Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Sedar kerana yang nyata dirinya semakin suntuk waktu didunia.
Sedih kerana kurangnya amal sebagai bekal diakhirat kelak.
Adakah kita merasa diri sudah terlalu baik untuk menempah syurga-Nya?
Adakah kita merasa diri lebih baik berbanding yang berlaku syaitan pada pandangan?
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersediakah kita dengan sedikit amal?
Cukupkah hanya dengan kata-kata yang menyedarkan orang.
Sedangkan diri tidak cukup tejaga dan tidak diperbaiki.
Jagalah hubungan sesama manusia, senyumlah.
Sekalipun beban yang ditanggung menggunung tinggi.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Bersyukurlah dengan segala yang berlaku dalam hidupmu.
Kerana ianya direncanakan khas untukmu.
Dengan penuh hikmah dan barakah insyaAllah.
Tanpa sedikit pun kecacatan.
Kerana yang mengatur adalah dzat yang Esa mahasempurna.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pertingkatkanlah dirimu, ilmiah, rohaniah dan batiniah. Iqra'!
Meningkatnya umurmu beerti bertambahnya kematanganmu.
Bicaralah hanya yang bermanfaat.
Ukirlah hanya kata yang menyedarkan.
Kerana satu pun akan dihitung-Nya kelak.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Kulihat potensimu bagai mentari, yang sinarnya dihalang awan.
Cungkillah bakatmu, salurkan pada jalan dakwah.
Umat sekarang perlukan banyak da'ie-da'ie bertauliah.
Yang ditauliah bukan oleh semata-mata buku dan guru.
Tapi tauliahnya dimantapkan pengalaman yang begitu menyedarkan.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Pandanglah dengan pandangan penuh kerendahan diri.
Dengarlah dengan pendengaran yang penuh keadilan.
Bicaralah dengan ucapan yang lembut.
Kerana semuanya hanyalah pinjaman sementara.
Belajarlah untuk berterima-kasih dalam perlakuanmu, tanpa perlu diucapkan.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Basahkan bibirmu seharian dengan kalamullah dan salawatullah.
Lembutkan hatimu selembut-lembutnya dengan hayatan tafsir al-Quran.
Supaya penghidupan kita terjaga oleh-Nya.
Supaya hidup yang dijalani adalah ibadah.
Supaya yang dikejar kita peroleh, yang dikendong tiada berciciran.
Duhai mentari yang tersembunyi sinarnya dibalik awan.
Mengapa perlu menunggu untuk berubah?
Sedangkan ajal tiada pernah menunggu menjemputmu.
Mungkin hari ini, mungkin esok atau lusa, siapakan tahu?
Alangkah bahagianya orang yang sedar dan sedih diulangtahunnya.
Kerana dia mungkin berbahagia andai sambutannya tiada lagi berulang.
(WAS hadiah ulangtahun kelahiran 25/3/2009)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~