigit bebanan ekonomi
kami dibiarkan berpecah belah
kami dibiarkan bertelagah sesama sendiri
kelak kepada yang Maha Kuasa akan kami adukan perihal kamu, tidakkah kamu takut?
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~