Monday, May 23, 2011

seluruh mahabbah

tadi ada bicara minda: palestin..kami disajikan dengan tayangan filem turki yang berani itu: valley of the wolves. penuh aksi. saya rasa itulah movie pertama yang paling dipenuhi aksi yang pernah saya tengok setakat ini. what more can i say, turki memang berani! seberani perdana menterinya jugalah. dapat melihat realiti yang terpaksa ditelan rakyat palestin, sudah cukup mendatangkan kesan yang mendalam sekalipun tanpa aksi2 tersebut.

semalam setelah post dua entries, saya juga gatal tangan nak menulis lagi setelah terdengar satu lagu ni kat radio iluvislam, mcm familiar suara dan rentaknya so tgkla sape yg nyanyi. amer munawwer. cam kenal la. amer ruffedge ke? pastu search google, oo betul la. seronoknya dia da berubah! pastu melalui radio iluvislam bahawa a few bekas ahli kumpulan ruffedge,ve dan innuendo sudah berubah arah, lebih suka mendendangkan lagu2 ketuhanan.

saya macam tak percaya lalu melakukan research. maka terbuktilah kebenarannya. macam tak percayalah. saya sejak kecik memang meminati innuendo, lepas tu dah remaja sikit mula gila ruffedge dan kemudian VE. ingat lagi masa form 4 saya pernah ikat perut, kumpul duit untuk beli cd album ruffedge yang original. huhu...suruh kakak reiza yang belikan pastu saya dengar sembunyi2. tak berani nak bagi parents tahu huuhu..

by the way,dulu membesar dengan lagu2 mereka dan sekarang boleh mendengar suara mereka dalam versi memuji tuhan pula. dah dengar lagu belaian jiwa versi islamic? pasti jatuh cinta :D lagu favorite zaman kecik, buat kita rasa nak bercinta2 je kan. hopefully bila dah diubah liriknya tu, anak2 muda zmn skrg yg dengar tu akan rasa nak bercinta2 dengan rasulullah. insyaAllah, mudah-mudahan :D

alhamdulillah, ramai artis yang dah berubah kan. maka tak mustahil kawan2 kita yang nampak macam tak tentu arah tu akan berubah satu hari nanti. saya percaya, satu hari mereka akan berubah. apa yang kita nampak sekarang tak semestinya akan berakhir begitu. do not judge people and always try to get close to them, give advices, be there for them and pray for them. daripada duduk mengumpat di belakang tu lebih baikla kita menjadi berani dengan menegur secara berdepan.

akhir kata, terimalah lagu from amer munawwer (used to be my most favorite guy among kumpulan ruffedge)..dia ni lah yang mengasaskan kumpulan terbaru almawlid.. p/s: mcm maher zain tak?




No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~