saya baru kemas bilik saya yang dibiarkan sepi tak berpenghuni selama setahun setengah. balik bulan 6 hari tu malas nak mengemasnya sebab penuh habuk. lagipun balik 3 minggu je. balik kali ni ingat tak nak kemas jugak sebab bayangkanlah, habuk yang dipupuk selama setahun setengah! pasti semput2 mengemasnya.
namun setelah dua minggu di rumah, saya mula rasa tak tahu nak buat apa lalu mengambil masa dua hari untuk buat operasi kat bilik sambil makeover sikit-sikit. cara nak elakkan semput, bukak semua tingkap. bilik saya ni dikelilingi tingkap. kalau bukak semua tingkap, sama macam bilik dah takde dinding. memang open air. maka selamatlah habuk-habuk beterbangan di luar sana. lagi satu, kemas sikit2, segment by segment. barulah tak diserang lelah. lagi satu, vacuum sentiasa di tangan, nampak habuk sikit, terus vacuum. kalau nak alih buku tapi buku penuh habuk, haa terus vacuum habuk atas permukaan buku-buku tu. kalau permukaan yang boleh di lap, laplah dulu sebelum alih barang. paling selamat, laplah dengan kain lembap. baru habuk tak terbang-terbang.
susahkan orang alergik habuk ni nak mengemas. banyak persediaan nak kena buat demi menyelamatkan diri sendiri. alhamdulillah proses mengemas kali ini berjalan lancar, tak seteruk zaman dulu-dulu. walaupun habuk maha tebal (maklumlah, dah setahun setengah membela habuk) tapi inilah proses mengemas paling maju jaya buat saya! sihat walafiat je ni :)
lagi satu kesusahan saya ialah, sentimentalism.
setiap kali mengemas, saya akan gagal membuang sampah sarap. mesti disimpan jugaklah segala resit2 pembelian, tiket2 wayang, beg2 plastik, botol2 kosong -,-" rupanya saya berkongsi tabiat yang sama dengan mak. maka rasanya kalau rumah ni digeledah, penuh sampah je.
tapi alhamdulillah akhirnya operasi kali ni saya berjaya singkirkan 90% sampah. mak pun kagum dengan pencapaian tersebut. cuma saya masih simpan lagi buku2 sekolah, report card, kertas2 exam, buku2 conteng, kad2 raya, surat-surat chenta (ehem. kawan perempuan), hadiah2 sejak zaman sekolah rendah yang aneh2 dan kertas diari saya sejak zaman sekolah rendah yang merata-rata bertebaran. malas nak compilekan. biarkan ia bertaburan hahaha.
setelah operasi tersebut, saya buat operasi almari pula. hajatnya nak buang/sedekahkan 90% koleksi pakaian sebab bukan saya pakai dah pun. namun masa melipat-lipat baju tu, tersayang-sayanglah jugak baju lama walaupun dah tak boleh pakai dah. setelah ditapis-tapis, 10% je baju yang saya berjaya singkirkan. yang lain, biarlah. mungkin boleh pakai melawa-lawa dalam rumah je nanti. so dhuha, tak payah dahlah beli baju. buat penat je nak kena modify isi almari setiap masa. nak kena ada walk-in wardrobe ni.
pendek kata, untuk mengemas rumah, perlukan jiwa yang kental, hati yang tumpul. barulah rumah lebih bersih tanpa sampah, baru takde masalah storage. barulah rumah lebih lapang dan luas.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~