Monday, May 30, 2011

a day with aqeef :D


semalam saya date dengan aqeef :D.. kami jalan2 pegi museum. siapa aqeef tu? aqeef la boyfren baru saya. eh eh tak la. budak six years old going 7 tuh ialah anak jagaan saya untuk projek child study for paeds. anak teruna kak nida yang saya culik tu.

plannye saya nak spend masa sejam je kat museum sebab sebelum ni saya gi museum, macam agak bosan untuk duduk lama2 bagi seorang kanak2. tapi saya bawak je sebab maknya kata aqeef teringin nak pegi muzium. akhirnya saya end up spend almost the whole day kat museum (please take note that daylight is getting shorter over here since winter is coming.)

the reason why i thought kids wont love spending a long time in the museum was because i didnt realize that there was an amazing center for kids exploration over there. saya pernah nampak macam ada satu sudut yang nampak ceria. saya ingat tu cuma 'playground for kids'. rupanya ia adalah tempat yang sungguh best tapi berbayar. sebelum ni pegi museum main masuk merata2 je sebab tak berbayar. rupanya ada satu center yang kena bayar iaitu 'tropical forest'!

yang sebenarnya tak plan pun untuk masuk tempat berbayar sebab tu saya bawak dia pegi museum sebab sangkaan saya, semua tempat kat museum free. pastu dah jalan2 kat tempat free tu, aqeef nampak bosan. dia kata adik dia penah pegi museum tu n pernah pegang tarantula, butterfly. pastu dia tanya saya mana nak cari? maka saya jalan2 dengan aqeef cari binatang2 tersebut. seingat saya, tak pernah pulak jumpa binatang hidup kat museum. semuanya binatang di awet. biar betul aqeef ni. runsing saya nak cari tempat dia berhibur.

aqeef pun suruh saya tanya orang. huhu..saya pun pegi tanya mana nak cari binatang hidup kat situ. rupanya kena masuk tropical forest yang kena bayar. takpela aqeef sayangku, akak belanja kali ni. excited bukan kepalang lagi aqeef. melompat berlari ke sana sini, semua benda dia nak pegang. boleh kata tropical forest exploration center ni macam petrosains la. memang best! tema utama dia butterfly.

playing with magic mirror. aqeef tengah mesmerize melihat dirinya yang sudah tinggi dalam cermin. saya pun mesmerize jugak tengok diri sendiri jadi tinggi T__T

ada computer plak kat sini.. maka aqeef pun terstuck kat situ. saya layan jela sebab saya pun hantu games T__T

going to the tropical forest. forest tu panas!!! saya dahla pakai jaket tebal T__T..tapi sangat rasa kat malaysia dengan kepanasannya, pokok pisangnya, pokok betiknya..memang macam di tanah air sendiri! pastu banyak sangat rama2! besar2 lak tu, xpernah tengok rama2 sebesar tu! kat sydney hari tu pegi juga tempat camni tapi kat sini lagi best!

aqeef asyik nak angkat tortoise keluar daripada kolam je. sampai tertiarap dia nak capai kura2 dalam kolam. saya pun sama T__T sampai last sekali kami berdua kena tegur sebab sebenarnya haiwan2 tu hanya untuk tontonan, tak boleh pegang. bertuahnya aqeef jalan dgn akak kan, dapat timang-timang kura-kura tu.




oops gambar tersesat :P..spongecake favorite saya! tengah2 tu ada whipped cream yang soft,lemak berkrim dan ada jem bawahnya. nyumm! nak bawak balik msia bolehhh? :P (ok ok nanti cari resepi pastu buat sendiri)

pendek kata outing kami kali ni buat saya kenal rapat lagi dengan aqeef, dapat tahu cognitive, psychology dan personality dia. worth a report! (kalau dalam drama, mesti jadi konflik sebab berkenalan hanya atas dasar utk buat report :P) insyaAllah akak dhuha baik, berkawan bukan hanya semata nak buat report :D

aqeef ni pada saya budak yang sangat bijak lagi2 logic skill dia sangat tinggi for his age. the way he thinks, memang saya rasa otak budak lelaki habislah. bila kami main games yang berbentuk teknikal dan mekanikal serta puzzle, memang kebijaksanaannya terluah (i cant figure out the right word to replace the word 'terluah' T__T)..cita2 aqeef nak jadi pilot.

ok ok tiba2 saya terasa seperti jah yang sedang bercerita tentang aqilnya..hehe

assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~