Sunday, October 23, 2011

v(^_^)v

impian untuk melihat geng childhood friends bersama-sama melalui jalan hidup lurus semakin menampakkan serinya alhamdulillah ^__^

reiza cerita kat saya kisah hijrahnya. hanya dengan membaca novel hlovate sebelum ramadhan seterusnya tanpa bertangguh memulakan proses hijrah di bulan ramadhan yang mulia.alhamdulillah. saya dulu pn setelah membaca novel hlovate, sangat terkesan sehingga meminta putus kepada encik buayafren. novel hlovate sangat berjasa kepada saya juga. semoga Allah tambah saham penulis hlovate ^__^

saya harap saya juga boleh tulis novel yang memberi kesan dalam kehidupan orang lain. kesan yang baik of course.

by the way sangat gembira dengan perubahan rorei! saya bagitau dia "i can guarantee you hardships and syaitan will never leave you malah lagi kuat berdamping. but i can guarantee Allah is always with you."

reiza dah tamat zaman uni. sekarang sedang bekerja. dugaan untuknya cukup hebat sebab environment kerja yang langsung tak supportive serta tiada close friends or family yang boleh diharapkan dalam membimbingnya. kiranya saya harap saya ada disisinya untuk sama2 memperbaiki diri. namun saya jauh. hanya doa yang boleh saya titipkan. berharap akan ada lelaki baik juga yang akan datang dalam hidupnya untuk membimbingnya. hihi reiza tak pernah kapel tau (terpromo pulak)..alhamdulillah reiza jugak open untuk join usrah cuma dia takde akses.

saya suka dengan cerita perubahan orang lain. ia mengingatkan saya kepada turning point saya sendiri. saya harap Allah sentiasa menguji saya supaya saya selalu dalam keadaan sepertimana waktu saya mula2 di'ajar' secara intensif oleh Allah dahulu.

tips untuk orang yang baru menapak untuk berhijrah:
  1. cari geng. cari kawan. jangan sendiri2. kemungkinan besar bila bersendiri, kita akan sesat jalan tak pun relapse kepada zaman jahiliyyah semula. biah solehah itu penting. (biah= persekitaran)..masuk usrah ke, atau duduk dengan kawan serumah yang soleh. atau cari lelaki yang soleh untuk dibuat suami, tu kira geng jugaklah tu.
  2. sentiasa hadirkan diri dalam program2 keagamaan. pegi kuliah agama, ceramah, taklim, daurah, jaulah dan yang sewaktu dengannya. dari situ boleh mencari kawan yang baik juga :) i met few good friends during daurah yang saya pegi secara random dengan akhwat JIM. saya jugak dapat few good friends yang saya jumpa masa jadi sukarelawan iluvislam during book fest yg masih maintain ukhwah hingga ke hari ini. dan banyak lagi program random yang saya pegi yang saya dapat kawan baru. kalau dah lost in touch skrg pun, at least mereka pernah menyentuh hati saya di waktu perkenalan dan memberi impak dalam hidup saya :)
  3. berdoa selalu kepada Allah agar diberi kekuatan dan agar hidayahNya sentiasa disuburkan. adakan masa untuk diri sendiri berkhalwat dengan Allah. merenung dosa lampau, meminta ampun dan bermunajat kepadaNya.
  4. pekakkan telinga atas maki hamun orang. orang akan berkata. mulut manusia memang akan berkata-kata. cukuplah kita tahu nilai hidayah ini dan teruskan berusaha. manusia takkan nampak apa yang kita usahakan, mereka hanya nampak hasil. tapi pada Allah, usaha itu yang dinilai. percayalah Allah lebih tahu. usah pedulikan kritikan yang tidak membina.
  5. oh tu je yang saya ingat..ini berdasarkan pengalaman sendiri :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~