Sunday, October 23, 2011

diam

hari ni saya rasa hari bersejarah saya. sebab i spent my whole day, i mean most of my day untuk diam membisu seribu bahasa. sampaikan masa usrah pun saya tak rasa nak bercakap. saya hanya banyak diam. cakap pun tak betul, ayat terabur.

saya dah takut nak bukak mulut. terlalu banyak berfikir sampai takut nak bukak mulut. kebelakangan ni saya rasa saya banyak bercakap (yeke? kalau tak cakap pun, saya banyak menulis. tak pun bercakap dalam hati)

minggu ni memang saya banyak diam. saya banyak berkurung. dan saya banyak berfikir. telampau banyak perkara yang saya pendam dan cuba saya lupakan. terlalu banyak yang cuba direnungkan, dimuhasabahkan dan diperbetulkan.

bila banyak bercakap dan menyeru orang ke arah kebaikan, semakin saya rasa berat nak melangkah. banyak yang saya kena kejar untuk laksanakan. orang kata, walk the talk. semudah itu berkata, sesusah ini nak melaksanakannya sehingga menjadikan saya terkunci terus mulut ini untuk berkata-kata.

saya tak mahu berkata yang mengarut, saya juga tak nak berkata sesuatu yang bohong, saya juga tak nak berkata sesuatu yang tidak saya laksanakan tapi saya nak berkata sesuatu yang baik.

tetapi bersama kata2 baik itu terlampau banyak tanggungjawab yang harus dipikul. maka saya jadi diamlah huhu.

bukan pertama kali saya mengalami rasa seperti ini. sejak 2nd year lagi sudah merasainya. rasa macam tak sempat2 nak kejar apa yang dikata, nak melaksanakan apa yang dikata. dan saya sedar gerak geri saya diperhatikan orang lain juga paling penting, diperhati Allah!

saya sedar rasa ini tak harus menghalang daripada terus amar makruf nahi mungkar. saya patut slow down. orang lain sugar rush, saya information rush. terjemahkan dulu kepada perbuatan barulah berkata-kata, orang kata. tapi macam mana kalau tak sempat?

berubahlah bersama kata-kata. insyaAllah.

sementara itu kepada para sahabat, maafkan saya kalau saya lain macam sikit. i need time for myself. uzlah (bersendiri) adalah jalan yang saya rasakan terbaik buat masa ini untuk saya memahami hakikat diri, bermuhasabah dan seterusnya memulakan tatih-tatih ke arah perubahan yang lebih baik. tiada kena mengena dengan sesiapa, cuma kesedaran yang lahir dari dalam hati sendiri akan perlunya selalu berjihad untuk menjadi lebih baik.

ada kekeliruan di hati. ada keinsafan. ada konflik dalaman. ada kekecewaan. macam-macam rasa. hati masih belum bersih sepenuhnya. perlu lebih gigih mencuci hati.

bersabarlah. inilah metamorfosisku. saya sudah menjadi ulat beluncas pada sesi hijrah yang lalu. kini saya menuju ke arah menjadi rama-rama cuma sedang dalam stage kepompong. hodoh, unnoticed dan statik kelihatannya tapi insyaAllah ada progres dalaman :)

jangan pernah berpuas hati dengan hanya satu perubahan. sentiasalah cuba untuk berubah (teringat kata kak dina ^__^)

bukan apa, penyakit dalam hati. rasa sudah puas bila rasa diri dah baik, dah berhijrah. dah tak couple, pegi usrah, tutup aurat sempurna. tapi sebenarnya lebih banyak lagi hijrah yang perlu dilakukan.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~