adalah sangat berdebar hati ini. pagi semalam bila wani ketuk pintu bilik saya semasa saya sedang tidur, saya terjaga dengan tersangat gelabah kerana saya ingat saya dah lambat nak pegi jawab exam.
padahal exam lagi dua hari -,-"
dhuha gelabah tak bertempat. dan aneh juga. dhuha seorang yang cool dan feelingless tiba-tiba berperasaan gelabah terhadap peperiksaan. mungkin sebab ini adalah paper yang internal marks saya borderline. lalu menyumbang kepada kegelabahan diri ini. serta ditambah pula dengan faktor diri sendiri mahu sangat paper esok menjadi paper terakhir dalam hidup. sudah tidak mahu jawab exam lagi. sudah 19 tahun (minus 4 tahun toddler's life) hidup bergelumang dengan kertas peperiksaan. ia cukup membuat saya akhirnya berasa benar-benar loya dan nak muntah study setelah menginjak ke usia ini. masa zaman sekolah, perasaan 'stadi sampai rasa nak muntah' hanyalah sebuah hiperbola ke'komik'kan. tak sangka, di akhir tahun pengajian, ia menjadi nyata.
semoga Allah permudahkan. ameen :)
p/s: kata lepas ni nak further study bidang lain. mustahil ia akan jadi final exam paper in life hoho..apa2 pun asalkan bukan paper dentistry, saya ok je ;p
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~