but i have this urge to write a post that might be quite lengthy. huhu..
saya telah membaca sebuah novel tentang sebuah kisah benar. novel yang telah saya cari sejak tahun lepas itu rupa-rupanya kak ghah dah ada. maka beliau meminjamkan kepada saya dengan kadar segera pada bulan ramadhan yang lalu. saya pun membaca dengan kadar segera tapi secara sedikit-sedikit muka surat.
hari ni terbaca banyak muka surat pula. ok dhuha. tak perlu mukadimah panjang begini. pendekkan post anda sependek mungkin.
mari meloncat terus kepada isi-isi penting. buku tersebut tentang kisah hidup Zainab al-Ghazali. ketua Jama'ah Muslimat Mesir dan juga pejuang Ikhwanul Muslimin. Kebanyakan kisahnya adalah tentang kehidupannya dalam penjara di Mesir semasa pemerintahan Jamal Abdel Nasir.
Jamal Abdel Nasir merupakan pemerintah yang zalim. yang memuja sistem taghut dalam pemerintahannya. you know, segala 'ism' ciptaan manusia seperti kapitalism etc. Manakala Ikhwanul Muslimin ialah sebuah jamaah yang ditubuhkan demi mendokong cita-cita Islam dan menyebarkan sistem Islam ke seluruh dunia serta menolak segala sistem taghut ciptaan manusia.
Pendokong tagut sudah tentulah tidak senang dengan hal ini. Mereka menyangka IM nak jatuhkan kerajaan Mesir dan nak bunuh Jamal Abdel Nasir serta menteri-menteri lain. Sebab tu anggota-anggota IM semua ditangkap termasuk pengasasnya As-Syahid Imam Hasal Al-Banna dan yang lainnya seperti Sayyid Qutb, Hasal al-Hudaibi dan ini termasuk juga Zainab Al-Ghazali.
ok tu serba-sedikit latar belakang cerita. Sila baca sendiri. Daripada baca kisah-kisah khayalan ciptaan manusia, lebih baiklah baca kisah sebenar kan? Huhu dhuha, bilakah turn anda untuk tulis kisah sebenar pula?
ok point saya di sini ialah...kagum. kagum dengan semangat pejuang wanita ini dan juga pejuang-pejuang yang lainnya. Dipenjarakan tanpa makan dan minum selama berhari-hari tapi masih hidup, masyaAllah..kuasa Allah..kemudian diseksa hari-hari sampai berlumuran darah, diletakkan dalam penjara bersama anjing-anjing yang ganas namun semua itu tidak mampu mengganggu gugat keimanan mereka dan bai'ah mereka kepada jamaah. mereka sekali-kali tidak meninggalkan kepentingan jamaah sendiri. mereka tidak sanggup menghina anggota jemaah yang lain demi memuaskan hati pihak penguasa. mereka menolak tawaran yang berupa jawatan tinggi, wang, status kedudukan yang mewah dan sebagainya.
Inilah yang membezakan anggota jamaah islam dengan anggota pertubuhan-pertubuhan yang lain yang berasaskan duniawi. Mereka takkan terpukau dengan dunia, mereka juga hanya sibuk bekerja untuk tujuan mendapat redha Allah, tidak dikelabui matlamat dunia. mereka berpegang kuat pada tali Allah dan memasangkan tali-tali itu antara satu sama lain sesama anggota jamaah, yang menjadikan ukhwah mereka begitu kuat dan teguh. hanya kerana mereka bersama-sama menyatu di bawah lembayung Quran demi dakwah Islam. Biarlah diseksa macam mana rupa sekalipun, mereka tetap dengan keimanan yang teguh.
Rasulullah telah melalui jalan ini. Dan inilah satu-satunya jalan yang menjanjikan redha dan syurga Allah. jika ikhlas berjuang di atasnya.
seringkali pendokong mazhab duniawi tidak faham dengan gerakan Islam sebegini. mereka tidak faham matlamat perjuangan dakwah. mereka menuduh jamaah islam sebagai pengganas, mahu membunuh pemimpin, mahu menjatuhkan kerajaan. sekalipun diterangkan matlamat sebenar, mereka tidak pernah faham. Namun dalam kisah ini, Zainab al-Ghazali tak pernah jemu menerangkannya walaupun akhirnya beliau difitnah kembali dan diseksa.
jamaah islam bukanlah sebuah pertubuhan. tetapi sebuah ikatan. ahli-ahlinya tidak mendapat gaji lumayan tetapi mereka sendiri yang menyumbang harta,tenaga,masa dan nyawa untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah. mereka bekerja hanya mengharapkan redha Allah, bukanlah ganjaran duniawi. mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain atau anggota lain tapi mereka sendirilah yang menggerakkan diri mereka sendiri di dalamnya dan hanya meletakkan pergantungan kepada Allah agar usaha dakwah mereka berkembang. maka datanglah masalah apa pun, mereka tetap tenang dan redha menghadapinya tanpa keluh kesah dan rasa penat. Ini, yang saya personally rasa, gagal difahami orang kebanyakan yang fikirannya berorientasikan dunia. Dan hal ini ketara dipamerkan dalam novel ini. Betapa apabila hidup hanya menggunakan neraca duniawi, segala perkara yang berpaksikan neraca ukhrawi menjadi seakan-akan tak masuk akal bagi mereka and they just can't accept it.
oh how i wish i can be like Zainab al-Ghazali. perempuan-perempuan sebegini (Sumayyah, Zinnirah, Khaulah etc) selalu buat saya cemburu. ah cemburu! Ya Allah, kurniakan aku kekuatan seperti mereka. ameen!
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~