Sunday, May 29, 2011

bermimpilah!


kata pujangga,
segalanya bermula dengan mimpi!

ingat lagi masa kecik, mak tanya nak jadi apa bila dah besar nanti?
dari situ saya mula bermimpi. impian pertama saya. ingin menjadi seorang guru. titik permulaan untuk saya berfikir tentang masa depan.

saya menjadi kanak-kanak yang penuh angan-angan. daripada cita-cita untuk menjadi seorang guru, saya bertukar nak jadi arkitek, kemudia nak jadi doktor dan banyak lagi cita2 timbul setelah itu. macam2 plan saya untuk masa depan.

at one point, saya berhenti bermimpi. saya tak tahu bila exactly saya berhenti bermimpi. saya menjadi orang yang follow the flow. whatever will be, will be. tidak ada arah tuju yang jelas, secara jujurnya.

sehingga sekarang pun, bila ditanya tujuan hidup, saya tahu. tapi bila ditanya nak buat apa in the future, saya jadi blank. saya baru tersedar hal ni bila dengar kuliah online 'from zero to hero' daripada Dr Zaki Ibrahim. dalam kuliah tu kami dikehendaki keluarkan sehelai kertas dan pen. kemudian tulis apa yang kita nak capai bila umur 60 tahun. at that point, saya kaget. blank. i was thinking what and where will i be at that time? orang lain menulis but my paper was blank. i have absolutely no idea what i want to achieve when i reached 60. kemudian Dr Zaki suruh tulis pencapaian waktu umur 50, 40,30 dan 23 (average umur kami)..saya terpaksa reka ikut contoh yang Dr Zaki bagi. saya memang takde plan langsung. memang saya ada bercita2 in the future nak buat itu ini. tapi saya tak susun plan itu elok2 according to the stages of my life.

kecewa dengan diri sendiri. dan saya sedar sebenarnya saya takut untuk bermimpi. takut tidak dapat jadikannya kenyataan. pengecut. tak boleh! tak boleh! jangan takut untuk bermimpi, dhuha! dan paling penting, jangan takut berdepan dengan realiti untuk mencapai mimpi!

now saya dah ada rough plan untuk future saya in a more organised way.(p/s: 'yo' tu bukan 'yoyo ya a au' okeh..years old)

at the end of 23 yo- the end of 24 yo:
  • finish my degree with credit (sebenarnye saya tak tahu level yang lg tinggi drpd credit sebab based on last year's senior graduation book, credit tu macam tak semua dapat. macam so far the highest yg pernah saya tahu la.kui3..) <---walaupun tak berminat dengan dentistry, ada hati nak aim tinggi2.buekkk..oi oi tapi itu mimpi saya ok. bila aim tinggi2, usaha pun tinggi2. dapat ke tak dapat ke, belakang cerita.
  • nak involvekan diri dengan research kalau boleh. biasanya summer break ada research vacancy untuk undergraduate student yang mana sape yang berminat will be funded by the university to conduct a research under the supervision of the supervisor (of course la~)..maka saya in dilemma lagi ni sebab plan asal nak kerja orchard summer holiday ni. tapi tiba2 interested nk wat research lak. gaji buat research lagi tinggi $__$ <--hoho budak ni walaupun tak minat dentistry + tak minat research langsung, tiba2 jadi berminat bila dapat sponsorship lumayan
  • kahwin. fullstop. fullstop. <--cubaan mengawal diri daripada got carried away
  • round satu new zealand dan satu australia <--aussie tu setakat bdr2 besar jela kot
  • berjaya hafal juz amma (target sebelum raya tahun ni), yasin, as-sajadah dan al-mulk<-- i know i'm slow
  • berjaya kuasai 5 out 10 muwasafat tarbiyyah. kuasai ye. bermaksud saya mungkin dah praktis 10 muwasafat tarbiyyah, tapi tak semestinya menguasainya. i mean dari segi istiqamah.
  • tulis satu lagi novel baru atau buku lain. <--buku lain??
  • menjadi presenter yang lebih mantap. kuasai communication skill <--termotivated bila classmates kat sini suka saya present walaupun saya rasa saya gagap dan gugup. setiap kali nak present, jantung mesti macam pecut laju-laju tinggalkan saya sorang-sorang.
ok ok tu je yang saya ingat wat masa ni. tata.

1 comment:

  1. only dead fish will go with the flow.
    Have a dream sis :) and go for it!
    insyaAllah, goodluck!

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~