Monday, May 23, 2011

tudung labuh


sape minat tudung labuh kat sini???

sayaaa!!

well tak kisah la kamu pakai tudung labuh ke, bulat ke, tiga segi ke, asalkan menutup aurat (tak nampak leher, tak nampak telinga, tak nampak bentuk dada, tak nampak jambul, berpakaian labuh, longgar dan legap (formula 3L) dari leher ke kaki), alhamdulillah. its a matter of individual preference and it's true, ia tak melambangkan langsung akhlak seseorang atau iman seseorang itu. cuma terasa tertarik untuk menulis tentang tudung lubuh from my own perspective.

once upon a time, saya pernah merasa malu bila mak orang lain freehair atau pakai tudung fancy2 tapi mak saya bertudung labuh yang bulat dan yang dull warnanya.

once upon a time saya pernah anti geng tudung labuh. kat sekolah saya memang takde la geng tudung labuh ni. tapi bila masuk pertandingan, jumpalah budak2 sekolah-sekolah agama. saya tak tahulah apa masalah saya. mungkin sikap yang kuat memberontak tu buat saya rasa macam orang yang bertudung labuh ni nak tunjuk baik je. nak tunjuk beriman.

once upon a time saya pernah fikir betapa outdatednya mereka yang bertudung labuh. tak fashionable dan selekeh.

extreme tak saya? pendek kata dulu saya tak suka orang baik sangat. saya rasa macam tak logiklah mereka ni. saya rasa macam mereka berpura-pura. sangat negatif bunyinya tapi semuanya dalam fikiran dan hati saya je saya simpan. takdelah nak pergi kat diorang pastu maki hamun.

sebab tu jugaklah kot dulu saya tak pandang lelaki2 baik ni. nak yang cool, yang bila jalan depan kita rasa berangin (hoho)..yang pakai seluar hiphop, yang main bola sepak, yang ade geng, yang main skate. tapi xdelah bad boy sangat. tetap tak suka golongan poser contohnya yang pakai rantailah, gelanglah, subanglah, kurang ajar atau merokok. geng grunge, skin head dan punk memang out of taste la. in short saya memang tak suka orang baik sangat. ingat lagi saya pernah terbaca buku biodata zaman sekolah. dalam tu punyalah nak kata saya ni budak2 sekolah 'gelenya'(gatal), dalam buku biodata boleh plak tulis pasal lelaki idaman. dan antara ciri-ciri lelaki idaman saya ialah 'tak alim sangat'..apekah?? rasa nak lempang budak yang nama dhuha tuh. kalau satu hari nanti tuan suami tau saya camtu pn mesti rasa nak lempang je.huhuuu please don't Y__Y

walaubagaimanapun itu zaman yang penuh angan-angan je. it turned out to be hati saya telah benar-benar diterbalikkan oleh Allah. back to the main topic, saya jatuh cinta dengan tudung labuh. jatuh cinta sangat-sangat. saya jatuh cinta dengan segala kebaikan. dah takde nak pesimis2 dah. bersangka baik, polisi saya sekarang! orang buat baik sikit pun saya rasa terharu nak nangis rasanya. takde masa nak fikir "oh dia ni pura2 je ni"

ok2 berapa kali nak lari topik la dhuha......

saya jatuh cinta dengan tudung labuh sejak 3 tahun yang lalu. dan saya pun menyimpan impian untuk memakainya satu hari nanti. alhamdulillah sekarang melabuhkan tudung dah jadi kebiasaan. tapi yang sebenarnya impian yang saya simpan sejak 3 tahun dulu ialah pakai tudung labuh yang bulat tu. sampaikan saya simpan semua gambar2 mak yang bertudung bulat tuh, sebab saya admire sangat-sangat. setiap minggu mesti saya tengok gambar2 tuh. sambil dapat pahala tengok muka mak, sambil menyimpan angan-angan.

saya pernah bercita-cita lepas kahwin baru pakai tudung bulat tuh, macam yang kebanyakan orang buat. tapi masa tu, plan saya kan nak kahwin umur 23 tahun which is tahun ni. kahwinnya tak lagi tapiii hati saya dah meronta-ronta nak start pakai dah. dan lately ni jatuh cinta dengan niqab pulak.

kenapa? kenapa? salah ke pakai tudung yang silang2 tuh? *dengan nada terkejut dan gelabah*

tak salah langsunglah. ini cuma permintaan hati yang meronta-ronta je. tak tahu kenapa. cuma rasa minat je kot. padahal saya rasa pakai tudung silang2 lebih praktikal sebab dah pin both sides kat bahu maka bila ditiup angin takdela melambai-lambai sangat tudung tu. dan lagi, untuk pelajar dentistry universiti of otago ni, lebih senang pakai tudung silang2 sebab nanti kat clinic kena masukkan tudung dalam uniform. bayangkan, tak ke susah nak masukkan tudung labuh bulat dalam uniform kitorang yang berlengan pendek itu.

cuma saya rasa advantage terbesar tudung labuh bulat tu ialah tak payah nak hilang-hilang pin lagi atau risaukan kesan-kesan karat pin kat tudung sebab hakikatnya tak payah pakai pin pun. lepas tu labuhnya yang berbentuk bulat tu dapat gerenti tak nampak bentuk tubuh langsung.


so so apa kebaikannya pakai tudung labuh ni?

berdasarkan pengalaman sendiri, kita akan jadi semacam halimunan di mata lelaki. betul tak? lelaki beriman pun segan nak pandang. kalau pandang jugak tu, silalah wahai para lelaki semak level iman anda. pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim sesungguhnya sangat merimaskan. saya teringin nak jadi halimunan lately ni. sebab tu semakin suka dengan niqab kot. semakin saya tonjolkan diri, makin saya rasa tidak tenang hati ini. maka saya rasa mungkin perbuatan menonjolkan diri begitu adalah tidak proper untuk wanita muslim (memang tidak proper pun). tudung labuh tu juga sinonim dengan imej wanita islam sebenar. lambang 'izzah (bangga) sebagai muslim. bukannya izzah dengan fesyen semasa. tudungnya tak fancy, tak aneh atau tak fashionable maka dijauhkan daripada keinginan untuk menonjolkan diri dengan fesyen. macam non-muslims selalu tanya "is it a trend? or a fashion?"..kita jawab "no, it's an obligation." sambil membuktikan takde kesan-kesan penjajahan fesyen semasa ke atas diri kita. no latest design, no latest colours, no latest fabric etc..

kita juga aware untuk jaga akhlak kita. tak boleh nak gelak kuat2 kat depan public. tak boleh nak mesra2, sembang2, tepuk tampar dan jalan2 dengan laki. bukan setakat nak jaga pandangan manusia tapi juga nak jaga pandangan Allah.

lepas tu jimat duit. sebab bila pakai tudung labuh, automatik sebenarnya nafsu shopping semakin menurun. sebab nak shopping apela sangat, last-last kena cover dengan tudung gak. maka kita tend untuk berbelanja sesederhana mungkin. paling nak shopping fancy pn ialah shopping handbag. itu pun saya dapati semakin surut kehendak terhadap handbag.

pendek kata, as a muslim kita sepatutnya berbangga sebab kita ada kod pakaian tersendiri. kita boleh dikenali sebagai seorang muslim hanya dengan pakaian kita. malah non-muslim sendiri sekarang ni siap boleh bezakan practicing muslim dan non-practicing muslim. mestilah kita mahu dikenali sebagai practicing muslim. i am a muslim not just by name.

di sini nak tekankan jugak bahawa saya takdelah nak jatuhkan hukum wajib pakai tudung labuh. it is personal preference, really. islam pun tak melarang kita berfesyen dan bercantik-cantik kan selagi aurat kita ditutup..cuma bersederhanalah dan berbalik kepada niat asal sebenarnya. untuk apa pakai cantik2 ni? untuk siapa? apa manfaatnya untuk kehidupan kita 'di sana' nanti? dan cantik itu subjektif. definisinya terletak pada sejauh mana kita menilainya dan atas neraca apa kita menilainya. neraca dunia? neraca akhirat? dan bagi saya cantik fizikal itu ialah 'sedap mata memandang yakni tak mengundang gelisah di hati orang lain, tak menimbulkan penyakit hati pada orang lain.' maka orang yang berpurdah itu juga cantik bila berjaya menghindar penyakit hati bagi orang yang melihatnya :)'....just my 2 cents..


saya nak jadi serendah-rendah mutiara di lautan tapi mahal harganya. usaha yang susah dan makan masa tapi insyaAllah boleh! :) nak belajar merendah diri dan merendah hati. soal ikhlas tu lagiiiiiiilah kena belajar. cuci hati sebersih2nya!

p/s: saya nak marah dengan orang yang komen "oh dulu pakai tudung bulat, sekarang dah segitiga pulak." duh......ape salahnya entah. tutup aurat jugak. kotla pakai tudung nampak aurat, tu lain cerita.

3 comments:

  1. oh! tertarik dgn post ni. othou ade la 2 3 kali visits, tp this time tergerak nk komen.
    well, bagus la akak ade desire nk evolve dari tudung biasa ke tdg labuh. but nk tambah point kt atas part akhlak. kenapa ade je yg tudung labuh kissing? and, tdg labuh smue cantik dah, tapi mulut mcm longkang bila bckp..sometimes, sorry la cakap, pakai tdg labuh sbb nk cover perut..this thing happen here in my U.
    so, ap pandangan akak?

    ReplyDelete
  2. err untuk pengetahuan adikku sayang, akak memang dah bertudung labuh sekarang sebab tu akak menulis ala2 testimonial--kebaikan bertudung labuh bdasarkan pengalaman sendiri, bukan teori.

    btw akak mmg dah agak orang selalunya akan naikkan point ni. akak pun mmg tak berkecuali. zaman skolah akak, yang pakai tudung labuh tu org yg pregnant..yg nk sembunyi perut. maka akak mmg ade pndgn serong.

    but as i grew up, be with those yang betul2 cintakan agama, mereka ni bertudung labuh n they potray the real image of muslimah inside out.itu yg mendatangkan kesan damai di hati yang mengatasi rasa meluat sebelum ni terhadap org yg bertudung labuh.

    afterall what matters is the way think. jgn nak fikirkan keburukan yang segelintir tu je. dan jangan biarkan perkara buruk yang sedikit itu menghalang kita drpd buat baik. kembali kepada niat asal kita, do we really care how Allah sees us or how other people see us?

    ReplyDelete
  3. salam 'alaik ... ^_^

    tgerak jga utk komen di sini ...
    hmm mmg xdnafikn tdpt byknya pndgn2 org .
    tp yg kita lbh utamakn adlh pndgn Allah kan ?

    tntg kata2 & ucapan2 negatif dr org lain tu mudah je pnyelesaiannya .
    aggaplah itu smua ujian dr Allah krn stiap kbaikan yg kita nk lakukan sdh tntu ada hrganya bkn ? & ujian srta dugaan itulah byrannya ^_^

    sdgkan Syurga Allah itu sndiri dpagari dgn sgala jnis ksusaahn (yakni sbg bayaran) ^_^

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~