Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak ambil peduli dengan kepentingan orang lain atau masyarakat awam.Mereka melihat sumbangan orang lain begitu kecil hanya dengan pandangan sebelah mata dan mengambil tindakan-tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu sendiri (egois).
Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaahnya sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan ananiyah dengan pelbagai bentuk yang lain.
Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya atau hanya amalannya atau kumpulannya sahaja yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya sahaja yang paling hebat dan diterima.
Sifat ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat Islam dan sikap permusuhan seperti ini tentunya sangat dibenci Allah swt. Tidakkah kemenangan umat itu letaknya pada kekuatan keimanan dan kekuatan persaudaran? Hanya mereka yang mampu berjiwa besar dan berdada luas yang akan berjaya meraih kemenangan yang dicita-citakan.
Ingatilah firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.
Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah
petikan daripada blog peduli umat, Dr Zainur Rashid Zainuddin
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~