"Akhwat kenalah bersungguh-sungguh sampai tak larat!" Kata-kata kak affiza disambut dengan gelak tawa kami semua yang masih setia dalam bulatan gembira walaupun jam dah melepasi 10 malam.
"kenapa korang gelak? kelakar ke?" soal kak affiza kehairanan. kami ketawa lagi.
"eh betul lah! akak serius ni! kalau buat kerja tapi belum sampai rasa tak larat tu, belum bersungguh lagi tu! kata mujahadah..mujahadah...tapi ada lebihan tenaga lagi. bukan mujahadah namanya."
errkk..hehe hamik kau. terkena. hehe..terkesan dengan kata-kata itu. selama ni rasa diri dah cukup susah payah, dah cukup bersungguh, dah bermujahadah habis-habisanlah. tapi sebenarnya tidur sampai 10 jam. main game sempat lagi. tengok movielah. penat buat aktiviti lagha je.
"untuk seorang da'i, perkara harus yang orang lain buat merupakan satu dosa baginya." kata kak affiza semalam, dalam mengupas tajuk intima' jamaie.
contohnya, menonton wayang, tengok tv, sembang kosong etc..yelah, du'at banyak kerjanya. melebihkan masanya untuk perkara-perkara yang harus hanya akan melambatkan kerja dakwahnya lalu menjadi satu dosa buat dirinya.
puk! terkena diri sendiri lagi.
alhamdulillah kedatangan kak affiza selaku sekretariat antarabangsa yang ditugaskan untuk ziarah kami di NZ ni telah banyak bagi kesedaran buat diri ini. membuka mata saya yang makin lama makin layu pulak. tanggungjawab banyak ni. tapi masih slow lagi. "tak boleh! akhwat tak boleh lembap! akhwat tak boleh malas! akhwat kena belajar untuk menjadi perempuan! ikhwah ramai yang komplen zaujah tak boleh buat itu ini. akhwat kena itu! kena ini!" haa kan dah kena bebel dengan kak fiza. ^__^"
sesungguhnya saya kagum dengan kak fiza. datang ke NZ bawak dua orang anak kecik. yang sulung baru setahun 9 bulan. yang bongsu baru 7 bulan. masa kami berdaurah, yang sulung diletak di bawah jagaan zaujnya. yang bongsu pula kuat menangis. tapi ajaibnya setiap kali tiba waktu daurah, Furqan akan tertidur. tapi beberapa minit sebelum mula tu jenuh jugak nak bagi dia senyap dan tidur. sesekali kata-kata kak fiza semasa daurah terganggu dek rengekan furqan. maka kak fiza akan terus menyampaikan ilmunya sambil berdiri, sambil menepuk-nepuk furqan, sambil menyusukan furqan. memang super womanlah. dalam hati saya mengimpikan untuk menjadi sekuat itu, sampaikan boleh menyampaikan ilmu dalam keadaan menjaga anak. subhanallah, wanita apa tu? wanita islam perkasa lah ^__^
insyaAllah segala ilmu yang saya dapat sepanjang bersama kak fiza akan cuba saya amalkan. nasihat-nasihat personalnya kepada saya juga akan cuba saya telan dan hadam. insyaAllah! mari belajar jadi muslimah sejati. mari belajar jadi da'i sejati juga. sedang baca buku 'hari-hari dalam hidupku' dan sangat terkesan dengan kekuatan zainab al-ghazali. insyaAllah mahu jadi seperti itu! ah banyak sangat role model la dhuha ni. pendek kata, mahu menjadi muslimah yang ada ciri-ciri ahli syurga ^__^ (senyum lagi)
marilah bersungguh-sungguh sampai tak larat!
hahaha i remember taujih2 ttg akhawat kena belajar buat itu ini tu. sila amek serius ye akhawat! :D
ReplyDelete