Tuesday, October 18, 2011

peluang

buat pertama kali saya dipanggil lecturer sepanjang belajar di Otago Uni. regarding my poor internal mark in community dentistry assignments. memang poor pun hoheh tapi alhamdulillah pass, 62%. i do have my own ego. masa mula2 dapat emel tu saya membebel dalam hati "kenapa nak jumpa pulak? saya kan pass." lepas tu teringat pesan naqibah, pesan murabbi yang agung "jangan angkuh dan sombong." sepanjang berada dalam sistem tarbiyyah, saya banyak belajar menerima teguran. banyak belajar untuk merendahkan ego agar tidak sombong dengan teguran yang datang tak kira daripada siapa pun, tua, muda, berjawatan tinggi, berjawatan rendah etc..istighfar kemudian twist cara berfikir.

yang menggembirakan saya ialah puan Kate cakap nak provide guidance untuk saya. saya sangat memerlukan guidance itu. sudah lama saya rasa saya perlu bercakap dengan pensyarah tapi saya tak tahu dengan siapa yang boleh saya jumpa. bukan saja regarding community dentistry. saya seriously perlukan bantuan untuk study dengan lebih mantap. mungkin itulah peluang. alhamdulillah.

kembali kepada isu bertemu lecturer. di intec parents saya siap kena panggil berbincang dengan saya dan pensyarah sebab my poor performance. from there saya banyak improve. di IMU, semester satu tahun pertama dentistry saya dah kena panggil prof wilson. sebab saya fail. hoheh. since then saya banyak improvement dalam performance. di otago, saya tak perlu fail, markah rendah je pun dah kena panggil. baguslah kan uni sangat concern dengan student. dan saya harap pertemuan ini juga akan melonjakkan performance.

i take this as an opportunity to improve my performance. kadang2 saya jeles dengan orang yang dapat berjumpa personally dengan lecturer dan berbincang soal studies. saya pula bukanlah jenis yang effort sungguh nak pegi jumpa pensyarah. saya mahu tapi saya tak tahu siapa saya perlu jumpa. peluang ini datang dan saya terus reply emel puan kate untuk berjumpa esok. walaupun khamis ada exam dan saya sepatutnya setadi dan jumpa pensyarah lepas exam, tapi saya rasa benda yang baik jangan ditangguh ^__^

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~