undilah orang islam dalam pilihanraya. pastikan 2/3 parlimen adalah orang islam yang membolehkan undang2 digubal sendiri oleh orang islam. ubahsuai perlembagaan agar dispesifikkan orang islam TAK BOLEH BEBAS BERAGAMA. (Ust Farhan Abdullah)
dalam bertolak ansur, jangan sampai kita ansur-ansur ditolak (dr azhar yaakob)
menyelamatkan akidah islam harus dimulakan oleh generasi muda khususnya golongan mahasiswa.
Mahasiswa mesti mantapkan ilmu dari segenap bidang utk elak ancaman luar.
pohon keterbukaan media kerana generasi muda sudah muak dengan laporan media yang hanya melaporkan kepentingan pihak tertentu. Media mesti bebas dalam melaporkan kebenaran.(Ahmad Shazwan Hassan)
ribuan yang murtad. walaupun ada yang menyangkal, tetapi cukuplah satu orang islam yang murtad, kita wajib dan mesti bertindak! (Norzafry Norhalim)
kita tak mahu parti2 politik yang berjuang utk islam tapi kita sendirilah sebagai umat islam berjuang utk islam. umat islam mesti bangkit mempertahankan akidah tanpa pengaruh fahaman politik (Hj. Abdullah)
ketepikan semua perkara yang remeh-temeh, ketepikan perbezaan, ketepikan fahaman politik dan marilah bersatu atas kalimah Laa ilaaha illallah..yakinlah hanya dengan kalimah syahadah, umat silam akan bersatu kuat. (kamaruzzaman mohamad)
umat islam lebih lemah daripada umat islam dulu yang dijajah penjajah (Tan Sri Harussani Zakaria)
Apakah salah orang Islam berkumpul/berhimpun untuk menjaga dan melindungi kepentingan mereka?
Kalau orang lain bebas diberi hak untuk bersuara dan berhimpun, apakah orang Islam tidak mempunyai hak untuk turut bersuara dan berhimpun? (Cikgu Azmi)

Selamatkan Aqidah Ummah
Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah
Wibawa ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah
Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah
Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah
Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah
Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah
Bangkitlah ummahku ... Selamatkan aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Stadium Shah Alam
22 Oktober 2011

No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~