bukan apa, saya rasa dua isu ni adalah terdekat dengan saya. yang menjadi titik tolak perubahan saya.
di intec, waktu di zaman jahil, saya secara tidak sengaja telah terikut mira pergi talk palestin kat kolej cemara. itu pertama jali saya dapat exposure tentang palestin, 2006 tak silap saya. sebelum tu bee dah beberapa kali sebut tentang dia tak makan itu ini sebab boikot israel. dia boikot israel sebab dia sayang palestin. di waktu itu saya masih di era ignorance, saya tak faham kenapa perlu boikot.
setelah dengar talk palestin, kami ditunjukkan video rakyat palestin, masa tu nangis bukan main meleleh lagi. rasa malunya, ya Allah..rasa sangat jahil, sangat selfish dan sangat-sangat bersalah dengan saudaraku di palestin. dari situ saya nekad nak mula boikot israel. saya boikot a few things, paling berjaya ialah McD..yayy! paling susah ialah nestle :( sebab nestle kan sangat meluas produknya, ada yang dah jadi macam keperluan harian namun saya tetap cuba boikot few nestle products like kit kat(yang ni paling berjayalah.alhamdulillah)
isu palestin mendekatkan saya dengan orang2 care tentang palestin juga, yang mahu membebaskan palestin juga. berkawan dengan mereka, indirectly saya dapat banyak input tentang agama. antara isu yang hangat masa tu, isu bercinta sebelum kahwin. ada artikel yang tersebar mengatakan haram bercinta sebelum kahwin tu. ditambah dengan hujah2 sahabat yang faham hukum-hakam. saya yang ketika itu sedang bercinta sebelum kahwin terus bertindak drastik, memutuskan hubungan.
but it didnt last long, keputusan saya yang drastik tu susah diterima di pihak yang lagi satu dan saya pun susah untuk tidak berasa simpati dan sayang, maka saya cuma hadkan hubungan tersebut atas nama persahabatan. tapi dah nama pun suka sama suka, mana boleh bersahabat. secara tak sengaja, terbercinta semula. dan secara tak sengaja isu palestin yang saya sungguh2 perjuangkan pada awalnya telah saya lupa perlahan-lahan. terus lupa nak boikot bila media pun senyap dah tak bercerita tentang palestin lagi (atau saya yang tak ambil peduli dah T__T).
alhamdulillah Allah sedarkan saya kembali. maka itulah sebabnya saya sungguh2 promote nikah dan promote free palestine. sebab saya pernah sedar tapi saya lupa kemudiannya. kini saya TAK MAHU lupa lagi! dan tak nak orang lain lupa macam saya! saya akan sebar sepuas-puasnya kalaupun saya dah kahwin, insyaAllah saya tetap akan promote nikah jugak (dan hal2 berkaitan termasuk ikhtilat).. kalau pun palestine dah menang, tapi perjuangan membangkitkan ummah masih panjang, takkan terhenti begitu saja, insyaAllah. doakan saya. cukuplah saya terlupa sekali. saya tak nak terlupa lagi. dua isuini sangat-sangat merupakan daya tujah untuk saya maju ke hadapan dalam peristiwa 'turning point' dalam hidup saya.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~