do you like it?
love it?
hate it and its yucky?
whatever it is, i'm in love with green tea and always loving it. pertama kali saya mencubanya ialah pada tahun 2009. abah penggila green tea yang tegar. bila dia outstation jepun, dia akan bawak balik teh macam2 jenis especially green tea. pastu saya pun tengok abah minum macam sedap, maka saya nak try. i am adventurous with food or drinks.
first taste, yek..pahit gila. not my taste. goodbye green tea. never want to see you again.
then came the 2nd occasion, early 2010, dekat mid valley food court, i ordered japanese meal that comes with green tea as a set. masa tu outing dinner dengan family, tengok wayang dekat the gardens cerita avatar. lepas tu satu family nak makan makanan jepun/ korea. saya pula malas gila nak order minuman. bukan jenis yang minum semasa makan pun. so after dah habis makanan, sembang2 je dengan family. sedar-sedar rasa dahaga lepas tu tak kira dah suka ke, tak suka ke, main redah je telan green tea tu.
"eh sedap pulak. rasa nyaman. sejuk perut." rasa healthy, tambah2 lagi selepas makan makanan jepun yg mmg selalu buat rasa healthy tu.
selepas peristiwa itu, saya telah beli satu kotak japanese green tea dekat jusco mid valley, buat stok kat IMU. memang sayang dan jatuh cinta gila2 dekat green tea. sampai2 nz pun cari green tea jugak. buat minum masa breakfast atau masa sedang setadi. kecintaan itu semakin subur bila sabun mandi pun saya suka perasa green tea. losyen pun nak green tea. perfume pun suka curi2 bau perfume green tea yani punya. fresh! kalau boleh,segala-galanya nak green tea.
apa yang bestnya green tea nih? saya tak ambik pusing sangat khasiat dia at first. sebab yang buat saya jatuh cinta ialah perasaan yang green tea tu bagi kat perut dan organ dalaman sayalah. nyaman gila. sejuk dan rasa healthy!!!! i like it plain. just pure green tea with no sugar. kepahitan yang manis, i would say :) dan saya paling suka green tea yang abah beli entah dari mana-mana tu. mmg rasa green tea sejati plus ada rasa kekacang2 gitu. sedap sedap sedap!
dan bila digali-gali, green tea ni anti-oksidan. so sangat baguslah kan, boleh menghalang free radicals daripada serang sel tubuh kita. so insyaAllah menjauhkan daripada penyakit2 yang tak diingini terutamanya kanser. ia juga dpt lambatkan proses penuaan dan elok untuk kesihatan kulit. itu benefit yang paling menyerlahlah pada green tea ni. dan saya baru jumpa, it helps to prevent dental decay! bagussss untuk gigi :)
and plus, for asthmatic patient like me, it helps to relax the muscle yang support bronchial tubes maka dapat kurangkan insiden serangan asma. dan juga dapat kurangkan allergy. yela saya pun rasa saya dah kurang keseriusan masalah allergy ni.
banyaaaak lagi khasiat green tea! saja nak promote something healthy :) tapi ingat, disebabkan ia sejenis teh, maka ia ada kandungan kafein namun takdelah tinggi kafeinnya. apa2 pun, segala yang kita ambil, ambillah sekadarnya. moderately. sesuatu yang baik dan mendatangkan khasiat/kebaikan boleh jugak memburukkan dan memudaratkan bila diambil secara berlebihan.
dan pengajaran jugak kat sini, tak semestinya kebencian kita terhadap sesuatu itu akan berkekalan. tak mustahil kita akan jatuh cinta pada sesuatu yang kita pada asalnya benci ^__^
tak kenal maka tak cinta. (random)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~