Friday, September 30, 2011

bilalah dia tu nak berubah

orang A: dia tu cakap nak berubah tapi sama je aku tengok.

orang B: entahnya. bilalah nak berubah. cakap je pandai. buatnya tidak.

orang C: eh korang ni, daripada korang dok mengata macam ni, lebih baiklah korang cepat-cepat bertaubat dan minta maaf daripada tuan badan. you guys are no better than her kalau keep talking behind her back macam ni. doakanlah dia dan bersabarlah. mana tahu dia sedang berusaha dengan sangat. perubahan bukan boleh dibuat sekelip mata. takes time. usaha yang dilakukan hanya Allah yang tahu. tak usah kita menilainya. daripada duduk berharap orang tu berubah, lebih kita ni doakan dan tolong si dia ke arah perubahan yang lebih baik. kita pun dapat saham jugak sebab menyebarkan kebaikan.

kadangakala bila kita nasihat orang, kita ingat dengan hanya 1 nasihat orang itu akan berubah. lepas tu pula kita ingat orang itu akan berubah sekelip mata. bila orang tu tak berubah, kita akan putus asa nak nasihat lagi malah mengungkit niat baik orang yang nak berubah tu. asyik tertanya-tanya bilalah orang nak berubah? ditambah pula dengan prasangka-prasangka seperti "cakap je pandai." "hipokrit." "hidayah susah nak sampai." "hati dah gelap" dan macam-macam lagi.

wahai sahabat,
saya juga tak terkecuali masa awal-awal mengenal 'amar makruf dan nahi mungkar', amat geram bila kata-kata saya dibuat tak endah, tak nampak orang berubah pun etc. etc.

bahaya, sangat bahaya. dalam kita merasa orang lain itu teruk, kita sebenarnya telah jatuh ke tahap yang lebih teruk daripada orang yang tak berubah-ubah lagi tu. kita akan merasa diri kita bagus--itulah ujub. jauhilah ujub wahai para daie. sesungguhnya ia penyakit hati yang berbahaya.

astaghfirullah. semoga kita semua dijauhi daripada ujub.

macam mana nak tolong orang yang mula meluahkan hasratnya untuk berubah ke arah kebaikan? saya juga sedang berubah dan saya tahu betapa susahnya nak mengubah sesuatu yang sudah berada dalam diri kita sekian lama. perlukan kekuatan luarbiasa.

1. nasihat janganlah sekali. biarlah berkali-kali. manusia tu sifatnya mudah lupa. kadang-kadang dia sendiri mudah lupa akan hasratnya kalau tak ada yang nak ingatkan.

2. bantulah dia dalam perubahannya. kalau dia jenis bangun lambat, tolong kejutkan dia. bagi sikit strategi untuk dia bangun awal seperti suruh dia masuk tidur awal, kuncikan jam dia sejam lagi awal ke, suruh dia mandi immediately after bangun tido ke..kalau dia jenis tak tutup aurat, sentiasa jadi fashion police dia. tahan dia bila aurat tak ditutup dengan sempurna. ingatkan dia selalu. kalau dia jenis kuat marah ke, setiap kali dia nak marah, suruh dia berwudhuk, ingatkan dia kepada Allah dan Rasulullah.

3. doakan dia selalu agar Allah bantu dia untuk berubah. Agar Allah mudahkan jalannya untuk berubah. agar taufik dan hidayahNya sentiasa bersamanya.

4. wujudkan suasana yang merangsang dia untuk berubah. contohnya bagi kad ucapan ke, tampal nota kat dinding ke, belanja makan ke, bagi hadiah bila dia berjaya tunaikan misi dia ke etc. etc.

paling penting, kena selalu ingat bahawa elemen pengulangan itu penting untuk seseorang mengubah tabiat/kelakuannya. oleh sebab itu, tak boleh putus asa. perubahan tak akan mampu dibuat seorang diri. sokongan dan bantuan orang lain juga adalah penting. janganlah kita selfish. mungkin saja orang yang nak berubah tu malu nak suruh orang lain tolong dia sebab takut orang fikir dia lemahlah, dia dependent la, dia menyusahkan orang la..maka kita sebagai seorang yang berhati mulia terlebih dahulu kena menghulur dan memberi sebelum dipinta..tak susah kan?

hehe saya rasa susahlah jugak tapi insyaAllah kita tanamkan dalam hati untuk sentiasa bermurah hati untuk tolong orang lain. kalau kita boleh tolong orang memasak, kenapa tidak menolong orang berhijrah ^__^

Thursday, September 29, 2011

qudwah selatan bumi

saya kehilangan telefon bimbit saya. saya sudah menulisnya kisahnya, jangan buat-buat tak ingat.

ia hilang sejak isnin lalu. ada dua tempat yang possible untuk saya mencicirkannya. dental school dan hunter's center yang terletak di depan dental school. oh by the way hunter's center tu tempat tutorial dan tempat lunch serta tempat melepak pelajar-pelajar health science di waktu lapang. dalam tu ada computer lab. saya selalu ke situ untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan fasilitinya yang berupa sebuah komputer Mac yang besar gila.

mungkin akibat terlalu syok menghadap skrin Mac yang besar giler, saya terlupa akan telefon bimbit saya. pada hari Isnin, saya hanya berulang-alik antara dental school dan hunter's center. saya sudah mencari kat semua celah yang possible untuk mencicirkan telefon bimbit. tak jumpa.

saya redha giler. telefon bimbit itu sudah sama usia dengan tahun pengajian saya. 4 tahun. tak, sebenarnya 3 tahun je. saya beli tahun 2008. saya guna ia sejak tahun 1 hingga tahun 4. sony eriksson w880i itu berwarna oren, battery lid dah longgar, serta permukaan rubbernya dah kotor dan kesat (eh rubber kan memang kesat?)..saya memang sudah berhajat untuk beli henfon baru, LG lollypop kaler merah ;p

mungkin sebab tu henfon saya merajuk.

dia tak patut merajuk sebab saya sayangkan dia. tatkala kawan-kawan dan ahli keluarga sudah semakin maju dan canggih dengan henfon masing2 yang touching-touching, saya masih setia dengan beliau serta punat2 halusnya itu. lagipun saya rasa tak berguna pun kalau saya beli henfon canggih2 sebab saya akan matikan dia berhari-hari serta tinggalkan dia di bawah bantal. sedangkan ipod saya pun mengalami nasib yang begitu. tak mustahil iphone ke galaxy ke sama je nasibnya nanti.

ok sangat mendalam kisah si oren ini ya. back to the main story.

di samping perasaan redha, saya juga sebenarnya dapat merasakan saya akan bertemu kembali dengan encik sony. saya tak risau langsung la pasal beliau sebab saya yakin bumi NZ tidak kejam terhadapnya telefon bimbit yang tercicir. sudah banyak cerita tentang kejujuran warga NZ yang singgah di pendengaran saya. yang tercicir wallet, bila datang balik kat tempat tercicirnya wallet itu setengan jam kemudian, wallet masih setia duduk di tempat asal. yang tinggal henfon dalam lecture hall, pagi esok pegi lecture, masih berjumpa di tempat yang sama (tp kes saya berbeza sebab saya tak jumpa henfon di tempat asal). oleh sebab itu saya tak kalut nak pergi cari encik sony pada hari selasa dan rabu.

hari khamis saya cari celah skrin Mac yang besar tu. tak jumpa gak. pastu adik-adik senior (saya adalah kakak junior) cakap cari kat office admin hunter's center tu. saya pun pegila ofis tu tapi takde orang. lepas tu saya intai ofis tu ikut tingkap, mana tau jumpa encik sony.

di bawah komputer puan admin, saya lihat seperti ada jaluran panjang kaler oren sedang melambai-lambai saya. hati tiba-tiba nak ada bunga-bunga kan. "that's my sony!! that's my sony!!" rasa nak jerit camtu tapi takdela berani.

alhamdulillah. memang saya rasa tak yah risaulah kalau tercicir barang kat sini. kalau takde kat tempat asal, mesti orang dah pulangkan kat authority untuk disimpan. sesuatu yang sangat kontra dengan malaysia. saya tercicir wallet 10 minit je kat exam hall. patah balik,tengok-tengok dah takde. tanya exam invigilator pun mereka tak tahu. sedih. kata negara Islam tapi value kurang sangat. malulah dengan NZ ni. walaupun warganya nak mabuk je tiap-tiap weekend tapi bab-bab menjaga amanah ni, jangan main-main.

inilah sebuah qudwah dari tanah selatan bumi yang harus dicontohi rakyat jelata di tanah melayu. tak gunalah kalau nak gaduh pasal hudud tapi lacking this important value.







bookworm


tadi saya menziarah rumah bawah sambil berjumpa pengantin baru aka menantu dunedin ^__^

lepas tu sebelum balik saya singgah bilik kak ireena untuk salam2. then saya tengok lambakan buku atas meja kak ireena. buku ceritalah aka novel. dan novel2 itu adalah novel2 inggeris yang sangat serious dan ber'fikrah'lah, ada nilai yang sangat tinggi untuk direnungkan disebaliknya.

masa belek-belek buku tu, tiba-tiba ada satu perasaan rindu. rindu kepada membaca novel inggeris yang begitu. novel melayu tak payah rindulah, memang currently reading pun. novel inggeris terakhir yang saya baca ialah the time travellers wife. itu pun tak habis-habis. pening dengan setting masa. kat rumah ni ada lagi novel inggeris yang dibeli tapi tak mula lagi membacanya.

bila dah terindu novel inggeris, tiba-tiba sangat merindui zaman bookworm. saya rasa zaman sekolah dulu saya super bookworm. bila saya baca blog anak kak wardina, and she told how bookworm she is, mengingatkan saya pada diri saya yang lama. satu nilai pada diri yang lama yang agak saya pandang sepi, yang sepatutnya saya bawa ia dan gabungkannya dengan diri saya yang baru.

saya masih ingat bila saya mula pandai membaca seawal usia 5 tahun- 6 tahun camtu, pantang nampak tulisan, saya pasti akan baca kuat-kuat. sampaikan abah yang waktu tu sedang memandu dari KL ke kelantan jadi letih nak dengar saya tak berhenti bercakap dan bertanya pasal cara sebutan sesuatu perkataan. setiap tulisan yang saya jumpa sepanjang jalan nak ke KB tu saya akan read out loud.

"Kota Bharu 100 km!"
"Selekoh di hadapan! Mak, selekoh tu apa?"
"Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan! Hmm..macam mana tu?"
"Kedai Tayar Ah Seng!"
"ketuk body kereta!"
"Awas! Abah, awas tu apa?"
"Lembu melintas di hadapan! mana lembunya?"

(mestilah saya ingat perkataan ni sebab dah 23 tahun berjalan di jalan yang sama KL-KB huhu)

kecenderungan saya untuk membaca membuatkan saya menerima banyak hadiah storybook masa zaman tadika dan sekolah rendah. berset-set buku cerita bahasa melayu yang acik dan pakcik wan kirimkan kepada saya. manakala mak-mak sedara sebelah kelantan banyak bagi buku cerita bahasa inggeris. masa tu tak reti baca bahasa inggeris lagi so mak kena translate setiap word kat saya.

di kampung saya di perak pula ada satu set buku british children's britannica. masa belum pandai baca bahasa inggeris, saya suka sepahkan semua buku tu dan tengok gambar. bila dah pandai baca bahasa inggeris, setiap kali balik perak, saya akan kubang buku-buku tu dan baca kuat-kuat. pastu main cikgu2 dengan buku tu, bajet nak mengajar anak murid bahasa inggeris. huhu..melihat kecenderungan saya dengan buku-buku tersebut, opah pun bagila saya bawak balik sebuah buku tu ke KL. tapi balik KL bukannya saya baca habis pun kahkahkah.

saya mula membaca novel masa darjah 3. masa tu dah rasa sangat dewasalah sebab mampu baca buku tebal-tebal. setiap kali pegi kedai buku, mesti cakap dekat mak abah "dhuha nak buku yang tebal-tebal."

masa darjah 4, bertambah kegilaan saya terhadap buku bila diadakan pertandingan buku nilam. siapa baca paling banyak buku dapat hadiah. punyalah nak menang, kadang-kadang tak baca pun buku tu, main tulis je sinopsis ikut sinopsis kat belakang buku. tapi still, saya simpan buku-buku tu untuk dibaca di waktu lapang. cuma tulis kat buku nilam secara advance sebelum membaca. yelah, kata nak menang kan. kenalah laju sebelum orang lain menambah buku lain ;p
memang menanglah sayaalmost setiap minggu di waktu itu. tapi bila final year award tak dapat pun hadiah T__T ..itulah siapa suruh membaca kerana nak award. padan muka.

start darjah 4 juga saya dilantik menjadi pengawas perpustakaan. memang tepat sekalilah jawatan itu untuk saya yang kaki buku. darjah 4 masih lagi jadi pengawas perpustakaan yang penuh dedikasi. masuk darjah 5 dah mula tunjuk belang. saya bertugas di bilik sumber, bahagian penerimaan buku-buku baru. so tugas kami kena cop buku dan tampal sampul untuk letak kad pinjaman tuh serta tulislah rekod buku-buku tersebut. heh saya pantang nampak buku yang macam best je, terus bawak balik rumah dan baca. niatnya nak pulangkan kat perpustakaan balik tapi bila masuk darjah 6, kantoi dengan mak:

"Ni mana dapat buku banyak2 ni?"
"err pusat sumber."
"boleh ke pinjam banyak2 ni?" (sebab dah penuh satu compartment dalam almari buku huhu)
"hee dhuha tak ingat nak pulangkan. ada yang dhuha pinjam, ada yang dhuha ambik kat bilik sumber sebab tu nampak baru lagi."
"hish ada ke macam tu! ni barang amanah. pusat sumber punya jadi kena pulangkan kat pusat sumber bila sampai waktu. ada ke simpan banyak-banyak kat rumah. nak bukak pusat sumber pulak ke kat sini? ni ambik macam ni dah kira macam mencuri tahu?!" huu kena marah dengan emak..mcm mencuri ke? amanah ke? masa tu baru saya sedar. sebelum ni buat tanpa perasaan bersalah pun. maka segeralah saya pulangkan buku-buku tersebut.dengan buku-buku saya yang lama sekali saya donatekan. sedih pulak nak pulangkan buku2 tu. best kot. baca banyak-banyak kali. lagipun saya suka tengok rak buku saya penuh.

di sekolah menengah pula barulah saya rajin membaca novel inggeris. habis penuh buku nilam tu diisi dengan novel inggeris je. masa tu dah tak main dah baca novel-novel melayu ni. saya label semua novel melayu as 'jiwang'. saya cuma baca novel sekolah je. bajet kool sangatlah tu membaca dalam bahasa inggeris kan. haih~ sampai sekarang saya tak tahu novel melayu apalah yang ada kat library SMKCP. memang tak jejak seksyen novel melayu.

zaman sekolah juga saya sungguh tekun baca buku pelajaran. tapi kena baca pukul 10 malam onwards, barulah boleh mendapatkan ketekunan yang jitu begitu.sekarang tak lagi dah. sorrylah nak tekun-tekun membaca buku gigi.

i love the smell of the books. saya ada satu habit yang suka cium buku secara tiba-tiba ketika sedang membaca. rasa macam nikmatlah dapat cium buku tu. saya juga sejak kecik sangat obses dengan rak buku.. suka menyusun buku kat rak (sebab tu jadi pengawas pusat sumber) lepas tu bahagia sorang-sorang bila nampak rak buku penuh. habit ni tak baiklah jugak sebab saya ada tendency untuk membeli buku semata-mata untuk memenuhkan rak, lalu suka beli buku tebal-tebal. ada je niat nak baca tapi dah namanya pun buku tebal, mestilah duduk dalam senarai terakhir dalam waiting list.

people said if you want to know somebody, have a look on her/his bookshelves. what you read is what you are. pada saya kata-kata itu masuk akal, boleh diterima. silalah tengok rak buku saya kalau nak dapat sedikit idea tentang siapa saya. ada buku dental maka saya budak dental. ada buku islamic maka saya orang islam yang masih belajar tentang islam etc. etc. sedikit idea je okeh. i'm not saying by looking at someone's book collection you dont have to know her by heart.

hmm..seronok bila cerita pasal buku. i miss the moment when i would read macam orang gila habis satu buku, baca buku lain. habis lagi, pegi beli dan baca lagi. still ada lagi sisa-sisa habit itu tetapi i just realized its no longer my number one activity after a tiring/during a boring day. instead of face the book macam nak telan buku, saya kini lebih suka face.book.ing..duh~ dan lagi lebih banyak membaca secara maya berbanding duduk membelek buku. baca dalam laptop best jugak tapi tak boleh bau laptop!!

and just recently i noticed how my attention span for words has decreased. baca dalam laptop ke, dalam buku ke, kejap je dah distracted. dah tak fokus. benci!! mulalah nanti words nampak blur, berangan, bermenung tengah-tengah jalan maka lambatlah nak habiskan satu buku atau satu artikel.

maybe i should shut down facebook so that i can face the book.

Allah berfirman yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

(al-Alaq: 1-5)

Wednesday, September 28, 2011

masak di kampus

kenapa most of asrama dan dorm dekat universiti2 malaysia tak sediakan dapur? sejak saya di INTEC lagi saya question benda ni. ada alasan bahawa ianya akan menggalakkan kebakaran. aduhaii

patutlah zaman sekarang ni anak-anak dara belajar tinggi tapi tak betah di dapur. betah tu apa ya? huhu..saya nak kata, tak melekat di dapur. saya juga jenis tak melekat di dapur. tapi sejak duduk di IMU saya semakin pandai duduk dapur. lepas duduk kat NZ, lagilah semakin mahir di dapur.

biasanya faktor duit yang tak banyak, akan menambahkan lagi kepakaran memasak di dapur. mcm kat NZ pulak, faktor makanan tak halal turut menyumbang ke arah kekerapan mengasapkan dapur lalu meningkatkan kemahiran memasak.

jika kolej2 menyediakan dapur, bukan sahaja menyelamatkan kewangan pelajar serta menambah skill menggoreng, menumis, merebus, membakar dan sebagainya. Ia juga turut mendidik anak-anak dara rajin ke pasar bagi mencari bahan mentah, pandai memilih ikan segar, sayur segar dan buah-buahan segar. secara tidak langsung akan meningkatkan tahap kesihatan para pelajar melalui pemilihan makanan yang bersih, segar, sihat dan berkualiti. tidaklah nanti para pelajar terlalu bergantung kepada mi segera demi untuk survival di kampus sebaik sahaja mengalami kekeringan wang poket.

usah dirisaukan dapur terbakar..kebarangkaliannya kecil. ambillah risiko demi masa depan pelajar yang lebih gemilang. saya sendiri pun dah dua kali membunyikan fire alarm sebelum menjadi bertambah mahir dalam arena masakan ini. kalau tak mencuba, mana tahu. kalau tak berani mengambil risiko mana nak pandai.

hah, camtulah.

rancangan bertabah dalam dentistry

ikrar saya pada diri sendiri:

akan berusaha sampai tak larat untuk memerangi kebencian terhadap dentistry!
akan sentiasa rajin mengulangkaji pelajaran sekalipun rasa nak muntah!
akan tetap memohon doa dari Allah agar dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kecintaan dalam bidang ini!
akan cuba istiqamah dalam setiap usaha yang dilakukan dalam 'Rancangan Bertabah dalam dentistry' ini. ameen ya Rabb

saya bersaksikan kalian sekalian yang membaca, berikrar dengan ikrar di atas. Saya pohon restu dan perkenan Ilahi agar bantu saya ke arah mencapai matlamat rancangan saya ini.

Tuesday, September 27, 2011

a reminder

Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya. (from ikhwanonline.com)

oh ada satu yang paling payah saya rasakan. berlaku ihsan dalam bidang akademik.uhuk2..menarik nasihat ini. kena bersungguh-sungguh dan komited dalam bidang akademik seperti Allah melihat kamu dan kamu melihat Allah (ihsan)

minat yang mendalam pun masih belum berjaya dipupuk apatah lagi rasa ikhlas dan ihsan. ya Allah kepadaMu aku memohon agar dikurniakan rasa ihsan dalam menimba ilmu akademik

p/s: saya sekarang bukan lagi at the stage of 'tak suka' dentistry tapi dah sampai tahap 'membenci' dentistry. but i believe that's reversible

the monday

saya telah berjumpa dengan seorang pesakit kanak-kanak. beliau bukanlah seorang kanak-kanak yang gembira sepertimana kanak-kanak lain. bercakap pun seperti nak tak nak. terasa awkward juga nak bersembang kencang dengan kanak-kanak sebegini. namun bila duduk dalam silence, lagilah terasa awkward. maka saya tanya soalan biasa "how's school today?"..kemudian dia menjawabnya "i dont go to school. i'm doing homeschool"

saya pun " i see..so why dont you go to school?" makcik yang penyibuk ni meneruskan pertanyaan hoho.

"i have hayfever. i always got sick and skipped school. so mum said i dont have to go to school anymore."

she did mention about the hayfever just now tapi ingatkan hayfever yang biasa-biasa je. rupanya hayfever yang serius. patutlah beliau tidak segembira kanak-kanak lain. simpati menyinggah di hati.

and then made me wonder, alangkah bestnya kalau saya juga boleh homeschool. saya juga selalu sakit apa. skipping class is my habit. tapi habit yang tak disengajakanlah..tapi bila saya fikir2 balik, bila sakit sikit saya memang tak nak pegi sekolah tapi kalau pegi usrah, sakit2 pun saya redah je. mungkin bila tiada minat dalam sesuatu bidang itu, alasan yang sedikit pun boleh buat tak nak pegi sekolah. saya kena praktis untuk tetap ke sekolah walaupun sakit2.

cakap pasal sakit, semakin menjadi-jadilah sakit perut saya ini. adakah saya perlu atau bakal melalui pembedahan pembuangan hempedu seperti abah dan adik beradiknya yang lain? saya tekan perut dengan tangan sikit pun dah terasa sakitnya. tapi menurut mak, abah dulu sakit gila-gila sampai ke belakang badan sebab tu buat operation. mungkin saya masih stage 1.

hal yang kedua, telefon bimbit saya hilang. saya tak ingat di mana saya cicirkan ia. rindulah pulak. lepas tu kena perli dengan housemates "ala rindu pulak..selalunya kalau ada hanset macam takde je. tak charge berhari-hari, tak bawak hanset, tak jawab call tak jawab mesej etc etc.." huhu..mungkin telefon bimbit saya itu sudah merajuk.

Friday, September 23, 2011

lemah sesaat

pagi test susah. tak sempat jawab 70% of the questions. sedih tapi chill lah..masih boleh suka-suka lagi (sebab saya tak suka menyukarkan fikiran saya dengan exam yang sedia susah).

petang tadi pesakit datang dengan gigi yang patah. ni dah kali kedua gigi beliau patah. saya tak tahu nak buat apa. tutor pun pening tak tau nak buat apa. saya silap faham arahan tutor saya. tutor saya cakap dont worry. tp muka patient saya tidak bahagia. saya pun rasa tak bahagia. sedih. tak boleh nak chill dah.

berjalan ke CNS untuk ke program mingguan, Quranic Circle (QC). jalan dengan hati sebak tapi masih mampu bagi senyuman kat orang-orang asing yang lalu lalang. sekali nampak geng QC berjalan ke arah saya. QC dah habis rupanya. habis awal pula. sedih lagi macam ada batu besar turun daripada awan yang gelap. baru ingat nak menenangkan hati dengan menghadiri QC.

masih mampu bersuka-suka, gelak ketawa riang bersama-sama kawan2 sambil jalan kaki pulang ke rumah meredah cuaca sejuk dan mendung.

akhirnya tiba ke rumah. sementara menunggu waktu berbuka, airmata tak tahan dah. saya tak nampak masa depan saya sebagai dentist. saya tak tahu macam mana pengakhiran saya dengan bidang yang tidak saya sukai ini.

tiba2 ada post tentang Rasya al-Adluni kat FB. saya baca. lepas tu saya korek lagi kisah beliau. lepas tu teringat pula kisah zainab al-ghazali dalam novel 'hari-hari dalam hidupku' yang baru saya habiskan tengahari tadi. kekuatan datang begitu sahaja. rasa lemah terus hilang. mungkin berkat doa orang berpuasa. alhamdulillah. lemah hanya sesaat (bukanlah betul2 sesaat. just nk ckp betapa singkatnya rasa lemah yang saya alami itu)

alhamdulillah. saya nak tanam dalam2 segala semangat dan kekuatan srikandi2 Islam dalam sanubari saya hingga ia tumbuh subur dalam jiwa dan bersedia untuk menghadapi cabaran2 dan ancaman2 dalam kehidupan. ameen2!

Thursday, September 22, 2011

salah sendiri

tamatnya Ramadhan menandakan pembebasan iblis dan syaitan daripada belenggu mereka. seringkali kedengaran keluhan2 atau gurauan2 manusia yang melakukan kesilapan di bulan syawal "ini semua salah syaitanlah ni. bulan puasa hari tu baik je aku."

lemah sangat ke kita ni sampai harus kalah dengan hasutan syaitan? di mana kekuatan kita? kalaulah nafsu sendiri berjaya kita tewaskan di bulan ramadhan, kenapa bila syaitan dibebaskan kita menjadi lemah-lemahnya, begitu senang termakan hasutan.

malulah. saya juga berkata kepada diri sendiri yang tak terkecuali menyalahkan syaitan.

bukan salah syaitan. tapi salah diri kita sendiri. ingat, pilihan di tangan kita sendiri. nak jadi hina atau mulia? nak tewas dengan syaitan atau gagah dengan prinsip Islam yang kita pilih untuk pegang?

saya tertarik dengan post seorang kawan di FB

Ketika saya masih muda
Saya mengembara untuk merubah dunia

Semakin saya meningkat dewasa
Saya rasakan hasrat ini terlalu tinggi
Jadi saya bercadang untuk merubah negeri pula

Semakin dewasa, ini juga saya dapati terlalu tinggi
Jadi saya bercadang untuk merubah bandar saya

Apabila saya sedar, ini juga tak dapat saya lakukan
Saya cuba merubah keluarga saya

Kini saya sudah tua, saya sedar saya seharusnya
Bermula dengan merubah diri saya sendiri

Jika saya telah bermula dengan diri saya sendiri
Mungkin saya akan berjaya merubah
Keluarga saya, bandar saya
Atau mungkin juga negeri saya
Dan siapa tahu, mungkin dunia ini juga
Ya, segalanya bermula dengan diri sendiri. Kalau salah pun, salah diri sendiri.

Wednesday, September 14, 2011

the gift


i remember seeing mak with her sembap face every morning in the last few years. those red flushed face, watery dan swollen eyes, smiles that were not really a smile and her tired expression.

pemandangan itu adalah sangat menyakitkan hati saya, melukakan hati saya. rasa macam ada awan hitam meliputi saya. sedih. siapa larat tengok mak sendiri jadi camtu.

sejak itu, seingat saya, saya menjadi sensitif. Allah jadikan saya senang perasan dengan ekspresi orang sekeliling. saya sgt sensitif dengan air muka orang. saya boleh perasan perubahan ekspresi wajah orang lain. tapi sejujurnya saya amat terganggu dengan hal ni. disebabkan 'anugerah' itu, saya akan segera berasa awkward sebaik sahaja airmuka orang berubah. dan saya lebih suka pretend tak tahu atau tak sedar apa yang berubah di wajahnya. kadang-kadang saya berharap saya lebih blur dan blunt. hoho..

sebab tu dengan membuat kerja-kerja dentist, saya mudah terganggu. saya perasan aje lah muka patient tu berubah. sampai tak sampai hati nak teruskan treatment sebab kelihatannya sakit sangat. sampai takut nak teruskan treatment sebab kelihatannya marah sangat. sampai segan nak teruskan treatment sebab kelihatannya sangat gatal.

tapi rasa saya, itulah anugerah yang Allah bagi kat saya. mungkin anugerah itu masih baru lagi. hoho sejak sekolah menengah kot, baru apanya. tapi mungkin bagi orang yang kelihatan heartless mcm saya ni, ia sesuatu yang baru buat saya. saya bukanlah orang yang caring. bukan juga orang yang loving habis. bukan juga orang yang tinggi daya empathy. like my friends always said 'dhuha nampak sungguh takde feeling, sungguh heartless'..haha tak kesah je orang cakap camtu. mmg saya mahu diri saya appear macam tu depan orang ramai. kalau saya ada instinct orang tu sedih ke marah ke sakit ke, saya cuba buat-buat tak perasan.

but one day it came to my thinking, bila saya sedih atau marah atau sakit, biasanya orang tak perasan. dan saya pula jenis yang suka mendiam seribu bahasa, tak nak bagitahu perasaan sendiri kat orang lain. most of the timelah. biasanya kalau saya bising-bising kat belog atau fb atau ym tu bukanlah masalah yang sulit sangat utk saya. yang terlampau sulit saya luah pada Tuhan je. rasa nak bagitahu orang tapi tak tahu nak bagitahu siapa dan tak tahu nak bagitahu macam mana.

lalu saya berfikir mungkin orang lain pun ada perasaan camtu. maka dengan 'anugerah' yang Allah bagi kat saya ni, mungkin saya dapat ringankan beban orang lain. mungkin saya dapat memupuk sifat caring dan loving, mungkin dapat tinggikan daya empati, mungkin dapat jadi anak yang lebih solehah. mungkin persediaan untuk jadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik?

and then i started to appreciate that gift tapi saya masih baru lagi dalam arena membaca perasaan orang lain.

i remember seeing my close friend yang almost setiap pagi bengkak mata, merah muka, senyuman yang bukan senyuman..sedih dan sakit hati melihat ekspresi itu. lagi sedih dan sakit hati bila membayangkan perasaannya itu terpaksa ditanggung sorang-sorang while kawan dia yang ada 'anugerah' ni hanya memandang dengan heartless, tak cuba dekati dia pun. kawan baik dia yang ada 'anugerah' ni hanya buat-buat tak tahu dan buat-buat tak faham.

dan sekarang perkara yang sama yang terjadi kepada mak dan my close friend itu terpamer pulak di wajah adik bongsu penghuni rumah kaki bukit ni. it hurts me to see that face and i can't bear sitting quietly in my room hoping and praying that she'll be better. I have to do something.

ya Allah, hilangkanlah kesedihan daripada wajah-wajah kesayangan hamba.

meminjam semangat Zainab al-Ghazali

saya tak nak menulis panjang-panjang.

but i have this urge to write a post that might be quite lengthy. huhu..

saya telah membaca sebuah novel tentang sebuah kisah benar. novel yang telah saya cari sejak tahun lepas itu rupa-rupanya kak ghah dah ada. maka beliau meminjamkan kepada saya dengan kadar segera pada bulan ramadhan yang lalu. saya pun membaca dengan kadar segera tapi secara sedikit-sedikit muka surat.

hari ni terbaca banyak muka surat pula. ok dhuha. tak perlu mukadimah panjang begini. pendekkan post anda sependek mungkin.

mari meloncat terus kepada isi-isi penting. buku tersebut tentang kisah hidup Zainab al-Ghazali. ketua Jama'ah Muslimat Mesir dan juga pejuang Ikhwanul Muslimin. Kebanyakan kisahnya adalah tentang kehidupannya dalam penjara di Mesir semasa pemerintahan Jamal Abdel Nasir.

Jamal Abdel Nasir merupakan pemerintah yang zalim. yang memuja sistem taghut dalam pemerintahannya. you know, segala 'ism' ciptaan manusia seperti kapitalism etc. Manakala Ikhwanul Muslimin ialah sebuah jamaah yang ditubuhkan demi mendokong cita-cita Islam dan menyebarkan sistem Islam ke seluruh dunia serta menolak segala sistem taghut ciptaan manusia.

Pendokong tagut sudah tentulah tidak senang dengan hal ini. Mereka menyangka IM nak jatuhkan kerajaan Mesir dan nak bunuh Jamal Abdel Nasir serta menteri-menteri lain. Sebab tu anggota-anggota IM semua ditangkap termasuk pengasasnya As-Syahid Imam Hasal Al-Banna dan yang lainnya seperti Sayyid Qutb, Hasal al-Hudaibi dan ini termasuk juga Zainab Al-Ghazali.

ok tu serba-sedikit latar belakang cerita. Sila baca sendiri. Daripada baca kisah-kisah khayalan ciptaan manusia, lebih baiklah baca kisah sebenar kan? Huhu dhuha, bilakah turn anda untuk tulis kisah sebenar pula?

ok point saya di sini ialah...kagum. kagum dengan semangat pejuang wanita ini dan juga pejuang-pejuang yang lainnya. Dipenjarakan tanpa makan dan minum selama berhari-hari tapi masih hidup, masyaAllah..kuasa Allah..kemudian diseksa hari-hari sampai berlumuran darah, diletakkan dalam penjara bersama anjing-anjing yang ganas namun semua itu tidak mampu mengganggu gugat keimanan mereka dan bai'ah mereka kepada jamaah. mereka sekali-kali tidak meninggalkan kepentingan jamaah sendiri. mereka tidak sanggup menghina anggota jemaah yang lain demi memuaskan hati pihak penguasa. mereka menolak tawaran yang berupa jawatan tinggi, wang, status kedudukan yang mewah dan sebagainya.

Inilah yang membezakan anggota jamaah islam dengan anggota pertubuhan-pertubuhan yang lain yang berasaskan duniawi. Mereka takkan terpukau dengan dunia, mereka juga hanya sibuk bekerja untuk tujuan mendapat redha Allah, tidak dikelabui matlamat dunia. mereka berpegang kuat pada tali Allah dan memasangkan tali-tali itu antara satu sama lain sesama anggota jamaah, yang menjadikan ukhwah mereka begitu kuat dan teguh. hanya kerana mereka bersama-sama menyatu di bawah lembayung Quran demi dakwah Islam. Biarlah diseksa macam mana rupa sekalipun, mereka tetap dengan keimanan yang teguh.

Rasulullah telah melalui jalan ini. Dan inilah satu-satunya jalan yang menjanjikan redha dan syurga Allah. jika ikhlas berjuang di atasnya.

seringkali pendokong mazhab duniawi tidak faham dengan gerakan Islam sebegini. mereka tidak faham matlamat perjuangan dakwah. mereka menuduh jamaah islam sebagai pengganas, mahu membunuh pemimpin, mahu menjatuhkan kerajaan. sekalipun diterangkan matlamat sebenar, mereka tidak pernah faham. Namun dalam kisah ini, Zainab al-Ghazali tak pernah jemu menerangkannya walaupun akhirnya beliau difitnah kembali dan diseksa.

jamaah islam bukanlah sebuah pertubuhan. tetapi sebuah ikatan. ahli-ahlinya tidak mendapat gaji lumayan tetapi mereka sendiri yang menyumbang harta,tenaga,masa dan nyawa untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah. mereka bekerja hanya mengharapkan redha Allah, bukanlah ganjaran duniawi. mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain atau anggota lain tapi mereka sendirilah yang menggerakkan diri mereka sendiri di dalamnya dan hanya meletakkan pergantungan kepada Allah agar usaha dakwah mereka berkembang. maka datanglah masalah apa pun, mereka tetap tenang dan redha menghadapinya tanpa keluh kesah dan rasa penat. Ini, yang saya personally rasa, gagal difahami orang kebanyakan yang fikirannya berorientasikan dunia. Dan hal ini ketara dipamerkan dalam novel ini. Betapa apabila hidup hanya menggunakan neraca duniawi, segala perkara yang berpaksikan neraca ukhrawi menjadi seakan-akan tak masuk akal bagi mereka and they just can't accept it.

oh how i wish i can be like Zainab al-Ghazali. perempuan-perempuan sebegini (Sumayyah, Zinnirah, Khaulah etc) selalu buat saya cemburu. ah cemburu! Ya Allah, kurniakan aku kekuatan seperti mereka. ameen!

Tuesday, September 13, 2011

why not blame ourselves?

ramai yang suka memandang kepada luaran. bila berlaku apa-apa yang tak memuaskan hatinya, semudah itu menuding jari kepada orang lain.

remember, jari yang menuding keluar itu hanya satu sebaliknya lagi 4 jari menuding ke dalam, yakni menuding ke arah diri sendiri!

sit back and relax, muhasabah semula. mungkin saja segala kekacauan itu datang dari diri sendiri!

kalau kita sakit tapi takde seorang pun housemate yang tahu dia sakit apa lagi nak menjenguknya di bilik sewaktu sakitnya, mungkin kita sendiri bukanlah orang yang cukup caring nak jaga atau ziarah orang sakit.

kalaulah kita masak untuk jamuan tapi takde orang makan, mungkin makanannya tak sedap atau dah basi? janganlah terus dituduh orang lain membazir atau cerewet atau memilih etc. etc.

kalaulah tak ramai orang datang mengundi, mungkin kita sendiri yang tak cukup promosi agenda kita sendiri, mungkin orang tak tau pun ada majlis mengundi!

kalaulah ada orang tak dapat tolong kita, mungkin orang itu ada komitmen lain, sedang sakit, atau mungkin diri kita sendiri tak pernah tolong orang sebelum ni!

sikap terlalu menyalahkan orang lain, berburuk sangka dan tidak selidik betul-betul dahulu sebelum menuduh sering mendatangkan kegelisahan dalam diri sendiri. jika hati dipenuhi dengan segala yang negatif, bagaimana nak tenang dan bagaimana unsur-unsur kebaikan nak masuk?

diri kita bukanlah bagus sangat sampaikan semua orang di sekeliling dirasakan tak bagus itu dan ini.

bertenang. masa untuk basuh hati ok kawan-kawan dan diri sendiri juga terutamanya! dan sesungguhnya hati yang tenang itu hati yang sering mengingati Allah dan hati yang sering mengingati Allah takkan berani bermaksiat dan membiarkan unsur2 negatif melekat di hatinya.

^__^

Sunday, September 11, 2011

jom berhenti main lidi

serabutnya baca isu-isu kat malaysia. yang bergaduh pasal sejarah tu buat apa. benda dah lepas. ambil ibrah je sudahlah. dipanjang-panjangkan pulak. sampai menyentuh sensitiviti keluarga mereka yang terlibat.

hai la tanah airku..sudah-sudahla bermain dengan lidi. jom main chess pulak ke..kata dah 54 tahun merdeka. tapi dok main permainan budak-budak lagi. gaduh pasal lidi.

pada pandangan saya, sekarang ini paling penting ialah bersungguh-sungguh sampai tak larat membangunkan umat. dah takde masa nak debat-debat pasal sejarahlah, pasal orang tu salah orang tu betul lah. tak nampak ke umat tengah tenat ni. cer matang sikit.

untuk jadi ahli politik, budak lepasan SPM pn boleh kot kalau isu-isu sebeginilah yang diperjuangkan. hilang fokus.

Saturday, September 10, 2011

mutiara drpd mualaf

saya nak kongsikan apa yang saya dapat drpd convert talk semalam. convert talk tersebut telah memberi peluang kepada 3 orang brothers yang mualaf untuk berkongsi kisah.

apa yang menarik perhatian saya ialah persamaan jawapan ketiga-tiganya bila ditanya "what is the hardest thing for you to let go when you reverted to islam?"

ketiga-tiganya menjawab "relationship with women"

kata mereka, budaya hidup mereka menjadikan mereka terbiasa dengan rutin memeluk wanita, berdating, berparti dan bergaul bebas dengan wanita. sebaik sahaja mereka mengenal islam dan memeluk islam, mereka mula sedar bahawa islam amat memandang serius soal pergaulan antara jantina berbeza, yang bukan muhrim.

maka adalah susah untuk mereka meninggalkannya terus namun mereka tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh sampai tak larat (mujahadah) agar dapat menjaga batas-batas pergaulan. subhanallah. mereka baru memeluk islam tapi mereka terus take note soal itu dan bermujahadah untuk menjauhinya. saya sendiri dah hidup lebih daripada 23 tahun namun masih ada lagi sisi-sisi ikhtilat yang masih belum dapat saya singkirkan dalam hidup. apa yang telah saya buat selama hidup saya ni?

terharu dengan pengorbanan yang mereka buat. mereka berjaya menyingkirkan pergaulan bebas. takkanlah saya yang dah lama jadi muslim ni tak boleh kan?

ya, harus bertegas!

tertarik juga dengan kata2 seorang pakcik yang memang dah muslim sejak lahir.

"we are here to learn from you. we are no better than you. you are actually better than us. because we've been a muslim for so long that we tend to take things for granted. but you guys, masyaAllah are amazing, you searched for Him and you valued that gift from Allah so much. that is why we are here so that we can learn something from you and feel and appreciate something that we missed and failed to do so during our entire life."

bila rugby WC di luar rumah


bila rugby worldcup di luar rumah...

aku melihat bandarnya berubah wajah
aku melihat jalan-jalan ditutup
aku melihat kafe-kafe menambah tempat duduk
aku melihat manusia sekelilingku berwajah gembira
aku melihat wajah-wajah diconteng pelbagai rupa
aku melihat dari jendelaku manusia bersuka ria

aku mendengar alunan irama pelbagai rentak bergema seluruhnya
aku mendengar suara sorakan yang gemuruh
aku mendengar gelak hilai tawa yang panjang
aku mendengar bunyi hon yang membingitkan
aku mendengar nyanyian manusia mengatasi kicauan burung

gembiranya manusia di luar sana
meriahnya tempat tinggalku
sementelah aku berkurung di sini
menahan diri daripada godaan hiburan yang membuang masa
merenung diriku yang lalu
sudah pasti aku turut menyertai pesta penuh kegembiraan ini

aku memandang dari dalam jendela
berkata sendiri pada hati
usahlah kau tertipu dengan kegembiraan di luar sana
bersiap-sedialah untuk berbahagia di alam abadi
terngiang pesan al-banna
sesungguhnya tanggungjawab kita
melebihi waktu yang ada

bergembiralah warga yang berhibur
sementara menanti duka berpanjangan di alam sana



ketika az-zahrah bertasbih


Alkisah di sebuah pesantren tua di lereng gunung berkabut. Sang kiai, hendak mencari pemimpin baru. Sang Kiai merasa dirinya yang sudah tua, tak cukup kuat lagi mengurus pesantrennya. Ia hendak mundur sebagai pemimpin pesantren dan memberi kesempatan pada santrinya yang lebih muda untuk memimpin pesantren tersebut.

Untuk mencari siapa pengganti nya, sang guru mengadakan semacam ujian yang sederhana saja iaitu bahwa semua santrinya disuruh mencari bunga yang paling indah untuk menghiasi taman di dalam perguruan tersebut. Nanti sang kiyai akan menilai siapa santri terbaik yang akan menjadi penggantinya kelak.

Para santri agak hairan juga dengan permintaan kiyai tersebut, apa hubungan bunga dengan kepemimpinan? namun mereka semua sudah tahu, bahwa sang kiyai memang suka menyampaikan pesan yang tersirat. pasti ada sesuatu hikmah tersembunyi di balik ujian tersebut.
Maka di pagi hari pergilah para santri perguruan tersebut ke pelbagai tempat, mencari bunga yang paling indah.

Setelah seharian melakukan pencarian ke seluruh pelosok bukit dan lembah,pada waktu petang para santri telah mendapatkan bunga nya masing2, yang menurut mereka adalah bunga terindah. Maka berkumpullah para santri perguruan tersebut membawa bunga masing2 yang menurutnya adalah bunga yang paling indah.

Bunga2 indah , berwarna warni, beragam bentuk, dari pelbagai penjuru pun dikumpulkan para santrinya. Sang kiyai pun memperhatikannya, kemudian menanyakan pula dari mana asalnya. Setelah terkumpul, kemudian bunga bunga tersebut disusun di halaman pesantren, agar semua santrinya dapat melihat. Semua santri duduk melingkar mengelilingi lapangan tersebut, sambil menunggu keputusan daripada sang kiyai.

Semua santri telah mengumpulkan hasil pencariannya, saat dihitung, ternyata masih ada seorang santrinya yang belum mengumpulkan tumbuhannya. Tak lama kemudian datanglah santrinya yang terakhir mengumpulkan bunga,dia kelihatan sangat penat , seperti telah berjalan jauh. Dia pun sampai ke tengah halaman disaksikan semua santri lain, sambil membawa bunga2 yang dibungkus dgn kain. Kemudian dia membuka bungkusan tersebut danmenyerahkan bunga2nya kepada sang guru besar.

Namun bunga yang diberikannya adalah bunga yg sudah layu, semua santrinya pun kaget dan tersenyum geli hati. Ada ke patut beri bunga yang layu kepada kiyai? tidakkah nanti kiyai akan marah?

sang kiyai pun bertanya ; kenapa bunga ini yang kamu bawa ke sini ?

sang santri pun menjawab ; wahai guruku, aku telah pergi ke pelbagai daerah mencari bunga terbaik sesuai dgn permintaanmu, tapi sepanjang perjalanan, aku mendapati semua bunga tersebut sedang sibuk bertasbih memuji keagungan Tuhan, mereka sibuk berzikir.., aku tak sanggup memetiknya, kerana aku khuatir aku akan memutus pujian tasbih bunga2 tersebut. Kemudian aku terjumpa sekuntum bunga yang telah layu terkulai dari tangkai. Ooh nampaknya bunga ini telah lelah, telah selesai bertasbih.., karena itulah ku ambil dan kubawa ke sini bunga itu...

begitulah cerita sang santri terakhir yang didengarkan bersama oleh sang kiyai dan para santri yang lainnya.

Sang kiyai pun tersenyum mendengar penjelasan santri tersebut.
Dia kemudian menyuruh santri terakhir tersebut untuk duduk bersama santri2 yang lain, mengelilingi lapangan di tengah perguruan tersebut.

Wahai santri2 ku, permintaan ku untuk mencarikan bunga yang terbaik, sebenarnya adalah sebuah ujian dariku, untuk mengetahui sedalam mana ilmu kalian, sejauh mana keakraban kalian dengan Allah yang Maha Bijaksana dan bunga yang kamu ambil, adalah perumpamaan kepada kedalaman ilmu kalian.

Sebenarnya bunga layu tersebut secara zahirnya tidaklah indah lagi, tapi ia telah dengan penuh bakti bertasbih pada sang Maha Pencipta , bertasbih dengan caranya sendiri menebar keindahan dan harum semerbak, itulah keindahan yang lebih bermakna . Santri ku yang terakhir yang telah mengumpulkan bunga itu lebih memerhatikan proses bagaimana alam memuji kebesaran Allah, dan tidak mencari kekuasaan, untuk menjadi pemimpin perguruan ini, dia tahu sendiri, bahawa bunganya bukan yg paling indah dan tak mungkin terpilih jadi pemimpin disini.

Saya perhatikan semua bunga yang kalian kumpulkan sungguh indah, namun bukan keindahan itu yang utama, tapi apa makna yang kamu raih dari alam ini. Santriku yang terakhir telah dapat mendalami makna alam ini dengan sangat mendalam. Dia sedar betapa alam , makhluk ciptaan Allah, selalu bertasbih memuji kebesaran Allah, termasuk bunga2 tersebut. Dialah santriku yang paling dalam ilmunya dan tidak mengejar nafsu kekuasaan, kerana itu dialah yang kupilih untuk menjadi guru besar di perguruan ini, melanjutkan kepemimpinan ku.

Semua santri2 nya diam terhenyak, termasuk sang santri terakhir tersebut, yang kaget juga mendengar keputusan sang kiyai. Namun semuanya bisa memahami penjelasan falsafah yang disampaikan oleh sang kiyai.

Thursday, September 8, 2011

bermujahadahlah sampai tak larat!

sambil menepuk-nepuk Furqan yang terjaga daripada tidurnya, kak Affiza menyambung bicara.

"Akhwat kenalah bersungguh-sungguh sampai tak larat!" Kata-kata kak affiza disambut dengan gelak tawa kami semua yang masih setia dalam bulatan gembira walaupun jam dah melepasi 10 malam.

"kenapa korang gelak? kelakar ke?" soal kak affiza kehairanan. kami ketawa lagi.

"eh betul lah! akak serius ni! kalau buat kerja tapi belum sampai rasa tak larat tu, belum bersungguh lagi tu! kata mujahadah..mujahadah...tapi ada lebihan tenaga lagi. bukan mujahadah namanya."

errkk..hehe hamik kau. terkena. hehe..terkesan dengan kata-kata itu. selama ni rasa diri dah cukup susah payah, dah cukup bersungguh, dah bermujahadah habis-habisanlah. tapi sebenarnya tidur sampai 10 jam. main game sempat lagi. tengok movielah. penat buat aktiviti lagha je.

"untuk seorang da'i, perkara harus yang orang lain buat merupakan satu dosa baginya." kata kak affiza semalam, dalam mengupas tajuk intima' jamaie.

contohnya, menonton wayang, tengok tv, sembang kosong etc..yelah, du'at banyak kerjanya. melebihkan masanya untuk perkara-perkara yang harus hanya akan melambatkan kerja dakwahnya lalu menjadi satu dosa buat dirinya.

puk! terkena diri sendiri lagi.

alhamdulillah kedatangan kak affiza selaku sekretariat antarabangsa yang ditugaskan untuk ziarah kami di NZ ni telah banyak bagi kesedaran buat diri ini. membuka mata saya yang makin lama makin layu pulak. tanggungjawab banyak ni. tapi masih slow lagi. "tak boleh! akhwat tak boleh lembap! akhwat tak boleh malas! akhwat kena belajar untuk menjadi perempuan! ikhwah ramai yang komplen zaujah tak boleh buat itu ini. akhwat kena itu! kena ini!" haa kan dah kena bebel dengan kak fiza. ^__^"

sesungguhnya saya kagum dengan kak fiza. datang ke NZ bawak dua orang anak kecik. yang sulung baru setahun 9 bulan. yang bongsu baru 7 bulan. masa kami berdaurah, yang sulung diletak di bawah jagaan zaujnya. yang bongsu pula kuat menangis. tapi ajaibnya setiap kali tiba waktu daurah, Furqan akan tertidur. tapi beberapa minit sebelum mula tu jenuh jugak nak bagi dia senyap dan tidur. sesekali kata-kata kak fiza semasa daurah terganggu dek rengekan furqan. maka kak fiza akan terus menyampaikan ilmunya sambil berdiri, sambil menepuk-nepuk furqan, sambil menyusukan furqan. memang super womanlah. dalam hati saya mengimpikan untuk menjadi sekuat itu, sampaikan boleh menyampaikan ilmu dalam keadaan menjaga anak. subhanallah, wanita apa tu? wanita islam perkasa lah ^__^

insyaAllah segala ilmu yang saya dapat sepanjang bersama kak fiza akan cuba saya amalkan. nasihat-nasihat personalnya kepada saya juga akan cuba saya telan dan hadam. insyaAllah! mari belajar jadi muslimah sejati. mari belajar jadi da'i sejati juga. sedang baca buku 'hari-hari dalam hidupku' dan sangat terkesan dengan kekuatan zainab al-ghazali. insyaAllah mahu jadi seperti itu! ah banyak sangat role model la dhuha ni. pendek kata, mahu menjadi muslimah yang ada ciri-ciri ahli syurga ^__^ (senyum lagi)

marilah bersungguh-sungguh sampai tak larat!


Wednesday, September 7, 2011

miyanhada

tiba2 saya rasa adalah tidak proper mengadu kisah rumah tangga dalam belog. memang sejak terpublish, saya berasa tidak sedap hati. selama ni mmg bila ada masalah rumah tangga, saya akan tulis laju2 penuh emosi kat belog ni tapi tak publish. hanya buat pekasam dalam draft. namun hari tu terpublish secara laju pula. bila masuk komen 'kenapa jadi camtu? macam mana? etc etc"

tak pasal-pasal orang lain jadi curious dan nak tahu dengan lebih mendalam. ini sudah tidak bagus. artikel yang tak mendatangkan amal dan tidak bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. maka saya buang. sapa yang tak baca tuh baguslah. jangan tanya pula tentang apa ye. sapa yang baca, sejuta kemaafan dipohon jika apa yang kalian baca hanya membuang masa kalian.

memanglah kita tak mention nama orang2 yang terlibat. tapi sememangnya isu dalaman rumah tangga tak elok didedahkan pun. bukankah saya sedang prektis nak jadi isteri solehah. belum jadi isteri pun dah cerita hal rumah tangga kat belog, dah kahwin nanti nak jadi apa?

astaghfirullah...

Tuesday, September 6, 2011

walimah impian

lupa pula nak berkongsi kisah pernikahan dari auckland.

alhamdulillah ukhti natasha dah selamat diijabkabulkan dengan zaujnya dalam sebuah majlis pernikahan yang cukup sederhana. cukup cantik untuk dijadikan qudwah buat para tetamu yang hadir :)

ini sebenarnya pertama kali saya menghadiri walimah yang betul-betul 100% berlandaskan syarak. bukan sesuatu yang asing buat saya sebenarnya sebab biasanya walimah adik beradik mak saya di kelantan juga cukup sederhana, tiada persandingan, tiada jamuan besar-besaran, tapi masa tu kecik, takde feel sangat. lagipun memori majlis walimah tersebut dah ditenggelami dengan walimah2 yang lebih moden dan gah. hehe..

maka bila attend walimah tasha, hati diingatkan kembali dengan walimah adik-beradik mak. cuma kali ini sangat simple dan sweet.

saya tak pergi majlis akad nikah sebab ingatkan tak cukup tempat. rupanya ada je tempat extra. takpelah, tengok rakaman video je.

jam 2.30 pasangan pengantin tiba berdua sahaja di dewan makan. saya terbayang oh sweetnye mereka berjalan bersama membelah kota auckland, berpakaian serba putih dengan sejambak ros merah di tangan tasha menuju ke dewan makan. kwiskwiskwis. memang sweet pun.

para tetamu yang tiba seawal jam 2.00 pm diberikan brochure 'panduan walimah menurut syarak' serta kotak comel yang dibuat oleh tangan2 akhwat dunedin yang berisi cupcake comel juga buatan akhawat dunedin ;p..tetamu menjamu selera dulu sementara tunggu pengantin sampai.

setibanya pengantin, majlis dimulakan dengan al-fatihah dan bacaan doa. kemudian menjamu selera. kemudian ucapan daripada pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan. last sekali sesi bergambar. pukul 3.30 majlis selesai, kerusi2 pun telah diangkat. sejam je majlis. menarik tak? banyak masa dapat save. hehe buat kat oklen bolehla majlis sejam. buat kat malaysia, plus sedara-mara lagi, sampai ke esoknya pun tetamu tak putus-putus lagi ;p

majlis sangat simple dan sweet. (hoi, dhuha berapa kali mau ulang daaa...)

hish. tak nampak ke? saya nak kata itu majlis qudwah. mesti ulang banyak kali, tanda sokongan dan promote. hee dan jugak hint ^__^

pengantin perempuan serba putih, tiada solekan langsung terpalit di wajah tapi masih kelihatan santekkkk dan maniiiissss ^__^

pastu tiada lagu-lagu yang melalaikan. malahan lagu yang mengiringi ketibaan pengantin pun merupakan selawat ke atas nabi junjungan Muhammad SAW. masyaAllah semoga Allah memberkati perkahwinan mereka yang melangkah ke arahnya dengan langkah penuh tawaduk sepasang pewaris sunnah nabi.

tetamu lelaki dan perempuan diasingkan begitu juga dengan makanan.

senang cerita saya paling suka walimah ini! simple dan sweet! (sila kira berapa kali saya cakap dua perkataan ini). saya berasa tenang menghadirinya. dapat rasa keberkatannya. inspired by the wedding, buat saya mengidam nak kahwin kat nz jugak. ah gediklah!

cuba fikir eh, kalau kahwin di nz, kos murah. sume benda buat sendiri, jimat kos. lafaz akad nikah pun senang je kat sini. ikut je tok imam tu cakap. oh akad nikah kat sini tak payah salam tangan wali pun. pengantin lelaki akan cakap dulu 'adakah encik bagi izin saya kahwin anak encik?'..kemudian wali akan jawab 'saya dengan ini beri izin dan serahkan tanggungjawab kepada awak.' lebih kurangla. sudah tentu cakap dalam bahasa inggeris. sweet kan akad dia? terharu rasa nak nangis.

selain itu kalau kahwin kat sini, boleh terus honeymoon di luar negara. sebab kan memang dah duduk luar negara pun kan. huhuhu. dan paling best, boleh promote sedara mara pakat datang habiskan duit kat nz ni. (hish ape punya anak sedara ni)

insyaAllah di masa akan datang, bila sampai giliran, saya juga nak buat majlis ni seperti yang diidam-idamkan. harap takde orang luar yang nak masuk campur untuk meng'grand'kan majlis saya. saya sangat-sangat mahu majlis walimah saya berjalan menurut syarak tanpa unsur-unsur yang mengundang murka Allah. kata nak bina baitul muslim. mana boleh melangkah ke arahnya dengan murka Allah.

yang penting bukanlah keseronokan berwalimah tetapi keberkatannya.

nikah, awalnya dari niat. jika bernikah kerana Allah, insyaAllah majlis pun hanya akan dibuat untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia lain.