Thursday, May 26, 2011

syafakillah sarah!

baru dapat berita adik saya sarah was admitted to hospital after like 3 days masuk matriks. saya pun tak tahu apa sebabnya. doktor pun tak tahu. adik saya tu memang ada masalah lutut sejak beberapa tahun kebelakangan ni. dia sakit belakang pastu lutut dia berasa lemah kalau aktif sangat. ni kali kedualah dia masuk hospital sebab sakit yang sama. jadual orientasi matriks sangat padat katanya. pastu dia penat sangat. malam tadi diserang sakit belakang yang kuat sangat pastu kaki tak boleh gerak. maka jam 2.30 pagi waktu malaysia tadi dia kena admit ke hospital.

saya sempatla tengok camne dia sakit sampai xleh jalan, sebelum saya fly hari tu. and seriously saya tak boleh tengok. doktor suruh wat CT scan dan MRI tapi time tu kaki dia dah elok maka dia pun tak nakla wat test tu. dan kali ni lebih teruk sampai doktor insist suruh buat CT scan dan MRI jugak. and when i called her just now, dia baru lepas scan otak. alhamdulillah dah boleh gerak tapi xle grak banyak. guna kaki untuk pegi toilet je. kalau jauh2 sangat kena guna wheelchair. yg saya pula seperti biasa, sebagai kakak yang weng saya tanya dia best tak naik ambulans n naik wheelchair.

huhu sorila sarah kalau kakakmu ini sangat weng. i need to laugh to hide my sorrow and sympathy. bila mak post kat facebook pasal condition sarah je dah mampu buat saya meleleh airmata. saya boleh bayangkanlah kesakitan dia. sampai jerit2 kat telefon tu call abah. saya pernah tengok dia struggle nak berjalan, kena spread her legs and balance her movement while walking. which i cannot bear seeing it nor listening to it. saya kena melawak dengan dia sambil cakap "awak jalan macam Aya dlm 1 litre of tears"..

i took a lot of courage to call her just now sebab kalau ikutkan hati memang tak nak call sebab saya takut saya tak bersuara langsung sebab berasa sedih. tapi sebagai kakak yang prihatin (ececeh) saya kena call dia jugak supaya dia tak rasa sunyi dan tidak dipedulikan. kesian ok adik saya tu, sorang2 kat hospital seremban. mak abah nak pegi umrah jumaat ni. saya doakan agar segalanya dipermudahkan.




teristimewa buat adikku sarah
bertabahlah! Allah bersamamu
sekalipun tiada siapa menemanimu di sisi
ketahuilah Allah menemanimu
ketahuilah Allah tak pernah meninggalkanmu
dan ketahuilah dirimu merupakan insan pilihan Allah
untuk melalui liku-liku ujian ini
awak orang kuat, sarah!
awak orang kuat!
awak orang yang dicintai Allah!

adikku maisarah
hanya doa mampu kak yong kirimkan dari benua selatan ini
ketahuilah kak yong mesti terbang teman awak kalau kak yong ada sayap
ketahuilah betapa kak yong pohon kalau ujian itu Allah pindahkan kepada kak yong
supaya kak yong lebih kenal erti bersyukur
supaya tiada adik-adik kak yong yang menderita
namun Allah lebih tahu siapa yang lebih mampu memikul setiap ujianNya

adikku yang paling banyak airmatanya tumpah depan mataku
syafakillah. insyaAllah terhapus segala dosa dengan kesusahan

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~